CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
 Author| Post time 21-2-2008 09:53 AM | Show all posts
Taman Muhibbah

Pembangunan awal pada tahun dan berkonsepkan Taman Jepun. Pengubahsuaian konsep telah dibuat pada penghujung tahun 80an dan di awal tahun 90an dan seterusnya perubahan dibuat dari semasa ke semasa.
Taman berkonsepkan taman terbuka. Pengunjung dapat berehat sambil menikmati keindahan pokok-pokok yang ditanam. Selain itu dapat melihat binatang-binatang kecil dan ikan hiasan yang ditempatkan dalam kurungan dan kolam yang disediakan.
Taman dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam pada setiap hari. Lokasi taman berhadapan Balai Polis Kampar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #59 TUKANGKEBUN's post

no hal....habih selalunyer aku kelu kalau orang tanya area ipoh nak lawat amenda...ko buat ni idea aku adala sikit menda nak jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #64 TUKANGKEBUN's post

best gi gua tempurung ni, sekali pi, mesti nak pi lagi..
nak2 pulak bila masuk @ keluar ikut jalan air..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 08:53 AM | Show all posts
Sejarah Awal Manjung

Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung. Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna daripada Kedah, tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh Raja Khmers dari Negara Kemboja. Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.

Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara. Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur. Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.

Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang. Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya. Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A抐ifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka.Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.

Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan purba di Perak iaitu Beruas. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung. Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran, kini memasukkan Beruas sebagai salah satu mukim pentadbirannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 08:55 AM | Show all posts
Pusat Penetasan Penyu, Pantai Pasir Panjang, Segari

Lokasi
Segari  Alamat
Pusat ini terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari -terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 08:57 AM | Show all posts
Taman Paya Bakau

Lokasi
Seri Manjung  Alamat
Terletak di antara jalan Ipoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2008 09:00 AM | Show all posts
Bukit Ungku Busu

Lokasi
Lumut  Alamat
Ianya terletak di belakang Balai Polis Daerah Manjung di Bandar Lumut.

Jarak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Lumut.  
No. telefon




Bukit ini setinggi 331.4 meter (1087 kaki) adalah sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput olhe Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut.

Bukit ini sesuai untuk aktiviti Jungle Trakking, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:04 AM | Show all posts
Air Terjun Ulu Licin

Lokasi
Beruas  Alamat
Terletak lebih kurang 10 kilometer dari pekan Beruas  



Merupakan kawasan pelancongan alternatif selain daripada Pangkor dan Lumut. Kawasan ini merupakan kawasan air terjun yang menarik dan amat sesuai bagi mereka yang sukakan suasana hutan alam semula jadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2008 09:04 AM | Show all posts
Pantai Pasir Panjang

Lokasi
Segari  Alamat
Pantai Pasir Panjang terletak 2 km dari Pekan Segari dan 5 km dari Simpang Jalan Lumut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:06 AM | Show all posts
Pulau Sembilan

Lokasi
Pulau Sembilan  Alamat
Pulau Sembilan terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. Di sekitar Pulau Sembilan terdiri daripada 9 gugusan pulau kecil iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Saga, Pulau Buluh, Black Rock dan White Rock.  




Pulau Sembilan amat dikenali di kalangan kaki pancing kerna kaya dengan hidupan laut terutamanya ikan bilis. Selain itu, di pertengahan di antara Pulau Rumbia dan Pulau Lalang merupakan lokasi terbai bagi aktiviti menyelam dan 搒nor******
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:08 AM | Show all posts
Teluk Batik

Lokasi
Lumut  Alamat
Teluk Batik terletak di mukim Lumut lebih kurang 10 minit dari Bandar Seri Manjung (dari Ipoh-73km(1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:10 AM | Show all posts
Teluk Rubiah

Lokasi
Seri Manjung  Alamat
Pantai Teluk Rubiah terletak lebih kurang 6 km dari bandar Seri Manjung.  





Merupakan sebuah pantai yang indah dan menarik. Sekitar kawasan berhampiran pantai ini merupakan hak milik persedirian, merupakan sebuah syarikat yang membangunkan pantai ini.

Pusat tarikan ini dilengkapi dengan kemudahan penginapan dan juga padang golf 18 lubang.

