CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ferr_Remy

Ipoh Tak Semaju Bandar2 Utama Di Malaysia.. Pendapat Anda?

[Copy link]
Post time 2-9-2013 11:08 AM | Show all posts
dainese posted on 26-8-2013 04:07 PM
ipoh manyak tenang wooooo

adakalanya serabut juga keadaannya.. tapi  x sesesak mcm ibu ngeri yang len.. sb ipoh ni kemudahannya lengkap dan beselerak dan tidak berpusat.. dlm setiap pekan2 dlm ipoh ada kemudahan bank2 dan kmudahan rutin yang len la seperti silibin, jelapang, station18,medan gopeng,ipoh garden, tambun,bercham... jd x la se-esmput nk masuk pusat bandar.. tgok ibu ngeri yg len semua pusat pentadbiran dan bank2 tertumpu kat pusat bandar.. tu la jem truk... mcm kuantan,alor setar,kuala terengganu, kota baru, seremban..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 11:10 AM | Show all posts
kalau KL to len la.. sb bandar kl dh bercampur dgn bandar2 Lembah Klang.. keseluruha pnduduk d campur dgn Lembah Klang dlm 7juta... memang lah jem... tambahan kalu selangor cuti KL x cuti... mau sesak ya amat Kl tu... kemasukan pnduduk Lembah Klang...nak brshoppng bagai..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:24 AM | Show all posts
jasfar posted on 2-9-2013 11:08 AM
adakalanya serabut juga keadaannya.. tapi  x sesesak mcm ibu ngeri yang len.. sb ipoh ni kemudahan ...

setuju sangat2...
ipoh ni untungnya dari segi geografi memang dah cantik...banyak bandar2 kecil yg sekitar Ipoh ni support development Bandaray Ipoh ni..tak mustahil satu hari nanti Ipoh bercantum dengan bandar2 sekeliling dier dan boleh jadi konurbasi..
sesak tu mana2 tempat pun sama je..tapi kat ipoh ni kalau sesak sekejap2 je...lepas tu reda balik

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:41 AM | Show all posts
Pembinaan bangunan tinggi di Ipoh diteruskan

IPOH 17 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mahu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim meneruskan kelulusan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit di bandar raya ini walaupun terdapat larangan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Menurutnya, beliau boleh faham sekiranya bangunan-bangunan tinggi tidak boleh dibina di sekitar lapangan terbang tetapi bukan untuk seluruh kawasan di bandar raya ini.

"Baru-baru ini, saya berkelahi dengan DCA. Saya buat kenyataan di dalam akhbar sudah sampai masanya Ipoh ada bangunan-bangunan tinggi. Seminggu selepas itu, DCA hantar surat penjelasan panjang lebar kepada saya mengatakan tidak boleh buat kerana ini peraturan antarabangsa.

"Saya cakap, logiknya untuk kapal terbang mendarat di atas landasan, bermakna hanya kawasan sekitar yang tidak boleh dibina bangunan tinggi. Takkan seluruh bandar raya ini tidak boleh bina kerana akhirnya kita tidak akan ada bangunan-bangunan baru," katanya pada Perhimpunan Perdana Anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada semua 2,500 kakitangan MBI yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.14 juta.

Menurut Zambry, sudah tiba masanya bandar raya ini yang sinonim dengan imej bangunan 'kontot' serta sekian lama memiliki bangunan pencakar langit seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Kata beliau, kini bukan sahaja banyak bangunan baru sudah dibina di sini, malah terdapat banyak permintaan daripada pihak swasta untuk membina bangunan-bangunan baru.

"Kita akan ada dewan konvensyen baru, kompleks beli-belah Jusco terbesar di Malaysia di Station 18, Mydin terbesar di Malaysia di Meru Raya dan satu lagi pusat konvensyen baru di Meru Raya.

