CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TUKANGKEBUN

Pelancongan / Tempat Menarik @ PERAK

[Copy link]
 Author| Post time 26-3-2008 09:28 AM | Show all posts
The Royal Belum



Keunikan belantara Royal Belum dengan pelbagai habitat flora dan fauna yang menakjubkan berhubung kait dengan lagenda asal Belum. Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi enam perkampungan kecil.

Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak telah diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak pada bulan 31 Julai 2003. Ia berkeluasan 117,500 hektar, terletak di Daerah Hulu Perak bersempadan dengan Taman Negara Halabala, Thailand di bahagian utaranya. Kawasan ini hanya boleh dihubungi melalui pengangkutan air dari Pulau Banding yang mengambil masa sekitar satu jam setengah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2008 09:29 AM | Show all posts
Lata Ulu Lawin



Lata Ulu Lawin yang terletak 22km dari Gerik merupakan tempat reakreasi dan air terjun yang amat popular di kalangan penduduk setempat.Ianya yang terletak di dalam Felda Lawin Selatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:30 AM | Show all posts
Tasik Banding



Terletak 35km dari Gerik, merupakan tempat yang ideal untuk memancing dan kepada mereka yang terlalu ingin lari dari kesesakan dan kesibukan di kota.Meliputi kawasan seluas 103.6 hektar bersebelahan dengan Tasik Temenggor di titik tengah Lebuhraya Timur-Barat.Disini juga boleh dilakukan aktiviti luar seperti berkhemah,berkelah dan 'jungle trekking'.Disini juga disediakan kemudahan yang selesa di Resort Banding.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:58 AM | Show all posts

Kita masuk ke kws Pengakalan Hulu pula

Sejarah Pengkalan Hulu

Suatu ketika dahulu, terdapat sebatang anak sungai yang mengalir dari sebuah kampung yang dinamakan Selarong. Selarong bermaksud "denai gajah" dalam bahasa arab. Anak sungai ini menjadi lokasi pemandian gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau beratus-ratus ekor.


Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Maka terbentuklah sebuah tasik kecil yang airnya sentiasa keruh Justeru itu, bandar ini dinamakan KROH.

Pada 4 Januari 1984 semasa pemerintahan Sultan Idris Shah II, baginda telah berkenan menukarkan nama Kroh kepada Pengkalan Hulu, kerana tempat ini menjadi pusat persinggahan baginda ketika melawat Daerah Hulu Perak.

Hasil peninggalan empangan yang dibina pada zaman dahulu itu menyumbang inspirasi pentadbiran daerah membangunkan sebuah kawasan taman tasik yang dinamakan Tasek Takong, Pengkalan Hulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 09:59 AM | Show all posts
Terdapat 2 buah gua batu kapur iaitu Gua Gendang (gua utama) dan Gua Itik. Gua Gendang adalah merupakan gua yang agak berbeza dengan gua-gua yang terdapat di sekitar Lenggong kerana terdapat aliran sungai menerusi gua ini. Aktiviti rekreasi, perkhemahan dan kursus sering dijalankan di sini. Acara trekking di sekitar kawasan bukit adalah salah satu aktiviti yang menarik yang dapat disediakan bagi para penggemar aktiviti lasak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 10:00 AM | Show all posts


Kolam air panas yang terdapat di Kampung Air Panas merupakan kolam air panas dari sumber semulajadi yang mempunyai khasiat untuk memulihkan beberapa jenis penyakit. Kolam air panas sering menjadi tumpuan kepada para pengunjung terutamanya mereka yang ingin menjalani proses terapi dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2008 10:03 AM | Show all posts

Reply #98 TUKANGKEBUN's post

teman suke benor ikan pekasam tasek raban tu.  lagi satu, tempoyaknya.  dan ikan bakar.  suka bebenor bile restoran tasek raban tu bukak cawangan kat ipoh.  meleleh air liur kalau teringatkan makanan-makanan  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 10:04 AM | Show all posts
gerik (teman biasa sebut grik),  kampungku  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #107 Gemukkkkkkk's post

aku masukkan INFO nie pun TERUJA nak ke sana

x sangka masih banyak lagi tempat kat Perak yg x kita ketahui

semuanya ini berguna buat org luar Perak terutamanya aku sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 11:46 AM | Show all posts
sila la datang.  kalau jauh sangat nak ke sana, datang ke cawangan di ipoh je, walaupun tak setulen sana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:38 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 26-3-2008 10:03 AM
teman suke benor ikan pekasam tasek raban tu.  lagi satu, tempoyaknya.  dan ikan bakar.  suka bebenor bile restoran tasek raban tu bukak cawangan kat ipoh.  meleleh air liur kalau teringatkan mak ...

aww mokk... ikan pekasam????
teman cukup le idak gemor pekasam wehhh...
mase kecik2 taim duduk kat kampung dulu... arwah emak teman selalu le buat ikan pekasam ni..
atte bile taim dimasak buat lauk... terkulat2 le teman sensorang diri sbb teman idak makan ikan pekasam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:41 PM | Show all posts
ekekekekeke apa salahnya mencuba.  teman dedulu pun idak le minat pekasam ni.  tak tau kenapa best sangat.  sampai la 1 hari tu, singgah makan kat tasek raban.  and the rest is history, katanya orang london...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 26-3-2008 12:41 PM
ekekekekeke apa salahnya mencuba.  teman dedulu pun idak le minat pekasam ni.  tak tau kenapa best sangat.  sampai la 1 hari tu, singgah makan kat tasek raban.  and the rest is history, katanya o ...

