CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zila_hakimie

Vol 1:Selamat Pengantin Baru Yusry & LS: video eks walimatulurus kat pg 86

     Close [Copy link]
Post time 24-2-2012 11:32 PM | Show all posts

nape la rambut dah mcm kene RENJATAN ELEKTRIK{:4_503:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2012 11:33 PM | Show all posts
tepek laaa pic agi....nak tgk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 11:37 PM | Show all posts
lisa adalah berseri2 waktu nikah olok2 dlm ombak rindu.
qwezxc Post at 24-2-2012 22:01


setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 11:40 PM | Show all posts
congrats to both of them..
sweet sangat diorang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2012 11:48 PM | Show all posts
tahniah yusri dan lisa...semoga kekal hingga ke akhir hayat....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 12:17 AM | Show all posts
sweet sgt yusry & lisa...and for bini abg long , hazab la dr  ujung rambut smpai ujung kaki, baju tak sesuai p majlis, nmpk t*t*k, rambut mcm nak p siam jer..agak2 la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2012 12:25 AM | Show all posts
Reply  mysweetisha


    mohtipp bang yuciii nk pi tempat sama jah
jingga007 Post at 24-2-2012 05:39 PM


Sbb suka tempat yg sejuk katernyer......
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 12:45 AM | Show all posts
Congratulations....beautiful nikah ceremony...simple yet elegant. Lisa looked very beautiful and elegant...I love the simple make up....her natural youthful beauty really came out. Yusry is one very lucky dude..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 12:45 AM | Show all posts
Congratulations....beautiful nikah ceremony...simple yet elegant. Lisa looked very beautiful and elegant...I love the simple make up....her natural youthful beauty really came out. Yusry is one very lucky dude..)
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 01:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by xgenerasi2 at 25-2-2012 01:25

yuci ngatok.. hohoho

sukeeeeee..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 01:07 AM | Show all posts
i love her make up do..sapakah mak handamnya..sape tau? tks
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 01:23 AM | Show all posts
jumpe ni.. hihi

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 06:45 AM | Show all posts
Selamat Pengantin Baru Yusry & Lisa Surihani, pasangan yg cantik n sepadan sangat.
Nampak sangat Yusry sayang kat Lisa...semoga berbahagia dan kekal selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 07:04 AM | Show all posts
ok dah dpt..baju lisa lebey kurang sama ngn baju tunang erra..kt bhgn leher, dada tu mmg sama
kerill Post at 24-2-2012 11:11



    Ni gambar erra tunang dgn EE ke? Sbb masa dgn yusry rasanyer baju yg silver tu. kalau xsilap la
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 07:48 AM | Show all posts
aku pon tak paham mentalliti dia ni. sume org tahu yg KRU ni kaya. dia kata tak kaya sebab ...
cikokui Post at 24-2-2012 08:53


jgn di layan si pluto bahlul tu..dasar miskin papa kedana hati busuk mmg cam tu..retis bawak family dari penang duduk kat kl pong bleh jaki nak mampos...dasar iri hati tak abis2 ngan kekayaan manusia lain...mentaliti tarap celah buntut hanjing kurap jah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 07:56 AM | Show all posts
paste balik dr artikel be4 wedding dOrang,hOnestly...iOls tOuching giler baca nih..

“Tipulah tak tertekan, adalah sedikit. Yusry sendiri gelak bila tengok Lisa gelabah. Contohnya seperti bila pihak perancang majlis hantar line drawing dan saya tak dapat gambaran sesuatu perkara, Yusry sendiri akan buatkannya jadi 3D, tambah warna dan sudut yang berlainan agar saya boleh faham.

