CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

DIRANG MATI DIBAKAR: IBUNYA TERKILAN BILA PESALAH DIHUKUM 1 BULAN PENJARA ! post

     Close [Copy link]
Post time 5-3-2012 05:33 PM | Show all posts
Hilang ketika beli mi segera
AZIZAN INCHE HARUN
5 Mac 2012                    


        PASIR GUDANG – Seorang kanak-kanak berumur lima tahun disedari hilang oleh keluarganya selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit Flet Seri Delima Jalan Suria Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 11 pagi Khamis lepas.        Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, anak keduanya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dira meminta mi segera sebaik bangun daripada tidur kira-kira jam 11 pagi 1 Mac lepas.

        Menurutnya, dengan wang sebanyak RM4 bersama sekeping nota tertulis mi segera dua bungkus dan telur RM2, Dira keluar dari rumah flet tingkat empat ke kedai runcit di blok bersebelahan.
         
“Selepas 30 minit kami mula bimbang kerana Dira tidak balik seperti kebiasaannya sehingga memaksa suami saya ke kedai runcit berkenaan, tetapi diberitahu Dira sudah pulang selepas membeli mi segera dan telur.
         
“Kami bingung kerana sehingga kini Dira tidak pulang walaupun sudah merata tempat kami mencarinya,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada hari kejadian.
         
        Roselyn mendakwa, Dira dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini kelihatan mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang telah dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lepas.
         
        Menurutnya, penduduk flet berkenaan ada melihat lelaki dan wanita berkenaan menunggang motosikal bersama sesuatu yang dibungkus dengan menggunakan kain.
         
“Ada orang cuba mengejar motosikal yang ditunggang lelaki dan wanita berkenaan apabila mereka terlihat tangan kanak-kanak terjulur keluar dari bungkusan berkenaan, tetapi gagal.
         
“Kami tidak kenal lelaki dan wanita berkenaan kerana secara tiba-tiba mereka tinggal di rumah kosong ini, tetapi mereka kelihatan mencurigakan kerana kawasan ini sering berlaku kecurian sejak mereka ada di sini,” katanya.
         
        Roselyn merayu kerjasama daripada orang ramai yang terlihat atau terjumpa anaknya supaya menghubunginya di nombor 010-6239010 atau ke balai polis berhampiran.
         
        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.
         
        Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai suspek orang hilang.
         
“Kita masih menjalankan siasatan dan mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya kepada IPD Seri Alam atau balai polis berhampiran,” katanya.

Kiut budaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:35 PM | Show all posts
Biasanya bebudak yg diculik ni akan dibawa masuk siam
so x dapat dikesan lah
Cross sempadan pon di cucuk ubat tido supaya x menangis

Budak2 ni akan dicacatkan - potong tangan/kaki/buta
Dan dilatih utk jadi pengemis oleh sindiket
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:35 PM | Show all posts
Reply 17# solstice


    nak ajar berdikari tak kena gaya, saya selalu aje ajar anak berdikari...umur dia 6 thn bawak dia ke kedai, bagi dia duit pas tu moniter apa dia beli, kalau gula ke cakap dgn dia 10 sen 3, biar dia ambik sendiri, kira sendiri.

Tapi kat kampungkan, memang budak-budak kecil ni memang selalu disuruh ke kedai beli itu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:36 PM | Show all posts
Rasa nk nangis bila ada lagi mak ayah yg tk ambil iktibar dari kes yg sudah2...tk belajar dr kes kehilangan Nurin, Sharlinie dn banyak lagi kes..

budak yg hilang nie sebaya dgn anak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:38 PM | Show all posts
kesian anak nih... ntah apa lah nasib yang telah menimpa dia....tak terfikir ke mak ayah dia what can happen to children at this age...some parents are just plain ignorant...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:40 PM | Show all posts
dah tau ada org mencurigakan duk kat umah masih lagi
suh ank tu bersendirian. en suami dia kan ada kenapalah
tak suruh dia aje gi kedai. tak pun maknya sendiri yg gi kedai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2012 05:43 PM | Show all posts
Kalau tak kena culik..langgar lari terperosok dlm longkang ka..
atau dak ni melencong main kat parit..
musim ujan la ni..

mcm2 kemungkinan boleh terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:44 PM | Show all posts
this story really2 touches my heart lahh..aduhaii..bila perkara2 cam ni dipandang enteng oleh parents..merelakan anak2 besar cam tu pi kedai sorang2..berdoa nothing bad happen to her...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:44 PM | Show all posts
budak yang membaca pun belum reti dah disuruh gi kedai sendiri. padahal dah tau kehadiran manusia yang mencurigakan kat kawasan rumah. nak kata bodoh, kesian pulak anaknya dah hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:45 PM | Show all posts
Five year old girl missing in Seri Alam flatsPosted on March 5, 2012  by  Steven Chen




