CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74898|Reply: 266

Mari Menulis Puisi Akrostik

  [Copy link]
Post time 10-12-2011 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Goldkey at 10-3-2012 19:32

CARI MALAY FORUMS

Cari Malay Forums
Amat bermaklumat
Ramai yang menulis
Ilmu dikongsi bersama.

Maklumat yang terkini
Asli
Luas topik perbincangan
Antara sumber maklumat
Yang menjadi bahan bacaan.

Forum pelbagai isu
Otak tak beku
Relevan sepanjang zaman
Untuk dijadikan panduan dan teladan
Meniti kehidupan penuh cabaran
Semoga yang baik-baik jua dikongsikan.

~Goldkey, 10/12/11, 16.23 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2011 04:33 PM | Show all posts
GOLDKEY

Goldkey
Olahkan bait-baik kata
Lantaran laman ramai pembaca
Dapat menggarap karya kreatif
Kepada pemuisi yang dihormati
Elok jika kita berganding bahu menulis puisi akrostik
Yang menarik lagi puitis.

~Goldkey, 10/12/11, 16.31 pm~
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 04:50 PM | Show all posts
Edited by Goldkey at 10-12-2018 09:17 PM

ATTOKZ

Attokz antara moderetor laman
Tinggi penghormatan saya berikan
Tanggungjawabnya memantau penulisan
Oh! Dia juga bermurah memberi tacang
Kepada puisi yang dia berkenan
Zap!! Attokz tak marahkan?

~Goldkey~

Comments

Tang nama tu salah, cikgu! :) Sebenarnya saya selalu buat soalan treasure hunt jenis accrosstic ni. Satu usaha yang baik.  Post time 10-8-2012 03:20 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 04:56 PM | Show all posts
Gerhana Bulan

Gerhana Bulan
Engkau saksikan malam ini
Ramai yang nantikan
Hanya berlaku sekali sekala
Antara fenomena alam semesta
Nah! Lihatlah kebesaran Sang Pencipta
Agungnya kekuasaan.

Berikan kita cahaya bulan
Untuk menerangi kegelapan malam
Lampu yang menyinarkan semesta alam
Anggun cantik menawan
Nantikan!!!

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 05:05 PM | Show all posts
Laut Kasih

Luahan untuk seorang isteri
Aku tuliskan puisi dari kamar hati
Untuk tatapanmu sayang
Terimalah kata bicara dari lubuk jiwa.

Kasih yang kutumpahkan
Ambillah simpan jadikan lentara cinta
Semoga menerangi kamar hatimu
Ikhlas dan jujur dari sukmaku
Hanya untuk dirimu sayang.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2011 06:15 PM | Show all posts
Disember

Disember ini
Irama laut China Selatan menderu
Simfonikan lagu musim tengkujuh
Esak tangis anak-anak nelayan mendayu
Membelah sunyi malam
Bersama dingin kelaparan
Esok belum menjanjikan sesuap nasi
Rezeki yang ditunggu dari laut yang bergelora.

~Goldkey~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2011 06:50 PM | Show all posts
Halimah Jongang

Halimah jongang
Arahan A. Aida
Layarkan kisah anak dara jongang
Ingin dicintai jejaka pilihan hati
Malang diri tak secantik puteri idaman lelaki
Ali tak memandang Halimah sebagai buah hati
Hanya anggap kawan tempat membicara isi hati.

Jenaka ini
Orang komen menjatuhkan maruah mereka yang kekurangan
Namun bagiku ada mesej yang nak disampaikan
Garapan cerita perlu dihayati hingga ke hujung jalannya
Agar tidak tersalah tafsiran
Nasihat dan pengajaran amat berguna
Gasaklah apa orang nak kata janji tidak menyelewengkan ajaran agama.

Goldkey, 11/12/11, 18.45 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 11:20 AM | Show all posts
Akrostik menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong.

