CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4640|Reply: 3

hutang dalam agama christian

[Copy link]
Post time 29-1-2012 07:45 PM | Show all posts |Read mode
dalam agama christian, berdosa tak kalau seseorang tu tak bayar hutang dengan sengaja?kalau diikutkan,dia mampu je bayar hutang tuh,tapi die prefer guna duit tu utk bermewah2an.
saya bukan christian,so saya tak faham konsep hutang dalam agama christian.kalau ianya adalah satu dosa,adakah dosa itu terhapus hanya dengan memohon ampun dari tuhan?

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 02:31 PM | Show all posts
dalam agama christian, berdosa tak kalau seseorang tu tak bayar hutang dengan sengaja?kalau diikutkan,dia mampu je bayar hutang tuh,tapi die prefer guna duit tu utk bermewah2an.

saya bukan christian,so saya tak faham konsep hutang dalam agama christian.kalau ianya adalah satu dosa,adakah dosa itu terhapus hanya dengan memohon ampun dari tuhan?
luvisindair Post at 29-1-2012 19:45


Kalau berhutang dan tidak mahu dibayar itu berdosa, maka semua instusi peminjaman turut berdosa kerana menyebabkan seseorang itu berbuat dosa.

Dalam soal meminjam duit, terikatlah syarat-syarat yang ditanggung sama oleh kedua-dua pihak peminjam dan meminjam. Perjanjian itu samada terkandung dalam amalan adat resam, kontrak komersial dan undang-undang umum dalam skim pinjaman tertentu. Salah satu pihak yang gagal memenuhi syarat-syarat tersebut adalah soal pemungkiran janji, itu sekadar mengalami masalah moral manusia bukannya berdosa.

Kalau seseorang itu tidak mampu menjelaskan hutang atas sebab-sebab yang telah difahami oleh pihak peminjam, mintalah penimbangan daripada kebaikan pihak peminjam samada boleh dibayar balik dengan bentuk yang lain. Orang kristian adalah wajib melepaskan hutang kepada mereka yang lebih memerlukannya, sebab jika ikatan yang tidak dilepaskan, tidaklah seseorang itu menerima keselamatan unggul, malah akan terjatuh ke dalam perangkap berdosa.

Seandainya pihak berhutang itu mampu membayar tetapi memilih berbohong kononnya tidak mampu, itulah berdosa kerana memalsukan fakta. Mintalah ampum daripada Tuhan kepada dosa yang telah dia melakukan pembohonan, dan mintalah permaafan daripada pihak yang terlibat.

Dalam kes saudara kemukakan, kalau si-hutang itu bermewahan dan difahami sepenuhnya oleh pihak yang memberi pinjaman, tidaklah dia berdosa, cuma gagal memenuhi tanggungjawap dalam perjanjian pinjaman...kreditibiti kurang elok sikit...lain kali susah sikit nak minta pinjaman baru je..

Prinsip kristian adalah. Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siapapun juga, tetapi hendaklah kamu saling mengasihi. Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply 2# louiektc

thanx louiektc. tapi saya tak berapa nak faham.

maka betul tak kalau saya simpulkan:


1)kalau die berbohong kata dia takde duit,die berdosa,bukan sebab tak nak bayar hutang,tapi sebab berbohong?


2)kalau die janji nak bayar,tp die tak bayar-->mungkir janji-->tak berdosa.mungkir janji (tidak amanah) tidak berdosa?


3)kesimpulan terakhir,kalau berhutang,tak wajib bayar sbb tidak akan berdosa pun?


TQ
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 07:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by louiektc at 30-1-2012 19:10
Reply  louiektc

1)kalau die berbohong kata dia takde duit,die berdosa,bukan sebab tak nak bayar hutang,tapi sebab berbohong?
luvisindair Post at 30-1-2012 16:49
Betul. Berbohong itu berdosa.

2)kalau die janji nak bayar,tp die tak bayar-->mungkir janji-->tak berdosa.mungkir janji (tidak amanah) tidak berdosa?

Mungkir janji soal taraf akhlak seseorang yang kita dapat lihat kekurangannya. Yang sepatutunya memberi manfaat kepada kita supaya belajar mengenali seseorang secara lebih berhati-hati. Dari segi undang-undang sivil, tiada hukuman ke atas keengangan membayar hutang, tetapi hukuman kerana merosakkan perjanjian, dan akan didendakan mengikut apa yang tercatat dalam perjanjian kontrak bukan mengikut berapa dia terhutang. Dalam kontex ini, si-penghutang itu tidak berdosa.


3)kesimpulan terakhir,kalau berhutang,tak wajib bayar sbb tidak akan berdosa pun?

Sesudah seseorang berhutang, sudah automatik terikat dalam perjanjian dan dia bertanggungjawap menjelaskan hutangnya. Sebagai manusia yang bertanggungjawap, wajib jelaskan segala hutang kepada orang lain. Itu tidak bermakna dia mesti berdosa sekiranya tidak bayar. Berdosa dan berhutang adalah dua perkara yang terasing.


kesimpulannya, kalau berhutang, wajib dibayar. Bukannya kerana tidak akan berdosa sebab tidak wajib dibayar hutangnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.805291 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list