|
sape keje ngn unit beruniform pon x leh smpn janggut..
bknkah undang2 yg jahil agama?
salahkah kl ...
tripple_M Post at 1-1-2012 23:49
Assalamualaikum tripple_M,
Utk mengamalkan Sunnah JANGGUT ini, ia perlu kefahaman dari fihak yg menggubal undang undang.(yakni fihak atasan)
Buat pengetahuan miker, umat melayu-cum-Islam di Malaysia ini amat lemah dari segi mengamalkan SUNNAH.
Lelebey lagi ad |
|
|
|
|
|
|
|
org melayu cuma suka ikut sunnah kawin 4 je.... |
|
|
|
|
|
|
|
org melayu cuma suka ikut sunnah kawin 4 je....
joey8989 Post at 3-1-2012 13:55
Bukan SUKA tetapi di perbesar besarkan.
Ghamai yg berserban, berjubah, bersugi, solat duha, tahajjud, israk, witir.......nasihat, sedeqah , zikir, baca doa semasa masuk keluar tandas, makan, masuk/keluar mesjid, makan/minum dgn tangan kanan , sikat ghambut, potong kuku, cukur bulu , mengucap salam etc |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# anala99
misai cari makan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 58# tripple_M
askar/polis pakistan blh je |
|
|
|
|
|
|
|
PENDAPAT MAZHAB YANG EMPAT
Mazhab yang empat telah sepakat bahawa wajib membiarkan janggut memanj ...
jofizo Post at 15-12-2011 09:40
dari huraian diatas, keempat empat mazhab mengharamkan cukur janggut?? benarkah begitu? confius saya. cuba semak dibawha pula. :
TERDAPAT perbezaan pendapat antara mazhab mengenai hukum mencukur janggut (Arab, lihyah).
Mazhab Maliki dan Hambali mengharamkan perbuatan mencukur janggut.
Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi). Manakala mazhab Syafie hanya menghukumkan makruh mencukur janggut (al-Zuhayli, 1985: I: 208).
Ini kerana ada perbezaan dalam riwayat hadis daripada Rasulullah s.a.w, antaranya, hadis Aisyah daripada Rasulullah s.a.w mengenai sepuluh perkara fitrah iaitu 'memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.'
Kata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, an-Nasa'i)
Menurut Imam an-Nawawi yang kesepuluh kemungkinan adalah khitan (bersunat). Hadis ini menunjukkan memelihara janggut termasuk dalam perkara sunat.
Manakala dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berbezalah kamu dengan orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (Hadis riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmidhi)
Hadis ini menghendaki seorang Muslim mempunyai identiti sendiri dengan tidak meniru bangsa lain.
Berdasarkan tujuan terbabit, mencukur janggut dilihat sebagai meninggalkan jati diri Muslim dan tidak mengikut suruhan Rasulullah s.a.w.
Bagaimanapun, ada yang memahaminya sebagai sunat dan bukannya wajib, iaitu suruhan kepada lelaki Muslim memelihara janggut bagi membezakan antara orang Islam bukan Islam.
Ada pendapat semasa menyatakan hukum memelihara janggut adalah harus semata-mata dan ia bukan sunat dan wajib.
Ia kurang tepat kerana mengenepikan hadis mengenai memelihara janggut termasuk dalam sunnah fitrah.
Dr Yusuf al-Qaradawi pula lebih hampir kepada mazhab Syafie apabila melihat tindakan memelihara janggut sebagai sunat dan bukan wajib. Mencukur janggut pula dihukum makruh (al-Qaradawi, 1995: 94-96).
Pendapat mazhab Syafie lebih hampir kepada kebenaran dan sederhana.
(lihat juga artikel Cukur janggut di http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by si_wawa at 17-4-2012 20:58
Sdgkn Al-Kitab tdk lg diikut, inikan pula sunnah...
Dzulqarnain Post at 2-1-2012 23:00
Kenapa timbulkan persoalan inii....
Ramai orang yang masih ikut Al-Kitab (Al-Quran).
Dan menguatkannya dgn istiqamah dgn Sunnah.jadinya, kita berbincang di topik ini utk yg nak ikut sunnah...
tak ikut, tak apa je... jgn pulak dicampurkan kan topik
dgn tak ikut AlQuran tak ikut sunnah dsb etc etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# si_wawa
Umat akhir zaman berdepan dgn byk tanda² yg nabi s.a.w. beri,
antaranya: wanita nk jd lelaki dan/atau lelaki yg nk jd wanita.
Dan mustahil seseorang lelaki menjadi wanita tanpa mencukur 'janggut'nya.
