CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: smilygirl33

EVENTS & PROMO IN KL, POST HERE (NO SELLING/BUYING)

[Copy link]
Post time 11-11-2009 10:04 AM | Show all posts
Gangguan air di Sepang, Hulu Langat

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air pada 16, 17 dan 18 November ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air (WBM) dan pemasangan paip di Sepang dan Hulu Langat.

Program itu bertujuan memastikan bekalan air kepada pengguna di kawasan tersebut pada tahap optimum dan mencukupi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya di sini memberitahu, gangguan bekalan pada 16 November dijangka berlaku antara pukul 5 petang hingga 6 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Lestari Perdana, keseluruhan kawasan Lestari Puchong, Taman Desamanium, Kota

Perdana, Bandar Putra Permai, Taman Pinggiran Putra dan Bandar Bukit Jalil.

Turut terlibat ialah Lestari Putra, Prima Tropika,

Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Taman Datok Demang, IOI Resort, Hotel Marriot, Prima Tropika, Hospital Serdang, Saujana Puchong, Bandar Puncak Jalil dan Universiti Tenaga Nasional.

Pemasangan WBM di Kolam Air Effingham, Petaling pula akan menyebabkan gangguan bekalan bermula 17 November, pukul 5 petang hingga 1 petang keesokan harinya.

Antara lokasi yang terjejas ialah Hyatt Saujana, Seapark, SS1 (Kampung Tunku), SS2, SS3, SS5, SS6, SS7, SS8, SS9A, SS12 hingga SS19, Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Seaport, Lembah Subang, Ara Damansara.

Terminal 1 dan 2, MAS Kargo, MAS Katering, Taman Emas, Glenmarie (U1, Hicom Glenmarie Industrial Park), Industri Temasya, Pusat Perubatan Subang Jaya, Subang Parade, SS8 Free Trade Zone, Wangsa Baiduri, Sheraton Subang dan Holiday Villa.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan serta menggunakan air secara berhemah.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian 1-800-88-5252 atau melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 10:26 AM | Show all posts
Gangguan bekalan air 24, 25 Nov.

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air pada 24 dan 25 November ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter imbangan air (WBM) di Lebuhraya Puchong (LDP) ke Kolam Air Puchong Utama.

Program ini bertujuan memastikan bekalan air kepada pengguna di kawasan tersebut berada pada tahap optimum dan mencukupi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya di sini memberitahu, gangguan itu dijangka berlaku pada 24 November antara pukul 5 petang hingga 5 pagi keesokan harinya.

Antara kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Taman Puchong Utama 1 hingga 13, Bandar Puchong Utama 1 hingga 9, Bukit Puchong 1 hingga 9 dan Batu 13 hingga 14 Jalan Puchong.

Selain itu, gangguan akan turut berlaku di Puchong Impian, Kampung Orang Asli Batu 14 Jalan Puchong, Puchong Indah, Batu 14 Jalan Puchong, keseluruhan Kampung Baru, Batu 14 Jalan Puchong dan Sri Puchong.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan orang ramai di kawasan terlibat menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan serta menggunakan air secara berhemah.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian 1-800-88-5252 atau melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL<jarak>taipkan<aduan> atau pertanyaan dan hantar ke 39222.

Selain itu, informasi tersebut juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di www.syabas.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 11:46 AM | Show all posts
Terowong SMART ditutup esok dan Khamis
17/11/2009 11:08am

KUALA LUMPUR 17 Nov.— Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan menutup terowong SMART kepada lalu lintas pada Rabu dan Khamis ini untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.

Menurut kenyataan SMART hari ini Lebuhraya SMART akan ditutup bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi pada hari berkenaan.

"Penutupan ini adalah untuk membolehkan penyelenggaran sistem terowong lebuh raya dijalankan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan ini, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 09:33 AM | Show all posts
Sentral: Gangguan bekalan air tiga kawasan 2 Disember

BANGSAR: Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Langat, Hulu Selangor dan Klang berikutan kerja menaik taraf perkhidmatan bekalan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata kerja menaik taraf itu bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna, selain memastikan bekalan pada tahap optimum serta mencukupi bagi jangka masa panjang.

