CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smilygirl33

EVENTS & PROMO IN KL, POST HERE (NO SELLING/BUYING)

[Copy link]
Post time 28-4-2009 06:36 AM | Show all posts
Gangguan air di Kajang, Semenyih esok

KUALA LUMPUR 27 April - Beberapa kawasan di Kajang dan Semenyih akan mengalami gangguan bekalan air pada Rabu ini berikutan kerja-kerja untuk program pemantauan aliran air utama dan penambahbaikan operasi bekalan air.

Ia termasuk disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan meter imbangan air bersaiz 400 milimeter (mm) pada paip bersaiz 700 mm di Kajang.

Bagaimanapun, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berjanji akan berusaha meminimumkan jumlah kawasan yang terlibat dengan cara menyambungkan bekalan dari saluran-saluran paip yang lain.

Kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan ialah Taman Jasmin, Taman Kajang Prima, Bandar Teknologi Kajang, Taman Asa Jaya, Taman Villa Height serta Taman Harmoni di Semenyih,

Menurut Syabas, gangguan dijangka berlaku antara pukul 5 petang hari Rabu sehingga 9 pagi Khamis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 07:18 PM | Show all posts
Gangguan Elektrik Di Putra Heights 12 Mei Ini

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kawasan perumahan Putra Heights akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada 12 Mei ini mulai pukul 9 pagi hingga 7 petang berikutan kerja membaiki dan menyelenggara pepasangan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama 33kV (PPU) Bukit Lanchong.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata gangguan bekalan elektrik itu membabitkan keseluruhan kawasan perumahan Jalan Putra Permai 10, keseluruhan kawasan komersial dan perumahan Jalan Putra Mahkota 7 dan kawasan Plaza Tol Putra Heights.

Kerja penyelenggaraan itu adalah bagi memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan secara berterusan kepada pengguna, terutama ke kawasan Putra Heights, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454.

Segala kesulitan yang dialami pengguna yang terlibat amat dikesali, kata kenyataan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 12:27 PM | Show all posts
Sebahagian LKSA ditutup 11 - 14 Mei

KUALA LUMPUR 6 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 05:19 PM | Show all posts
Beberapa jalan di KL ditutup sempena Hari Wesak esok

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup mulai jam 7 malam esok secara berperingkat berikutan perarakan kereta berhias sempena perayaan Hari Wesak.

Perarakan kereta berhias itu akan bermula dari Kuil Maha Vihara di Jalan Berhala dan melalui Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Tun Sambathan 4, Jalan Tun Sambathan, Jalan Petaling, Jalan Yap Ah Loy, Jalan Hang Lekiu, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Jalan Cheng Lock, sebelum kembali semula ke Kuil Maha Vihara.

Jalan yang terbabit dengan perarakan itu akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya selepas kumpulan perarakan melalui jalan-jalan tersebut, menurut kenyataan media Polis Trafik Kuala Lumpur. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 05:22 PM | Show all posts

Reply #44 Syd's post

Ingat wesak esok senin cuti, hampeh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 05:28 PM | Show all posts

Reply #45 princebrunei's post

jatuh ari ahad..baru senin cuti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 10:30 AM | Show all posts
Gangguan air di KL, Selangor


KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 21 Mei, 25 Mei, 1 Jun dan 4 Jun ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som, berkata gangguan itu berikutan kerja menaik taraf mutu perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.

Syabas menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas 1-800-88-5252 atau layari laman web Syabas di www.syabas.com.my untuk sebarang pertanyaan atau aduan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 10:42 AM | Show all posts

Reply #47 Syd's post

area mane lak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 07:55 AM | Show all posts
SMART ditutup esok

KUALA LUMPUR 18 Mei - Lebuhraya SMART di sini akan ditutup mulai pukul 11 malam Rabu ini sehingga pukul 6 pagi Khamis ini.