Hanya mereka yg beriman kpd Allah dan rasulNya,
beriman kpd hari akhirat dan beramal soleh,
akan mencegah dirinya drpd menjadi 'tanda'.
Juga mereka yg berpegang kpd ayat² Allah dan rasulNya,
yg hari ini adalah sgt² sedikit bilangannya...
yg secara zahir kita nmpak tu yg utama 'janggut'nya.
Dan 'yg x ikut xpe' tu bila mengikut hukum 'sunat',
manakala pengamal 'sunnah' ialah yg mengikut 'tradisi' atau 'pembawaan' baginda s.a.w.
Jd, rugi kalau x amal sunnah hanya utk kejar 'dunia'. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum spiderman,
Kurang tepat pandangan tersebut.
Jika kita cintakan Rasulullah sa ...
niceghost2005 Post at 28-12-2011 16:44
baru plan mcm nak trim skit janggut nie tp lepas baca tak jadi la biarkan jer...
mcm mana wuduk dibahagian janggut nie? |
|
|
|
|
|
|
|
well , handsome aper ... di samping ikut sunnah dan perlu dikemaskan
yg i well ...takut tu , yg jungle sikit tu kenalaaa kemaskan , kan? prophet pun jaga , kan? |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana sepatutnya simpan janggut kalau ikut sunnah? kena panjang mana? nanti boleh bagitau kat husband.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru plan mcm nak trim skit janggut nie tp lepas baca tak jadi la biarkan jer...
mcm mana wud ...
lostnfaun Post at 19-4-2012 17:01
Assalamualaikum lostnfaun,
2 minggu lepas teman tanya pada Tengku Abd Aziz, yakni Penceramah Haji (Bekas Pengarah Bimbingan Haji TH)
Dier kata, cukup sahaja mengambil wudhuk dgn menyapu air di bahagian janggut tersebut. (sekiranya tebal)
Tetapi teman pernah juga baca buku dan bertanya pada oghang lain, ia menyatakan hendak lah di masukkan jari ke celah celah janggut tersebut semasa mengambil wudhuk.
Teman mengambil pendapat yg ke 2.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana sepatutnya simpan janggut kalau ikut sunnah? kena panjang mana? nanti boleh bagitau kat h ...
manganini Post at 20-4-2012 00:16
Assalamualaikum manganini,
Mengikup 1/2 riwayat, janggut Rasulullah saw panjang hingga ke dada.
Ada juga yg berpendapat menyimpan janggut sehingga segenggam tangan.
Yg lebey.................di potong.
PERHATIAN:
- menyimpan janggut JANGAN berniat utk menjadi handsome, macho etc (tak dapat pahala sunnah)
KELEBIHAN/FADHILAT:
- malaikat bergantungan di setiap helai janggut - hadis
- SUNNAH yg di bawak sampai ke kubur
- pahala 24jam 7 hari seminggu (time ZzzzZzzzzZzzzz pung dapat pahala)
CABARAN:
- di perli
- di kutuk
- di hina
Hendak lah banyak berSABAR di dalam menghidupkan SUNNAH Nabi saw ini.
Pelbagai dugaan n cabaran akan datang.
Waallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 74# niceghost2005
oo gitu.. thanks for those info.. tapi ada jugak lelaki yg janggutnya tak panjang2 kan.. macam hubby saya tengok panjang tu je janggutnye.. ada jugak saya tengok lelaki yg janggut sehelai dua je.. mungkin hormon kurang kot.. kalau macam tu, takpe ke.. yang penting niat kot..? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply niceghost2005
oo gitu.. thanks for those info.. tapi ada jugak lelaki yg janggutnya ...
manganini Post at 21-4-2012 00:33
Assalamualaikum manganini,
Benar.
Yang penting................ada usaha utk mengikut SUNNAH Nabi saw.
Walaupun janggutnya tidak lah seberapa.
Sehela dua pung jadi laaaaaaa
Sebab ia adalah di luar kemampuan kita sebagaii seoghang manusia.
Salman Al Farisi seoghang sahabat Nabi saw, tidak ada satu janggut pung. (sebab tak tumbuh)
Sehingga sahabat r.a. yg lain sanggup iklankan kpd seluruh oghang....sesiapa yg dapat or ada ubat utk membuat janggut sahabat besar ini tumbuh janggut........deme akan beri semua hartanya kpd oghang tersebut.
Sampai begitu sekali deme nak hidupkan SUNNAH kekasih mereka.
Waallahua'lam
p/s si isteri pung patut memberi galakkan kpd suami |
|
|
|
|
|
|
|
Hairan ya….kenapa Hassan Din, Harun Din tak simpan janggut ???? |
|
|
|
|
|
|
|
seb baek saya ada janggut.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|