"Lisa bersyukur sangat sebab cara Yusry terangkan sesuatu perkara pada Lisa buat Lisa selesa. Lisa terharu dia buat semua itu, sweet sangat. Lisa juga tersentuh kerana dalam keadaan Lisa stress macam ini, Yusry ambil usaha untuk tenangkan Lisa,”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 08:02 AM | Show all posts
Tahniah..semoga kekal sampai ke hujung nyawa..semoga cepat dpt cahayamata..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 08:07 AM | Show all posts
suke ngan couple nih..wpun beza umur jauh..tp nampak sepadan.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 08:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by achik2009 at 25-2-2012 08:17

Keunikan Lisa di mata Yusry





SEBELUM ini pernah timbul spekulasi bahawa pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, sehinggakan pihak KRU Studio terpaksa membuat kenyataan akhbar untuk menafikan perkara tersebut.

Kini spekulasi berkenaan akhirnya menjadi kenyataan setelah Lisa sah menjadi isteri kepada Yusry selepas diinikah dan diwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya kelmarin.

Pada upacara akad nikah, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan, kek dan seutas rantai platinum sebagai mas kahwin.

Pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran seperti tepak sirih, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu kumpulan The Beatles, bunga rampai, kek dan coklat.

Pada satu sidang akhbar sebaik sahaja selesai upacara pernikahan, Yusry meluahkan rasa leganya apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dia selamat bergelar suami kepada Lisa.

"Pasti ramai tetamu yang melihat saya cukup tenang semasa upacara akad nikah berlangsung. Hakikatnya, saya tetap rasa cukup gementar dan perasaan tersebut harus saya ketepikan supaya menjadi lebih tenang.

"Apa pun saya sangat gembira dan bersyukur apabila impian untuk mendirikan rumah tangga telah termakbul dan sekarang Lisa sudah menjadi isteri saya yang sah dan saya berharap hubungan ini akan berkekalan sampai bila-bila," ujar Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden berwarna putih pada majlis tersebut.

Ketika ditanya tentang keistimewaan yang dimiliki oleh Lisa, pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu menjelaskan isterinya itu telah membuka semula pintu hatinya untuk menerima kehadiran seseorang sebagai teman hidup.

Menurut Yusry lagi, sudah agak lama dia tidak percaya kepada cinta setelah gagal dalam perkahwinan terdahulu, namun kehadiran Lisa telah mengubah persepsi cinta dalam dirinya.

"Apabila menjalinkan hubungan cinta bersamanya, saya seolah-olah seperti kembali ke usia remaja. Malah, semenjak mula berkenalan dahulu saya dapat merasakan keserasian di antara kami berdua.

"Sewaktu berkenalan dan bercinta dengannya saya melihat dia adalah seorang wanita yang sangat baik dan menghormati kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga saya serta sangat penyayang kepada kanak-kanak," ujarnya.



LISA dan Yusry akan kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing sekembali mereka daripada berbulan madu nanti.




Sementara itu, Lisa yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menyatakan keputusannya untuk menerima Yusry sebagai suaminya yang sah adalah satu pilihan yang tepat dan terbaik.

Menurut pelakon itu lagi, pada usia yang sudah mencecah 26 tahun dia merasakan sudah tiba masanya untuk menuju ke gerbang perkahwinan dan bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri.

"Tentang keistimewaan Yusry di mata saya pula, sebenarnya ia agak sukar untuk dijelaskan. Namun, kehadiran Yusry dalam hidup saya sekarang sudah dianggap sebagai sesuatu yang cukup istimewa.

"Sepanjang mengenali diri dan hati budi Yusry dengan lebih mendalam semasa berkawan dan bercinta, saya rasakan dia ialah lelaki yang paling sesuai untuk menjadi teman hidup saya," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu turut meluahkan rasa sedihnya apabila arwah ayahnya tiada di sisi meraikan hari yang bersejarah buat dirinya.

Bilangan anak

Sudah menjadi lumrah kepada mana-mana pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak terlepas daripada diajukan pertanyaan mengenai perancangan untuk memiliki cahaya mata.

