kenapa tv asik tayang filem2 melayu lama yang sama je..byk lgi filem2 lama yang best2..citer raja bersiong tu pun kena banned. padahal best + artistik crita tu
taula P ramlee tu legend..tp bukan dia sorang je pelakon lama yang hebat
sebabnye ROYALTIES
rheafly Post at 5-12-2011 00:17
ya ke..dulu slalu gak tv tayang citer 2 lama mcm jefri zain, nora zain (ala2 james bond tu), crita aloha (filem melayu lama paling seksi, ala2 hawaii lgi tu), anak pontianak, crita 2 tahun 80 an yng byk norkumalasari berlakon tu n lain2 lg..tp skrg susah sangat nak tgk kat tv crita2 tu
Aku pernah tengok filem lakonan Maria Menado kat TV tapi tak ingat TV mana...
Tajuk dia tak ingat tapi jalan cerita dia ialah sorang pompuan yang tinggal dengan bapak & anak lelaki dia kat kampung. Anak dia cacat. Pastu dia dapat kerja sebagai penari kaberet kat bandar dan berkenalan dengan tuan punya kelab malam.
Dia hidup mewah kat bandar sampai lupa pada bapa dan anak dia kat kampung. Pastu bapa dan anak dia datang cari dia kat bandar tapi dia tak nak mengaku keluarga kat bapak & anak dia sebab malu diorang miskin dan anak dia cacat.
Siapa tahu tajuk cerita nih?? Jalan cerita dia biasa2 saja tapi Maria Menado dalam cerita tu sangat2 cantik....
Ada satu lagi filem Maria Menado yang berlakun dengan Ahmad Nisfu & Siput Sarawak. Dalam filem tu dia ada nyanyi lagu 'Bunga Tanjung'.
Dalam cerita tu Siput Sarawak jadi mak angkat Maria Menado yang kejam dan dia sanggup buat helah sampai Maria Menado terpaksa kawin dengan Ahmad Nisfu orang tua gatal tu sebab nakkan harta Ahmad Nisfu....
Dalam filem tu rupa Maria Menado macam Latifah Omar dengan gaya rambut dia nak dekat sama.....mula2 tengok cerita tuh ingatkan Latifah Omar...rupa2nya Maria Menado..
kene sarankan kt mane2 stesen tv... sediakan satu slot untuk cerita2 zaman dulu ni smua... mcm kt tv3 ada samarinda la.. akasia la.. apa salahnye sediakan satu slot 'lagenda' ke... tiap2 minggu siar felem2 zaman dolu2... and tak semestinya cerita P Ramlee sajok... aku teringiiiiin sangat nak tengok cerita "Misteri Rumah Tua"... haha... dengan "Ribut"...
Filem Nordin Ahmad ni kekadang cam propaganda pihak tertentu misalnya awal 90an untuk mengurangkan "kekebalan keluarga diraja" banyak la kua citer Hang Jebat, Dang Anom dan Sultan Mahmud mangkat dijulang... Walaupun AR Badol ni anak Tompel tapi dia dibesarkan oleh Mat Sentul jadi stail lawak dia mirip siapa??
aku masa kecik2 dulu kalo tengok citer lama hitam putih, aku mati-mati ingatkan dunia waktu tu takde kaler. Aku ingat Allah cipta kaler masa zaman aku je.