CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
Post time 20-5-2012 06:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-5-2012 18:57

Saksi perlu ada di tempat kejadian ketika kejadian itu sedang berlaku , kalau tidak tak di namakan saksi lah . Orangramai yang melihat gambar yang merupakan hasilkerja perakam video/kamera tu tak boleh di namakan saksi , kerana mereka cuma melihat hasilkerjanya aje sesudah kejadian itu berlaku , mereka sendiri tak tahu adakah hasilkerjanya ori ka atau telah di touch up terlebih dahulu sebelum di tunjukkan pada mereka .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2012 07:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-5-2012 21:48
Wakakakakakaka...Aku harapkan ko jawab la jawapan yang berilmiah..rupa-rupanya kau hanya mampu m ...
Isyroqiyyin Post at 20-5-2012 13:56


orang yang nak translate hadis dan ayat quran bukan stakat kena mahir bahasa arab tapi kena mahir bahasa malaysia dan kena mahir Al Quran dan Sunnah secara keseluruhan , barulah translationnya tu jadi tepat dan betul .

Tapi kalau stakat mahir bahasa arab tapi tak mahir bahasa malaysia dan tak mahir Quran Sunnah maka akan jadi macam orang cina yang cuba translate movie VCD untuk di buat subtitle lalu perkataan "busybody" di translatenya sebagai " sibuk badan ",    "nobody" di translate sebagai "tidak badan"  dan  "bodyguard" di translate sebagai "badan jaga"

so translation kau yang nak di buat word per word tu akan end up macam translation kat subtitle VCD tu lah .
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 08:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-5-2012 21:00

Btw, bahasa malaysia seperti juga bahasa lain cukup kompleks perkataan dan ayatnya. Satu perkataan boleh sama maksud dengan banyak perkataan lain . Contohnya menghentak sinonim dengan perkataan memijak; menekan; menghenyak; menginjak; menikam; menusuk ; mencucuk; merodok .

Tapi apabila di guna dalam ayat penuh maka setiap perkataan itu boleh menyebabkan ayat berbeza maksudnya totally plak .... merodok dengan pisau bukannya dengan kaki , tapi memijak dengan kaki dan bukannya dengan pisau , walaupun merodok dan memijak ada unsur menghentak padanya, tapi memijak dengan kaki tak sama kesannya dengan merodok dengan pisau !

So pemilihan perkataan mana yang paling sesuai untuk di guna dalam translation memerlukan kemahiran berbahasa malaysia yang tinggi agar maksud ayat jadi betul dan tak lari dari maksudnya yang sebenar. Kalau stakat boleh cakap dan tulis dalam bahasa malaysia kerana makbapak berbahasa malaysia, itu tak melayakkan seseorang tu untuk jadi translator yang mahir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-5-2012 22:17
Wow, jadi maknanya saheh bukhari, muslim, dll itew, adalah wahyu Ilahi? hmm menarik idea ni...he ...
Isyroqiyyin Post at 20-5-2012 13:49


Hadis2 Nabi adalah penerangan Nabi yang dilakukannya ketika dia masih hidup pada para pengikutnya mengenai agama Allah, penerangan dalam bentuk kata-kata dan dalam bentuk amalan perbuatan .

Di sebabkan Nabi adalah manusia dan bukannya robot maka pastinya dia berkomunikasi dengan para pengikutnya selain dari dia sampaikan ayat2 Quran   , jadi dia menyampaikan dalam penerangannya itu apa saja yang Allah hendak dia sampaikan aje lah kerana tugasnya sepenuh masa selaku messenger Allah , so segala penerangannya juga adalah merupakan wahyu Allah belaka2 lah , cuma ia berbentuk penerangan ala berkomunikasi gitu , dan tidak berbentuk kalimat word per word macam ayat2 Quran .
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-5-2012 22:26

Isyroqiyyin,

Kau percaya nabi hanya sampaikan ayat2 quran aje , selain dari tu nabi buat apa ? Diam membatu macam tunggul aje ka ? Bila nak sampaikan ayat Quran aje nabi bersuara ? Kalau para pengikutnya tak faham ayat quran yang disampaikan tu maka nabi tak respon apa-apa lah apabila mereka bertanya apa-apa padanya ? Dia diam aje ?

Kau tak percaya Sunnah Nabi maknanya kau percaya Nabi ketika hidupnya hanya ucap ayat2 Quran aje lah , selain dari tu nabi cuma diam membisu tak bergerak tak berkata tak buat apa pun ! Nabi robot . Dengan para pengikut robot yang faham automatik segala-galanya tanpa ada keinginan untuk bertanya apa pun .
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 03:12 AM | Show all posts
Mgkin anti-hadis katakan surah Al-Fatihah yg pertama diwahyukn...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2012 02:19 PM | Show all posts
Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka 'mengamuk' Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban.

Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.

Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.

"Tentera Syria Bebas" berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 02:19 PM | Show all posts
These are not bags of rice... These are the body bags of children Bashar Al Assad murdered 2 days ago.... Please pray for these people, they are our family    
kredit : Informasi Dot My
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2012 02:23 PM | Show all posts
Pembunuhan di Syria dikutuk

KUWAIT CITY 27 Mei - Menteri-Menteri Luar Liga Arab akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung pembunuhan beramai-ramai seramai 92 rakyat Syria termasuk 32 kanak-kanak oleh tentera rejim yang disahkan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden semasa blok itu, Kuwait hari ini.

"Kuwait akan menghubungi anggota Liga Arab untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi mengkaji situasi dan mengambil langkah-langkah bagi menamatkan penindasan ke atas rakyat Syria,'' kata kementerian luar Liga dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita KUNA.