Katanya, kerja Zero Pressure Test (ZPT) di Jalan Morib, Kuala Langat akan mengakibatkan gangguan bekalan air di wilayah Kuala Langat pada 2 Disember 2009, bermula 11 malam hingga 4 pagi keesokannya, membabitkan Kanchong Darat; Taman Damai, Morib; Kampung Kelanang; Kampung Endah; Kampung Tali Ayer; Pantai Morib dan Jalan Ladang Kilkee.

Beliau berkata, pada hari sama, gangguan bekalan air akan turut berlaku di Hulu Selangor bermula 8 pagi hingga 6 petang membabitkan Kampung Sungai Nilam; Kampung Lalang; Rumah Murah; Kampung Serigala; Kampung Gesir Tengah; Kampung Sekolah; Kampung Seri Pagi dan Kampung Masjid.

Katanya, gangguan bekalan air di Klang yang membabitkan seluruh kawasan Kampung Jalan Kebun termasuk Kampung Batu 7; seluruh kawasan Kampung Lombong; seluruh kawasan Kampung Bukit Rimau pula akan berlaku pada 4 Disember bermula 9 malam hingga 6 pagi keesokannya.

Gangguan sama akan berlaku di Kuala Langat membabitkan kawasan Bukit Komandol.

Sehubungan itu, katanya, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip Puspel, jarakkan serta taip aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 10:40 AM | Show all posts
Gangguan air pada 2, 4 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Beberapa kawasan di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 2 dan 4 Disember ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Kerja-kerja tersebut adalah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air dalam jangka panjang kepada para pengguna di kawasan terlibat.

Program itu juga bertujuan memastikan bekalan air kepada pengguna di kawasan tersebut berada pada tahap optimum dan mencukupi.

Syabas dalam kenyataannya di sini memberitahu, gangguan pada 2 Disember di kawasan Hulu Selangor dijangka bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Ia adalah berikutan langkah henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selisek bagi kerja-kerja pencucian kolam imbangan oleh Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB).

Antara kawasan yang akan mengalami gangguan ialah Kampung Sungai Nilam, Kampung Lalang, Rumah Murah, Kampung Serigala, Kampung Gesir Tengah, Kampung Sekolah, Kampung Sri Pagi dan Kampung Masjid.

Sementara itu, satu lagi gangguan bekalan air pada hari yang sama turut berlaku pada pukul 11.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya melibatkan beberapa kawasan di Kuala Langat.

Ia berikutan pelaksanaan ujian tekanan sifar (ZPT) di Jalan Morib, Kuala Langat

Lokasi yang terlibat ialah Kanchong Darat, Taman Damai, Morib, Kampung Kelanang, Kampung Endah, Kampung Tali Ayer, Pantai Morib dan Jalan Ladang Kilkee.

Pada 4 Disember pula, gangguan bekalan air akan berlaku di kawasan Klang melibatkan seluruh kawasan Kampung Jalan Kebun, Kampung Batu 7, Kampung Lombong, Kampung Bukit Rimau di Klang dan Bukit Komandol di Kuala Langat.

Gangguan bekalan air dijangkakan berlaku sekitar pukul 9 malam hingga 6 pagi keesokan harinya berikutan kerja-kerja penggantian injap kekupu di Jalan Kebun, Klang.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan serta menggunakan air secara berhemah.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian 1-800-88-5252 atau melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.

Selain itu, informasi tersebut juga boleh diperolehi dari laman web Syabas di www.syabas.com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 02:08 PM | Show all posts
Pembaikan paip air di Puchong, Sepang siap petang ini

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan paip air bersaiz 1,200 milimeter (mm) yang pecah di Puchong Gateway semalam dijangka siap 4 petang ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), dalam satu kenyataan, berkata bekalan air dari loji Sungai Semenyih ke beberapa kawasan sekitar Puchong dan Sepang yang terjejas sejak petang semalam dijangka pulih selewat-lewatnya 6 petang ini.

Antara kawasan yang terbabit ialah Lestari Perdana, Lestari Puchong, Taman Desamanium, Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Taman Pinggiran Putra, Bandar Bukit Jalil, Lestari Putra, Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Taman Datuk Demang, IOI Resort dan Hotel Marriot, Alam Putra, Prima Tropika, Hospital Serdang, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Saujana Puchong, Bandar Puncak Jalil dan Universiti Tenaga Nasional.