atte wehh... selain dari kene pakse makan dek emak teman taim teman kecik2 dulu....
dan udah ewase ni....udah le jenuh teman pakse diri teman ni makan pekasam tu...
tapi aje yang tekak teman idak le nak nerime.....

yang tak bestnye.... kak yong mengkeme pun cukup le gemor makan pekasam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 01:23 PM | Show all posts

Reply #113 Al Lebam's post

bebenor le yop, teman idak lalu makan. bau diapun teman tak gemor.
jenuh paksa diri makan, tp tak mau masuk, tp husben gemor bebenor le pulak.
dah tu suruh teman pulak yg goreng..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 02:01 PM | Show all posts
ekekekekeke kesian kome.  tu le, sapa nak kahwin dengan teman, kena le biasa-biasakan.  usahkan ini aje, tempoyak dengan petai pun deme kene biasakan diri juge...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 03:50 PM | Show all posts

Kita masuk ke Daerah Kerian

PINGGIRAN SG KERIAN


Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan di bawah Jabatan Landskap Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian. Pada masa ini fasa yang telah siap dimajukan iaitu bermula dari tali air berdekatan Arked MDK hingga ke tali air di Lorong Syed Hamid.
Dari segi konsep reka bentuk pelan mempamerkan warisan tumbuhan dan menggabungkan karya ciptaan manusia dengan alam semula jadi serta gabungan elemen tradisional dan kontemporari. Ciri-ciri kolonial diterapkan dalam reka bentuk seperti "window wall" yang menggunakan batu bata. Senibina Negeri Perak tetap diterapkan melalui wakaf yang mempunyai reka bentuk bumbung "Limas Belanda".
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Taman menjelang tahun 2005, berasaskan sosio budaya masyarakat dan menggunakan sumber-sumber  tempatan dan ke arah landskap yang berfungsi, pihak MDK berharap pembangunan Taman Pinggiran Sungai Kerian berupaya menjadi pemangkin kepada keperluan tempat-tempat riadah bagi penduduk Bandar Parit Buntar dan sekitarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2008 03:52 PM | Show all posts
Kuala Gula adalah merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Daerah Kerian.


  Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp".
Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April.
  
Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Di antara spesis burung yang menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil " Leptopilos Javanicus" yang datang dari kepulauan Siberia.
Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur dan spesis haiwan lain seperti monyet, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan lain-lain boleh dilihat di kawasan ini.
Antara sebab-sebab utama penghijrahan burung-burung di kawasan ini adalah kerana musim sejuk yang panjang di Hemisfera Selatan.

Pengunjung-pengunjung perlu mendapatkan kebenaran dari Jabatan Perhilitan terlebih dahulu untuk memasuki kawasan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 03:53 PM | Show all posts
Bandar ini merupakan bandar baru pelancongan yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Parit Buntar melalui Jalan Persekutuan. Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Bukit Merah.

Untuk ke kawasan rekreasi ini : Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh.

Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang.

Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan.

  
Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-
-  Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
-  Orang Utan Island
-  Taman Eco-Park
- Tempat penginapan seperti Lake Town Inn.

Tasik Bukit Merah merupakan sumber bekalan air utama bagi Daerah Kerian. Di sini juga terdapat laluan keretapi Utara-Selatan yang merentasi tasik ini.
   


Berdekatan dengan Bandar Baru Bukit Merah, terdapat satu pekan kecil yang dikenali sebagai Pekan Bukit Merah yang merupakan pekan kecil yang utama bagi penduduk tempatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 03:56 PM | Show all posts

Daerah Kerian adalah merupakan sebuah daerah yang dikenali sebagai daerah "Jelapang Padi Negeri Perak". Dengan keluasan 918.83 Km persegi dan meliputi 8 mukim dan disempadani oleh 2 negeri menjadikannya lebih istimewa dan mendapat perhatian ramai. Ia merupakan sebuah daerah yang sedang membangun dari segala segi tidak mengira ekonomi, pertanian, pelancongan, serta pembangunannya yang sedang pesat berdiri megah.

Daerah ini masih mengekalkan tradisi lamanya di mana bangunan-bangunan lama tidak dirobohkan malah diperbaiki supaya ianya bertahan hingga ke zaman seterusnya. Keadaan ini menunjukkan pentadbiran daerah masih menghargai peninggalan orang lama untuk tatapan generasi akan datang.

Pada keseluruhannya, fizikal tanah dalam daerah ini adalah rata dan bergambut kecuali terdapat beberapa kawasan berbukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dam Sungai Kurau.

Daerah Kerian dibahagikan kepada 8 buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing terletak di bawah 8 pentadbiran Penghulu Mukim dan 93 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2008 03:58 PM | Show all posts
ASAL USUL NAMA KERIAN



Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.088555 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list