"Di depan rumah Menteri Besar pun ada Pejabat Kecil dan Pejabat Rumah (SOHO) yang pertama di Perak. Saya sudah terima cadangan-cadangan baru pembinaan hotel bertaraf empat dan lima bintang serta bangunan-bangunan pencakar langit baru akan dibina dalam tempoh beberapa bulan lagi," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 6.htm#ixzz2fGNzDMuQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:42 AM | Show all posts
di atas ni keratan yg lama.. tapi masih boleh pakai kot..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:45 AM | Show all posts

Pencakar langit 21 tingkat
0  0 Google +0  0  0
Cetak

One Octagon Sdn Bhd akan membangunkan The Octagon, bangunan pencakar langit setinggi 21 tingkat yang bakal menjadi mercu tanda baru kepada penduduk Ipoh.

Pembinaan bangunan berbentuk poligon dengan lapan bucu berkeluasan 10,125.3 meter persegi itu bernilai RM65 juta, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Ia meliputi pembangunan 32 unit ruang niaga setinggi tiga tingkat, 343 petak meletak kenderaan setinggi empat tingkat serta 138 unit pangsapuri setinggi 14 tingkat dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan disediakan.


Projek itu dibangunkan di atas tanah milik Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI), terletak di tengah antara Jalan Mustapha Al-Bakri, Jalan Theatre, Jalan Raja Ekram dan Jalan Jubilee, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tapak kawasan itu sebelum ini adalah bangunan Yau Tet Shin atau lebih popular dengan panggilan ‘Bazar Bulat’ kerana bentuk bangunannya secara bulatan dan menjadi tumpuan orang ramai.


Beliau berkata, Bazar Bulat dianggap antara bangunan bersejarah dan pernah menjadi mercu tanda Ipoh tetapi terpaksa dirobohkan pada 2001 atas faktor keselamatan. “Apabila The Octagon siap nanti, ia akan menjadi bangunan pencakar langit dalam kategorinya yang pertama di Ipoh,” katanya ketika merasmikan pecah tanah projek pembinaan The Octagon di sini.


Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R Ganesan serta Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) yang juga Pengerusi One Octagon Sdn Bhd, Datuk Lim Kok Cheong.

Zambry berharap The Octagon dapat mengulangi kegemilangan Bazar Bulat yang sering menjadi tumpuan orang ramai berbelanja terutama pada musim perayaan.


( sedang dalam pembinaan di kawasan lama bazar bulat... sapa ORG IPOH  TAU LA TEMPAT TU...)
aku tau sumber bazar bulat pun dari org ipoh gak... kalu x haram ak pun tak tau heheheheh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 12:46 AM | Show all posts
almaklumlah habis spm 96 trus calu kat kl... x mandang ipoh hhehehehee..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 12:48 AM | Show all posts
IPOH - Emerald Capital Ipoh Sdn Bhd akan membangunkan D’Festivo Residence dan D’Festivo Square, bangunan pencakar langit setinggi 20 tingkat yang bakal menjadi salah satu mercu tanda baru kepada penduduk Ipoh.

Pembinaan bangunan RM130 juta itu dijangka siap 2016 itu meliputi 240 unit pangsapuri, sembilan unit ruang niaga dan dilengkapi kemudahan rekreasi serta prasarana.

Projek itu dibangunkan Festival Walk, Medan Ipoh yang kini menjadi salah satu tempat tumpuan orang ramai terutamanya penduduk di sekitar Taman Ipoh Timur (Ipoh Garden East).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, setakat ini kerajaan negeri dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah meluluskan beberapa projek bangunan pencakar langit yang bakal dibina di Ipoh termasuk projek tersebut.

Menurutnya, hasrat kerajaan negeri untuk membina lebih banyak bangunan tinggi dilihat mendapat reaksi positif daripada DCA yang memberi respon terhadap permohonan yang dibuat pemaju.

Katanya, beliau faham sekiranya bangunan-bangunan tinggi tidak boleh dibina di sekitar lapangan terbang, tetapi bukan untuk seluruh kawasan di bandar raya ini.

“Kelulusan bangunan pencakar langit ini hanya akan diberi mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan DCA. Setakat ini, kebanyakan permohonan yang dibuat pemaju diluluskan,” katanya.