Masalah bekalan air itu membabitkan 200,000 pengguna di Sepang dan Petaling.

Berikutan kejadian paip pecah itu, Syabas mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) kod hijau di kedua kawasan itu serta merta bagi memastikan ia diatasi dan bantuan segera dapat disalurkan kepada pengguna terbabit.

Syabas turut membuka pusat operasi krisis 24 jam di Sepang bagi kerja-kerja memantau dan sebagai pusat informasi, dan antara langkah awal yang diambil ialah melantik kontraktor untuk kerja-kerja membaik pulih dengan serta merta dan menyalurkan bekalan alternatif melalui 'by-pass' ke kawasan terbabit.

"Selain itu juga, Syabas melakukan kerja-kerja pemasangan 'interconnection' pada jajaran paip 1,800mm dengan menggunakan kaedah 'hot tapping' untuk mengelak gangguan bekalan air di wilayah Sepang.

"Dengan tindakan yang diambil, gangguan bekalan air dijangka minima dan kawasan yang tinggi berkemungkinan akan mengalami tekanan air rendah," menurut kenyataan itu.

Pengguna di kawasan terbabit dinasihatkan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip tersebut.

Mereka boleh mendapatkan maklumat atau bantuan menerusi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2009 10:41 PM | Show all posts
Beberapa jalan ditutup sempena KL World Marching Band esok

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup esok dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam untuk memberi laluan kepada pertandingan Kuala Lumpur (KL) World Marching Band 2009.

Jalan-jalan yang terbabit ialah:

*Jalan Bukit Bintang bermula susur Jalan Raja Chulan/Jalan Bukit Bintang hingga Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail;

*Jalan Bukit Bintang/Jalan Sultan Ismail sehingga Jalan Sultan Ismail/Jalan Raja Chulan;

*Persimpangan Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail (jalan sebelah kanan) sehingga Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.

Menurut kenyataan Polis Trafik KL hari ini, kerjasama orang ramai diperlukan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Pertandingan pancaragam itu diadakan buat tahun ketiga dan menarik penyertaan pasukan dari empat benua. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 09:37 AM | Show all posts
Gangguan air di 3 daerah

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Gangguan bekalan air melibatkan kawasan Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan berlaku pada Khamis ini bermula pukul 5 petang hingga 6 pagi keesokannya.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan paip bersaiz 800 milimeter untuk Kolam Air KLIA di Sepang.

"Kawasan di Sepang yang akan mengalami gangguan ialah keseluruhan kawasan Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi, Sungai Buah, Jenderam Hilir dan kawasan sekitarnya.

"Turut terlibat ialah seluruh kawasan kampung dan kawasan perumahan Sungai Pelek, Bukit Bangkong, Taman Sepang Putra, Taman Sri Bayu, Ladang Teluk Merbau, Taman Murni, Pekan Sepang, Tanjung Rhu, Agrotek,

"Ulu Chuchoh, Kampung Baru Sungai Pelek, Kampung Baru Sepang, Kampung Lembah Paya, Kampung Chinchang, Rumah Murah Salak, Bandar Enstek, Nilai dan Ibu pejabat Polis Daerah Sepang," katanya.

Sementara itu, kawasan di Hulu Langat yang akan terlibat ialah Taman Tasik Semenyih, Taman Rinching Fasa 2, Desa Mahkota, Kampung Bahagia, Kampung Aman, Pekan Bangi Lama dan Rinching Hilir.

Turut terjejas, kata Abdul Halem ialah Kampung Masjid Bangi Lama, Bangi Villa, Bangi Indah, Bangi Lama, Taman Bangi Villa 2, Impian Putra, KISDAR, Taman Sri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bukit Mahkota Baru, Bandar Baru Bangi Seksyen . 1 hingga 6 serta 13, 14 dan 15 dan Kampung Teras Jernang.

"Turut terlibat ialah Tanah Wakaf, Taman Wawasan, PLKN Sungai Lalang, Taman Impian Semenyih, Taman Semenyih Ria, seluruh Taman Sri Haneco, Taman Semenyih Mewah, Taman Semenyih Jaya, Semenyih Sentral.

