CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
 Author| Post time 5-2-2008 02:55 PM | Show all posts
KUALA WOH

Terletak 13 km dari Pekan Tapah, Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi dengan adanya kemudahan jalanraya yang sempurna. Ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, lantas menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.

Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini.

KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH,SUNGKAI.

Kolam air panas dibangunkan sebagai taman rekreasi bertaraf dunia. Dikelilingi pemandangan bukit bukau, ia memanfaatkan sepenuhnya sumber alam iaitu aliran air panas dari perut bumi dan air sejuk dari banjaran gunung berdekatan meneroka aliran air panas dengan melalui laluan pejalan kaki. Di beberapa wakaf yang dibina betul-betul di aliran air panas ini, suasana sauna semula jadi mula dirasai.

Sambil itu, mata tidak lepas memandang tanaman herba dan pokok buah-buahan tempatan yang dilabelkan seperti tongkat ali, kedondong, lengkuas dan dukung anak. Di antaranya, raja buah iaitu durian turut ditanam selain kebun kelapa sawit asal yang masih dikekalkan.

Kolam air panas utama dibangunkan sebagai lembah sungai dikelilingi taman dan pancuran air buatan manusia. Selain kolam utama, ada beberapa kolam khusus untuk rawatan terapeutik. Suhu dikawal antara 30 hingga 43 darjah celcius.

Ada beberapa kolam dilengkapi papan tanda memberi amaran suhu panas antara 100 dan 102 darjah celcius. Pengunjung perlu berhati-hati kerana ia adalah punca air panas. Untuk mereka yang mahukan privasi, boleh menggunakan lima jakuzi panas dengan kadar sewa antara RM25 dan RM50 sejam.

Perkhidmatan mengurut disediakan pada hujung minggu dan cuti umum dengan bayaran antara RM20 dan RM45.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2008 03:02 PM | Show all posts
Tapah adalah sebuah bandar yang terletak di selatan Negeri Perak yang terkenal kerana kedudukannya di kaki bukit banjaran Gunung Titiwangsa. Ramai pelancong dari dalam dan luar negeri yang berkunjung ke Cameron Highlands pasti akan lalu dan berhenti rehat di bandar ini.



Selain daripada menjadi ibu daerah Batang Padang, Tapah adalah bandar yang terkanan sekali di daerah ini. Ketua-ketua jabatan didaerah ini adalah beribu pejabat di bandar ini. Batang Padang mengandungi enam buah mukim iaitu Mukim Chenderiang, Mukim Batang Padang, Mukim Bidor, Mukim Sungkai, Mukim Slim dan Mukim Ulu Bernam.



Sungai Batang Padang yang mengalir di tengah-tengah bandar Tapah telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah bandar ini. Bahkan pada zaman sebelum bandar Tapah ini wujud, tempat ini dipanggil Batang Padang sahaja bersempena dengan nama sungai ini.



Pada masa pemerintahan Sultan Mukkaddam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah (Sultan Perak yang keenam, 1603-1619), ada seorang Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 03:06 PM | Show all posts

Balas #24 TUKANGKEBUN\ catat

pegi kat tempat ayor paneh nih yang tak bes nyer........... ada yang rendam kaki, ada lak yang rendam telo ayam, sebelah menyebelah jer............... tapi tak tau lak kalu arah aliran air dia bertentangan.....................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 03:07 PM | Show all posts
Lubuk Degong adalah tempat perkelahan berasaskan air bagi penduduk tempatan. Ianyai terletak 7 km dari Pekan Bidor menghala ke Kg.Chang Kedatangan pengunjung di luar adalah kurang menggalakan. Buat masa ini tidak ada kemudahan dan sumber tarikan pelancong disediakan di sini.  

