CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89570|Reply: 139

EVENTS & PROMO IN KL, POST HERE (NO SELLING/BUYING)

[Copy link]
Post time 20-1-2009 01:38 PM | Show all posts

EVENTS,PROMO&SALE - SEL/KL/PUT POST HERE (NO SELLING/BUYING)

Edited by intan_smsb at 17-11-2015 05:22 PM

Post Last Edit by bzzts at 25-3-2012 18:18

Terowong SMART ditutup untuk penyelenggaraan 11 malam esok20/01/2009 12:10pm

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Lebuh raya SMART di sini akan ditutup dari 11 malam esok hingga 6 pagi Khamis untuk kerja penyenggaraan bulanan sistem terowong lalu lintasnya.


Pemandu yang ingin membuat pertanyaan boleh menggunakan talian Helpline 1-300-88-7188, demikian menurut kenyataan Stormwater Management and Road Tunnel Project (SMART), pengendali lebuh raya itu.- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2009 05:33 PM | Show all posts
Beberapa jalan di KL ditutup sempena LTdL
11/02/2009 5:15pm

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama)
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 05:32 PM | Show all posts
Satu lorong Jalan Tun Razak ditutup

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup satu lorong Jalan Tun Razak (menghala ke Bulatan Kampung Pandan) bermula di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sehingga ke Jalan U Thant kepada semua pengguna bermula Isnin ini sehingga 9 Mac.

Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, ia bertujuan membolehkan kerja-kerja pembinaan parit dan pembetung secara pipe jacking dilaksanakan.

"Proses ini akan dilaksanakan dari Kelab Golf Diraja Selangor hingga ke Kedutaan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anwar, sepanjang proses pembinaan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas yang disediakan.

Maklumat lanjut mengenai penutupan lorong ini boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-26179477.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:04 PM | Show all posts
tq SMART girl ..

[ Last edited by  stormyrain at 15-2-2009 10:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 11:55 PM | Show all posts

Balas #4 stormyrain\ catat

hahahah

ingat tadi nak tulis pasal

terowong SMART ke apa

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 05:04 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan Damansara Rabu ini



KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Damansara Damai dan Saujana Damansara mulai Rabu malam hingga pagi Khamis, berikutan kerja penyelenggaraan infrastruktur dan menaiktaraf perkhidmatan bekalan air.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som, berkata beberapa kawasan di Kuala Lumpur akan mengalami gangguan air bermula 8 malam Rabu ini hingga 6 pagi Khamis dengan kawasan meliputi Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh,Taman Seputeh Heights dan TUDM Sungai Besi.

Kawasan lain adalah Jalan Lapangan Terbang, Jalan Lapangan Terbang Lama dan Jalan Sungai Besi, separuh kawasan Sungai Besi, Jalan Kerayong, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Belamy serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gangguan turut membabitkan Kampung Batu Kong, Jalan Chow Sow Lin, Wisma Putra, Wisma Perwira, Gapena, Dataran F&N, Persiaran Syed Putra, Jalan Robson, Brickfields, Jalan Bangsar, KL Sentral dan kawasan sekitarnya, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau berkata, gangguan bekalan itu kerana kerja pemasangan paip aliran meter bergaris pusat 500 milimeter (mm) pada paip berukuran 900mm Mild Steel di Salak Tinggi.

Bagi kawasan Damansara Damai dan Saujana Damansara pula, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9 malam Rabu ini hingga 6 pagi Khamis akibat kerja-kerja penyambungan paip 900mm di Sungai Gasi.

Abdul Halem berkata, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) Syabas untuk pertanyaan atau aduan melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak, taip aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222 atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2009 05:07 PM | Show all posts
Kat botanic bukit tinggi ni asik2 black out je, dah la lama 2-3 jam, ni sejak jusco tu ade lah.. :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 10:27 AM | Show all posts
Gangguan Air Di KL, Selangor Selasa Malam

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Gangguan bekalan air dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai malam Rabu hingga pagi Khamis berikutan kerja penyelenggaraan infrastruktur dan menaiktaraf perkhidmatan bekalan air.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som berkata beberapa kawasan di Kuala Lumpur akan mengalami gangguan air bermula 8 malam esok hingga 6 pagi Rabu iaitu Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh, Taman Seputeh Heights dan TUDM Sungai Besi.

Kawasan lain adalah Jalan Lapangan Terbang, Jalan Lapangan Terbang Lama dan Jalan Sungai Besi, separuh kawasan Sungai Besi, Jalan Kerayong, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Belamy serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gangguan turut melibatkan Kampung Batu Kong, Jalan Chan Sow Lin, Wisma Putra, Wisma Perwira, Gapena, Dataran F&N, Persiaran Syed Putra, Jalan Robson, Brickfields, Jalan Bangsar, KL Sentral dan kawasan sekitarnya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata gangguan bekalan itu adalah kerana kerja pemasangan paip meter aliran bersaiz 500mm diameter pada paip berukuran 900mm Mild Steel di Salak Tinggi.

