CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ccdj

AKASIA : DEJAVU DI KINABALU [TV3 SETIAP ISNIN-KHAMIS 7PM][TIZ ZAQYAH-AQASHA-NAZI

   Close [Copy link]
Post time 11-6-2012 11:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by itayiruz at 11-6-2012 23:35





Adila Ramly ‏@adilaramly

@shidashidi Kita ada few version utk ending. Still belum decide ☺

credit to twitter Adila Ramly.

berapa byk version daaa? hmmm...jgn ending tergantung sudah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2012 05:37 PM | Show all posts
kannnnnnnnnnn... Aqasha-TZ / TZ-Nazim othman. wahhhhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 05:38 PM | Show all posts
ahaha... kalu ikut tweet erma tu makin tak sabar aku menantikan drama ni. minggu depan dah start. bleh la kita start berhuha-huha kat thread ni. yay.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:41 PM | Show all posts
mmm. bsok pelancaran drama DDK ni. yay.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 02:59 PM | Show all posts
serba putih katanya...yeay! err...tapi kesian tiz, mesti kena 'serbu' ngan wartawan nanti...hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 03:47 PM | Show all posts


Credit to Twitter Scalpips Elliot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2012 05:54 PM | Show all posts
phewitt!! cantiknyer banner ti ita.. ku sudah terjatuh cinta lah plak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 06:35 PM | Show all posts
Reply 146# itayiruz

wah. cantiknyaaaaaaaaaaaa... kat kundasang kalu tak silap la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 06:38 PM | Show all posts
aku tak pasti mana offical fanpage DDK... cuma kat sini ada sinopsisnya --> http://www.facebook.com/DejavuDiKinabaluSlotAkasiaTv3
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 07:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by itayiruz at 13-6-2012 19:11



OST Dejavu Di Kinabalu menurut Nazim dlm twitternya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 07:31 PM | Show all posts
line kat tmpt aku ni takleh buka u tube... ni lgu melly tu kan. aku dload mp3 jek... not bad jgk, lagi2 aku ni mmg peminat lagu melly. kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 07:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 13-6-2012 19:40

aku tak pasti la aku dah bgtau korg yg mungkin nnti ada liputan psl DDK tym shoot kat KK, rancngan myTV3. selalunya hari ahad, 5/5:30 ptg, tak pasti la mana 1. cuma, aku taktau la kalu ada masa yg lain rncgn myTV3 ni. nntikan je la. ke dah tayang, aku pun tak pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 12:04 AM | Show all posts
Yeayyyy. X sbr tgk gandingan mantopppp tiz & aqasha.
Mulai minggu dpn, blk keje kena awal ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 07:52 AM | Show all posts
tak sabar tunggu citer nih lak
nak tgk TIZZZ
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 09:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by Yen_Aireena at 14-6-2012 09:13

Kasih di puncak Kinabalu       Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my


                 
KISAH Nadira yang menjalani pemindahan jantung dan mewarisi sifat penderma terbabit iaitu Innara yang sudah meninggal dunia adalah tarikan dalam drama bersiri 28 episod untuk Slot Akasia TV3, Dejavu Di Kinabalu karya Erma Fatima dan terbitan Global Station Sdn Bhd.
Apa yang menjadi konflik, Nadira yang sudah memiliki teman lelaki, Bazli turut mewarisi perasaan sayang pada teman lelaki penderma jantungnya itu iaitu Ammar.
               
Lebih menarik, cerita ini menggandingkan pelakon popular Tiz Zaqyah dan Aqasha selaku teraju utama dalam kisah cinta yang menyentuh perasaan ini.  
                       
Selaku Penerbit Eksekutifnya, Zetty Alia Datuk Ramly berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan drama bersiri itu kerana cerita itu ada kelainan dari yang pernah dihasilkan sebelum ini.   