Pada masa sama, Kuwait turut mendekati peringkat serantau dan antarabangsa 'bagi mendesak masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab untuk menghentikan pertumpahan darah' di Syria.

Semalam, PBB mengesahkan dakwaan aktivis hak asasi Syria bahawa seramai 92 orang termasuk 32 kanak-kanak terbunuh dalam serangan ke atas bandar Houla, dipercayai dilakukan tentera kerajaan.

Ketua pemerhati PBB di Syria, Robert Mood menyifatkan peristiwa itu sebagai 'tragedi kejam' selepas anggota pertubuhan melawat bandar berkenaan bagi menilai sendiri situasi di situ.

Lawatan itu dibuat selepas laporan aktivis mendakwa lebih 100 orang terbunuh sewaktu tentera kerajaan menyerang hebat kawasan tersebut pada Jumaat malam lalu.

Menurut aktivis Syria, insiden letupan dan tembakan kedengaran di Houla, 200 kilometer dari utara Damsyik sejurus pasukan pemerhati tiba di bandar itu.

Pembunuhan beramai-ramai itu merupakan satu daripada kejadian terburuk berlaku di Syria selepas 15 bulan kebangkitan rakyat negara tersebut menentang kerajaan.

Tentera Pembebasan Syria (FSA) dalam pada itu menggesa PBB melaksanakan tanggungjawabnya dan menghentikan keganasan di Syria kerana jika tidak, pertubuhan itu akan gagal melaksanakan gencatan senjata yang dianjurkan Duta PBB-Liga Arab, Kofi Annan.

Annan dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan berasingan dari Geneva dan New York turut mengutuk pembunuhan itu.

"Jenayah yang mengerikan dan kejam melibatkan penggunaan tentera secara sembarangan dan tidak seimbang ini adalah melanggari undang-undang antarabangsa secara terang-terangan serta komitmen kerajaan Syria untuk tidak menggunakan senjata berat di penempatan penduduk dan melakukan keganasan dalam sebarang bentuk.

"Mereka yang melakukan jenayah ini perlu bertanggungjawab,'' kata kedua-dua pemimpin itu sambil menyeru Presiden Bashar al-Assad supaya menghentikan penggunaan senjata berat dan keganasan di seluruh negara. - AFP/DPA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2012 02:23 PM | Show all posts

Bashar Assad menyembelih anak ini. Selepas membunuhnya memukul kepala dengan kuat sekali kerana talibarut Assad suka memusnahkan. Adakah ada percaya yahudi di palestine mempunyai rasa belas kasihan jika dibandingkan dengan mafia Bashar Assad di Syria?
Jacob berusia hanya empat bulan disembelih oleh askar Bashar Assad.kanak kanak dan indah suaranya juga merdu tidak dapat menyelamatkannya dari pisau yang memisahkan kepala dari tubuhnya
Jacob hanya empat bulan...sekarang tidak lagi menangis dek kelaparan atau penyakit
Jacob Oraib Assaot anak kelima di dalam keluarga yang mati disembelih
Anak kecil ini sekarang di dalam pelukan ibunya di Syurga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:00 AM | Show all posts
angkara syiah syria..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:03 AM | Show all posts
syiah mendedami sunni...   menyembelih kanak2 tanpa rasa apa2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:04 AM | Show all posts
sebelum mrk besar baik bunuh siap2  - diktator Assad

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 01:05 AM | Show all posts
bilakah mrk akan berhenti membunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 01:59 AM | Show all posts
Bila mereka sedar ada jln lain.
Pendek kata 'pengunduran'.
Biar Ga'jah sama Ma'jah berlaga,
kancil² yg sedar tu lari je blkg semak.

Insya Allah,
ada kumpulan² yg menarik rakyat² yg taksub
keluar drpd kejahilan mereka.
Hijrah ke kawasan yg lbh selamat utk mengabdikn diri kpd Allah s.w.t.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 10:11 AM | Show all posts
Harap kita semua tidak termakan fitnah dajjal..hati hati dalam membuat rumusan..... dalam situasi di syria sekarang semua orang ambil bahagian untuk memusnahkan antara satu sama lain...mereka membunuh orang yang tak bersalah dan menuduh pihak lawan masing masing yang melakukannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 10:15 PM | Show all posts
Dibimbangi musuh islam meresap masuk dlm islam bg melaga-lagakan kedua-dua belah pihak. Serang dari luar semua org nampak & sedar, tpi bila diserang dri dlm, ianya secara halus & tak kelihatan.

Kita doakan lh buat saudara kita, diseluruh dunia yg teraniaya & dizalimi, termasuk di malaysia...selemah-lemah kita doakanlah buat seluruh umat islam.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 12:00 AM | Show all posts
Dibimbangi musuh islam meresap masuk dlm islam bg melaga-lagakan kedua-dua belah pihak. Serang dari  ...
Pendekar_Penyu Post at 18-6-2012 22:15



   hmm betul jugak ni, sebab saya percaya kedua dua pihak diprovoke oleh 'tangan yg tak dilihat' .
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 10:48 PM | Show all posts
Adakah ianya suatu plot, yg sengaja diwujudkan bagi memudahkan kerja, IRAQ, SYRIA, IRAN, MESIR, AFGHANISTAN, SOMALIA, SUDAN, SOUTH PHILIPINE, LIBYA, SELATAN THAI & dll...emmm mcm catur.

Wallahhua'lam, Allah lebih mengetahui segala-galanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2012 11:00 PM | Show all posts
islam bunuh islam takper....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.549316 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list