Terdahulu, Roshidi hadir pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Projek D’Festivo Residence dan D’Festivo Square, semalam.

Beliau berkata, terdapat beberapa projek pembinaan bangunan tinggi di Simpang Pulai dan Meru Raya juga telah diluluskan oleh pihak DCA dan
kerajaan negeri.

“Berikutan itu, kita dijangka dapat melihat perubahan dalam tempoh dua, tiga tahun akan datang melalui perancangan Perak Amanjaya yang diilhamkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terutamanya di Ipoh.

“Selain itu, pembinaan bangunan tersebut dijangka akan menjadi sebagai ‘catalyst’ untuk menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Pada perkembangan lain, sempena sambutan Jubli Perak Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebanyak 25 program telah diatur bermula 25 Mei hingga 7 Julai ini.

Roshidi berkata, antara program yang bakal menarik perhatian termasuklah Ipoh City Nite Ride, Waiter Race dan Ipoh International Run (IIR).

Bagi IIR, beliau berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 10,200 permohonan peserta dan berharap akan bertambah serta dapat mengatasi rekod penyertaan tahun lalu seramai 18,000 orang peserta.

“Sambutan diadakan secara sederhana namun kita berharap program dapat memberi faedah kepada pelancong sama ada dari dalam dan luar negeri untuk meraikannya bersama-sama,” katanya.




( Bangunan ini pun sedang dibina di kawasan ipoh)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 12:54 AM | Show all posts

Ipoh Bakal Berubah Wajah Dalam Masa Lima Tahun Akan Datang
Share This

    Add to Delicious
    Share on FriendFeed
    Digg
    submit to reddit

Tags

Wajah bandar raya Ipoh bakal berubah dalam tempoh lima tahun akan datang melalui beberapa projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, ia mampu  dicapai berdasarkan persetujuan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk membangunkan semula beberapa kawasan pembangunan lama yang berpotensi di sekitar Ipoh.

“Kita telah bersetuju membangunkan semula kawasan perkampungan lama antaranya di Buntong dan rumah pangsa Sungai Pari.

“Dalam erti kata lain suatu hari nanti wajah bandar raya Ipoh pasti akan berubah,” jelasnya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di pejabatnya di Bangunan SUK, di Ipoh, hari ini.

Menurut beliau lagi, wajah baru bandar raya itu dapat dilihat dalam tempoh masa lima tahun dari sekarang.

“Saya jangka dalam masa lima tahun lagi landskap bandar raya Ipoh akan berubah,” katanya sambil menegaskan projek pembangunan itu juga akan  melibatkan pembinaan bangunan pencakar langit.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berpuas hati dengan perancangan membangunkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) menggantikan bangunan pusat membeli belah Super Kinta yang sudah lama terbiar.

“Kerajaan negeri telah menerima peruntukan RM30 juta untuk membangunkan UTC dan kita adalah negeri ketiga di Malaysia yang mempunyai pusat seumpama itu,” ujarnya.

Transformasi pembangunan lama di sekitar Ipoh bukan sahaja dapat memberi keceriaan tetapi juga berpotensi merancakkan lagi aktiviti pembangunan di bandar raya tersebut, kata Zambry lagi.



(copi dari perak today)
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:23 PM | Show all posts
i suka duduk ipoh
tak terlalu moden
dan tak terlalu ceruk
sesuai untuk orang macam i yang nak membesarkan anak
sekolah kat ipoh pun banyak yang bagus2

7 tahun i tinggalkan ipoh
belajar pastu kerja
masa tu memang ingat dah tanak balik ipoh dah
lagi seronok duduk kl
seronok pegi balik kerja naik lrt
seronok lunch kat kl sentral
seronok pergi klcc di hari jumaat
seronok pegi sale sogo

tapi rupanya rezeki i di ipoh
kawen je terus duduk ipoh
waktu yang sama suami i dapat keje kat ipoh

ipoh bes
tapi stress sebab kalau sakit hari ahad
susah sangat nak carik klinik yang buka



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.075206 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list