CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] MB Terengganu : Bukan kerana soalan exam bocor! page #3

[Copy link]
Post time 31-10-2012 12:02 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 31-10-2012 10:49 AM
share amende pulok tu?

nampak publish tu mcm kaklid ada saham dlm trading tusyen tu.  so bagi laa saya masuk jarum sket maa...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 12:24 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 31-10-2012 12:02 PM
nampak publish tu mcm kaklid ada saham dlm trading tusyen tu.  so bagi laa saya masuk jarum sket m ...


..................
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:49 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 31-10-2012 12:24 PM
..................

nape kak?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2013 06:19 PM | Show all posts

KUALA TERENGGANU - Pasukan khas pemantau dari Kementerian Pelajaran mengesahkan Terengganu bebas daripada dakwaan kertas soalan peperiksaan bocor, sepertimana yang didakwa pihak tertentu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pasukan tersebut membuat pemeriksaan secara mengejut baru-baru ini di Besut dan setakat ini, pihak pengurusan didapati bersih daripada dakwaan itu.

Sambil menarik nafas lega, Ahmad berkata, ia membuktikan Terengganu telus dan mengharapkan dakwaan berniat jahat dan fitnah dimulakan pihak tertentu itu dihentikan.

“Pasukan pemantau ini datang bagi memeriksa sama ada kertas peperiksaan UPSR ini bocor atau tidak berikutan dakwaan ada di kalangan guru kita yang bocorkan  soalan, sebab Terengganu berjaya mengungguli peperiksaan UPSR selama 11 tahun.

“Ingin saya tegaskan, tuduhan ini berat dan membocorkan soalan adalah jenayah, bukan soal main-main kerana kalau ditangkap, semua pelajar kena mengambil peperiksaan semula. Tapi ia fitnah kerana ada pihak yang tidak mahu mengiktiraf kejayaan Terengganu, atas sokongan Kejayaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Komputer Riba kepada Guru-guru Tahun 5, 2012 yang diadakan di Stadium Negeri di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah.

Pada majlis itu, seramai 2,055 guru tahun lima menerima komputer riba masing-masing, iaitu dari Kemaman seramai 344 orang, Dungun (272), Marang (155), Hulu Terengganu (204), Kuala Terengganu (542), Setiu (206) dan Besut (332).


Kata Ahmad, dakwaan yang ditimbulkan itu disebabkan dengki dan khianat sesetengah pihak yang menuduh sehingga menyebabkan pihak atasan curiga serta terpaksa menghantar pasukan pemantau, walaupun ia sebenarnya tidak berlaku.

“Setakat ini tiada apa-apa (yang dikesan) dan penguru-san bersih. Ini dakwaan khianat, jika Terengganu bagus dan rakyat menyokong usaha yang dibuat kerajaan, memang ada orang yang akan dengki.

“Cuma sekarang kita harap dapat kekalkan keputusan terbaik  UPSR kerana negeri lain sudah mengorak langkah dengan membuat tuisyen dan pelbagai program bagi mengatasi Terengganu,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 06:24 PM | Show all posts
na na na na na na ganu kitew
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 06:35 PM | Show all posts
naik lg benang teganu kite always cemerlang dlm semua periksa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2013 09:30 AM | Show all posts
Keputusan PMR: Terengganu kekal terbaik kali kelima


KUALA TERENGGANU 19 Dis. - Terengganu terus mengekalkan rekod sebagai negeri yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat lima tahun berturut-turut.

Keputusan PMR 2013 yang diumumkan hari ini juga merupakan satu sejarah

bagi negeri ini apabila pencapaian itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh sembilan tahun.


Berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) PMR 2013, Terengganu mencatatkan peningkatan kepada 2.55 berbanding 2.57 tahun 2012 seterusnya mengatasi Gred Purata Nasional 2.67.

Pengarah Pendidikan negeri, Zakaria Hussin ketika mengumumkan keputusan itu yakin bersandarkan pencapaian tahunu, Terengganu sekali lagi berada pada kedudukan terbaik.

Katanya, Terengganu bukan sahaja cemerlang di segi prestasi keseluruhan calon berdasarkan GPN malah mampu melahirkan calon berkualiti apabila calon yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 8.19 peratus iaitu pertambahan 1.04 peratus berbanding pencapaian 7.15 peratus pada PMR 2012.

"Kita dapati bilangan calon yang dapat A dalam semua mata pelajaran telah meningkat dan mengatasi peringkat nasional. Kita amat bangga dengan pencapaian dalam PMR 2013 ini yang merupakan PMR terakhir mengikut format lama," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis Pengumuman Keputusan PMR 2013 Bagi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Terengganu di Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud dekat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 09:42 AM | Show all posts
terengganu cara dia org lain..tengok jer la pemakanan dia org...dia org amat menjaga pemakanan tuk anak2 yg sekolah....banyak makan protein bagus tuk otak..kita nie duk bandar mls2 mcd,kfc jer bg kat anak kita makan...org terenganu mana paling2 tidak pon ikan kembong goreng bg anak makan..tu pon tang kepala jgn makan...aku ckp mcm nie coz jiran mak aku kat kg org terengganu...mmg bab2 makan dia jg...anak dia tak pg tuisyen  pon...pegi kelas tambahan jer..tukar2 soalan gan cousin2 yg kat terenganu sana..gan banyak buat latihan beli buku latihan banyak...anak dia pon dpt straight a....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.346581 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list