"Kampung Sireh, Kampung Sentosa, Kampung Tanjung, Taman Sri Tanjung, Kampung Sungai Buluh, Taman Desa Anggerik, Taman Jaya Semenyih, Taman Jaya 2, Taman Dusun Jaya, Taman Mawar, seluruh Taman Semenyih Indah, Taman Desa Kenanga.

"Seluruh Taman Bangi Jaya, Kampung Kuala Pajam, Jalan 6 Kaki, Sungai Kembung, Kampung Semata, Batu 6 hingga Batu 1 Semenyih, Industri Jalan Bangi, Kampung Seberang dan Kampung Minang," katanya.

Bagi kawasan Kuala Langat, kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Tanjung Sepat, Kampung Kundang, Batu Laut, Batu Untung, Ladang Batu, Tanjung Layang, Kanchong Laut, kawasan

Tumbuk Laut, Tumbok Darat, Tumbok Sempadan, Taman Mahkota Brookland, Bandar Sri Ehsan dan Taman D'Menara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 05:28 PM | Show all posts
Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa ditutup
21/12/2009 4:15pm

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Sebahagian Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa dari pintu keluar dan masuk Taman Pudu Ulu hingga ke persimpangan Jalan 1/91 akan ditutup kepada semua lalu-lintas mulai hari ini hingga 21 Februari depan bagi pembinaan jejambat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan-jalan tersebut selama dua bulan itu adalah bagi pembinaan jejambat yang menghubungkan Jalan Mahkota, Taman Maluri ke Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa.

Sehubungan itu pengguna jalan raya diminta berhati-hati serta mematuhi papan tanda lalu-lintas yang disediakan di tapak pembinaan.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa lampu isyarat lintasan pejalan kaki di Jalan Bukit Bintang/Hotel Westin akan mula beroperasi esok pada pukul 10.30 pagi.

DBKL juga mengumumkan bahawa sistem lampu isyarat lalu-lintas di persimpangan Jalan Kuantan/Jalan Titiwangsa pula akan mula beroperasi sepenuhnya Rabu ini bermula 10.30 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 10:21 AM | Show all posts
Gangguan air di ibu negara

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Beberapa kawasan di ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air pada 27 Januari ini berikutan kerja menaik taraf kemudahan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur.

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, ia bertujuan memastikan pengguna mendapat kualiti bekalan air yang lebih baik.

Menurutnya, pada hari tersebut, Syabas akan memasang, menguji dan mentauliah dua unit pam baru serta melakukan kerja-kerja berkaitan di Rumah Pam Bukit Ceylon.

Katanya, semasa kerja tersebut dilaksanakan, tekanan bekalan air akan menjadi lebih rendah dan Syabas akan berusaha mengurangkan gangguan dengan membuat sambungan alternatif dari saluran lain.

Kawasan yang terlibat ialah Jalan Alor, Jalan Bukit Ceylon, Jalan Ceylon, Persiaran Raja Chulan, Jalan Nagasari, Jalan Bendera, Jalan Berangan, Jalan Berami, Jalan Mesui, Jalan Angsoka;

Lorong Ceylon, Changkat Raja Chulan, Changkat Bukit Bintang, Jalan Tong Shin, Tengkat Tong Shin, Jalan Rambia, Jalan Sahabat, Jalan Bukit Mahkamah dan Jalan Pudu Lama.

Abdul Halem berkata, gangguan dijangka bermula pada pukul 10 malam hingga 4 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 03:22 PM | Show all posts
Terowong SMART ditutup malam esok utk penyelenggaraan
19/01/2010 2:42pm

KUALA LUMPUR 19 Jan. Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART) akan menutup terowong SMART selama tujuh jam bermula pukul 11 malam esok bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, terowong dijangka dibuka semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai pada pukul 6 pagi.

Untuk maklumat lanjut pengguna lebuh raya itu boleh hubungi talian 1-300-88-7188. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 10:48 AM | Show all posts
Gangguan air di Cheras

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Beberapa kawasan di daerah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air Sabtu ini, 23 Januari ini berikutan kerja menaik taraf kemudahan bekalan air di daerah tersebut.

Pengurus Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, ia bertujuan memastikan pengguna mendapat kualiti bekalan air yang lebih baik pada masa depan.

Menurutnya, pada hari tersebut, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melakukan kerja-kerja membaik pulih kabel di Loji Rawatan Air Cheras di Batu 11, Kajang.