SMART dalam kenyataan di sini memberitahu, penutupan itu untuk membolehkan ujian bulanan sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART di nombor 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 10:46 AM | Show all posts
Gangguan bekalan air di KL, Selangor

KUALA LUMPUR 19 Mei - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataannya di sini berkata, gangguan bekalan air di Kuala Lumpur akan berlaku pada 21 Mei dari pukul 10 malam hingga 5 pagi keesokannya membabitkan seluruh kawasan Alam Jaya, Wangsa Cheras, Sunway Cheras, Taman Mudun, Taman Emas dan Taman Permata.

Pada tarikh yang sama, bermula pukul 5 petang hingga 5 pagi keesokan harinya, gangguan turut berlaku di sekitar Petaling iaitu di Bandar Kinrara 1 hingga 9, Taman Bukit Kinrara, Taman Perindustrian Kinrara, Balai Bomba Bukit Jalil Jalan Puchong-Sungai Besi, Sirim Jalan Puchong-Sungai Besi, Taman Alam Sutera, Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, Taman Mutiara Bukit Jalil, Pangsapuri Enggang, Taman Mesra, Taman Aman Sari, Taman Pusat Perniagaan Kinrara dan Kondominium Lavender.

Pada 25 Mei pula, bermula 8 malam hingga 7 pagi keesokan harinya, gangguan akan berlaku di kawasan Petaling dan Kuala Lumpur dan antara kawasan di Petaling yang terlibat ialah Seksyen 5, Petaling Jaya, Kampung Kerinchi, Bukit Antarabangsa, Kondominium Panorama, Sesyen 16, 17 dan 19 Petaling Jaya;

Rumah kakitangan Universiti Malaya Seksyen 16 Petaling Jaya, Universiti Islam Antarabangsa, Jalan Universiti Petaling Jaya dan Pantai Hillpark manakala di kawasan Kuala Lumpur ialah di Ibu Pejabat Syabas Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Pantai, Jalan Pantai Baru.

Gangguan di Kuala Langat pula akan berlaku bermula pada 21 hingga 22 Mei dan 4 Jun hingga 5 Jun ini.

Kawasan yang terlibat ialah Pekan Jenjarum, Taman Amanah, Taman Sentosa, Taman Ria, Taman Yayasan, Taman Seri Jarom, Taman Desa Jarom, Kampung Jenjarum dan Sungai Rambai, Taman Rambai Indah, Taman Kota, Sri Cheeding, Taman Periang, Taman Bakti, Taman Sejati, Kampung Sri Cheeding, Sungai Manggis, Taman Manggis dan Taman Manggis Jaya.

Pada 25 Mei pula, kawasan yang terlibat ialah di Taman Seri, Taman Seri Telok Datok, Taman Seri Manggis, Taman Manggis Jaya, Kuarters Kerajaan Telok Datok, Pejabat Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Syabas Wilayah Kuala Langat serta Pusat Dialisis Telok Datok.

Gangguan di semua kawasan itu bermula pukul 9 malam hingga 9 pagi keesokannya.

Pada 1 Jun bermula 10 malam hingga 9 pagi keesokan harinya, kawasan Kuala Langat yang terlibat ialah Kanchong Darat, Taman Mesra, Taman Seri Damai, Taman Nilam, Taman Orkid, Taman Kenanga, Taman Kemuning, Taman Cempaka, Taman Budiman, Taman Baiduri, Kampung Kanchong Darat, Kampung Sungai Lang, Pekan Banting, Jalan Morib, Taman Desa Jaya, Taman Bersatu, Jugra, Taman Sri Putra, Taman Setia Jaya, Taman Banting Jaya, Taman Banting Baru dan Kampung Sungai Buaya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL <jarak> aduan dan hantar ke 39222 atau melayari laman web www.syabas.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 03:11 PM | Show all posts
Syabas laksanakan operasi potong bekalan air

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, sedang menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil tertunggak pengguna di ibu negara dan kawasan sekitarnya bulan ini.

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, operasi di kawasan Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan dijalankan dari 25 Mei hingga 29 Mei manakala bagi kawasan Petaling, ia sedang dijalankan sepanjang bulan ini.