Padang golf

Rumah kelab

Resort

Kolam renang

Gelanggang tennis

Gelanggang squash
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:11 AM | Show all posts
Teluk Senangin

Lokasi
Segari  Alamat
Teluk Senangin terletak 2 km dari Pekan Segari Lumut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:12 AM | Show all posts
Esplanade Wing (Taman Esplanade)

Lokasi
Lumut  Alamat
Terletak bersebelahan dengan kawasan jeti utama ke Pulau Pangkor  




Taman yang dibuka kepada umum pada 15 Ogos 1996 telah menarik tumpuan pelancong yang transit ke Pulau Pangkor. Selain kedudukannyayang terletak berhampiran jeti, faktor landskap yang cantik juga turut diambil kira. Kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Manjung menjadi sebab utama para pelancong gemar mengunjunginya. Antaranya pusat kraftangan dan gerai-gerai makan berhampiran laut.

Kini taman ini sedang dibangunkan dimana pusat penerangan pelancongan dan gerai-gerai makanan sedang dalam pembinaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:13 AM | Show all posts
Jambatan Raja Permaisuri Bainon

Lokasi
Segari  




Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang merentangi sungai di Malaysia ketika ini. Panjang keseluruhan jambatan ialah 1246m dengan 930m rentangnya adalah di atas sungai. Jambatan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5m serta bahu jalan berturap selebar 2.5m.

Kerja-kerja pembinaan projek ini dimulakan pada 19 Ogos 1997. Skop projek merangkumi pembinaan jalan dari Bandar Seri Manjung ke kilometer 5 Jalan Damar Laut-Pantai Remis sepanjang 12.8 km dan pembinaan tiga buah jambatan merentangi Sungai Dinding (1,246m), Sungai Tebok Raja Semalon (248m) dan Sungai Sitiawan (653m).

Terdapat tiga belas gerbang merentangi sungai dengan panjang setiap rentang dari 45m hingga 90m. Tiang-tiang didirikan di atas gerbang dan dek jambatan direntangkan di atas tiang ini, menjadikannya struktur jambatan yang dapat memenuhi fungsi teknikal dan astetik. Struktur jambatan juga direkabentuk untuk mampu bertahan impak dari kapal seberat 5000 DWT dengan kelajuan 5.0 knot.

Pembinaan gerbang dilaksanakan dengan kaedah 'balanced cantilever' yang disokong dengan kabel ke menara keluli sementara setinggi 36.0m dipasang di atas kepala cerucuk. Dengan menggunakan "travelling forms' setiap segmen gerbang sepanjang 4.5m dibentuk sehingga menjadi satu gerbang yang sempurna. Keseluruhan jambatan adalah daripada konkrit bertetulang dengan dek jambatan daripada komposit konkrit dan seksyen keluli.

Sesuai dengan keunikan dan keunggulan jambatan ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan menamakan jambatan ini sebagai JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN dan telah dirasmikan pada hari Isnin, 30 April 2001 bersamaan 6 Safar 1422 Hijrah sempena dengan perayaan ulang tahun baginda yang ke 73. Di bawah jambatan ini terdapat kawasan yang kini telah diaktifkan sebagai tempat bermain kereta kawalan jauh dan juga tempat bersantai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:14 AM | Show all posts
Jetty Wing

Lokasi
Lumut  




Kawasan ini merupakan jeti utama ke Pulau Pangkor dimana diangkumkan kemudahan seperti tandas, restoran, gerai kraftangan, kaunter tiket dan juga pejabat operasi

Kawasan ini merupakan kesinambungan daripada jaluran waterfront dimana ianya mengandungi komponen seperti dataran sungai Dinding yang terletak di hadapan Hotel Putra yang mengandungi ruang bersantai dan juga kiosk. Selain itu terdapat plaza promenade yang mngandungi 2 unit restoran makanan segera, 10 unit gerai jualan hasil laut dan 3 unit kiosk.




Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung




Taman permainan kanak-kanak

Kedai cenderamata

Kedai hasilan laut dan makanan

Wakaf

Kerusi rehat

Tandas

Telefon awam

Tong sampah

Papan tanda

Laluan pejalan kaki

Tempat letak kereta

Lanskap baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2008 09:15 AM | Show all posts
Marina Wing (Taman Awam Lumut WaterFront)

Lokasi
Lumut  Alamat
Taman Awam Lumut Water Front terletak di persisiran muara sungai Dinding dan bersebelahan dengan 揕umut Yacht Club
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2008 09:16 AM | Show all posts
Kraftangan dan Hasil Laut

Sebagai tanda kenangan kunjungan ke Daerah Manjung, para pelancong boleh mendapatkan hasil kraftangan menarik hidupan laut seperti kerang, siput, karang dan lain-lain lagi di gerai-gerai kraftangan yang terdapat di daerah ini. Malahan para pengunjung juga boleh membeli hasil laut yang boleh didapati di gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis hasil laut seperti sate ampai, sate ikan bilis, udang kering, ikan kering talang, ikan kering kurau, kerepok ikan dan lain-lain lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 12:45 AM | Show all posts
yahoooooooooo...

hepi nyer aku mlm ni...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrr

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:18 AM | Show all posts
Taiping Bandar Warisan


  Bandar Taiping terletak dalam Daerah Larut Matang merupakan sebuah jajahan utara Negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar Taiping yang dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh bermula apabila seorang pembesar Melayu bernama Long Jaafar membuka lombong bijih timah di Larut. Hasil daripada pembukaan lombong ini, ia mewujudkan hubungan perniagaan antara Long Jaafar dengan saudagar-saudagar Cina dari Pulau Pinang. Perkembangan pesat perlombongan bijih timah memaksa Long Jaafar mengupah orang Cina untuk melombong bijih timah di kawasan Larut.

Setelah kematian Long Jaafar, pentadbiran jajahan Larut telah diambil oleh anaknya iaitu Ngah Ibrahim. Semasa pentadbiran Ngah Ibrahim pergolakan politik telah berlaku di Larut dan menyebabkan tercetusnya pergaduhan di kalangan pelombong-pelombong Cina. Bagi menyelesaikan masalah ini Perjanjian Pangkor ditandatangani pada Januari 1874 dan daerah Larut menerima seorang Pegawai British untuk menyusun kembali pentadbiran dan menamatkan pergolakan di Larut. Di sini bermulanya nama Taiping diberi oleh pihak British yang bermaksud 'Kedamaian Luhur' sempena tamatnya pergolakan di Larut.
  


  Di bawah pentadbiran British pada pertengahan 1870-an Taiping menjadi sebuah bandar yang sibuk dengan kegiatan ekonomi yang semakin pesat membangun di samping wujudnya bangunan kerajaan seperti Pejabat Bendahari, rumah sakit, gudang senjata, penjara dan banglo untuk Pegawai British. Pada tahun 1880-an hingga 1890-an, Taiping bertambah maju dengan wujudnya pelbagai kemudahan serta pembangunan seperti sistem pengangkutan keretapi, pelabuhan Port Weld, hospital, sekolah Inggeris dan berbagai-bagai pertubuhan kaum-kaum etnik di Taiping.

Usaha-usaha pembangunan awal dimulakan oleh Penolong Residen, Kapten Speedy yang telah menjadikan bandar Taiping sebagai pusat kegiatan penduduk dan pusat pentadbiran Inggeris yang pertama. Pada tahun 1884 hingga 1886, Frank Swettenham dilantik menjadi Residen Perak telah merancang pembangunan bandar Taiping dengan mewujudkan kemudahan pos dan pejabat telegraf, jabatan audit, pembesaran pasukan polis, kemudahan pasar, penjara, pejabat kewangan dan sebagainya.

Bandar Taiping juga dilengkapi dengan komponen bandar sejak mula dibangunkan di antaranya ialah pusat pentadbiran, rekreasi, keagamaan, perniagaan, keselamatan, pusat sivik serta disokong oleh sistem perhubungan dan komunikasi.

Bandar tertua dalam sejarah Negeri Melayu Bersekutu yang mencatat pelbagai sejarah khusus berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Melayu moden


Keunikan bandar ini akan terus dipelihara dan dikekalkan sebaik mungkin untuk kepentingan catatan warisan sejarah tanah air dan pengetahuan kepada generasi-generasi akan datang sebagai sebuah bandar warisan yang unggul dan mempunyai reputasi yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.139457 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list