Katanya, gangguan bekalan dijangka berlaku mulai pukul 10 lagi hingga 7 malam.

Kawasan-kawasan yang terjejas ialah Taman Sejati, Taman Bukit Sungai Long, Kawasan Perindustrian Balakong, Kampung Baru Balakong dan Taman Tanming Indah.

Turut terlibat ialah Taman Seri Kenangan, Rumah Kebajikan Seri Kenangan, Jaya Jusco Cheras Selatan, pasar raya Econsave Balakong dan Taman Kasturi.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan serta menggunakan air secara berhemah.

Sebarang pertanyaan, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau layari laman web www.syabas.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 03:53 PM | Show all posts
LLTdL: Beberapa jalan utama di KL ditutup Sabtu, Ahad

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, termasuk beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka, akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi Sabtu dan Ahad ini sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL).

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Ruslin Mohd Noor, berkata penutupan itu bagi memberi laluan kepada pelumba yang akan melalui jalan di sekitar ibu negara.

"Penutupan jalan pada peringkat keenam Sabtu ini akan membabitkan Jalan Ampang diikuti Jalan Jelatek, Jalan Setiawangsa, Jalan Kilang, Jalan Genting Klang, Jalan Taman Ibu Kota dan Jalan Gombak secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas sidang media taklimat trafik di Bilik Gerakan Trafik, di sini hari ini.

Pada Ahad, jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 6 pagi secara berperingkat bagi peringkat ketujuh pertandingan itu.

Katanya, jalan berkenaan ialah Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang dan Jalan Ampang.

Peringkat keenam LTdL dari Putrajaya-Genting Highlands membabitkan perlumbaan sejauh 102.8 kilometer (km) sementara peringkat ketujuh dari Kuala Kubu Baru-Kuala Lumpur sejauh 133.7 km.

Sementara itu, Ruslin menasihatkan pengguna jalan raya tidak menggunakan jalan berkenaan serta memberi kerjasama kepada anggota polis bagi melicinkan perjalanan trafik.

Katanya, kenderaan berat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan laluan berkenaan sewaktu perlumbaan berlangsung.

Seramai 130 anggota trafik akan dikerah mengawal lalulintas pada peringkat keenam Sabtu ini manakala 310 anggota pada peringkat ketujuh Ahad ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 04:41 PM | Show all posts
Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Petaling 11, 17 Mac

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air sementara dijadualkan berlaku di beberapa kawasan di sekitar Wilayah Petaling antara 11 dan 17 Mac untuk membolehkan kerja-kerja penggantian paip kecemasan dan pengalihan paip dijalankan.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata sepanjang pelaksanaan kerja-kerja tersebut dua gangguan dijadualkan berlaku.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat pada 11 Mac dari pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya adalah keseluruhan kawasan Serdang, keseluruhan kawasan Seri Kembangan dan Astro.

Kawasan-kawasan yang terlibat pada 16 Mac, pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya adalah keseluruhan kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Kampung Paya Jaras, Kampung Sungai Plong, Bandar Baru Sungai Buloh, Subang Suria (U5), Penjara Sungai Buloh, Desa Moccis, Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, Jalan Hospital Kusta, Sierra Mas, Kampung Melayu Sungai Buloh, SB Jaya Sungai Buloh dan keseluruhan Saujana Utama.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan para pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Untuk keterangan lanjut para pengguna boleh menghubungi talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di 1-800-88-5252, SMS ke 39222 atau layari laman web Syabas di www.syabas.com.my. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2010 09:54 AM | Show all posts
Gangguan air di Petaling 11, 17 Mac

KUALA LUMPUR 9 Mac - Gangguan bekalan air sementara dijadualkan berlaku di beberapa kawasan di sekitar kawasan Petaling antara 11 dan 17 Mac untuk membolehkan kerja-kerja penggantian paip kecemasan dan pengalihan paip dijalankan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan di sini memberitahu, sepanjang pelaksanaan kerja-kerja tersebut, dua gangguan dijadualkan berlaku.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat pada 11 Mac dari pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya adalah keseluruhan kawasan Serdang, keseluruhan kawasan Seri Kembangan dan Astro.