~DAULAT TUANKU~

Daulat Tuanku sembah patik harap diampun
Akan terjunjung kasih tuanku di bahu hambamu.
Usah diragu kesetiaan hambamu semua
Lahirnya dari jiwa yang taat setia kepada raja.
Adat Melayu tidak akan hilang di dunia
Tinggi mertabatnya dipandangan mata semua

Tinggi megah bersemayam di atas tahta negara.
Untukmu Tuanku rakyat rela korbankan nyawa
Agar sentiasa terpelihara institusi beraja negara
Naungan duli akan terus kekal selama-lamanya.
Keranamu Duli Tuanku Raja berpelembagaan
Untukmu Duli Tuanku Raja Yang penuh berdaulat.

DAULAT TUANKU.

SAZALEE SULAIMAN(SS-Z)
12-12-2011 jam 0907am.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2011 01:08 PM | Show all posts
Puisi Akrostik

Bintang Kartika

Bahasa mapan sekali
Indah garapan dalam bait kata
Nanti aku cuba pelajarinya
Tak terjangkau dek akalku kata-katanya
Amat tinggi kosa kata
Nak kukuasai sepertinya
Guna menggarap puisiku.

Kekasihnya di Jepun
Aku doakan mereka cepat bersatu
Rindu mereka tak tertanggung lagi
Talian internet penyambung kasih
Indah sungguh cinta antara benua
Kerinduan membaja kasih
Akur setia menunggu hari bahagia.

Goldkey, 8/12/11, 9.42 am
BBB


Comic Comot

Comel dan bergaya
Orang memandang terpukau
Muda remaja
Ikhlas dalam bersahabat
Cantik rupa indah pekerti

Coloteh tak habis
Orang gelak sakan
Membaca puisi Comic Comot
Orang tak aka lupa
Tautan sulaturrahim termetrai.

Goldkey, 8/12/11, 9.30 am
BBB

Sazalee Sulaiman

Seorang yang kreatif
Aku kenal di laman PBKS
Zahirnya macam kaki pukul
Aku kaji baik hatinya
Lemah gemalai orangnya
Elok rupa boleh tahan gaya
Esok-esok ramai peminatnya.

Sungguh produktif menulis puisi
Untuk tatapan bersama warga PBKS
Langsung tak jemu menulis
Aku kagum dengan komitmenmu
Insan yang tekun mencurah rasa
Moga diberi kekuatan terus berkarya
Aku sokong penuh dari belakangmu
Nanti meriah laman kita usahakan.

Goldkey, 8/12/11, 13.18 pm
BBB


Norafida Aris

Nantikan cinta hatimu
Olakan rindu membadai sukmamu
Rasakan indahnya anugerah cinta
Fantasi jadi realiti
Impian memiliki
Dambaan
Agungmu.

Antara rindu dan air mata
Ramuan yang biasa
Indah alam bercinta
Selalu menguja jiwa.

Goldkey, 8/12/11, 14.59 pm
BBB

Selendang Hitam

Susunan kata memikat kalbu
Elok rupa elok budi bahasa
Lelaki pasti lemah longlai tergoda
Enggan berpaling bila memandang
Nak terkeluar biji mata
Detak hati lelaki berdetup detap
Namun sopan satun tetap dijaga
Genggam erat pesanan ayahbonda.

Hiasi diri dengan iman
Ikutan para ilmuan
Tertib adab jadi pedoman
Amanah dan tanggungjawab jadi keutamaan
Menulis puisi berpesan buat teman-teman.

Goldkey, 8/12/11, 14.50 pm
BBB

Muhammad Rois Rinaldi

Menggarap puisi jadi kecanduan
Ungkapan-ungkapan menggelinjang
Hamilkan minda
Amukkan bicara sensual
Memukau nafsu
Membuntingkan rasa
Aduh!
Dahsyat.

Romansa ditelanjangi
Omelan-omelan ghairah
Inti pati
Susunan kata.

Rois
Ilmu menunduk digurui
Nak menawan Artika Dirumah
Amalkan bertapa di Gua Hantu
Lamanya 40 tahun
Dunia terasing
Impian menakluk cinta Artika.

