CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reyust

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

  [Copy link]
Post time 28-12-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 01:11 PM | Show all posts
Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan-cadangan CUEPACS yang melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.

"Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yang timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara.

"Tetapi SBPA mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 01:12 PM | Show all posts
aku dh sign...dh key in dlm sistem..berehhhh
reenz013 Post at 28-12-2011 13:09


best la bulan dpn dpt gaji baru + elaun menanggung keje lg...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 01:14 PM | Show all posts
best la bulan dpn dpt gaji baru + elaun menanggung keje lg...
lostnfaun Post at 28-12-2011 13:12


xler..sini bukannyer bulan 1 leh terus dpt gaji baru....paling koman pun bulan 2 or 3....aiman x kesah
ni sape ni..siap tahu org etk lg...musykilllllll
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 01:16 PM | Show all posts
kita tunggu dan lihat jer la.. janji kita kerja ikhlas, wat keje sehabis baik.. =)
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 01:16 PM | Show all posts
mmg sifir gaji kita ni dtg direct dari AG ke?
kenapa tak standard? sekolah aku depa buat lain.. sek ...
zehra2 Post at 27-12-2011 23:47



        Pasal pergerakan gaji tahunan semuanya telah ditentukan oleh JPA utk semua PA.Kerani di jabatan hanya memasukkan bulan pergerakan gaji kita berdasarkan apa yg telah JPA berikan didalam sifir gaji yg mereka berikan title TERHAD.Klu mcm kes kwn ko ni, aku nasihatkan dia gi jumpa balik dengan kerani.Tengok sama da berlaku kesilapan pada dia atau pada kawan ko yg sorang lagi tu.
        Sbbnya ada terjadi pada kawan aku.Aku dapat detect kes dia pun sbb dia suruh aku tolong hantarkan opsyen dia semalam.kiranya ku dan dan dia baru hantar opsen semalam.
         Aku ni ada juga terlibat dengan penyediaan opsyen SBPA.So aku tengok gaji yg ditawarkan kpd kawan aku tu tak munasabah dan tanggagaji mati cuma sampai 15 thn.malah gaji matinya tak sampai pun 4k.Sedangkan gred dia C2-1.Mana aku tak pelik kawan aku yg gred JA3-1 gaji mati mereka adalah 4k lebih.
         So semalam aku dengan kerani perkhidmatan cek semula sifir gaji utk kawan aku ni setelah aku nyatkan beberapa benda yg tak masuk akal.Jenuh juga nak mencari dlm komputer yg tertulis edisi TERHAD tu.Cari punya cari memang sah kerani tu tersilap tulis.kalau tidak nanya kawan aku tu.Ikutkan dia dia tak semak apapun.Maklum la  sifir gaji semua tak keluar.mana org nak tahu klu berlaku sebarang kesilapan.Nasib baiklah aku ni terlibat dlm opsyen SBPA walaupun aku bukan kerja bahagian Admin so aku boleh tolong tengok2 kan mana yg tak betul.
   So minta kwn ko tu jumpa balik dengan kerani ya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2011 01:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by sitihawa at 28-12-2011 13:19
Surat Pembaca: Skim gaji baru ditawarkan perkhidmatan awam keliru, kurang menarik


2011/12/28

...
along3746 Post at 28-12-2011 13:08



    surat ini bakal tidak dikritik atau dikutuk, sebab yang dibela nasib  kakitangan bawahan pelaksana dan ditulis oleh pegawai P&p bergred paling bawah, 41.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 01:44 PM | Show all posts
yg aku tau kalau sblom ni pencen 58, mmg x bole undur 55...tp x tau laaa kalau dah bertuka ...
cmf_raudah Post at 28/12/2011 01:01 PM


betul, dalam borang opsyen macam tu... tapi kenapa ada yang kata boleh ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 02:10 PM | Show all posts
erk.... so, tak ada beza lah kan. hmmmm.....
sitihawa Post at 28-12-2011 13:06



yer betul tu, janji pilih SBPA.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 02:40 PM | Show all posts
luahan hati penjawat awam(pangkat rendah)

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pelaksana - Kenaikan Gaji 10%

Kump. Premier/Tertinggi - kereta disediakan, parking free
Kump. Pelaksana - kereta beli sendiri, parking bayar hari2