Bagi kawasan Damansara Damai dan Saujana Damansara pula, gangguan bekalan air akan bermula pada pukul 9 malam esok hingga 6 pagi Rabu akibat kerja-kerja penyambungan paip 900mm di Sungai Gasi.

Abdul Halem menasihati para pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) Syabas untuk pertanyaan atau aduan melalui talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak, taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222 atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 11:05 AM | Show all posts
No toll at Salak Jaya      
                                                                                                                        
PETALINGJAYA: The Salak Jaya toll (south-bound) is set to be abolished today,according to a notice from the Malaysian Highway Authority, It will bethe second toll abolition in just 11 days.

Works Minister Datuk Seri Mohd Zin Mohamed will officiate the ceremony to abolish the toll today.

Thetoll is operated by Besraya (M) Sdn Bhd and has been in operation sinceApril 1999, according to the concessionaire’s website.

The Salak Jaya toll forms part of the Sungai Besi Highway and users are charged RM1.30 for passing through.
With the removal of the toll, only north-bound users into Kuala Lumpur will have to pay toll.

Thiswill be the second toll to be abolished recently. The toll at PJS2(Kuala Lumpur-bound) of the New Pantai Expressway was abolished on Feb13.

Mohd Zin said then that the toll was abolished due to aCabinet decision after his ministry submitted a memorandum to abolishthe toll.

He said removing the toll was meant to soften theeffects of economic uncertainties for the residents of PJS1 and 2, whohad to pay RM1.60 toll every time they drove towards Kuala Lumpur sinceApril 2004.

Efforts to get Besraya, its parent company IJM, orthe Malaysian Highway Authority for comments were futile as they saidMohd Zin would be the one explaining the toll abolition.

It is understood, however, that it was due to a recent Cabinet decision.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 10:59 AM | Show all posts
Cuci kereta untuk bantu beli bas

PUTRAJAYA 26 Feb. - Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1 di sini akan menganjurkan Program Jom Cuci Kereta Amal untuk menambah dana Tabung Pembelian Bas Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi.

Guru sekolah tersebut, Rabita Tajeli berkata, program itu akan diadakan pada 7 Mac ini di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

"Orang ramai terutama penduduk Bangi, Kajang dan Putrajaya dan kawasan sekitarnya diharap dapat membawa kereta mereka untuk dicuci sekali gus membantu menambah dana tabung tersebut.

"penyertaan orang ramai diharap dapat membantu menambah tabung pembelian bas rumah anak yatim tersebut,'' jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah yang diperlukan untuk membeli bas berkenaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 11:18 AM | Show all posts
x duduk KL....

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:19 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di Hulu Selangor

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula 8 malam Isnin ini hingga 6 pagi Selasa.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di sini hari ini, kawasan terbabit ialah Kebun Bunga Orkid, Kampung Sungai Bakau,Kampung Sungai Bakau Tambahan, Pusat Serenti Sungai Bakau Rawang, Pejabat Htan dan Balai Polis Batu Arang, Kilang Batu Bata Bukit Arang, kawasan kimia dan kilang peluru.

Kawasan-kawasan lain ialah Kampung Melayu Kundang, Kampung Baru Cina, OC 8 Batu Arang, Tasik Estate, rumah murah baru Batu Arang, Pekan Batu Arang, kawasan Bukit Nanas dan Taman Bandar Baru PKNS.

Gangguan itu disebabkan oleh kerja pemasangan meter keseimbangan air di Kolam Air Forest.

Bagi maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:14 AM | Show all posts
Gangguan air di Sepang malam ini

KUALA LUMPUR 5 Mac - Beberapa kawasan di Sepang akan mengalami gangguan bekalan air esok (Jumaat) bermula 8 malam hingga 6 pagi hari Sabtu.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, gangguan disebabkan pemasangan meter imbangan air di Jalan Banting-Dengkil.

Kawasan yang terlibat ialah Pekan Dengkil, Taman Baru Dengkil, Taman Baiduri, Taman Kristal, Taman Permata, Taman Maniam, Taman Mesra, Taman Berlian, Taman Mas; Taman Putra, Taman Seri, Kampung Batu, Taman Dengkil Jaya, Jalan Air Hitam, Kampung Aminuddin, Taman Timah Langat, Taman Mutiara serta Taman Nilam.

Jalan Banting Dengkil, Taman Timah, Taman Intan, Taman Jed, Taman Delima, Taman Comperai, Kampung Asli Bukit Tampoi, Jalan Dengkil, Kajang.

Kampung Lee Chinching, Taman Gemilang, Kampung Semarang, Kampung Lalang, Kampung Batu Ampat Tenang, Kampung Revolusi Hijau, seluruh kawasan Kampung Jenderam Hilir dan Sungai Buah.

Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:34 AM | Show all posts
Sepang, Hulu Langat Alami Gangguan Air Mulai Esok Hingga 11 Mac

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat mulai esok hingga 11 Mac.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di sini hari ini, antara kawasan di Sepang yang terlibat ialah Pekan Dengkil, Taman Baru Dengkil, Taman Mesra, Taman Delima, Kampung Semarang, Kampung Lalang dan sekitarnya.

