CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
Post time 18-4-2012 05:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-4-2012 18:59
Pernah juga bergaul dan bersafar dengan rakyat Syria. Pendedahan tentang kekejaman pemimpin Syria tu kalau nak tahu benar atau tak, kena tanya orang Syria sendiri, atau mereka yang ada pengalaman di Syria.
mnm77 Post at 18-4-2012 15:52


sa kata orang syria aje maknanya depa tak boleh terpedaya dengan propaganda kerajaan Amerika kah dan cerita2 mereka akan jadi kebenaran mutlak kah  ? Yang puak pemberontak tu kau ingat rakyat mana kalau bukan dari kalangan rakyat syria sendiri ?

Puak pemberontak syria yang mendapat sokongan padu kerajaan amerika tu tentunya rakyat syria jugak lah yang telah terpedaya dengan propaganda kerajaan Amerika !   Jadi jelas sekali bahwa cerita2 yang di sampaikan oleh orang syria sendiri tak boleh dijadikan bukti kukuh untuk menyabitkan kesalahan membunuh pada pemimpin syria , kerana cerita mereka boleh saja di pengaruhi oleh fahaman politik mereka yang boleh di sangsikan kebenarannya .

Tengok tingkah laku sesetengah penyokong PAS atau penyokong UMNO kat malaysia dah la, pemimpin sokongan mereka buat maka semuanya jadi betul dan tak kejam pada pandangan mereka  , tapi pemimpin yang mereka tak sokong buat semuanya jadi tak betul dan kejam belaka .

Pandangan yang dipengaruhi oleh fahaman politik boleh memperdaya minda manusia itu untuk menilai seseorang pemimpin yang tak disukainya sebagai pembunuh kejam , atau vice versa , dan tidak berdasarkan hakikat sebenar .... jadi cerita2 dari mulut ke mulut mereka tak boleh dijadikan bukti untuk menilai kejam atau tidak seseorang pemimpin tu  .

Mereka yang ada pengalaman di syria ? Pengalaman apakah itu yang boleh menunjukkan pemimpin syria sebagai pembunuh kejam tak mau-mau ? Be spesifik lah ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2012 05:32 PM | Show all posts
Ketepikan skjp khabar berita drpd Al-Juzjerat. Cuba lihat dr segi:
- Politik dunia: Majlis Keselamatan PBB, apa agendanya?
- Ekonomi dunia: Ahli² dlm OPEC sendiri, apa desakannya?
yg melibatkn campurtangan 3-identity utama:
- US & EU
- Russia & China
- Israel
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 05:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 18-4-2012 18:22
Berkaitan Arab Saudi pula, memang ada Ulama yang juga tak bersetuju bila Saudi bersekongkol dengan Amerika. Namun betul juga pandangan saudara, kenapa tak banyak penentangan terbuka dibuat terhadap kerajaan Saudi? Dari mulut ke mulut memang saya pernah dengar sendiri, cuma secara terbuka/online tak berapa nampak pun....
mnm77 Post at 18-4-2012 15:52


Kenapa tak ada penentangan terbuka ? Kerana para ulamak tu semua takut akan di cop sebagai pengganas atau islamik militan oleh CIA dan kerajaan Saudi kalau depa buka mulut mengkritik secara terbuka,  yang bermakna hukuman matilah keatas mereka alamatnya tak pun dipenjarakan sampai mati .

CIA dan kerajaan saudi sedar akan pengaruh ulamak cukup besar dalam mencorak pemikiran manusia untuk menentang sesatu kerajaan , jadi ulamak yang bersuara lantang perlu di hapuskan dengan dicopkan sebagai islamik militan atau penyokong pengganas  , jadi once di cop gitu oleh CIA maka akan mai la drone untuk hempoq bom ataih kepala ulamak tersebut dan seluruh kaum keluarganya kalau tak berjaya di tangkap hidup2 , tapi kalau berjaya di tangkap maka akan dipenjarakan la jawabnya !