Bagi kawasan Kuala Lumpur, operasi itu akan membabitkan pengguna di Bangsar, Bukit Persekutuan, Taman Tunku, Jalan Ipoh, Jalan Kolam Air, Jalan Duta, Jalan Kuching, Segambut, Sentul, Sri Hartamas, Jalan Berangan, Jalan Gandek, Jalan Gurney, Jalan Hicks, Jalan Imbi, Jalan Padang Walter Grenier, Jalan Meranti, Jalan Merlimau, Jalan Pahang, Jalan Petaling, Jalan Pudu, Jalan Hang Jebat, Jalan Raja Laut, Jalan Semarak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan San Peng, Kampung Baru dan Lorong Haji Taib.

Kawasan Hulu Langat pula merangkumi Balakong, Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Taman Rakan, Taman Cuepacs, Taman Prima Saujana, Taman Kantan Permai, Taman Jenaris, Taman Kasturi, Taman Cheras Jaya, Taman Impian Ehsan, Taman Taming Jaya, Taman Sri Timah, Taman Desa Serdang, Taman Balakong Jaya, Taman Sungai Besi Indah dan Taman Bukit Belimbing.

Operasi kawasan Petaling pula membabitkan pengguna di SS12 hingga SS19, USJ 1 hingga USJ 26, Petaling Jaya Selatan, Bandar Puchong, Seri Kembangan, Serdang, Seksyen 1 hingga Seksyen 17 Petaling Jaya, Taman Tun Dr Ismail, Kelana Jaya, Seri Setia Sungai Way, Kampung Tunku, Seksyen 51 dan 52 Petaling Jaya, Sungai Buloh, Batu Tiga Shah Alam, Kampung Melayu Subang dan Glenmarie Shah Alam.

Sekiranya berlaku pemotongan, pengguna akan dikenakan caj RM50 untuk menyambung semula bekalan.

Sehubungan itu pengguna dinasihat segera membayar bir air masing-masing bagi mengelakkan pemotongan. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2009 04:14 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Klang, Kuala Langat pertengahan Jun

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Klang dan Kuala Langat pada 13 dan 16 Jun ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip, pemasangan injap serta pemasangan 慦ater Balance Meter
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 10:14 AM | Show all posts
Sentral: Gangguan air di Klang, Kuala Langat 13,16 Jun
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Klang dan Kuala Langat pada 13 dan 16 Jun ini berikutan kerja pengalihan paip, pemasangan injap serta pemasangan 'Water Balance Meter' (WBM) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halem Mat Som, berkata kerja pemasangan itu memastikan bekalan air dibekalkan kepada pengguna di kawasan tersebut mencapai tahap optimum.

"Program peningkatan kualiti perkhidmatan terus diperkasakan terutama dalam menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi dan sepanjang Jun ini pelaksanaan pemasangan beberapa kawasan sekitar Klang dan Kuala Langat.

"Begitupun, kerja ini akan dilaksanakan hanya dalam tempoh masa tertentu terutama ketika penggunaan rendah seperti pada waktu malam dan awal pagi bagi mengelak pengguna menghadapi masalah bekalan di waktu puncak," katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Abdul Halem berkata, bagaimanapun Syabas tetap berusaha meminimumkan bebanan yang ditanggung pengguna dengan menyediakan penyambungan alternatif lain termasuk mengalihkan bekalan air daripada saluran paip sedia ada.

"Kerja pengalihan paip air bersaiz 1400mm jenis Mild Steel di Taman Summit, Bukit Kuda, Klang dijalankan pemaju manakala pemasangan 'Water Balance Meter' bersaiz 800mm jenis Mild Steel berukuran 1400mm di Jalan Bidor, Klang.

"Pengalihan dan pemasangan itu dilaksanakan bertujuan melancarkan pengawalan aliran dan tekanan air di dalam paip di kawasan berkenaan yang memberi manfaat kepada keseluruhan pengguna untuk jangka masa panjang," katanya.

