CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DAKDAKDEK

Pembunuh Nurin Jazlin

  [Copy link]
Post time 23-12-2011 09:50 PM | Show all posts
Minta minta cepat ditangkap
syikin_akik Post at 21-12-2011 18:38

tak kena tangkap lagi ke?jiran dia cerita dia ada kt umah...gate & siap terbukak lagi{:4_192:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 04:32 PM | Show all posts
Kenapa payah sangat nak cari pembunuh Nurin ni ?...
Takut aku fikirkan bila pembunuh masih terlepas dan bebas
berlegar ...... Bila terbaca pasal Nurin trus air mata menitik...
Semoga Allah membalas perbuatan pembunuh itu di dunia dan akhirat...
Al-fatihah untuk arwah Nurin....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:32 AM | Show all posts
dah tahun 2012..dh bertahun dah kes arwah ni tak terungkai
alfatihah buat arwah nurin...
semoga dlm 2012 ni, ada berita positif pasal kes ni..saya masih berharap dan mendoakan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 09:48 PM | Show all posts
ari tu aku dok sembang ngan budak undang2, diaorg yang ambik satu subjek ni mmg akan dihidangkan dengan kes2 bunuh, kes2 yang teruk2 la.. salah satu kes yang diaorg tengok ialah pasal nurin ni... aku ni tak rase sangat masa kisah nurin ni coz aku tak baca sangat suratkhabo, and cite2 yang tak ngeri, aku malas bace sbb takut ngeri..

tapi since dia ni cite, aku dengar jelah.. beb, giler sunggoh pembunoh tu.. yang diaorg kaji si nurin ni lepas letak terung tu still lagi hidup, I think for 24 days kot.. and budak tu diikat tangan kiri dan kanan. and maybe becoz sakit and nak lepaskan diri..budak tu hentak kepala dia berulang2 kali sampai retak tempurung kepala dia... (ada lagi yang diaorg cerita, tapi aku dah tak ingat) aku dengar rasa menyirap ngerinya.. Ya Allah, mungkin tempat Nurin ni yang indah di sana tapi bukan kat dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2012 04:26 PM | Show all posts
Reply 104# mnaa


Ngeri siot!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 06:56 AM | Show all posts
Time kes Nurin ni, anak dara aku 2 years younger Dari arwah. Aku ikut kes ni dlm papers. Setiap Kali tgk gambar Nurin, ternampak anak aku. Nangis aku everytime. Malaysia tanah tumpah darah ku, bukan Malaysia zmn aku kanak2 dulu. Aku jadi terlalu takut utk anak2 ku Dan kes ni lah antara penyebab yg mbuatkan kami suami isteri  nekad terima tawaran berhijrah Demi kebaikan anak2. Sekarang ni, negara yg aku diami ni alhamdullillah terkenal sbg antara tempat yg bole consider agak selamat Di dunia Dan mpunyai almost zero crime rate. Anak2 aku leh lari bebas Di taman and jiran tertangga semua sailing mengenali, tolong menolong Dan berkerjasama walaupun berbeza Negara, agama Dan budaya. Aku happy dpt provide anak2 aku with a childhood. Tapi bila balik KL dia org boring je sebab terpaksa terkurung Dan sentiasa Di bwh pengawasan. Aku terkilan depa tak dpt enjoy negaraku mcm mana aku enjoy my own country.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 05:45 PM | Show all posts
Reply 34# leezzaliza