“Sebenarnya, cerita Dejavu di Kinabalu adalah idea asal daripada produser drama sendiri iaitu Datin Zaiton. Manakala, Erma pula bertindak sebagai penulis skripnya. Jalan cerita drama ini juga memaparkan mengenai proses pemindahan jantung juga agak berlainan daripada drama yang pernah ditonton di kaca televisyen sebelum ini.


Ditanya kekuatan utama drama itu, kata Alia, ia terletak pada kombinasi pengarah, penulis skrip dan barisan pelakonnya yang hebat.   

“Penonton akan menyaksikan bagaimana seseorang penderma akan berasa terikut-ikut dengan cara pemilik asal jantung itu tanpa dia sedar dan berkongsi rasa yang sama. Karakternya juga akan berubah sedikit mengikut karakter penderma jantung berkenaan,” katanya.

“Selain itu, penonton pasti terpikat dengan latar belakang pemandangan drama ini yang cantik sekali gus jalan cerita serta plot-plot yang ada dalam Dejavu akan menjadikan ia satu naskhah yang harus ditonton peminat drama bersiri di luar sana.

“Saya percaya drama ini tidak akan mengecewakan penonton bila bersiaran nanti.
Pada masa sama, hati siapalah yang tidak akan tersentuh melihat pengorbanan Bazli pada Nadira, cinta Ammar pada Innara yang tak berpenghujung itu,” katanya.

Berkongsi cabaran terbesar menerbitkan drama itu, akui Alia, pastilah ia bukan sesuatu yang mudah untuk menjayakan penggambaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu itu.

“Bagi memberi gambaran sebenar di puncak gunung dan menghidupkan lagi cerita ini, kru penerbitan, barisan pelakon utama dan pengarah juga terpaksa turun padang dan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu. Bayangkan, mereka mendaki gunung tanpa sebarang latihan intensif sebagai persediaan.

“Saya bersyukur, selepas melalui pelbagai rintangan, mereka berjaya sampai ke puncak dan turun dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini sehinggalah penggambaran babak selesai seperti direncanakan.

“Penggambaran drama ini bermula Mac lalu dan akan berakhir Ahad ini (17 Jun) membabitkan lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Cherating, Kundasang dan Gunung Kinabalu, Sabah,” katanya.
     
Mengenai kos untuk menerbitkan drama itu pula, Alia mengakui ia memang membabitkan kos yang agak tinggi kerana lokasi juga membabitkan luar Kuala Lumpur.

“Maaflah, saya tidak boleh komen lanjut mengenai kos menerbitkan drama ini.
Apapun, saya berpuas hati dengan hasil karya Erma ini.   

“Sebagai penerbit eksekutif drama ini, saya dan produser serta seluruh produksi berharap semoga drama ini mendapat sambutan hangat daripada penonton. Semoga pihak stesen TV dan penggemar drama bersiri berpuas hati dengan naskhah ini nanti,” katanya.

Dejavu Di Kinabalu menceritakan mengenai kekasih Ammar, Innara yang meninggal dunia dan menderma jantungnya kepada Nadira. Nadira yang juga pesakit jantung sangat bersyukur kerana dapat menjalani pemindahan jantung ketika nyawanya di hujung tanduk.

Bazli, kekasih Nadira sangat mencintainya dan menjaganya dengan baik sepanjang dia sakit. Nadira berasa amat terhutang budi pada Bazli. Nadira adalah pereka hiasan dalaman, begitu juga Ammar.

Takdir menemukan Ammar dengan Nadira secara tidak sengaja. Ammar mahupun Nadira tidak mengetahui bahawa jantung yang ada dalam diri Nadira adalah milik kekasih Ammar iaitu Innara.

Takdir jugalah yang menemukan mereka kembali apabila ditugaskan untuk menyiapkan projek yang diusahakan syarikat Bazli. Ammar terus jatuh cinta dengan Nadira dan dia berasakan Innara ada dalam diri Nadira.

