Dilaporkan bahawa pemimpin PKR Badrul Amin Bahrum telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang tadi di Swiss Garden Pahang.
Badrul Amin PKR ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.
Untuk makluman kedua dua pasangan Khalwat ini masih lagi ditahan Jabatan Agama Islam Pahang dan segala maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Suami wanita yang ditangkap khalwat itu juga turut sebak ketika bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam serbuan petang tadi. Suami wanita itu kecewa dengan pemimpin yang mengambil kesempatan diatas pengaruh yang ada pada badrul amin.
Badrul Amin yang sudah mempunyai Dua Isteri sebelum ini juga menyamakan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi. Inilah kepimpinan PKR yang sememangnya mengalami masaalah moral yang teruk sebagai pemimpin rakyat.
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Dr Badrul Amin kena cekup khalwat
Dr Badrul Amin kena cekup khalwat
Sabtu, 25 Februari 2012 19:49
ROSLI ISMAIL
Di celah puak pembangkang berkampong di Kuantan untuk menyertai Himpunan Hijau membantah kilang Lynas pagi Ahad,rupanya ada juga yang sibuk dengan 'urusan' lain.
Suasana menjelang himpunan itu petang Sabtu dikejutkan dengan kisah orang kanan dalam kepimpinan PKR Selangor dan juga seorang penceramah,Dr Badrul Amin Baharom (gambar - kiri) kena cekup khalwat dengan isteri orang.
Beliau dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah hotel di Balok,tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi Sabtu.
Suami wanita itu kemudiannya telah membuat aduan mengenai hal itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Dr Badrul yang berasal dari Sabah baru-baru ini mencetuskan kontroversi bila dalam ceramahnya mengambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam Imam Mahadi.
Beliau pernah bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam,Selangor atas tiket PKR namun tewas.
Dr Badrul sebelum ini dikenal sebagai seorang penceramah agama.
Sementara itu wanita yang didakwa berkhalwat dengan Dr Badrul dikatkakan adalah seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di Pahang.-25/2/2012
Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dipercayai Dengan Isteri Orang
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) disahkan ditangkap khalwat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Dalam laporan yang dikeluarkan 'Sinar Harian Online', pemimpin dari Selangor itu ditangkap berkhalwat bersama wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan, awal pagi Sabtu.
Ada?...hebat dia bercakap tentang islam dipentas PAS..
Anak_Nogori Post at 25-2-2012 21:07
takat pakai kopiah cakap soal islam persis para rasulullah saya pun boleh bila2 masa saya mahu dengan berpura2 sebegitu, namun saya takut dengan balasan ilahi.