CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hr_ikhlas

‘Nur Amalina tidak hanyut'

  [Copy link]
Post time 4-1-2012 08:57 AM | Show all posts
Alahai anak omak......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 08:58 AM | Show all posts
metro ni paper plg hina aku penah tgk!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 08:59 AM | Show all posts
Takkan la posing seksi camtu terus chop jahat hanyut bagai.
Senang sangat nak menilai org camtu.
Patutlah yang pakai serban pun terus dijulang tak hengat.
Memang tipikal mindset melayu gitu gamaknya. Patutlah senang sangat kena tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:00 AM | Show all posts
biasalah.stok2 lebai felda pprt ni, kalau blonde hair, pakai leggings pun dah bleh buat dio ...
cmf_premierleag Post at 4-1-2012 08:54 AM



kadang2 aku amat bersimpati dgn org2 yg berfikiran camtuh

idop dia...sukati dialah nak pakai apa pon
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:01 AM | Show all posts
Biasanya yg masuk muka depan metro adalah berita berkaitan jenayah dan seks.
Haruslah ibunya bersedih

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by chaintea at 4-1-2012 09:07

xde la seksi mana pon
dia just kaler rambut and berpakaian ketat..
kt Malaysia berlmbk hokay..
dah2 ler..dia dh besar. pandai la dia menilai mana baik and buruk
ttg seksi..aku harap dia berubah menutup aurat..
x yah la nk judge dia

metro nih pon satu gak
yg gbr retis depa dok tayang tuh lagi seksi dr minah nih (contoh: awek terbaru shah jaszle)
  

xde lak di paste kt muka depan and digembar gemburkan seperti mslh negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 09:03 AM | Show all posts
tp xler se seksi retis2 kita kannnnn ......
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:03 AM | Show all posts
hope kembali ke arah yg sbnar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 09:03 AM | Show all posts
lagi melayu celaka tukang kira dos pahala org

melayu2 cam ni patut masuk neraka
peYno Post at 4-1-2012 07:31



    ops sorry  i am pan asia...so ko lah yg patut rase api neraka tu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:06 AM | Show all posts
benda mcm ni kena rujuk ustaz azhar idrus ni
ultra78 Post at 4-1-2012 08:54


sat gi ust azhar ckp amalina ni dok pahang lak
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by fairiza at 4-1-2012 09:10

nak kata psl syurga neraka itu bukan hak saya... cuma nak komen psl pakaian dia... "serius tak lawa!"  alang2 kan... bergaya la sikit.... ni standard jinjang mali jeeee... den x prejudis kat org bukak tudung (tapi dlm hati berdoa la agar di beri hidayah kepada mereka2 - sat gi tsunami x kira sapa yee.... sbb kita membiarkan kemungkaran) cuma heran fesyen budak2 skrg.... buruk benorrrr ghopernye....

oppsss... lupa.. pesanan penaja jauhi arak, dadah & rasuah.... kalo x mo jadi ahli neraka jahannammmm..... (sat gi kata pulak tang tu x mo plak kisah....)
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:09 AM | Show all posts
aku x heran sangat kalau betul pun...beberapa pelajar aku kenal x lama dulu..sopan bertudung...siap  ...
abgboroi Post at 4-1-2012 08:43



ada juga yg bertudung tanpa mengetahui tujuan asal bertudung tu....
tu pun boleh dikira terpengaruh jugak...
ramai je kat mesia ni...yg untung peniaga tudung, sapo main supplier gamaknye..?

apa pun, aku harap amalina ni lulus studynyer ngan cemerlang dan balik
berkhidmat kat mesia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:11 AM | Show all posts
omaknya kena banyak sabar pasai nie....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:11 AM | Show all posts
ops sorry  i am pan asia...so ko lah yg patut rase api neraka tu dulu
kueh_kueh Post at 4-1-2012 09:03



    hahahahahaha... adoi.... lawak la hang ni...sentap mak baca.... kekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:13 AM | Show all posts
hopefully amalina berjaya dgn cemerlang ..tak de la nampak sngt abikan  duit kerajaan macam tu jek ehhehhe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:15 AM | Show all posts
tang mana yg sexy pun aku tak tau...
bukannya die bergambar ala playboy ..

hmmmmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 09:17 AM | Show all posts
Ibu: Tuduhan Nur Amalina liar hanya fitnah
Oleh : NORSHIKIN MOHD SALLEH
Tarikh : January 4, 2012
Nur Amalina Che Bakri

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.