Nabi dah kata dah bahwa takut mati dan cinta dunia menyebabkan ramai umat islam jatuh kedalam propaganda orang2 kafir yang zalim dan kejam pada akhir zaman nanti, la ni lah masanya tu .

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2012 07:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 18-4-2012 19:48

rakyat Syria terus dibunuh tanpa henti.


----------------------------------------------------
الشبكة السورية لحقوق الإنسان - لندن
Rangkaian Syria bagi Hak Asasi Manusia - London
Laman web: www.syrianhr.org
Email: press@syrianhr.org
Skype: Syrianhr
-------------------------------------------------- -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2012 07:51 PM | Show all posts
orang2 tua pun dibunuh.... apa daya mereka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2012 07:54 PM | Show all posts
Ceramah penerangan kekejaman di Syria di Masjid Rusila, Marang

Masjid Rusila, Marang
Terengganu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 08:43 AM | Show all posts
Mana ada rakyat libya sendiri pulak yang usaha jatuhkan Gaddafi, ish kau ni tak baca berita dunia ka ?
blastoff Post at 18-4-2012 16:39


Kalau rakyat Libya sendiri yang sayangkan dan pertahankan Gaddafi, tentu sahaja mereka menentang usaha yang menjatuhkan Gaddafi. NATO dan Amerika hanya tumpang untuk jatuhkan Gaddafi sahaja....

Memang betul NATO beri bantuan kepada rakyat Libya yang memberontak. Sebab apa rakyat Libya memberontak? Sebab ramai yang dibunuh, dipenjara, dianiaya. Masakan mereka memberontak sedemikian jika mereka sayangkan Gaddafi. Takkanlah nak salahkan Amerika semata-mata punca rakyat Libya memberontak?

Saya bergaul dengan orang Libya dah lama dah....ada yang takut ke masjid hanya kerana takut ejen Libya lapor kepada Gaddafi, sebab Gaddafi takut orang yang amal agama akan bangkit jatuhkan dia. Sekalipun dia anti Amerika, dia juga anti orang yang beragama, maka dia dah terima balasan terhadap menyekat orang untuk amal agama.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 09:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 19-4-2012 09:16
sa kata orang syria aje maknanya depa tak boleh terpedaya dengan propaganda kerajaan Amerika kah dan cerita2 mereka akan jadi kebenaran mutlak kah  ? Yang puak pemberontak tu kau ingat rakyat mana kalau bukan dari kalangan rakyat syria sendiri ?
blastoff Post at 18-4-2012 17:08


Memanglah orang Syria boleh terpedaya dengan propaganda Amerika, tetapi kalau dah memang mereka dianiaya, tentu mereka takkan tolak bantuan Amerika.

Macam Libya juga, bila rakyat menderita, NATO tolong, takkan nak tolak, mereka sendiri yang bangkit menentang kekejaman orang yang zalim.

Ok, saya setuju kita tak boleh mudah terpengaruh dengan mana-mana proganda yang memburukkan mana-mana pemimpin, sebab tu kata kena tanya rakyat Syria sendiri, atau mereka yang berada di Syria. Habis tu, takkan nak rely 100% dengan internet? Lihat bukti yang Tobby bagi dari youtube internet, bukti yang anda bagi juga sumber dari internet. Bertentangan pulak tu, sebab tu saya kata bukti internet ada yang betul, ada yang palsu, ada yang samar-samar.

Memang gambar boleh photoshop, tapi kalau bukti video, sangat susah nak buat video palsu (tapi bukan mustahil). 10 minit video palsu, kalau nak kira, setiap saat ada 25 frame pictures, setiap minit ada 25x 60 keping gambar, kalau 10 minit video bermakna 15, 000 keping gambar palsu dah dihasilkan. Bayangkan bukti video dah banyak kat internet, nak kata palsu, kena selidik sendiri. Cara lain yang lebih mudah sikit nak buat video palsu, upah pelakon. Kalau upah pelakon, senang saja nak trace kepalsuan tu. Siapa pelakon tu?.... Tak susah bagi orang Arab nak tahu....... sebab bukti dah naik ke internet...

