CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DAKDAKDEK

Bintang Dan Filem2 Lagenda Lain Selain Dari P.Ramlee

  [Copy link]
Post time 7-12-2011 06:57 PM | Show all posts
Reply  KimoraHakim
pinggang....sangat la ramping..macam boleh cekak dengan tangan jek!!
lampualam Post at 7-12-2011 07:57

tak ramping cekak ngan kaki ker!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2011 08:28 PM | Show all posts
nordin ahmad di cathay keris film. p. ramlee di shaw brothers jalan ampas
astro hanya beli shaw brothers punya right je itu la pasal film p ramlee sahaja yang sering keudara...

maria menado jauh lebih senior dari nordin ahmad... sama macam ar badul dengan nordin ahmad jauh gapnya, era berlainan 50an dengan 80an...

nordin ahmad dan latifah omar... memang cathay keris punya super star dulu2.  nordin ahmad dah lama meninggal di singapura, latifah omar masih ada di cameron highland.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 08:58 PM | Show all posts
pemikiran aku sama mcm abgsidi ehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 09:52 PM | Show all posts
Reply 42# kupia


    mcmana rupa latifah omar skg ni ye.dulu2 dia yg paling cantek aku tgk.natural beauty .bukan mcm artis skg ada tambahan dagu runcing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 11:44 PM | Show all posts
S. Kadarisman... A. Rahim....

Pelakon-pelakon watak jahat paling best dalam dunia...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 12:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 8-12-2011 00:43
Reply  kupia


    mcmana rupa latifah omar skg ni ye.dulu2 dia yg paling cantek aku tgk.natural ...
voiletiris Post at 7-12-2011 21:52


nordin ahmad dan - latifah omar terkini (minit 1:36):



http://www.youtube.com/watch?v=UcS7C9uRAsQ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2011 02:25 AM | Show all posts
ya ke..dulu slalu gak tv tayang citer 2 lama mcm jefri zain, nora zain (ala2 james bond tu ...
saladin780 Post at 5-12-2011 00:21



   citer jeffry zain yg dilakonkan di hong kong nih sepatutnya watak dipegang oleh p ramlee dari rancangan shaw brother hong kong. tapi jins shamsusdin telah cucuk shaw brother dan bodek menbodek, akhirnya jeffry zain jins shamsudin yg jadi hero plak... p ramlee amat marah masa tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:31 AM | Show all posts
Aku pernah tengok filem lakonan Maria Menado kat TV tapi tak ingat TV mana...

Tajuk dia tak ingat ...
Fieza-mira Post at 5-12-2011 11:59



   harap maaf... kesemua filem2 yg dilakonkan oleh maria menado terpaksa dihapuskan setelah maria menado berkahwin dengan sultan pahang, sultan abu bakar dan sultan mengarahkan semua filem2 maria menado diharamkan ditayang dan tape2nya dibakar.... cuma ada 2 filem kalu tak silap terselamat di sorok...sebab tuh susah kita nak tgk filem2 yg maria menado berlakon....

tapi maria menado nih paling famous dia berlakon kebanyakan filem2 hantu.. mmg real..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2011 02:32 AM | Show all posts
ada pakcik sedara aku dia nih kontrak buat rumah... kalau ada laa tivi siarkan cerita nordin ahmad... dia sanggup cuti hari tuh semata-mata nak tgk filem nordin ahmad.. punya laa fanatik ngan nordin ahmad...siap kalau nordin ahmad menangis, dia pun sama menangis..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 01:58 PM | Show all posts
tak lama lagi generasi akan datang hanya kenal P.Ramlee saja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2011 02:00 PM | Show all posts
kalau kau orang ada masa search kat youtube filem melayu "doctor"..tengok macam mana sedihnya filem tu ..aku pun sebak jugak nonton cerita tu..saksikan lah kehebatan lakonan s.kadarisman yang memang superb.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 05:35 PM | Show all posts
Nordin Ahmad tak kahwin kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 05:49 PM | Show all posts
S. Kadarisman... A. Rahim....

Pelakon-pelakon watak jahat paling best dalam dunia...!!!
tondu Post at 7-12-2011 23:44


setuju... s kadarisman istimewa, mutu lakunannya luar biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 07:07 PM | Show all posts
Nordin Ahmad tak kahwin kan ?
HangPC2 Post at 9-12-2011 17:35

dia kawen lah........... dengan pelakon nama salmah..... salmah nih tua daripada nordin.......... baru meninggal dua tahun lepas kat indonesia...........sebab dia nih asal dari indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:33 PM | Show all posts
dia kawen lah........... dengan pelakon nama salmah..... salmah nih tua daripada nordin..........  ...
Risma Post at 9-12-2011 19:07


Ya betul tu isterinya bernama Salmah Ibrahim, dia hanya pelakon pembantu dan jadi penari dalam filem saja dan kelibatnya dalam dunia lakonan seingat aku boleh di tonton dalam filem Layar Lara. Meninggal 2 tahun lepas di Padang Indonesia dan ada di tulis pada kolum Harian Metro, mengikut arwah pak long aku orang belakang tabir perfileman di Jalan Ampas dulu-dulu banyak kisah pasal mereka suami isteri ini. Pernah di satu lokasi pertengkaran besar berlaku di antara mereka suami isteri, puncanya bila ada adegan terlalu ghairah di lakonkan bersama heroin tidak silap Latifah Omar. Di katakan bukan di dalam filem saja tapi sampai membawa ke luar filem, jadi bila takut di hidu isterinya makan keluarlah cerita yang si heroin dan si hero tidak sebulu padahal itu hanyalah menutup mata isterinya saja. Banyak lagi cerita yang aku dapat dari arwah pak long aku tapi tidak lah aku aku berani sahkan sama ada ianya fakta atau auta, tak berani nak cerita lebih takut mengaibkan.