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 03:08 PM | Show all posts
Ladang Rusa atau Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar ini ditubuhkan pada tahun 1978 dengan kerjasama antara pihak berkuasa negeri dan persekutuan. Namun begitu, ianya diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak. Ianya meliputi kawasan seluas 100 hektar dan terletak lebih kurang 8 km dari Pekan Sungkai, Rusa pelbagai spesis dilepaskan berkeliaran untuk mewujudkan suasana habitat semulajadi. Binatang yang terdapat disini adalah rusa sambar, rusa timor, seladang, pelanduk dan pelbagai spesis burung seperti kuang, punai dan enggang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 03:09 PM | Show all posts

Reply #26 srida's post

sama je kat mana2

aku kat BTG KALI pun cam tu gak, bau telur rebus je:@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2008 03:10 PM | Show all posts

Balas #29 TUKANGKEBUN\ catat

yer ker.............. baru aku tau......... yang dok makan telur rendam tu idak ker bau kai plak........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 03:12 PM | Show all posts
TK dah abis ker menjelajah Perak nih.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2008 03:16 PM | Show all posts


Bidor & tapah  juga dikenali kws Petai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 04:50 PM | Show all posts
Dilarang Merendam telur di sini.... ekekekekekekeke


teman konpius......   tak bleh mandi le teman kat situ ghopenye
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #13 TUKANGKEBUN's post

sorry kalau menganggu susunan thread anda, tq.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:19 PM | Show all posts
Terimakasih kepada pembukak thread ni...... kalo idak haup teman tak tau sejarah2 kat daerah lain di Perak ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 09:30 AM | Show all posts
terima kasih pd dema yg buka thread ni. Idakle teman tau banyak lg tempat di Perak ni teman x pernah pergi....


bolehlah rancang... percutian... di masa hadapan klu x nak p jauh-jauh...:handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 09:11 AM | Show all posts
SEJARAH SLIM RIVER.

Slim River adalah sebuah pekan di Daerah Batang Padang, Negeri Perak. Ia terletak di selatan Perak, kira-kira 20 km di utara Tanjung Malim dan 100 km di selatan Ipoh. Asal nama Slim River bermula daripada sungainya (Sungai Slim) yang sempit. Berdasarkan keadaan sungai yang sempit ini orang Inggeris telah menamakan bandar ini Slim River yang bermaksud sungai sempit di dalam Bahasa Malaysia.

Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yama#a dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.

Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.


SEJARAH TG. MALIM

Tanjong Malim adalah merupakan sebuah pekan yang terletak di selatan negeri Perak Darul Ridzuan. Pekan ini bersempadan dengan negeri Selangor Darul Ehsan dan bersempadan topografi dengan negeri Pahang Darul Makmur. Dengan berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa dan kedudukan pekannya di pinggir Sungai Bernam menjadikan pekan Tanjong Malim sebuah pekan pintu masuk ke negeri Perak yang menarik untuk dilawati.

Sejak dari dulu lagi pekan ini lebih dikenali sebagai Bandar Pendidikan. Bidang pendidikan adalah sinonim dengan pekan ini kerana terdapatnya pusat pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pada awalnya ditubuhkan dengan nama Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1922 yang berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan golongan profesional. Dari segi bentuk muka buminya, Tanjong Malim adalah merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukan bandarnya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan ibunegeri Perak iaitu Ipoh.
Selain dikenali sebagai Bandar Pendidikan, Tanjong Malim juga berpotensi untuk menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di kawasan selatan Perak. Berasaskan kepada kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri yang akan dirancangkan seperti industri automobil, perladangan dan perkilangan, Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah bandar yang pesat membangun di selatan Perak. Pendapat ini yang mula diperkatakan sejak dahulu lagi telah diperkukuhkan dengan pembinaan kilang kereta nasional, Proton di Bandar Proton dan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baru, kawasan rekreasi dan lain-lain .


