CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3617|Reply: 16

[EDISI Kejuruteraan] Hotel 30 tgkt dibina dlm masa 15 hari sahaja...Bayangkan!!!

[Copy link]
Post time 17-1-2012 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 17-1-2012 10:17

Bina hotel 6 hari
Oleh Hafizahril Hamid



BANGUNAN  Hotel Ark sebelum dan selepas berjaya disiapkan tahun lepas dalam tempoh enam hari.



KEPESATAN ekonomi China telah membolehkan negara itu berkembang sebagai antara negara paling pesat membangun dalam tempoh 20 tahun. Lebih membanggakan negara itu kini berada di kedudukan kedua sebagai kuasa ekonomi dunia di belakang Amerika Syarikat (AS).

Kepesatan ekonomi negara itu menyumbang ke arah pembangunan yang lebih ketara dan kita sendiri melihat hampir kesemua bandar utamanya sudah dipenuhi bangunan pencakar langit.

Kini negara itu boleh berbangga sebagai sebuah negara pembina terpantas di dunia apabila berjaya membina bangunan dalam tempoh yang singkat.

Pada 2010, mereka berjaya membina sebuah hotel setinggi 15 tingkat di selatan China yang disiapkan hanya dalam tempoh enam hari.

Struktur asas Hotel Ark berjaya disiapkan dalam masa dua hari manakala dalam tempoh tidak sampai empat hari atau lebih tepat 90 jam lagi, kerja-kerja luaran seperti dinding tingkap siap dipasang.

Bangunan ini yang terletak di Wilayah Hunan, turut menggunakan bahan-bahan pembinaan yang enam kali lebih sedikit daripada bangunan biasa.

Para pekerja membina Hotel Ark yang lengkap dengan struktur kalis bunyi, insulasi haba dan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi berukuran 9 Skala Richter, dengan menggunakan kaedah pasang siap secara sepenuhnya.
Menariknya walaupun kerja-kerja pembinaan dijalankan begitu pantas, tiada seorang pekerja yang cedera dan tidak banyak sisa binaan dibuang.

Terbaru


Pada minggu lepas, sekali lagi negara itu berjaya membuktikan keunggulan dalam bidang pembinaan apabila berjaya menyiapkan bangunan baru Hotel Ark.


Hotel setinggi 30 tingkat dan berukuran 183,000 kaki persegi itu berjaya dibina dalam masa 15 hari atau 360 jam.
Bangunan itu sekali lagi berjaya dibina tanpa melibatkan kecederaan pekerjanya serta mampu menahan gempa bumi sehingga 9 Skala Richter.

Hotel Ark terbaru ini dibina berhampiran Tasik Dongting, juga dalam wilayah Hunan oleh Broad Group, sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari.


Kedua-dua bangunan hotel ini menggunakan teknik bahan-bahan yang dipasang siap mengikut seksyen di kilang sebelum dicantumkan menjadi bangunan di tapak pembinaan.

Untuk menyiapkan struktur bangunan utama, ia juga mengambil masa tidak sampai 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. Keseluruhan bangunan siap dalam tempoh 15 hari.


Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.

Satu lagi perkara menarik, kerja-kerja pembinaannya tidaklah berlanjutan tanpa henti dalam tempoh 15 hari. Malah para pekerja pulang sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat pada pukul 10 malam.

Pencapaian China itu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan pakar ekonomi Amerika Syarikat tentang kemajuan negara itu dari sudut pembinaan.

Apatah lagi, China kini berbangga sebagai kuasa baru dunia, kuasa ekonomi serta keupayaan komputer supernya. Sudah pasti keupayaan yang semakin ketara itu meresahkan Barat yang selama ini dominan dalam semua bidang.

SUMBER: UTUSAN MELAYU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2012 10:20 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 10:21 AM | Show all posts
It was assembled in 15 days. The parts you see them bringing in were made elsewhere. Instead of doing the construction there, they did it off site. It's called pre-fab.They didn't have to pour concrete or anything because they had already done it elsewhere. The support structure was already riveted and welded and just assembled there. Also the building is highly symmetrical because it's a hotel. Also it's out in the middle of nowhere, so no traffic or pedestrians or noise complaints.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 10:26 AM | Show all posts
gilerlah...

tgk balik video camne die wat tu terlalu awesome...

yg bagusnya,
buruh binaan, kontraktor, jurutera semuanya dari kalangan orang China sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 01:14 PM | Show all posts
lps tgk td.. ruper2nyer diorg tk pakai konkrit just use steel jer...
mmg awesome lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:17 PM | Show all posts
Reply 5# Projek_Luar

lagi hebat dr projek binaan bangunan pencakar langit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2012 02:12 PM | Show all posts
tak blh tgk video tu..
wifi slow..

Kedua-dua bangunan hotel ini menggunakan teknik bahan-bahan yang dipasang siap mengikut seksyen di kilang sebelum dicantumkan menjadi bangunan di tapak pembinaan.


sngt efisien kerje diorg..

kat area rumah aku ade org buat rumah pasang siap ni.. 1 ari je dh siap rumah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 02:49 PM | Show all posts
Reply 7# midory

kan....
bukan senang nak pasang keluli semua tu..
mesti berapa byk buruh dikerah..dan kontraktor/jurutera/juruukur kena bukak mata senantiasa nak pastikan bangunan ni tiada cacat cela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 04:08 PM | Show all posts
Reply  midory

kan....
bukan senang nak pasang keluli semua tu..
mesti berapa byk buruh dikerah ...
dauswq Post at 17-1-2012 14:49



   betol2..
lgpon pekerja smue dlm kalangan rakyat china sendiri kan..
mesti semangat diorg lg tinggi dan nakkan yang perfect utk negare diorg sendiri compare dengan pekerja asing..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:44 PM | Show all posts
kat kampung2 kita dulu, sehari je pasang siap, alih rumah dari kg A ke kg B... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 07:22 PM | Show all posts
alasan mahathir mase buat klcc pakai konkrit,industri keluli malaysia kureng..

untung negara china industri steel diorang maju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 11:45 AM | Show all posts
Reply 11# areenarena

china sekarang makin hebat, ekonomi pun makin berkembang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 11:45 AM | Show all posts
Reply 10# liya71a

berapa byk tenaga Indon dipakai?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 08:27 PM | Show all posts
steel structure mahal berbanding concrete structure. so x praktikal kalau kita nk jimat. lagipun steel structure kalau terbakar memang cepat gagal. concrete ambil masa skit bergantung kepada tebal concrete cover to steel reinforcement.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 09:38 PM | Show all posts
Tak lama lagi, mungkin kita boleh beli rumah kat super market dan pasang sendiri menggunakan bahan pasang siap nie hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 02:08 PM | Show all posts
memang la sistem IBS ini laju, tapi phase design dengan pre fab ambil masa yang lama. Kualiti dah kejituan memang sangat penting. Kalau tak, naya la construction phase.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 04:54 PM | Show all posts
tak blh tgk video tu..
wifi slow..



sngt efisien kerje diorg..

kat area rumah aku ade org ...
midory Post at 17-1-2012 14:12


Foundation rumah tu pakai jenis apa ya? menarik sebab 1 hari saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.076676 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list