Dulu pasal kekejaman di Bosnia, kita juga lihat bukti video. Dan memang betul pun kekejaman berlaku berdasarkan laporang orang yang pergi sendiri ke situ. Bukan nak kata semua video klip 100% betul, masih boleh dimanipulasikan, tetapi memang sangat sukar nak kata bukti video tu tak betul, jika ada banyak sumber pulak tu. Kena check sendiri laah. Kalau rakyat Syria sendiri kita dah tak percaya, kenapa kita percaya sangat dengan pemimpin Syria pula?

Adakah kerana Amerika cuba bantu rakyat Syria, kita kata pemimpin Syria tu baik, rakyat Syria pula yang zalim dan membuat pembohongan?

Rakyat Syria pula kita kata pemberontak?

Rakyat Palestin dah lama memberontak terhadap kekejaman Israel, dah ada bukti video kat internet... takkan semua tu palsu kot? Amerika tentu ada kepentingan mereka nak menguasai Tanah Arab, sebab tu lah mana-mana negara Arab yang bergolak, mereka campur tangan.

Tapi bila rakyat Palestin memberontak, tak pula Amerika nak tolong, yang konon jadi Polis Dunia baik hati tolong rakyat Syria... mestilah ada sebab Amerika berbuat demikian... mereka ada kepentingan... apa pun Amerika buat dan nak tolong siapa pun, kita kena selidik kenapa rakyat Syria memberontak... takkan tanpa sebab mereka nak memberontak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 09:22 AM | Show all posts
Kenapa tak ada penentangan terbuka ? Kerana para ulamak tu semua takut akan di cop sebagai pengganas atau islamik militan oleh CIA dan kerajaan Saudi kalau depa buka mulut mengkritik secara terbuka,  yang bermakna hukuman matilah keatas mereka alamatnya tak pun dipenjarakan sampai mati .
blastoff Post at 18-4-2012 17:38


Yang ni mungkin ada betulnya.... namun tak semua Ulama penakut... sebab yang Ulama yang low profile, ramai yang tak tahu usaha Ulama sebegini.... sebab kenyataan mereka tak keluar di TV dan internet
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:23 AM | Show all posts
Reply 148# mnm77


    you didn't get the memo did you? impossible pemimpin Islam ada yang jahat. semuanya Amerika dan Yahudi. ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 10:50 AM | Show all posts
Dulu pasal kekejaman di Bosnia, kita juga lihat bukti video. Dan memang betul pun kekejaman berlaku berdasarkan laporang orang yang pergi sendiri ke situ. Bukan nak kata semua video klip 100% betul, masih boleh dimanipulasikan, tetapi memang sangat sukar nak kata bukti video tu tak betul, jika ada banyak sumber pulak tu. Kena check sendiri laah. Kalau rakyat Syria sendiri kita dah tak percaya, kenapa kita percaya sangat dengan pemimpin Syria pula?
mnm77 Post at 19-4-2012 09:01


setuju dgn saudara. ada kalangan umat islam gagal menggunakan otak dlm menganalisis konflik antarabangsa. pemikiran mrk hanya satu arah saja. sapa terima bantuan amerika maka dia jahat. walhal russia & china pun dasyat menyembelih umat islam juga. bila Iran menjadi sekutu rapat russia/china adakah menunjukkan mrk baik? belum tentu.

contohnya pembunuhan rakyat Bosnia. adakah org Bosnia berlakon yg mrk dibunuh & disembelih? berapa ramai pelakon yg nak diupah? selepas pembunuhan beramai2 yg menyayat hati di Srebrenica, iaitu Srebnica massacre atau jg dikenali sbg Srebrenica genocide rakyat bosnia mendapat simpati dunia. ketika itu Amerika & Nato membantu muslim Bosnia. dlm kedaan begitu adakah kita boleh kata rakyat Bosnia sbg talibarut amerika? adakah mrk talibarut amerika semata2 mrk telah dibantu? sebaik saja peristiwa Srebrenica, amerika menjatuhkan beribu2 tan bom ke atas negara Serbia hingga Serbia melutut menyerah kalah lalu menamatkan perang Bosnia. adakah amerika baik hati? tidak juga. adakah bosnia talibarut amerika krn membenarkan diri mrk dibantu? dah tentu tidak. so jgnlah kita bodoh sangat membuat kesimpulan.