Di Hulu Langat pula ialah Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1-6 Jalan Bangi Semenyih, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Sg Jai, PKNS Beranang dan kawasan sekitarnya.

Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan meter keseimbangan air dan pengalihan paip.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:46 AM | Show all posts
org2 sepang...siap sedia la tadah air skrg
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 12:29 AM | Show all posts
Jalan sekitar KL ditutup sempena Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota

akan ditutup kepada lalu lintas sempena sambutan Maulidur Rasul, Isnin ini.

Menurut kenyataan Polis Cawangan Trafik Kuala Lumpur hari ini, jalan berkenaan akan ditutup secara berperingkat mulai pukul 6 pagi sehingga acara sambutan itu selesai.

Jalan yang terbabit ialah Persimpangan Jalan Hishammuddin, Jalan Raja, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Gereja, Bulatan Datuk Onn, Jalan Lebuh Pasar Besar, Jalan Kasturi, Jalan Travers, Jalan

Mahameru, Jalan Kinabalu, Jalan Mushi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Duta, Jalan Parlimen dan Dataran Merdeka.

Orang ramai dinasihati mematuhi papan tanda dan arahan polis semasa acara itu berlangsung serta menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2009 11:29 AM | Show all posts
Cuti bersalin 90 hari di Selangor

SHAH ALAM 8 Mac - Selangor hari ini mengumumkan cuti bersalin 90hari untuk semua kakitangan wanita yang bekerja dengan kerajaan negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pengumuman tambahan 30 hari daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan sekarang dibuat sempena genap setahun pemerintahan kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kakitangan terbabit bagaimanapun diberi pilihan menerima sejumlah pampasan jika mahu bekerja selepas 60 hari cuti bersalin.

"Serentak dengan itu juga, suami yang menjaga isteri bersalin turut diberi tambahan cuti tujuh hari menjadikan jumlah cuti boleh diambil meningkat kepada 14 hari," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi bersama pengerusi danahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negerisempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baru Selangor di DewanRaja Muda Musa di sini hari ini.

Kira-kira 6,000 orang daripada lebih 400 kampung tradisi dan kampung baru di seluruh negeri menghadiri majlis tersebut.
Abdul Khalid juga memberitahu, langkah menambah cuti bersalin itu dibuat atas alasan perubatan kerana mengikut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bayi perlu diberi perhatian dan penjagaan rapi dalam tempoh 100 hingga 200 hari selepas dilahirkan.

Beliau berharap, mereka yang layak mendapat kemudahan cuti menggunakannya sebaik mungkin termasuk bagi memastikan bayi mereka mendapat suntikan imunisasi mengikut tempoh waktu ditetapkan.

Abdul Khalid turut mengumumkan balu yang baru kematian suami dibericuti pilihan sehingga 30 hari berbanding kemudahan cuti tanpa rekod selama tiga hari yang diamalkan sekarang.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 40 pengerusi JKKK terdiri daripada kaum India akan dilantik pada bulan depan bagi memudahkan pentadbiran di kawasan yang mereka menjadi majoriti.

Dalam pada itu, satu perbincangan akan diadakan dengan BahagianKewangan Negeri dan pihak terlibat berhubung cadangan menaikkan elaunpengerusi JKKK daripada RM450 sebulan yang diterima sekarang.

"Exco terlibat akan turut berbincang, tetapi ia hanya akan dilakukan pada bulan depan," tambahnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid mendakwa kerajaan negeri telah menunaikan janji pilihan raya antaranya memberi bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik selain memberi biasiswa dan hadiah kepada anak Selangor yang memasuki universiti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 05:12 PM | Show all posts
Terowong SMART ditutup

KUALA LUMPUR: Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas mulai 10.42 pagi ini, bagi membolehkan penyaluran air ke kolam takungan bagi mengelak banjir kilat susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Pegawai Operasi dan Perhubungan Awam SMART, Mohd Noor Ali, berkata laluan itu ditutup oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi sistem pengoperasian banjir.

Katanya, pihak SMART belum dapat memastikan bila terowong itu akan dibuka semula kerana ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Dalam kenyatannya, Mohd Noor berkata, pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan talian bantuan SMART di talian 1-300-88-7188.

Terowong SMART secara asasnya berfungsi untuk mengalirkan 90 peratus daripada limpahan air Sungai Klang yang berpunca dari ulu Sungai Klang ke kolam takungan Kampung Berembang, sebelum disalirkan menerusi SMART ke kolam tadahan di Taman Desa di sini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 05:02 PM | Show all posts
Lebuh raya SMART ditutup sementara mulai 11 malam Rabu

KUALA LUMPUR: Lebuh raya SMART di sini akan ditutup mulai 11 malam Rabu ini sehingga 6 pagi keesokannya.

Syarikat pengendali SMART dalam kenyataan, berkata penutupan itu adalah bagi membolehkan ujian sistem terowong lebuh raya dijalankan.

Pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART di talian 1-300-88-7188, untuk sebarang pertanyaan mengenai penutupan itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:39 PM | Show all posts
asik tutop je terowong smart ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.124662 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list