Goldkey, 8/12/11, 15.24 pm
BBB

Wan Zul

Walau malu-malu meow
Ayat-ayatmu baik sekali
Nah! terus garap lagi.

Zahirkan isi hatimu
Ukirkan larik terindah
Lukiskan gelojak rasa terpuitis.

Goldkey, 8/12/11, 16.09pm
BBB

Ibnu Din Assingkiri

Ilmunya bergedung
Berguru dengannya memang tepat sekali
Natijahnya terungkap puisi mampan indah sekali
Usaha membimbing pemuisi muda kukagumi.

Dalam berkarya
Ingatlah katanya tiada kasta
Nasihat yang bernas lagi bijaksana.

Aku bangga
Sempat mengenali sahabat Ibnu Din Assingkiri
Sesuatu kupelajari dari puisi-puisi hebatnya
Istilah puisi jelas diapresiasikan
Nota-nota kaki sangat membantu pembaca
Gagasan puisinya bermacam pola dan tema
Ketepatan diksi menjelaskan makna
Inilah penulis berbakat besar
Ramah tamah orangnya
Isteri gagah menyokong di belakang.

Goldkey, 8/12/11, 15.36 pm
BBB


Nik Zharif Aimran

Nakal dan cerdik
Itulah kusimpulkan
Kepada anakanda tercinta.

Zaman silih berganti
Hanya kepadamu kumenumpah kasih
Anugerah Tuhan tak ternilai
Rahmat dan kurnia-Nya
Indah sekali memenuhi
Fragmen perjalanan hidup ini.

Anakku
Ingatlah akan janjimu
Memilih kami jadi orang tuamu
Restu untukmu
Anakku
Noktah.

Goldkey, 8/12/11, 19.07pm
BBB


Nik Nurazahara Suhada

Nik Nurazahara Suhada
Inilah puisi abah buatmu
Kakak satu-satunya harapan ibu dan abah.

Nasihat Abah berikan
Untuk kakak yang disayangi
Restu ibu dan abah mengiringi perjuanganmu
Akan abah cuba berikan yang terbaik
Zharif adikmu sayangilah seperti mana ibu dah abah sayangi
Abah harapkan kamu menjaga adikmu yang teristimewa
Hanya kakak jadi harapan masa depan adik
Akan tiba masanya nanti adik perlukan perhatianmu
Rasanya kakak akan lebih menyayangi
Adik tidak seperti orang biasa yang mungkin boleh berdikari.

Statusmu sebagai kakak
Usaha sehingga jaya
Harapanmu pasti tercapai
Abah yakin kakak akan berjaya
Demi masa depan kakak dan adik
Abah dan Ibu membantu yang termampu.

Goldkey, 8/12/11, 20.48 pm
BBB


Hasma Maymeng

Hanya insan terpilih
Allah kurniakan nur hidayah-Nya
Seperti para rasul pilihan
Maka berdoalah sentiasa
Agar mendapat cahaya keimanan.

Mantapkan takwa
Amalkan sunnah rasul
Yakinlan ia jalan kebenaran
Membawa ke jalan keredhaan Ilahi
Esoknya nanti terpelihara
Nasib menyebelahi kita
Gemilang terbilang dunia dan akhirat.

Goldkey, 8/12/11, 21.55 pm
BBB




PUISI BAIT KATA SUARA

Pemuisi-pemuisi sekelian
Untaikan kata-kata puitismu
Ilham yang mencurah larikkan dalam bait kata bermakna
Silaturrahim antara kita amat bermakna
Ikatan ukhwah kita bina.

Bersama kita hidupkan laman PBKS
Antara kita tiada kasta sepertinya pesan Ibnu Din Assingkiri
Ingat, kita berkarya untuk memupuk setiakawan jauh dan dekat
Terapkan nilai saling hormat menghormati.