Tempoh gangguan bekalan air di Wilayah Kuala Langat membabitkan Taman Sijangkang Jaya, Taman Medan Indah dan Taman Sri Medan pada 13 Jun bermula jam 5 petang hingga 7.30 pagi keesokan harinya manakala bagi Klang untuk tempoh sama membabitkan Pelabuhan Klang; Jalan Persiaran Raja Muda Musa dan Pelabuhan Selatan dan Klang Selatan (Jalan Kota Raja, Kampung Jawa Batu 1 hingga 3, Jalan Jati dan Jalan Raja Nong).

Lokasi lain, Persiaran Seraya; Taman Selatan; Taman Chi Liung; Taman Gembira dan Kampung Raja Uda; Pandamaran; Taman Andalas; Klang Jaya; Desawan dan Taman Sentosa; Teluk Pulai; Sungai Udang; Kampung Delek; Jalan Tepi Sungai; Sungai Bertek; Telok Gadong Kecil dan Taman Melawis; Pulau Indah termasuk Pelabuhan Barat; Seluruh Pulau Ketam; Bagan Teo Chew dan Sungai Lima.

Gangguan pada 16 Jun (5 petang hingga 7.00 pagi keesokan harinya) adalah di Wilayah Klang meliputi seluruh Sungai Kapar Indah.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Puspel jarak dan aduan ke-39222, atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 10:36 AM | Show all posts

Reply #53 Syd's post

Taman Botanic masuk area mana ek, pandamaran ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 03:39 PM | Show all posts
Gangguan Bekalan Air Di KL Dan Selangor 25 Jun Dan 30 Jun

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Jun dan 30 Jun ini berikutan kerja penyenggaraan.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata kawasan yang terlibat dengan gangguan air antara 10 pagi 25 Jun dan 4 pagi keesokannya ialah Jalan Jurutera, Puchong; Kampung Kenangan, Puchong dan Kampung Sri Langkas, Puchong; Jalan Wawasan 1 hingga 5; Jalan Bandar 1 hingga 16 (termasuk TESCO) dan Jalan PBP 1-12, Perindustrian Pusat Bandar Puchong Batu 12.

Gangguan juga akan berlaku antara 10 pagi dan 4.30 petang 25 Jun di beberapa kawasan di Gombak iaitu Taman Bidara, Taman Wilayah dan Taman Seri Murni.

Pada 30 Jun, gangguan bekalan akan berlaku di Sepang antara 5 petang dan 6.30 pagi keesokannya di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kampung Sungai Merab Luar, Desa Seri Melor 1, Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Anita dan Desa Sentosa Teras Jernang.

Kawasan-kawasan lain ialah Taman PKNS Seksyen 12, Taman Desa Damai, Taman Desa Saujana, Desa Pinggiran Putra, Taman Air Hitam Permai, Kuarters UPM Serdang, Kampung Sungai Merab Ulu, RTB Limau Manis, RKT Limau Manis, Sungai Merab, RKT Sungai Merab, Taman Lestari Putra, Kampung Teras Jernang, Kampung Asli Bukit Dugang, Desa Mekar RKT Sungai Merab, Desa Makmur, Taman Persona Mekar Sungai Merab, Taman Casa Mekar Sungai Merab, Sungai Merab Luar Lot 5084 serta RKT Kampung Tengah.

Di Hulu Langat, kawasan yang terlibat dengan gangguan pada hari dan masa yang sama ialah West Country, Taman University, Kampung Sungai Tangkas, Hentian Kajang, Taman Tenaga, Taman-taman perumahan di Jalan Reko, Taman Kajang Utama, Taman-taman perumahan di Jalan Bukit, Taman Jasmin, Taman Kajang Prima, Bandar Teknologi, Taman Harmoni Semenyih, Kawasan Perumahan Sungai Jelok, Taman Kajang Perdana, Taman Sri Jelok, Taman Sakap, Taman Asa Jaya serta Taman Villa Heights.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.