Share to Facebook
Share to Twitter
Share to LinkedIn




A five year old girl, Nurul Nadirah Abdullah, 5, affectionately known as Dira was found missing after buying instant noddles and eggs at the neighboring sundry shop in Jalan Suria, Bandar Seri Alam, here, last Thursday at about 11am.
Relating the incident on that fateful morning, Nurul’s mother, Roselyn Alan, 25, said, Nurul had asked for instant noddle when she woke up from bed that morning.
“I passed RM4 to Nurul and a piece of note where I wrote  2 packets of instant noodle and RM2 of eggs’” , said Roselyn.
“Then Nurul went off to the neighborhood sundry shop to get the items that I have written which is located next to our flat.”
After half an hour later, my husband and I began to feel uneasy when Nurul is still not back which we found rather abnormal, Roselyn added.
Roselyn’s husband then went to look for Nurul at the neighborhood sundry shop but was told that Nurul had already left after purchasing the instant noodles and eggs.
Till today, Nurul is still nowhere to be found and we have already lodged a missing person police report with the Seri Alam district police station on the same day Nurul went missing, said a distraught looking Roselyn.
Adding, Roselyn alleged that her daughter disappearance could be related to a suspicious looking couple who has been staying in a nearby auctioned off vacant house in our flat.
According to our neighbors, Roselyn said, they saw the couple riding off in a motorcycle carrying a suspicious looking bundle which is covered with a piece of cloth.
“The neighbors immediately give chase at the couple when they saw a hand jutting out from the suspicious looking bundle but the couple speed off in their motorcycle” continued Roselyn.
Roselyn said, all of us in the neighborhood do not know the identity of the couple since the couple moved in to stay in the vacant house.
“We felt rather suspicious of the couple when the neighborhood started to experience several house break-in after the couple had moved in” claimed Roselyn.
Roselyn is appealing to the public to contact her at 010 6239010 or the nearest police station should anyone sees Nurul.
Meanwhile, Seri Alam district police chief, Mohd Roslan Zainuddin, confirmed receiving the missing person police report and said that the police is investigating the case and has classified the case as suspected missing person.
Mohd Roslan appealed for public cooperation to contact the Seri Alam district police or the nearest police station if anyone has any information relating to the case.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:46 PM | Show all posts
masyaallah comeinyaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:47 PM | Show all posts
Reply 6# stryder_cats

Rakyat Malaysia neyh kadang2 bila tak jadi sesuatu kes yang teruk ,diorang prefer untuk jadi lepak dan alpa..Bila dah kena batang hidung,barulah semua pakat2 nak buat rondaan lah,jaga anak masing-masing yang selama neyh terabai lah,

Harap-harap budak neyh selamat dalam perlindungan Allah S.W.T..Aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:47 PM | Show all posts
kalau saya ckp mak/pak budak ni contoh mak/pak yg derhaka
boleh ke???? ank besar tu nak mkn suh pi cari sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:47 PM | Show all posts
memang takde ahli keluarga yg lain ke yg boleh ke kedai?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:54 PM | Show all posts
"Selepas 30 minit kami mula bimbang kerana Dira tidak balik seperti kebiasaannya sehingga memaksa suami saya ke kedai runcit berkenaan, tetapi diberitahu Dira sudah pulang selepas membeli mi segera dan telur".

Ooo bapaknya ade je di rumah, boleh pulak dok diam aje biarkan anaknya ke kedai sendiri..apa punya bapaklah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:55 PM | Show all posts
lelaki dan wanita berumur 36 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit, Nurul Nadirah Abdullah, 5, pada hari yang sama.

"Ketiga-tiga mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis kini sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,”..Bernama


AZIZAN INCHE HARUN
Roselyn mendakwa, Dira dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini kelihatan mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang telah dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lepas.
         
        Menurutnya, penduduk flet berkenaan ada melihat lelaki dan wanita berkenaan menunggang motosikal bersama sesuatu yang dibungkus dengan menggunakan kain.
         
“Ada orang cuba mengejar motosikal yang ditunggang lelaki dan wanita berkenaan apabila mereka terlihat tangan kanak-kanak terjulur keluar dari bungkusan berkenaan, tetapi gagal.
         
“Kami tidak kenal lelaki dan wanita berkenaan kerana secara tiba-tiba mereka tinggal di rumah kosong ini, tetapi mereka kelihatan mencurigakan kerana kawasan ini sering berlaku kecurian sejak mereka ada di sini,” katanya.
         

~
sumber berita pun bercelaru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 05:57 PM | Show all posts
Mesti dah terbiasa suruh anak itu ke kedai beli barang2...Selagi tak jadi kes macam ni, selagi tu lah duk suruh anak tu pergi kedai...Dah jadi baru nak menyesal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 05:58 PM | Show all posts
jahatnya manusia...duk mencuri anak orang...manusia ni patut dibunuh terus...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:00 PM | Show all posts
Senangnya biarkan anak kecil yang tak tahu membaca lagi pergi kedai sendiri.  Tak ambil aktibar ke dengan kejadian yang pernah jadi dulu.  Harap2 adik Dira dalam lindunganNya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:02 PM | Show all posts
Senangnya biarkan anak kecil yang tak tahu membaca lagi pergi kedai sendiri.  Tak ambil aktibar ke d ...
Artemesiaa Post at 5-3-2012 18:00



   ummah flat pprt kan? apa yg kamu harap kan sgt?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.337915 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list