terimakasih mnm77 krn memberi penjelasan & fakta supaya semua org paham.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 20-4-2012 09:02
Reply  mnm77
  you didn't get the memo did you? impossible pemimpin Islam ada yang jahat. semuanya Amerika dan Yahudi. ;)
kucingblue Post at 19-4-2012 10:23


Yes I did , but that's just an exaggeration statement in a hopeless situation to explain!

Tapi saya rasa point yang blastoff bawa: 'jangan mudah-mudah kata pemimpin zalim', bukan point dia tiada pemimpin yang zalim.

Saya setuju dengan point blastoff tersebut di atas, tapi saya tak berapa setuju dengan point seolah-olah: pemimpin Syria itu dikira baik kerana Amerika beri bantuan kepada rakyat Syria, macam yang terima bantuan itulah yang jahat. Tak kira siapa pun terima bantuan Amerika, semua jadi jahat?

To be fair, we have to examine the evidence....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 11:16 AM | Show all posts
Yes I did  , but that's just an exaggeration statement in a hopeless situation to explain!

...
mnm77 Post at 19-4-2012 10:57


well said. dan x semestinya yg terima bantuan Russia/China itu baik.  muslim chechnya beribu2 kena slaughter. adakah mrk pun berlakon kena bunuh juga? andai kata mrk tpaksa minta bantuan amerika bgmn? adakah mrk jahat juga?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 12:07 PM | Show all posts
Reply 152# mnm77


yup, we have to be fair, to everybody. tapi tu la,reaction-reaction yang aku tengok, terutama dengan kawan-kawan FB aku dan orang kita yang lain, ramai yang buat tak tau jek pasal hal ni. yet they don't look for evidence kalau yahudi atau Amerika dituduh buat sesuatu yang buruk. I'd say examine the evidence in all cases. we have to have the same standard to all cases. if we ask for humanly impossible evidence in this case, give the same benefit to others in other cases.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 12:09 PM | Show all posts
well said. dan x semestinya yg terima bantuan Russia/China itu baik.  muslim chechnya beribu2 ke ...
tobby Post at 18-4-2012 19:16


i suppose that's not a problem, sebab mereka ditindas orang bukan Islam. macam dalam kes Bosnia, yang tindas puak Serb. but kalau yang dituduh menindas tu orang Islam sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:24 PM | Show all posts
Jika bunoh²an krn kuasa dan kekayaan:
- yg berkuasa menindas yg dicengkamannya.
- yg kaya merampas segala kekayaan yg ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-4-2012 19:01
tapi saya tak berapa setuju dengan point seolah-olah: pemimpin Syria itu dikira baik kerana Amerika beri bantuan kepada rakyat Syria, macam yang terima bantuan itulah yang jahat. Tak kira siapa pun terima bantuan Amerika, semua jadi jahat?
mnm77 Post at 19-4-2012 10:57


Aku tak pernah kata pemimpin syria sebagai baik   .... aku jugak tak pernah kata dia tak kejam ...... yang aku kata adalah dia tak boleh di tuduh sebagai PEMBUNUH KEJAM tanpa bukti yang kukuh menurut penghakiman berdasarkan ketetapan Quran Sunnah .

Let's face it, pemimpin yang baik dan tak kejam hanya boleh berlaku apabila pemimpin itu melaksanakan pemerintahan menurut ajaran Quran Sunnah . BUT mana ada satu pemimpin kat dunia la ni pun yang melaksanakan pemerintahan berdasarkan Quran Sunnah so semua pemimpin la ni tak baik dan kejam  , period !