Mengenai zuriat mereka, kata Lisa, dia dan suami tercinta tidak pernah membuat sebarang perancangan. Lisa menjelaskan, dia sendiri sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu pada bila-bila masa sahaja.

"Memang tiada sebarang perancangan untuk kami memiliki anak sama ada pada tahun ini atau tahun berikutnya. Kepada saya, perkara mengenai cahaya mata ini kami hanya serahkan pada rezeki yang akan dikurniakan.

"Berkenaan jumlah anak yang ingin diperoleh pula, sebenarnya saya tidak kisah sangat mengenainya. Kalau dikurniakan seramai empat orang anak ia sudah pun memadai buat diri saya," ujarnya.

Mengenai karier lakonan pula, Lisa menyatakan dia masih akan tetap berlakon seperti biasa dan akan mempertimbangkan apa sahaja tawaran yang diterima dan status sebagai isteri bukanlah satu penghalang untuk meneruskan kerjayanya.

"Suami pun masih tetap menyokong saya sepenuhnya untuk terus berlakon, malah saya rasa sangat beruntung kerana mendapat seorang suami yang sememangnya terbabit dalam industri hiburan dan faham dengan kerjaya masing-masing," tuturnya.



YUSRY melahirkan rasa syukur kerana berjaya menyunting Lisa menjadi isterinya.




Berbulan madu

Beberapa hari selepas berlangsungnya majlis resepsi yang diadakan secara serentak oleh kedua-dua belah keluarga pengantin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari ini, Lisa dan Yusry akan berbulan madu di Eropah.

Jelas Yusry, mereka memutuskan untuk berbulan madu di beberapa lokasi di negara Eropah. Yang menjadi pilihan dan destinasi pertama mereka berdua untuk berbulan madu nanti ialah Switzerland.

"Kami akan memulakan destinasi bulan madu di Switzerland dan berada selama beberapa hari di sana. Tentang tempoh berada di sana pula kami tidak pasti kerana ia bergantung kepada kesesuaian tempat tersebut.

"Selepas berada di Switzerland, kami akan pergi pula ke Cannes, Perancis dan Milan, Itali. Paling lama kami akan bercuti untuk berbulan madu adalah kira-kira dua minggu," ujarnya.

Mengenai pemilihan negara-negara tersebut sebagai lokasi bulan madu, tiada sebarang keistimewaan di ketiga-tiga lokasi berkenaan. Sebaliknya, ia dipilih berdasarkan cadangan beberapa orang rakannya.

"Kami hanya sempat untuk berbulan madu selama dua minggu sahaja. Selepas itu saya akan sibuk untuk menyiapkan kerja-kerja posproduksi filem Vikingdom, manakala isteri saya pula akan terbabit dengan filem Tingkat 4," jelasnya.




Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2012 08:22 AM | Show all posts
Jatuh cinta semula

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my



PERKENALAN sebagai rakan artis dan sering berhubung menerusi pesanan ringkas Blackberry (BBM) pada April 2011 dan lebih rapat selepas pratonton filem Hikayat Merong Mahawangsa, terus membuahkan bibit cinta antara pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim, 38, dan pelakon jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25.

Selepas hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, Yusry terus menghantar wakil merisik Lisa yang juga puteri tunggal lima beradik itu di kediaman keluarganya pada Disember 2011 dan membuktikan mereka sepakat untuk mengakhiri kisah cinta mereka ke fasa perkahwinan.

ampir setahun mengenali hati budi, Yusry dan Lisa sebulat suara memilih tanggal 23 Februari 2012 yang sama dengan tarikh lahir Lisa untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka.

Tepat jam 9 malam, mereka selamat diijabkabulkan pada majlis sederhana berkonsep `Winter Garden’ sentuhan KS Entourage di Hotel Marriot, Putrajaya di sini, malam kelmarin.