Kekuatan kita saling mencintai puisi
Anggaplah kita dari satu keluarga besar mendukungi bidang seni
Tugas kita memartabatkan bahasa ibunda yang tercinta
Amalan yang sama-sama kita genggam.

Sudilah saling bantu membantu
Uruskan laman yang tercinta
Adakala salah faham mengguris rasa
Redha, memaafkan sesama kita dalam sebuah keluarga
Ambil yang jernih buang yang keruh.

Goldkey, 8/12/11, 22.15 pm
BBB


Tengku Raknemas

Telah bertunas cintanya
Entah siaplah si jejaka bertuah itu
Nak juga kukenal mungkin setampan Aaron Aziz
Gempar semalaya
Kerana kehebatan jalinan cinta
Umum tertunggu-tunggu kemunculan pasangannya.

Raut wajah yang menawan
Amat memikat jejaka mata keranjang
Kerana pesan ayahbonda
Nakalnya terpenjara
Etika berkawan tetap dijaga
Malu sebahagian iman di dada
Ayahbonda sentiasa di minda
Selamat dari segala fitnah dunia.

Goldkey, 8/12/11, 22.28pm
BBB


Rita Karim

Rajin menggarap puisi
Itulah minat orang berseni
Tercipta puisi-puisi indah
Akalan Rita Karim.

Kekalkan karyamu
Aku mengalu-alukan nukilan hebatmu
Rangkap-rangkap puitis yang bermakna
Ilham tak pernah pudar
Mencoret laju bergaya.

Goldkey, 8/12/11, 22.50 pm
BBB


Kajang High School

Kajang High School
Antara nama tersohor mencipta sejarah
Jelas terbukti dengan kecemerlangan warganya
Ampuh dalam bidang yang diceburi
Nakhoda bijak mengatur strategi
Gemilang dan terbilang pasti.

Hayat kian meningkat
Impian kian menggunung
Galas Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
Hasilkan modal insan berdaya saing bertaraf global.

Seluruh warga
Ceria sentiasa memupuk budaya mesra
Hilang lelah bila perpaduan jadi agenda
Orang melihat bertambah selesa
Organisasi cemerlang berbuat jasa
Laksana agenda pembangunan negara.

Goldkey, 8/12,11, 23.12 pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 08:24 PM | Show all posts
Masalah

Masalah
Adalah cabaran hidup
Selesaikan dengan bijaksana
Ambil jalan yang diredhai Allah
Lebih baik walau perit
Andai menempuh jalan buntu
Hanya kepada-Nya tempat meminta.

Goldkey, 12/12/11, 19.35 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 09:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 12-12-2011 21:30

Akrostik Yang Dipertuan Agung

Yang memerintah berlandaskan raja berperlembangaan
Amat dimuliakan dalam negara
Nafiri nobat dimainkan tak kala pertabalan
Gambaran majlis rasmi perlantikan.

Dirgahayu Tuanku
Islam dipertahankan agama rasmi tanah melayu
Penaung negara
Enakmen memperuntukkan
Rakyat didahulu
Tanggungjawab baginda
Untuk membela nusa bangsa
Asal usul tak dilupa
Nakhoda negara tercinta.

Ampun Tuanku
Gema sembah rakyat jelata
Untuk mendaulatkan Tuaku
Naiki tahta pemerintahan
Gemilang terbilang cemerlang negara Malaysia.

Goldkey, 12/12/11, 21.21 pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2011 09:57 PM | Show all posts
Akrostik CINTA

Cinta
Istilah rasa sayang dalam diri
Naluri yang tumbuh tak diundang
Terlalu kompleks untuk digambarkan dengan kata-kata
Akan tahu sendiri bagaimana rasa cinta bila tiba masa dan ketika.

Goldkey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2011 08:44 AM | Show all posts
Akrostik

Selamat Pagi

Selawat dan salam kepada junjungan Muhammad S.A.W
Elok hendaknya kawan-kawan semua pagi ini
Lekas ceriakan hari, garapkan puisi puitismu di sini
Aku sudi membaca walau seribu puisi
Menikmati indah permainan bahasa dalam bait-bait kata suara
Asah bakatmu menyuara rasa
Tentang alam, manusia dan juga ketuhanan.