Kump. Premier/Tertinggi - 5 tahun skali leh claim rm82k cash ganti tiket flight
Kump. Pelaksana - nak beli tiket airasia pun semput

Kump. Premier/Tertinggi - bonus separuh gaji. gaji berpuluh ribu syok la
Kump. Pelaksana - bonus minima rm500

Kump. Premier/Tertinggi - tol free,minyak pun free
Kump. Pelaksana - tol dan minyak...rabak poket

Kump. Premier/Tertinggi - ade driver bawa ke mana2
Kump. Pelaksana - disuruh naik bas sbb kurangkan jln sesak

Kump. Premier/Tertinggi - ade elaun keraian
Kump. Pelaksana - x de lain keraian (tapi keluar duit poket utk rai)

Kump. Premier/Tertinggi - arah keje sana sini
Kump. Pelaksana - buat keje sana sini

Kump. Premier/Tertinggi - mcm2 elaun yg x spatutnye bribu2 ringgit
Kump. Pelaksana - elaun ciput tp bila minta naik skit dah bising

Kump. Premier/Tertinggi - minoriti
Kump. Pelaksana - majoriti (UNDI ADALAH RAHSIA)"


sumber dari pesbook CUEPACS....
tersentuh hati gak baca ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 02:43 PM | Show all posts
baru terima from my HR..harap dpt pencerahan {:4_237:}

FAQ PENCEN

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI OPSYEN PERSARAAN MELALUI PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 DAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 12 TAHUN 2011.

1. Siapakah pegawai yang layak diberi opsyen umur persaraan 60 tahun di bawah SBPA?.           
Pegawai yang masih berada dalam perkhidmatan pada 01 Januari 2012 layak diberi  opsyen umur persaraan wajib 60 tahun. (Mereka yang bersara sebelum atau pada 01 Januari 2012 tidak berada dalam perkhidmatan pada 01 Januari 2012, iaitu tarikh kuat kuasa pekeliling. Maka mereka tidak tertakluk kepada pekeliling itu).


2.Adakah pegawai yang memilih SBPA wajib memilih opsyen umur persaraan wajib 60 tahun?.         
Tidak. Pegawai yang memilih SBPA boleh memilih sama ada kekal dengan umur persaraan wajib sekarang atau umur persaraan wajib 60 tahun.


3.Bilakah pembayaran pencen akan dibuat kepada pegawai yang bersara pilihan sekiranya pegawai memilih opsyen umur persaraan wajib 60 tahun?(a)        Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12 April 1991, pencen akan dibayar apabila mencapai umur 50 tahun (bagi pegawai lelaki) dan 45 tahun (bagi pegawai perempuan).

(b)        Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, berkuatkuasa 1.1.2012 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun walaupun pegawai telah memilih opsyen 60 tahun atau pun memilih kekal pada umur persaraan sekarang (samada 55/56/58 tahun).

[Syarat di atas terpakai bagi semua pegawai (samada memilih SBPA atau tidak dan samada memilih opsyen umur persaraan 60 tahun atau tidak]


4. Adakah tempoh perkhidmatan seseorang pegawai memberi kesan kepada bayaran ganjaran dan pencen apabila mencapai umur bersara paksa yang dipilih?.

Ada. Bagi tujuan pengiraan bayaran ganjaran, tempoh perkhidmatan sebenar yang boleh dimasukkira semasa umur bersara paksa akan diambilkira untuk tujuan bayaran ganjaran tersebut. Contohnya, jika seseorang pegawai itu telah berkhidmat selama 35 tahun sehingga tarikh bersara paksanya, maka ganjaran akan dibayar berdasarkan tempoh perkhidmatan tersebut. Sementara bagi tujuan pengiraan bayaran pencen bulanan pegawai, maksimum tempoh perkhidmatan yang akan diambilkira untuk dibayar pencen bulanan adalah 30 tahun sahaja walaupun telah berkhidmat selama 35 tahun.


5.Bagaimanakah formula pengiraan bayaran ganjaran dan pencen bulanan?
         
