"Bila curi tayar, mengikut kata Dr Mashitah (pencuri tak boleh potong tangan, tapi kena beri kerja), ditangkap pencuri tayar kereta dan diberi kerja di kedai tayar. Kekgi ambil pula tayar di kedai. Hok kerja rompak bank, diberi kerja sebagai jaga bank. Hok menipu pitih dalam bank, dilantik sebagai pegawai bank. Akhirnya hancur lebur habis. Maknanya kena tarik balik PHD dia. Hok dok curi pun dok cakap (larat) nak isi boring cari kerja. Dok leh kerja. Kalau macam tu sedap jadi orang curi lah boleh kerja. Habis satu kampong dikerjakan. Pastu pergi lewar (berlegar) kat balai polis."
"Tangkap..pastu boleh kerja..ini karut..cerita karut..rosak..bila orang alim rosak. Diam dikatakan syaitan bisu doh. Sepatutnya ulama’ apabila bercakap, bila dia cakap orang akan bertambah yakin dengan hukum ALLAH. Ini Bila kuar perkataan.. susunan ayat, orang tak yakin dengan hukum Allah. Mempersenda-sendakan hukum Allah. Tak percaya habis orang bila dengor macam tu. Betul sungguh la, baik kita beri kerja.Jadi orang yang ada sikit-sikit keyakinan pada hudud..dah jadi tawar dah..ini bukan tugas orang alim..."
Inilah ucapan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah Perdana di Dungun. Kelakar tapi banyak pengajarannya. Ustaz Azhar memang popular ketika ini. Kalau ada anugerah ustaz paling popular di pantai timur, sudah pasti Ustaz Azhar akan menggondol hadiah pertama.
Memang di negeri Pantai Timur terutamanya di Terengganu dan Pahang, ustaz azhariphobia seakan-akan satu fenomena baru di kedua-dua negeri ini. Ceramahnya sahaja boleh menarik ratusan bahkan ribuan makmun untuk mendengarnya. CD berkaitan ceramah laku bak pisang goreng yang panas. Budak-budak muda termasuk mat rempit amat menyukai ustaz azhar ini.
Dengan gaya janggut yang panjang, dan kopiah belakang sikit di atas kepala, inilah ‘fesyen’ yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat di pantai timur. Tak kira muda, tua, muslimat..bahkan kanak-kanak pun suka akan mendengar ceramah ustaz azhar ini. Dengan gaya spontan dan kelakar tapi penuh berilmu, kemunculan beliau amat dinanti-nantikan oleh masyrakat setempat.
Bahagian soal jawab adalah merupakan bahagian yang amat disukai oleh orang ramai. Kerana melalui soalan daripada para jemaah yang datang ke tempat ceramah beliau, maka banyak isu-isu yang baru akan dapat diselesaikan oleh Ustaz Azhar ini. Kalau ada soalan yang kelakar, sudah pasti akan menggamatkan surau atau masjid tempat beliau mengajar ini.
Saya sendiri berkesempatan mengikuti kuliah ustaz Azhar ini kalau ada masa terluang balik ke kampong halaman. Memang ramai dan tidak dapat tandingi bilangan jemaah ustaz-ustaz lain. Hinggakan ada Surau di sebelah kampong saya tu, terpaksa melakukan renovation atau ubah suai beberapa kali kerana pertambahan jemaah yang terlalu ramai apabila tiba giliran ustaz azhar memberikan kuliah mingguan.
Memang hebat aura Ustaz Azhar yang dikurniakan ALLAH ini. Popularannya sentiasa meniti bibir masyarakat yang mengenali beliau. CD-CD beliau sudah pasti akan dimainkan terutamanya di dalam kenderaan dan juga rumah-rumah. Bahkan masa Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu, nama beliau turut disebut sebagai calon bagi kerusi itu. Begitulah popularnya beliau dalam kalangan masyarakat.
Memang hebat kerana pendekatan Ustaz Azhar banyak membawa perubahan cahaya islam di pantai Timur. Mesranya dengan golongan muda menyebabkan pendekatan da’wahnya amat berkesan. Ustaz Azhar juga amat mesra dengan internet. Jarang Ustaz yang ada website sendiri (http://ustazazhar.net/). Bahkan turut aktif dan pandai dalam bidang fotografi (boleh tengok di http://www.digitalmukmin.com/).
Inilah yang boleh saya kongsikan mengenai
Ustaz Azhar
yang saya kenal. Semoga ALLAH terus memberikan beliau kekuatan untuk berdakwah di negara ini. Dan juga semoga ALLAH terus melahirkan individu yang bijak berdakwah seperti Ustaz Azhar Idrus ini. InsyaALLAH.
bagi saya mane2 ustaz pun bagus n baik...cuma cara penerimaan kite je yg berbeza2..ilmu ade di mana2...terpulang pada diri kite je...tepuk dada tanye iman...semoga sihat n pjg umur kpd semua ustaz2 kat malaysia nie... ingat, tanda akhir zaman ditariknya ilmu2 Allah dgn mematikan ulama2 di seluruh pelusok dunia nie seorg demi seorg...wallahualam..
Ustad ni patut ditangkap saja kerana merosakkan fabrik masyarakat. Ustad kelas rendahan macam dia ni di puja2 dan ditaksub, ustad yang intelek tinggi macam Astora Jabat dterajang dan dipancung. Bercakap seolah2 dia saja yang betul dan orang lain semua salah. Rosak masyarakat.
Hari ni Maghrib,beliau akan berada di Masjid Al-Ridzuan,Ulu Kelang...(bukan Kelang)Selangor...simpang 3 AU 4,Keramat...Tajuk Rahsia ke Syurga(kalau tak silap)