CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259134|Reply: 2519

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

  [Copy link]
Post time 1-12-2011 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru


Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.

PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 04:35 PM | Show all posts
ni ko pegi cedok kat blog mana la, ntah betui ka tidak pun tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 04:38 PM | Show all posts
org yg kuat kipas best lah

        Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
        Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
        Markah 75 % – tiada kenaikan
        Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 04:40 PM | Show all posts
gred pelaksana gaji starting rm3k?utk keje opis boy?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 04:42 PM | Show all posts
tak betul tue..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 04:46 PM | Show all posts
Kesian yg dpt markah below 80%....pehni kene angguk2geleng2 la....pengipas, pengaircond pun mkin bertambah la...pd depa ni la yg jenis " tarak apa" attitude...janji gaji naikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2011 04:49 PM | Show all posts
berpeluh la org2 gomen....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 04:49 PM | Show all posts
slagi xkuar pekeliling jpa jgn hrp aku nk caya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 05:00 PM | Show all posts
denga2 mmg lepas ni...keberangkalian utk berhentikan staf gomen mmg mudah...

pemandu mmg kene buat keje lebih, bukan setakat bawak kete jee....

pelarasan gaji tu x pasti...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:03 PM | Show all posts
driver pun starting gaji RM3k?itu dah masuk elaun ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:18 PM | Show all posts
dlm gomen, kalau ko kritik kos2 yg melambung yg tak munasabah, siap la!
kalau angguk, peluang naik pangkat
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:26 PM | Show all posts
klo bab naik ikut pencapaian,aku sgt2 tak stuju sbb aku jenis bukan pandai ngampu...cm ada cikgu kat skolah aku ni,buat keje cam haram..time dpt relief tak masuk,tp markah 91%...harap dia asek jumpa gpk ngan gb je..ngadu itu ini...repot itu ini...dpt la markah tggi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:29 PM | Show all posts
lepas ni tak boleh nak berlaku jujur lagi..
kene berpura-pura mulut manis tabur gula nak dptkan markah tinggi punye pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:35 PM | Show all posts
denga2 mmg lepas ni...keberangkalian utk berhentikan staf gomen mmg mudah...

pemandu mmg kene bua ...
cmf_raudah Post at 1-12-2011 17:00



   nih kiranya pembuangan pekerja secara terhormatlar....aku ingat mesti motif PEMANDU nak kecilkan jumlah kakitangan gomen...pada aku...ada jugak kakitangan gomen yg under utilise...lebih2 lagi kerani2..
cuba lihat

Akauntan Kanan
Penolong Akauntan Kanan
Penolong Akauntan
Pembantu Akauntan Kanan
Pembantu Akauntan
Pembantu Tadbir Kewangan

pada aku level2 pembantu akauntan dan Pembantu akauntan kanan dah tak relevan dah...semua keje tu Penolong Akauntan boleh buat..but of course lar gaji dia kena up sikit kan..

utk pentadbiran lak

Peg Tadbir
Penolong Peg Tadbir
Pembantu Tadbir Kanan
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Pembantu Tadbir (Perkeranian dan operasi)
Pembantu Khidmat Pelanggan
Pembantu Am Pejabat

pada aku tugas2 Pembantu Am pejabat tu, Pembantu Tadbir(kerani) pun boleh buat. Pembantu Tadbir Kanan dan Setiausaha tu boleh disatukan. Peg Tadbir dan Penolong Pegawai pun boleh disatukan...

Mcm best jugak nak tunggu hasil kajian dan saranan PEMANDU nih...harap2 lepas nih perkhidmatan kerajaan akan lebih efisen...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:39 PM | Show all posts
Aku tertarik yg ni

"Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan."

Maknanya yg bagus tapi tak de promotion elok berhenti? Habislah tinggal yg boleh buat kerja so-so, manipulator yg akan dpt promotion
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:43 PM | Show all posts
Aku tertarik yg ni

"Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada pr ...
cepheid Post at 1-12-2011 17:39



   kiranya lepas nih puak2 yg pandai kipas dan ada kabel dgn ahli politik akan mencanak2 promotion dia...yg hebat tp disebabkan dia sokong pembangkang...dinasihatkan keluar masuk swasta..mcm tu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2011 05:50 PM | Show all posts
kiranya lepas nih puak2 yg pandai kipas dan ada kabel dgn ahli politik akan mencanak2 promo ...
wirazam Post at 1-12-2011 17:43


tak semestinya yg sokong pembangkang. aku tengok ada je yg sokong kerajaan tapi jenis yg tak bising-bising ni. buat kerja bagus, siap kena pressure lagi tapi yg lain pandai manipulate keadaan (tak kisahlah sokong gomen atau pembangkang) ni yg naik promotion mencanak-canak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:53 PM | Show all posts
tak semestinya yg sokong pembangkang. aku tengok ada je yg sokong kerajaan tapi jenis yg tak bis ...
cepheid Post at 1-12-2011 17:50



   nih kiranya...lembu punya susu, sapi dapat namalah nih....kesian kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 05:57 PM | Show all posts
org yg kuat kipas best lah

        Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
        Mar ...
yuenmie Post at 1-12-2011 16:38


kalau betul....

lepas ni kena ler....
kuat ampu....kuat kipas...selalu bawak buah tangan untuk boss....bawak buah dan kueh mueh untuk keluarga boss....
buat buat rajin depan boss....tapi bila boss tak der....dia pun takder....
tunjuk pandai depan boss....walaupun memang tak pandai mana pun....
apa boss cakap semua betul walaupun tak betul.....

yang jenih jahat sikit tu...
buat pitenah supaya orang lain jatuh....supaya dia naik....
sabotaj pekerja lain...
tipu kulu tipu kilir....nak cepat naik pangkat dan gaji...

yg jadi mangsa...
tg tak pandai ampu....yg tak pandai amik hati boss...walau kerja rajin....
yg beri kritikan walau kritik yg membina....
yg buat bantahan ...walau bantah untuk kebaikan jabatan....

betul ker telahan aku ni....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2011 06:05 PM | Show all posts
gaji KSN 50000????

gaji premier 40 000...tu dia aih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.150189 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list