(a)        Ganjaran

7.5% x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

(b)        Pencen bulanan

1/600 x tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira x gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.
Tertakluk kepada pencen maksimum 3/5 daripada daripada gaji akhir (dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambilkira)


[Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira adalah dalam kiraan jumlah bulan perkhidmatan]


Contoh pengiraan faedah persaraan:

1.        Ganjaran = 7.5% x 408 bulan x RM 6,000.00 = RM183,600.00

2.        Pencen  = 1/600 x 408 bulan x RM6,000.00 = RM4,079.99
Tetapi terhad kepada = 3/5 x RM6,000.00 = RM3,600.00



6. Bolehkah seseorang pegawai yang telah memilih umur persaraan paksa sekarang pada 55/56 tahun tetapi ingin memilih umur persaraan paksa kepada 58 tahun?.
      
Tidak boleh. Opsyen ini tidak boleh memilih umur persaraan paksa kepada 58 tahun. Pegawai hanya boleh memilih samada kekal pada umur persaraan paksa sedia ada iaitu 55/56 tahun atau memilih umur persaraan paksa kepada 60 tahun.


7. Bolehkah seseorang pegawai yang telah memilih umur persaraan paksa sekarang pada 58 tahun tetapi ingin memilih umur persaraan paksa kepada 55/56 tahun?.

Tidak boleh. Opsyen ini hanya untuk kekal umur persaraan paksa sekarang atau memilih umur persaraan paksa 60 tahun. Pegawai tidak boleh memilih umur persaraan paksa selain daripada itu. Contohnya, sekiranya telah dipilih umur persaraan paksa 58  tahun pada tahun 2008 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008, pegawai tidak dibenarkan memilih umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 02:54 PM | Show all posts
(b)        Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991, berkuatkuasa 1.1.2012 pencen akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun walaupun pegawai telah memilih opsyen 60 tahun atau pun memilih kekal pada umur persaraan sekarang (samada 55/56/58 tahun).
zalliza1717 Post at 28/12/2011 02:43 PM


boleh tolong jelaskan tak yang ni.. aku sekarang ni opsyen terkini adalah 58 tahun.. so apa effect dia..
  • kalau aku kenal opsyen 58
  • kalau aku tukar ke opsyen 60
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 02:56 PM | Show all posts
PAHAM DAH............AKHIRNYEE....

heheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 02:56 PM | Show all posts
Reply 2003# lostnfaun

wahhh...
best nye ko..aku da bih elaun nanggung keje..
org yg d tnggung udh dtg...smpt aku menanggung duitnye 3 bln jek
huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 02:58 PM | Show all posts
luahan hati penjawat awam(pangkat rendah)

Kump. Premier/Tertinggi - Kenaikan Gaji 100%
Kump. Pel ...
jahcomel Post at 28-12-2011 14:40


kannnnnnnnn

tapi kenapa depa depa tu jadi pegawai premier dan kenapa kita sekadar orang2 bawahan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 03:01 PM | Show all posts
hmmmm

laki i dg44 (memangku dg48) dapat naik rm200 katanya? logik ke?  macam sikit jer ------
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2011 03:03 PM | Show all posts
hmmmm

laki i dg44 (memangku dg48) dapat naik rm200 katanya? logik ke?  macam sikit jer ------
sayawifenikmie Post at 28-12-2011 15:01


ngape kak lid. nak ngepau rm50 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 03:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by zalliza1717 at 28-12-2011 15:09
boleh tolong jelaskan tak yang ni.. aku sekarang ni opsyen terkini adalah 58 tahun.. so apa effe ...
joeyss Post at 28-12-2011 14:54


sefaham saya lah..

a) kekal 58 thn - pencen bulanan di bayar stat umur 55 thn, ganjaran dibyar 58 thn
b) pencen paksa 60 thn - pencen bulanan di bayar stat umur 55 thn, ganjaran dibyr umur 60
Efek pd tempoh perkhidmatan, so kalo extend smpai 60, extra ler lg 2 thn service u, byk sikit ganjaran nanti dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 03:08 PM | Show all posts
ngape kak lid. nak ngepau rm50 ke?
sajer Post at 28-12-2011 15:03


ngepau rm50? buat tahi gigi pun tak lepas ------------

bukan macam sikit sangat kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 03:09 PM | Show all posts
sefaham saya lah..

a) kekal 58 thn - pencen bulanan di bayar stat umur 55 thn, ganjaran dibya ...
zalliza1717 Post at 28/12/2011 03:05 PM


maknanya pencen diterima awal, tapi ganjaran dilewatkan ke? macam tu macam nak kena berpencen pada tarikh opsyen la.. makin kompius
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.276937 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list