Tapi nak menuduh seseorang manusia sebagai pembunuh yang kejam , fokus kat perkataan "pembunuh" tu haa, tak kiralah manusia tu berjawatan pemimpin atau pekerja kilang , maka kenalah ditunjukkan dulu bukti kukuh yang di terima oleh Allah dan RasulNya sebagai bukti kukuh .... kalau tidak bersedia lah di akhirat nanti si penuduh tu untuk berdepan dengan hukuman Allah kelak kerana cukup hebat dosanya menabur fitnah gitu .

Aku tak pernah point finger secara direct kepada satu2 pemimpin sebagai pembunuh kejam , even dalam kes kerajaan amerika sendiri aku hanya kata "kerajaan Amerika" dan aku tak pernah kata presiden obama aje.

Ini adalah kerana banyak individu yang terlibat dalam kejadian drones yang membunuh ramai umat Islam itu dan tak hanya presiden obama sorang , jadi tak adillah kalau aku nak sebut obama sorang aje kan kerana banyak yang terlibat sama .

Menurut Islam bukan setakat pembunuh yang melancarkan bom tu aje yang bergelar pembunuh kejam tetapi sesiapa saja yang memberi bantuan agar pembunuhan itu berjaya dilaksanakan adalah turut berkomplot sama . Dari sekecil hingga ke sebesar peranan yang dimainkan tak kiralah dari perancang , penyedia lokasi hingga ke penyelenggara senjata itu lah .... semua ada saham dalam pembunuhan itu .

Apa yang berlaku di libya di mana NATO membuat beribu serangan udara dengan mengebom berbagai lokasi menggunakan bom2 yang di sediakan oleh kerajaan Amerika tidak boleh dinamakan bantuan kemanusiaan ! Itu bukan bantuan kemanusiaan tapi itu terang nyata pembunuhan kejam !

..... Malah sesiapa saja yang meredhai pengeboman begitu , dan merasa bahagia dan bangga meraih benefit hasil dari pembunuhan yang berlaku itu memang layak bergelar pembunuh kejam lah jawabnya , tak kiralah yang meredhainya tu puak pemberontak atau company minyak amerika/eropah atau pemimpin puppet amerika atau orang kampung atau orang malaysia sendiri sekalipun lah ! Makna kata sesiapa saja yang meredhai perbuatan pengeboman gitu memang layak share saham sebagai pembunuh kejamlah jawabnya !

Kenapa ? Kerana bom2 tu tak mengenal mana satu gaddafi dan mana satu bukan , mana satu bayi dan mana satu askar, mana satu haiwan dan mana satu manusia , apabila ia meletup maka sesiapa saja yang ada di lokasi bom tu jatuh pasti akan berkecailah jasad mereka tanpa mengira usia  ! Itu pembunuhan kejam tanpa batas !

Orang tak dak akai sajalah yang akan menamakan itu sebagai bantuan kebajikan/kemanusiaan lalu dianggap baik lah pulak manusia yang redha terima "bantuan ketenteraan " begitu untuk menjatuhkan seorang pemimpin atau untuk menukar sistem pemerintahan sesebuah negara  !

Yang peliknya kalau NATO nak bunuh sangat gaddafi pasai pa yang depa pi bom merata lokasi gitu plak ? Kenapa tak hunt down gaddafi sorang aje kalau gaddafi sorang aje target mereka ? Takkan lah nak cari dan bunuh sekoq nyamuk maka satu rumah dengan semua penghuninya sekali habih di bakaq hanguih kot ?  Kat mana logiknya tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:30 AM | Show all posts
tobby sudah mula memberikan pendapat yang panjang lebar instead of paste2 aje nonsetop , baguih baguih bermakna ada tindakbalas otak sedang berlaku