Kawasan-kawasan yang terlibat pada 16 Mac, pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya adalah keseluruhan kawasan Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Kampung Paya Jaras, Kampung Sungai Plong dan Bandar Baru Sungai Buloh.

Turut terjejas ialah Subang Suria (U5), Penjara Sungai Buloh, Desa Moccis, Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor, Jalan Hospital Kusta, Sierra Mas, Kampung Melayu Sungai Buloh, SB Jaya Sungai Buloh dan keseluruhan Saujana Utama.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan para pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Untuk keterangan lanjut para pengguna boleh menghubungi talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di 1-800-88-5252, SMS ke 39222 atau layari laman web Syabas di www.syabas. com.my.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 03:01 PM | Show all posts
Kuala Lumpur alami gangguan bekalan air
12/04/2010 1:37pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sehingga awal pagi esok ekoran kerja-kerja pembaikan paip pecah dari Klang Gate ke Loji Bukit Nanas pada Sabtu lepas.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Abdul Halem Mat Som hari ini berkata, bekalan di kawasan berkenaan akan kembali pulih secara berperingkat-peringkat mulai petang ini.

Beliau berkata, untuk mengurangkan masalah gangguan bekalan, Syabas menyalurkan bekalan air dari loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 dan 2 melalui sistem mengepam di Bukit Maxwell dan dari Loji Rawatan Air Sungai Batu.

"Bagaimanapun masih ada juga pengguna yang akan terlibat dengan gangguan bekalan air dan dianggarkan sebanyak 80,000 akaun pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, SYABAS juga mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning bagi memastikan masalah itu diatasi dengan segera dan bantuan segera juga akan dilakukan.

"Sebanyak 35 lori tangki diuruskan oleh Syabas untuk bersiap sedia bergerak ke kawasan yang memerlukan bantuan bekalan air pada bila-bila masa”, katanya dan meminta pengguna berhemah menggunakan air sepanjang tempoh gangguan bekalan itu. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2010 02:20 PM | Show all posts
Syabas mula operasi potong bekalan air di Lembah Klang Ahad ini
13/05/2010 1:47pm

KUALA LUMPUR 13 Mei — Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air bagi akaun bil-bil air tertunggak mulai 16 sehingga 31 Mei ini.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporatnya Abdul Halem Mat Som berkata sembilan wilayah yang terlibat dengan operasi pemotongan bekalan itu ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Langat, Sepang, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

"Orang ramai dinasihatkan supaya membuat pembayaran bil dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata kos pemotongan dan penyambungan semula RM50 akan dikenakan sebelum penyambungan bekalan semula itu dibuat sekiranya bekalan air pengguna berkenaan sudah dipotong.

— Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 11:36 AM | Show all posts
Gangguan air di sekitar Balakong

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di kawasan tersebut pada 17 Ogos ini.

Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan akan bermula pada pukul 9 malam hingga 4 pagi keesokan harinya.

Katanya, ia adalah disebabkan kerja-kerja penggantian 'O-Ring' pada sambungan injap bergaris pusat 1,500 milimeter di simpang masuk Bandar Sungai Long di Cheras.

"Kerja-kerja tersebut bertujuan memastikan bekalan air yang optimum untuk menghadapi permintaan yang bertambah menjelang musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Taman Puncak Utama; Taman Putra Budiman; Balakong Jaya; Impian Indah; Desa Karunmas; Taman Harmoni; Taman Seri Timah; Taman Tanming 1 & 2;

Taman Juara Jaya; Taman Bukit Belimbing; Taman Bukit Emas; Industri Selesa Jaya; Industri Balakong Jaya; Taman Sungai Besi Indah 1, 2 & 3, Mines Resort dan Jalan Dagang.

Abdul Halem berkata, Syabas akan berusaha bagi memastikan kerja-kerja tersebut dilaksanakan mengikut jadual untuk meminimumkan gangguan bekalan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 04:34 PM | Show all posts
kalau ingin buat duit tambahan.
mari kalau berani
click saja disini
http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=razinramones
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 12:51 PM | Show all posts
Diskaun tol untuk pengguna Lebuhraya Duke dan Smart sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KESTURI), memberi diskaun 10 peratus kepada semua yang menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) bagi tempoh 24 jam bermula jam 12.01 malam ini sempena sambutan Deepavali esok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.113404 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list