Maklumat juga boleh diperoleh dari laman web Syabas di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 10:03 AM | Show all posts
Jalan utama KL ditutup Ahad ini

KUALA LUMPUR 25 Jun - Beberapa jalan utama di sekitar pusat bandar raya akan ditutup sempena acara KL International Marathon 2009 yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya pada Ahad ini.

Sebanyak 48 batang jalan terlibat antaranya ialah Jalan Hishamudin, Bulatan Hishamudin, Jalan Damansara, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Raja Chulan dan Jalan Parlimen.

Selain itu, Jalan Raja Laut, Bulatan Dato Onn, Jalan Istana Baru, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Bukit Bintang, Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Gereja, Jalan Kinabalu dan Susur Bukit Petaling.

Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur, Supritendan Rosli Mohd. Noor berkata, sebanyak lima kategori dalam acara itu akan bermula pada waktu berbeza iaitu pukul 5 pagi, 6.15 pagi, 7 pagi, 7.45 pagi dan 8.30 pagi.

"Jalan yang terlibat dengan acara ini akan ditutup 15 minit lebih awal bagi memastikan tiada sebarang kenderaan di atas laluan peserta dan dibuka semula selepas peserta melaluinya.

"Bagi mengelakkan kesesakan, polis trafik telah mengenal pasti lima lokasi meletakkan kenderaan iaitu di bawah Dataran Merdeka, Daya Bumi, Padang Merbuk, Bukit Aman dan Lorong Gombak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 35 pegawai, 250 anggota dan 30 anggota Warden Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengawal keadaan lalu lintas semasa acara itu berlangsung.

Katanya, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) akan menyediakan bas dan LRT bagi peserta yang membeli pas harian 'Sepadu RM7' semasa hari pendaftaran untuk acara tersebut pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

Tambahnya, perkhidmatan bas pengantara akan mula beroperasi pada hari Ahad ini seawal pukul 3 pagi hingga 6 pagi di lapan lokasi termasuk Titiwangsa Bas Hub, Stesen LRT Ampang, Stesen LRT Bukit Jalil dan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2009 10:35 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 27 Jun - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengumumkan gangguan bekalan air sementara di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula 6 Julai ini.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan tersebut berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air, pengalihan paip dan pemasangan meter.

''Kerja-kerja bertujuan bagi memastikan bekalan air pada tahap optimum dan mencukupi kepada setiap pengguna di kawasan tersebut.

''Kawasan yang terlibat pada 6 Julai ini adalah di Kuala Lumpur iaitu di kawasan Taman Muda, Taman Putra dan Taman Mawar daripada pukul 10 pagi hingga 5 pagi keesokan harinya,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Abdul Halem berkata, pada 8 Julai, kawasan yang terjejas adalah di sekitar Ibu Pejabat Syabas Jalan Pantai, Pusat Perubatan Pantai, Midvalley, The Garden, Hotel Cititel, Plaza Cygal, Wisma Gosyen, Plaza Pantai, Menara Telekom Malaysia dan TM Annexe.

Selain itu, katanya, kawasan lain ialah Pantai Hill Park, Kondominium Panorama, Kampung Kerinchi, Pangsapuri PKNS, Vista Angkasa, Universiti Malaya dan sekitarnya.

Tambah beliau, gangguan bekalan air akan dialami bermula pukul 8 pagi hingga 5 pagi keesokan harinya.

Sementara itu, beliau berkata, pada 10 Julai pula, kawasan yang terjejas ialah di sekitar Segambut, Jalan Kuching, Jalan Ipoh, Sentul, Jalan Duta, Bukit Tunku, kawasan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Tun Ismail, Jalan Dato' Onn, Jalan Lembah Ledang, Jalan Perlis, Jalan Kedah, Jalan Selangor, Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

''Kawasan-kawasan terbabit akan mengalami gangguan bermula pukul 6 petang hingga 5.30 pagi keesokan harinya,'' katanya.

Menurut beliau, orang ramai di kawasan-kawasan terbabit dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Sebarang pertanyaan, para pengguna dinasihatkan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip Puspel jarak aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 09:50 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di KL, Selangor esok

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan di sekitar sini dan Selangor mulai 5 petang esok hingga 6.30 pagi Rabu.