ok aku sambung kemudian lah , ada hal plak .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 03:01 PM | Show all posts
Anda dapat lihat dalam video ini, torture by samseng Assad
Lelaki ini seorang aktivis media. Beliau sering merakamkan kebangkitan Syria dan selalu bercakap di saluran TV satelit.
Dia dipukul sehingga tulangnya patah. Kemudian mereka memaksa beliau merayu belas kasihan dan merayu dengan nama Basyar Assad.
Mereka menyuruh beliau memanggil : Basyar Basyar Basyar
Tetapi dia menolak dan sebut : Allah Allah Allah.
Jadi mereka meletak minyak ke atas tubuh beliau. Dan beliah dibakar hidup-hidup
Beliau sedar peluang mati syahid sudah terbuka untuknya.
Beliau semakin tegas dengan pendiriannya. Jadi seorang tentera Assad mendekatinya dan letak pisau di lehernya.
Lelaki itu berkata (Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad SAW adalah Rasul Allah)
Kemudian pisau itu ditusuk menembusi lehernya.  
Kata-kata terakhir beliau adalah : Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad SAW adalah Rasul Allah



http://www.youtube.com/watch?fea ... d&v=buBXC2NQTm0

……………………………..

المكان : مدينة حمص ( التي يرقد فيها جسد سيدنا خالد بن الوليد، سيف الله المسلول )
الحي: بابا عمرو
تشاهدون في هذا الفيديو الخطير ...
مافيا الأسد تضرب هذا الرجل وتعذبه
وهذا الرجل هو ناشط إعلامي
يقوم بتصوير المظاهرات ويتكلم مع القنوات الفضائية
ضربوه حتى كسروا عظامه
ثم طلبوا منه أن يطلب الرحمة وأن يستغيث بالرئيس بشار الأسد
طلبوا منه أن يقول: يا بشار، يا بشار، يا بشار .
ولكنه رفض وقال : يا الله ، يا الله، يا الله
فوضعوا على جسده البنزين
وأضرموا النار في جسده وهو حي
ولما أيقن الرجل بأن باب الشهادة قد فتح أمامه
وأنه أصبح قريباً من الجنة قاب قوسين أو أدنى
ثبت على موقفه
فاقترب أحد الجنود من مافيا الأسد ووضع السكين على رقبته
فقال الرجل: لا إله إلا الله، محمد رسول الله
ثم دخلت السكين في لحم وعظم رقبته
وانتقل الرجل شهيداً وصعدت روحه إلى الله تعالى
وكان آخر كلامه: لا إله إلا الله، محمد رسول الله
.................
نرجو النشر والمشاركة ليعلم الناس ما يحصل لإخواننا في سوريا
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 03:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 20-4-2012 16:06
Kalau rakyat Libya sendiri yang sayangkan dan pertahankan Gaddafi, tentu sahaja mereka menentang usaha yang menjatuhkan Gaddafi. NATO dan Amerika hanya tumpang untuk jatuhkan Gaddafi sahaja....
mnm77 Post at 19-4-2012 08:43



Macam mana kau tahu tak dak sorang pun rakyat libya yang menentang usaha menjatuhkan gaddafi ? Kau pi tanya kat tiap2 sorang rakyat libya tu semua ka ? Mustahil lah !  Ternyata kau agak aje .

Semua rakyat libya boleh punya pendapat yang satu mengenai gaddafi ? Semua tak sukakannya ? Allah yang menciptakan manusia menyatakan species manusia ciptaanNya sentiasa suka berbeda pendapat dan berbeda usaha !

51:8  sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeda-beda pendapat,

92:4 sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda.

Jadi tentunya ada rakyat libya yang sukakan gaddafi memerintah libya sebagaimana ada rakyat M'sia yang sukakan Najib memerintah M'sia walau teruk macam mana sekalipun cara Najib ittew kerana manusia sentiasa berbeda pendapat dan usaha .

NATO dan Amerika hanya tumpang untuk jatuhkan Gaddafi sahaja....
mnm77 Post at 19-4-2012 08:43



Nato dan Amerika tak tumpang aje la, tapi mereka plan dan mastermind the whole process , mereka merancang dengan segenap usaha mereka .... Beribu serangan udara dengan beratus juta peruntukan kewangan tak dinamakan menumpang la , kalau takat bersorak ria terkenja2 sambil mengangkat senjata menembak ke udara tanda gumbira tak terkira setiap kali NATO mengebom maka itu baru dinamakan menumpang  .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.075172 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list