Bandar Tanjong Malim ini bermula daripada sebuah tanjung (kawasan air / tanah yang wujud daripada hakisan sungai) yang sangat luas. Kawasan ini diterokai oleh seorang ulama' yang bernama Tuan Haji Mustafa bin Raja Kemala. Sempena dengan kedudukan tanjung yang sangat luas ini, Tuan List (wakil kerajaan Negeri Selat) dan Raja Itam telah menamakan bandar ini dengan nama Tanjong, manakala perkataan Malim (mu'alim) adalah berkaitan dengan penduduk di kawasan Tanjong itu yang sangat rajin beribadat pada ketika itu.

Selain pekan Tanjong Malim terdapat beberapa pekan dan pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan Bandar Tanjong Malim dan termasuk di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim. Semua pekan dan pekan kecil ini terletak dalam lingkungan 30 km dari Tanjong Malim. Di antara pekan ini, Slim River pula sebagai pusat bandar pentadbiran di daerah ini oleh kerana Pejabat Daerah dan Tanah terletak di pekan ini. Di samping itu hospital juga ditempatkan di bandar ini. Hospital ini dilengkapi dengan rawatan doktor pakar.

Pada peringkat awalnya, Pejabat Daerah dan Tanah ini berpusat di Tanjong Malim. Tetapi sejak peristiwa pembunuhan Tuan Codner (Pegawai Daerah) oleh komunis di Simpang Empat, Tanjong Malim, pejabat ini telah dipindahkan ke Slim River.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 09:14 AM | Show all posts
Kampung Kubu Tanjung Malim
[img] [/img]


Kampung Kubu  di Tg. Malim merupakan kawasan perkampungan yang terdapat beberapa rumah tradisional Melayu lama. Ia juga dikhabarkan sebagai perkampungan tradisional Melayu tertua di Tg. Malim..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 09:15 AM | Show all posts
Kesan Perang Dunia keDua Slim Village



Di Slim Village terdapat sebuah kawasan yang mempunyai kesan sejarah Perang Dunia keDua. Pengunjung boleh mendapat informasi dan pengalaman dengan melihat sendiri kesan sejarah Perang Dunia ke-Dua yang masih dapat dilihat disekitar kawasan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2008 09:19 AM | Show all posts

Kita masuk ke KWS DAERAH HLIR PERAK / TELUK INTAN

Daerah Hilir Perak terletak di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Daerah Batang Padang di sebelah Timur, Perak Tengah dan Manjung di sebelah Utara dan Barat Lautnya. Daerah ini meliputi kawasan seluas kira-kira 166,306 Ha (415,766 ekar) iaitu keenam terbesar dari segi keluasan daerah dalam Negeri Perak. Daerah ini terbahagi kepada sembilan (9) buah mukim yang mengandungi 99 buah kampung utama.

Dalam Tahun 1991, Daerah Hilir Perak mempunyai seramai 203,020 penduduk tetapi bancian yang dibuat pada Tahun 2000 menunjukkan bahawa penduduk daerah ini telah berkurangan seramai 5,941 menjadikan jumlahnya 196,098 orang. Ini disebabkan berlakunya penghijrahan keluar penduduk untuk mencari pekerjaan di luar daerah ini.

Pusat Pentadbiran Daerah Hiir Perak terletak di Bandar Teluk Intan yang merupakan Penempatan Separa Wilayah. Di bandar ini terdapat sebanyak 50 buah jabatan-jabatan kerajaan yang dianggotai lebih kurang 7,500 orang kakitangan. Bandar ini telah dinaiktaraf sebagai sebuah Perbandaran dan mempunyai seorang Yang DiPertua sepenih masa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 09:21 AM | Show all posts
Menara Condong Teluk Intan



Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam. Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi. Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 09:24 AM | Show all posts
JETI BGN DATOH


tempat aktiviti riadah penduduk setempat, dilengkap dgn kemudahan siarkaki sekan DANGA BAY, Tmn Permainan Kanak2, Gerai2 MPTI,

Aktiviti memancing udang & ikan serta penyewaan bot untuk ke Pulau Sembilan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 09:25 AM | Show all posts


BATU BERSURAT satu lagi keistimewaan di TELUK INTAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.248779 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list