Pagi yang indah ini
Aku menuggu teman-teman
Gegak gempitakan laman PBKS
Inilah ruang pertemuan persahabatan maya buat kita berkongsi rasa.

Goldkey, 13.12.11, 8.42 am
tinta hati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 10:07 AM | Show all posts
best22
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2011 12:50 PM | Show all posts
Reply 14# harumawar


Terima kasih

Harumawar
Anda dialukan menulis juga
Ronakan ilhammu di sini
Untuk tatapan bersama
Mari meriahkan puisi akrostik
Asah minda bermain kata
War-warkan kepada semua
Amat mudah memulakan nukilan
Rerajin berkonsgsi garapan puitismu.

Goldkey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2011 02:25 PM | Show all posts
Puisi Cinta Syair Jiwa

Puisi Cinta Syair Jiwa
Untuk insan sedang melayan rasa cinta membungkam di dada
Ibarat Laila dan Majnum, Shah Jehan dan Mumtaz, Uda dan Dara
Sepasang kekasih sehati sejiwa
Impikan cinta ke jinjang pelamin menyatu bahagia.

Cinta
Istilah rasa sayang dalam diri
Naluri yang tumbuh tak diundang
Terlalu kompleks untuk digambarkan dengan kata-kata
Akan tahu sendiri bagaimana rasa cinta bila tiba masa dan ketika.

Syair jiwa
Yang menguap jadi bait-bait kata
Asyik membuai rasa
Itulah puisi yang mengesan jiwa
Rasa membuak memalu sukma.

Jiwa
Insan sering dibolak balik rasa
Warna-warna hati ingin ketenangan menjelma
Akurlah putaran semesta mengubah pola warna.

Goldkey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 05:06 PM | Show all posts
ADIFRS

Apakah mungkin ianya terjadi
Dulu terdiam sepi
Ingin juga menonjol diri
Fajar menyinsing awan berlalu
Rasa tenang menguasai diri
Seperti burung bebas terbang ke mana jua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 08:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2011 08:22

Nasi Lemak

Nasi lemak
Amat digemari di Malaysia
Sarapan pagi yang mengenyangkan
Itulah salah satu makanan kegemaran warga se-tanah melayu

Lauk bermacam jenis
Enak disulam bersama nasik lemak
Makan tak cukup sebungkus
Akibatnya perut mengembang
Ke depan sampai tak larat nak berjalan.

Goldkey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 11:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2011 11:44

Cinta Antara Benua

Cinta antara benua
Istilah cinta terpisah dek lautan beribu batu
Nanum ampuh memegang janji jujur setia
Terpaksa menahan rindu yang tak teruncap dengan kata-kata
Angin lalu jadi perantara memperdengarkan bisikan cinta.

Antara cabaran cinta antara benua
Nak ketemu terpisah dek jarak dan masa
Tunggu saat dan ketika
Akan bersatu dalam ikatan suci berkat doa
Restu ayahbonda
Amat berharga.

Bersabarlah pasangan cinta antara benua
Engkau pasti bersatu menggapai bahagia
Nantikan harinya
Usah gusar usah curiga
Akan tiba juga hari penuh bahagia.

Goldkey, 14/12/11, 11.35 am
Tinta Hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2011 06:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2011 20:28

Banjir Kilat

Banjir kilat
Angkara longkang tersumbat
Nasib tak baik habis tenggelam tak dapat diselamat
Jalan jem kenderaan bersumbat-sumbat
Itulah situasi di bandar yang tumbuh macam kulat
Ramai terperangkap hanya dapat melihat.

Kesannya amat dahsyat
Isu yang selalu menghambat
Longkang, terowong sudah dibuat
Air masih naik dengan cepat
Tanam pokok banyak-banyak satu cara menyekat.

Goldkey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.235359 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list