   aa..tulah nama dia.dulu aku kecik2 sekolah rendah.merata-rata tampal iklan kehilangan budak ni kat bus2 sekolah. ''DI MANA SONG SHENG'' pastu gambo dia.tp bukan ke ada ura2 dulu yg ada wartawan jumpa  kat thailand budak ni tengah mengemis dlm keadaan tubuh badan yg xsempurna??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 02:11 PM | Show all posts
Iols ingat lagi masa tu, nurin tu diletak dalam beg
Lepastu muka dia kurus
Gigi jadi jongang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya.. Masih ingat lagi... Berita ini benar2 meruntun jiwa, hati,  perasaan aku..  
Boleh buat kemurungan baca..
ada orang kejam  di luar sana yg  sanggup berlaku kejam pada kanak2 yg x berdosa..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 04:29 PM | Show all posts
yg byk byk hilang ni takde ke mcm terlibat dengan sindiket. sebab kt wang kelian tu dulu kan ade kubur besar yang ada byk rangka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah Nurin dipulangkan dan dikebumikan dengan elok. Cuma ada misteri disebalik kematian arwah yang mungkin hanya polis dan keluarga arwah sahaja yang tahu. Dan ibu arwah membisu seribu bahasa. Entah kenapa, I rasa ibu arwah tahu cerita disebalik kematian Nurin. Al-Fatihah untuk arwah Nurin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 08:25 AM | Show all posts
Kes bunuh Nurin Jazlin pada 2007 tidak pernah ditutup

Kuala Lumpur: Siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin sentiasa aktif dan tidak pernah ditutup.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang memaklumkan bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data PDRM.
"Kes ini sentiasa aktif, namun PDRM masih belum mendapat apa-apa petunjuk baharu.
"Bagaimanapun, bukti-bukti penting seperti deoxyribonucleic acid (DNA) berhubung kes ini masih berada dalam bank data kami untuk rujukan apabila diperlukan kelak," katanya dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya tidak pernah menutup kes berkenaan.
"Kami tidak pernah tutup kes itu. Kalau ada petunjuk baharu, kami akan ambil tindakan," katanya dihubungi, hari ini.
Hari ini, Harian Metro melaporkan perkongsian pengalaman beberapa individu termasuk bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 47, mengenai kisah mereka sewaktu kehilangannya serta penemuan mayat kanak-kanak berkenaan yang genap berusia 21 tahun semalam, sekiranya masih hidup.
Sebelum ini, media melaporkan Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007.
Mangsa dikatakan dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.
Pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum keputusan ujian DNA mengesahkan mangsa adalah Nurin Jazlin.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2020 @ 4:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2020 08:29 AM | Show all posts
Selamat Hari Lahir Kak Ngah.” -Genap usia 21 tahun, bapa ziarah pusara Nurin Jazlin
September 11, 2020
Share
Sedar tak sedar, sudah 13 tahun pemergian Nurin Jazlin Jazimin yang meninggal dunia kerana dibunuh dengan kejam ketika berusia 8 tahun.

Kes kematiannya amat menggemparkan negara apabila mayat Nurin dijumpai di dalam sebuah beg pakaian dengan beberapa kesan kecederaan teruk kerana dipercayai dirogol oleh individu tak berhati perut.

Coretan bapa untuk anak yang telah tiada
Walaupun begitu, pelaku yang menyebabkan kematian allahyarham masih belum ditangkap. Pada hari ini, genap usia Nurin Jazlin 21 tahun andai masih hidup.


Oleh hal yang demikian, bapa kepada Nurin Jazlin telah memuat naik beberapa gambar ketika menziarahi pusara anak tersayang dan sedikit coretan hari lahir untuk puteri keduanya.



Hanya pinjam sementara…
Menerusi coretan tersebut, Jazimin menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi pinjam Nurin Jazlin kepada mereka walaupun seketika sebelum pergi buat selamanya pada tahun 2007.

Dia juga mengucapkan selamat hari lahir buat puterinya itu yang ke-21  sambil dilihat menziarahi pusara allahyarham.
“11 sept 99 jam 6.30am lahir Nurin Jazlin ke dunia.
Di pinjam hanya sementera & meninggalkan keluarganya di dunia selama lamanya pada 17 sept 2007, selamat ulang tahun ke 21thn kak ngah
Al-fatihah dibaca……….”


Semoga keluarga terus tabah
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan akui sedih dengan kisah malang yang menimpa allahyarham 13 tahun lalu.


Mereka juga berharap agar penjenayah yang melakukan kekejaman tersebut mendapat balasan diatas apa yang dilakukan terhadap jasad kecil yang tidak berdosa ketika itu.


Masih teringat lagi kes yang sangat2 kejam

Takziah buat tuan sekeluarga

Sumber: Jazimin AO & OhMyMedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.545347 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list