Apa lagi Nur Amalina Che Bakri sebagai idola pada suatu ketika pernah membanggakan bukan sahaja ibunya, Sabariah Hassan, 52, malahan juga negara sebagai Pelajar Terbaik SPM 2004.

Ketika itu ramai ibu bapa mahu anak mereka menjadikan Nur Amalina sebagai idola.

Namun kini, apabila laman Facebook peribadinya dicerobohi, nasib Nur Amalina sudah jauh berbeza.

Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

Sabariah berkata, tuduhan konon Nur Amalina sudah berubah hingga mewarnakan rambut, gemar bersosial malah menjalani kehidupan yang liar hanya fitnah pihak tertentu yang sengaja mahu mencemarkan nama baik anaknya.

“Pelajaran anak saya tidak terjejas pun. Dia kini dalam proses menerbitkan buku yang akan digunakan oleh pelajar perubatan, pensyarah dan pengamal perubatan yang dihasilkannya dengan bimbingan profesor di sana.
“Empat kajiannya telah diterbitkan sebagai jurnal dan dia akan menjalani praktikal di Oxford bermula November ini,” katanya.

Ditanya sama ada anaknya tahu mengenai gelombang fitnah itu yang mula membadai laman maya sejak beberapa hari lalu, Sabariah berkata, Nur Amalina yang memaklumkan kepadanya akan hal itu.

“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

Sabariah yakin, anaknya cukup kuat untuk menangani hal itu.

“Saya sendiri harap penga-jiannya tidak terjejas. Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.

Kata Sabariah, kali terakhir mereka bertemu, 10 Disember lalu ketika dia ke sana untuk meraikan hari kelahiran Nur Amalina.

Gadis itu dijadual akan menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan Mei tahun depan.

“Kepada pihak yang sewenang-wenang melempar dan menyebar fitnah terhadap anak saya, saya harap mereka boleh fikir dan timbang, bagaimana jika gambar peribadi mereka sendiri, atau anggota keluarga mereka diceroboh, disebar dan difitnah yang bukan-bukan? Saya harap mereka dapat fikir. Itulah perasaan saya sekarang, sangat terkilan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:19 AM | Show all posts
seksi ka mcm tu..... ????? abis klu mcm tu pun dah kena label seksi....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:19 AM | Show all posts
mgkin dulu btudung pun sbb pgaruh kwn2 di sekolah...dan kwajipan btudung ke sekolah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 09:21 AM | Show all posts
Dalam SINAR HARIAN hari ni:

-“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.


-“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

-''Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.

-“Dia beritahu saya malam Isnin lalu, ketika kami berhubung menerusi Skype. Ina (Amalina) kata dia terima 800 permohonan rakan baru Facebook dari Malaysia. Rupa-rupanya yang ramai itu kerana ada isu gambar dia. Tetapi dia ketawa saja,” katanya.

-Saya pernah menitis air mata sewaktu mengunjunginya di sana apabila melihat dia tekun ulang kaji pelajaran hingga jam 3 pagi di perpustakaan universiti dengan hanya ditemani pengawal keselamatan. Katanya, itu kehidupan yang dia lalui hampir setiap hari,” katanya.



P/S= So uols semua dian yer..haha..keseksian  dia mendapat restu oleh ibunya sendiri..malah seluar see thru tu (mgkin gak skin color) dibeli sndiri oleh ibunya,heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.461945 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list