Dengan sekali lafaz, Yusry sah bergelar suami kepada Lisa dengan berwalikan abang sulungnya, Mohamed Azan Mohamed di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Pada majlis pernikahan yang dihiasi pelbagai pantun empat kerat dan dihadiri 250 tetamu membabitkan keluarga terdekat kedua-dua belah pihak itu, Yusry menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai leher platinum kepada Lisa.

Pada majlis pernikahan itu, pihak lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa cincin, tepak sirih, mas kahwin yang juga rantai leher platinum, wang hantaran (cek), kelengkapan sembahyang, manisan kristal, kek perkahwinan perisa vanila.

Semua hantaran daripada pihak perempuan digubah sepenuhnya oleh Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Manakala, pihak perempuan membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, bunga rampai, senaskhah al-Quran, sejadah, manisan coklat, baju kemeja, peralatan sembahyang dan sejadah serta barangan lain yang juga kejutan Lisa buat Yusry iaitu koleksi cakera padat The Beatles, coklat, bingkai gambar Keyboard, kek bentuk Gramaphone.

Bagaimanapun, pasangan ini sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberikan Yusry kepada Lisa kerana permintaan keluarga. Pada majlis akad nikah itu, Lisa tampil jelita dengan baju kurung moden ‘off white’ rekaan Cosry dan Yusry segak dengan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor serta sampingnya direka Nuratikah Songket.

Ketika ditemui pada malam itu, Yusry yang mengakui gementar sebelum majlis akad nikah berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar seperti direncanakan.

“Terus terang rakan yang rapat tahu saya tidak percaya cinta sebelum ini tapi selepas bertemu Lisa, saya jatuh cinta semula. Lisa juga buat saya berasa seperti remaja. Doakanlah perkahwinan kami ini kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.

Pengarah filem Vikingdom itu berkata, dia memilih Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi Lagenda Budak Setan itu kerana dia wanita yang cukup istimewa di hatinya.

“Saya terpikat dengan Lisa kerana budi bahasa, lemah lembut, tingkah laku, tidak pernah tinggikan suara dan pandai mengambil hati sepanjang kami bercinta,” katanya.

Lisa yang nampak cukup bahagia pada malam itu berkata, dia sebak kerana arwah ‘daddy’ tidak ada bersama untuk meraikan majlis pernikahannya itu.

“Saya pilih Yusry sebagai suami selepas kenal dirinya dengan lebih mendalam dan dia ada sesuatu yang orang lain tak nampak. Pada pemerhatian saya, Yusry seorang yang baik dan rapat dengan keluarganya. Dia juga tidak pandang rendah pada orang lain.

“Yusry adalah lelaki terbaik untuk menjadi suami saya. Sepanjang berkawan, kami ikhlas dan tiada istilah `try and error’ kerana kami serius untuk melangkah lebih jauh dalam hubungan ini. Saya juga berusaha untuk menjadi isteri yang baik buatnya,” katanya.

Ditanya cahaya mata pula, kata Lisa semuanya bergantung pada rezeki dan ketentuan Tuhan.

“Saya juga merancang untuk mempunyai empat anak untuk mengukuhkan lagi rumah tangga yang dibina. Selain itu, selepas majlis resepsi, kami merancang untuk berbulan madu bermula di Switzerland dan selepas itu ke destinasi Eropah yang lain selama dua atau tiga minggu bergantung pada keadaan nanti,” katanya.

Pada malam itu, Penerbit MIG, David Teo dan isterinya, Jane Lim turut menghadiahkan Lisa dengan seutas gelang tangan dan Yusry pula seutas jam tangan.

Majlis akad nikah malam tadi dihadiri ibu bapa Yusry, Abdul Halim Kamal, Zarina AW Fenner dan abangnya, Norman Abdul Halim serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad.

Dalam pada itu, majlis resepsi berkonsep ‘French Vintage’ yang juga impian perkahwinan pasangan ini akan berlangsung jam 8 malam esok (26 Februari) bakal dihadiri 1,500 tetamu di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.




Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067194 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list