Kawasan yang terbabit di sekitar Sepang ialah di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kampung Sungai Merab Luar, Desa Seri Melor 1, Kampung Sungai Merab Tengah, Desa Anita, Desa Sentosa Teras Jernang, Taman PKNS Seksyen 12, Taman Desa Damai, Taman Desa Sri Melur 2, Taman Desa Saujana, Desa Pinggiran Putra dan Taman Air Hitam Permai.

Kuarters UPM Serdang, Kampung Sungai Merab Ulu, RTB Limau Manis, RKT Limau Manis, Sungai Merab, RKT Sungai Merab, Taman Lestari Putra, Kampung Teras Jernang, Kampung Asli Bukit Dugang, Desa Mekar RKT Sungai Merab, Desa Makmur, Taman Persona Mekar Sungai Merab, Taman Casa Mekar Sungai Merab, Sungai Merab Luar Lot 5084 serta RKT Kampung Tengah.

Bagi Hulu Langat, kawasan terbabit ialah West Country, Taman University, Kampung Sungai Tangkas, Hentian Kajang, Taman Tenaga, taman-taman perumahan di Jalan Reko, Taman Kajang Utama, Taman-taman perumahan di Jalan Bukit, Taman Jasmin, Taman Kajang Prima, Bandar Teknologi, Taman Harmoni Semenyih, Kawasan Perumahan Sungai Jelok, Taman Kajang Perdana, Taman Sri Jelok, Taman Sakap, Taman Asa Jaya serta Taman Villa Heights.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini, gangguan itu berikutan kerja-kerja pengalihan paip, pemasangan injap serta pemasangan meter bagi memaksimumkan lagi tahap saluran bekalan air kepada pengguna.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung gangguan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL jarak dan taipkan aduan atau pertanyaan sebelum dihantar ke 39222.

Maklumat boleh juga boleh diperolehi menerusi laman web Syabas di www.syabas.com.my. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 10:47 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Hulu Langat dan Petaling

KUALA LUMPUR 4 Julai - Gangguan bekalan air berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Petaling mulai pukul 11 malam tadi berikutan kerosakan kabel Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang membekalkan elektrik ke stesen pam air mentah di Loji Sungai Semenyih.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan hari ini berkata Syabas mengambil tindakan segera dengan membuat penyaluran air dari loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 3 dan Loji Sungai Langat bagi mengurangkan jumlah kawasan yang terlibat dengan gangguan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Syabas dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyambungan kabel elektrik oleh TNB itu siap pada pukul 11 pagi ini dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat. Kawasan-kawasan yang terbabit di HULU LANGAT ialah Desa Kenanga, Bangi Jaya, UKM, Bangi Golf Resort, Dusun Jaya, Semenyih Ria, Bandar Baru Bangi, Sungai Chua, Sungai Ramal, Kampung Sungai Kembung Hilir, Taman Seri Melor, Taman Putra Kajang dan Taman Bukit Ria yang melibatkan kira-kira 80,000 pengguna.

Sementara di kawasan PETALING, kawasan-kawasan yang terlibat ialah Bandar Puchong Jaya, Kinrara, Bandar Puteri, Taman Perindustrian Kinrara, Taman Bukit Kinrara, Bukit Serdang, Kampung Muhibbah dan Sedang Raya.

Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) menerima 243 aduan pengguna dari kawasan Petaling dan 135 aduan di Hulu Langat berhubung masalah gangguan bekalan itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 12:36 PM | Show all posts
Power cuts expected as TNB conducts routine maintenance work

> China Press reported that between now and Aug 8, there would be power disruption in various parts of Peninsula Malaysia.

The power cut is to allow Tenaga Nasional Berhad (TNB) to carry out routine maintenance work.

According to the TNB website, although all states would be affected, Selangor would be the worst hit with 292 areas facing power cuts of between two to 10 hours.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.111675 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list