Kembali pada topik asal, aku pun tak berapa setuju bila RTM maupun Media Prima asyik siarkan cerita P Ramlee saban minggu, bulan, tahun, zaman. Apa salahnya siarkan filem-filem lakonan hero dan heroin yang lain, sediakan slot setiap minggu khas untuk bintang-bintang berbeza. Tak kira la sama ada mereka jadi hero atau pun tambahan saja, yang penting keluarga, pewaris atau peminat mereka di luar sana berbesar hati dapat menontonnya. Aku tengok kerajaan hanya menumpukan pada filem P Ramlee semata-mata, mungkin berasa bersalah dengan kisah lama jadi perlu diangkat setinggi-tingginya? tapi jangan lah sampai menidakkan sumbangan bintang-bintang lain yang pernah masyhur suatu ketika dulu tidak kira la sama ada Malaya/Singapura. Contohnya :

1. S Kadarisman / Ahmad Nisfu / Udo Omar - Watak pembantu sangat hidup, dari sultan ke watak jahat, bapa penyayang, lelaki miang hinggalah ke bomoh santet wataknya sangat hidup dan menjadikan jalan cerita tu tak hambar.

2. Nordin Ahmad / Jins Samsuddin / Ahmad Mahmud / Aziz Jaafar - Filem banyak untuk dipertontonkan dan berkaitan sejarah, kepahlawanan dan mitos.

3. A. Rahim / Mahmud June /  Hussin Abu Hassan - Antara pelakon watak antagonis terbaik, tapi di pandang sepi saja.

4. Sharif Dol / Salleh Kamil / Omar Rojik / etc

5. Siput Sarawak / Siti Tanjung Perak / Mak Dara / Mak Enon / Aini Jasmin / etc

6. A R Tompel / Mat Sentul / Ibrahim Pendek / etc
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 10:47 AM | Show all posts
Ya betul tu isterinya bernama Salmah Ibrahim, dia hanya pelakon pembantu dan jadi penari dalam f ...
dr.R Post at 9-12-2011 22:33

ris pernah terbaca .... yang nordin ahmad dan latifah omar tak sebulu di luar filem, tak bertegur sapa lah.......... tapi kat dalam filem boleh melakonkan adegan2 romantik di antara kedua, memang nampak keserasian di antara keduanya..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2011 10:55 AM | Show all posts
ris pernah terbaca .... yang nordin ahmad dan latifah omar tak sebulu di luar filem, tak bertegur  ...
Risma Post at 10-12-2011 10:47


Ya memang begitulah yang di perkhabarkan, selepas skandal di hidu oleh isteri sendiri bila babak dalam filem berlarutan ke luar filem maka mengamuk sakan lah si isteri. Jadinya perang dingin dan dikhabarkan mana-mana filem yang di lakonkan oleh beliau semua isterinya ada jadi pelakon tambahan sama ada penari atau sekadar pelakon lalu lalang saja, jadi di situlah timbul cerita yang mereka tidak sehaluan dan sebulu sebegitu padahal hakikatnya mereka sangat mesra.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 11:06 AM | Show all posts
Ya memang begitulah yang di perkhabarkan, selepas skandal di hidu oleh isteri sendiri bila babak ...
dr.R Post at 10-12-2011 10:55

oooo begitu rupanya......... tu lah sapa suruh kawen dengan hero hot time tuh.......... mesti dah boleh agak benda2 cenggini berlaku........ pernah terbaca katanya cinta antara nordin dan salmah adalah luar biasa (lupa dah sapa yang bagi kenyataan ini)........
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 11:44 AM | Show all posts
oooo begitu rupanya......... tu lah sapa suruh kawen dengan hero hot time tuh.......... mesti dah  ...
Risma Post at 10-12-2011 11:06


Abaikan cerita mengenai mereka, aku takut terlanjur tinta nanti menceritakan perihal yang boleh memalukan waris sedangkan kebenarannya aku sendiri tidak boleh sahkan sebab aku pun terimanya dari pihak kedua saja dan tiada ditempat kejadian. Berbalik pada penceritaan asal topik ini, kamu rasa siapa pelakon pembantu yang kamu rasa layak di angkat sebagai lagenda? disebabkan dia tiada rupa dan tiada peluang jadi bakatnya di persiakan saja. Aku bertanya pada kamu sebab aku selalu melihat posting kamu di mana-mana saja berkaitan dengan cerita seniman lama, jadi aku menganggap kamu arif dan meminati filem-filem lama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2011 11:56 AM | Show all posts
Abaikan cerita mengenai mereka, aku takut terlanjur tinta nanti menceritakan perihal yang boleh  ...
dr.R Post at 10-12-2011 11:44

ris takde lah arif tentang filem2 lama nih.......... tapi kalau ada perkembangan tentang bintang2 filem lama ris akan baca kerana memang minat dengan dia orang nih......... tak de lah kata minat hanya pada pelakon2 tertentu, tapi boleh dikatakan semua pelakon lama2 nih ris minat dan baca perkembangan dia orang, .............bagaimana dengan mustafa maarof?? dia nih selalu jadi pelakon pembantu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.081981 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list