Melihat Nadira seakan-akan melihat cinta hatinya yang sudah mati. Degup jantung Nadira pula semakin laju apabila terpandang Ammar. Mereka berdua saling tertarik dan cuba untuk menghindari perasaan itu.

Semakin lama Nadira cuba lari, semakin dekat Ammar dengannya. Nadira keliru antara perasaannya pada Ammar dan cinta Bazli yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Apakah Nadira menerima cinta Ammar? Bagaimana pula dengan teman lelakinya, Bazli?

Drama bersiri untuk slot Akasia TV3 ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 18 Jun ini.

  Selain Tiz dan Aqasha, Dejavu Di Kinabalu turut menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.



INFO:

JUDUL: Dejavu Di Kinabalu
PENGARAH DAN PENULIS SKRIP: Erma Fatima
PENGARAH BERSAMA: Fazli Yahya (Pali)
PENOLONG PENGARAH: Noorsyahida Mohd Radzali   
PENERBIT EKSEKUTIF: Zetty Alia Datuk Ramly
PENERBIT: Datin Zaiton Muhd Jiwa
PROPMASTER: Mohd Sharbani Yusuff (Atoi)
PROPMAN: Wan ( Mat deris)
TATARIAS: Siti Rohani (Mak Iti)
WARDROBE: Amy & Supian
KESINAMBUNGAN : Azura ‘zozo’ Norman
PEMBANTU AM: Aziz, Boy
GRIP : Fareez Basri
PENATA BUNYI: Ahmad Muhaimin Ahmad Bokhari                    
JURU LAMPU: Mohd Firdaus Abdul Razak
PEMBANTU JURUKAMERA: Shamiel Equan (Albab)   
SINEMATOGRAFI: Asrar Lukmanal Hakim      

PERALATAN PENGGAMBARAN/PENGANGKUTAN/PASCA PENERBITAN: Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd

SUNTINGAN AWAL: Global Post Sdn Bhd
SUNTINGAN AKHIR: Global Post Sdn Bhd, Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PENGURUS KEWANGAN: Fadhilah Mohd Shariff
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Nira Rash
PENGURUS PRODUKSI: Aish Malek (Faizah Malek)

BARISAN PELAKON: Aqasha (Ammar), Nadira (Tiz Zakyah), Bazli (Nazim Othman), Mior Afif (Zahir), Sharifah Nadia (Yuzra), Mustafa Kamal, Kathy Azean

TARIKH SIARAN: 18 Jun 2012


kredit: hmetro online


** dlm paper ada gambar
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 09:15 AM | Show all posts
Borak Lokasi: Anak didik Erma Fatima

                 
BERMULA sebagai tukang bancuh air produksi, Fazli Yahya atau nama komersialnya, Pali, 29, kini sudahpun dikenali sebagai pengarah muda berbakat besar dalam kalangan orang belakang tabir.
Anak didik kepada Erma Fatima yang berasal dari Pulau Pinang dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini sering diberi kepercayaan oleh Erma sebagai pengarah bersama dalam drama arahannya seperti Sepatu Merah dan Dia Bukan Maryam, sejak berkecimpung dalam dunia belakang tabir, sepuluh tahun lalu. Drama yang diarahkannya secara solo pula ialah Cinta Abang Lori.

Terbaru, Pali mengarah bersama Erma dalam drama bersiri Dejavu Di Kinabalu.
Bercerita pengalamannya bekerja dalam drama itu, kata Pali, cabaran paling besar ialah ketika menjayakan penggambaran di puncak Gunung Kinabalu.



“Kalau kerja dengan Erma, semua pelakon dan kru perlu bersedia untuk ‘redah’ apa saja untuk beri yang terbaik.


“Contohnya Dejavu Di Kinabalu, kami tiada pengalaman dan latihan fizikal yang lengkap sebelum mendaki gunung kerana semua pelakon dan kru baru kali pertama melakukan penggambaran di puncak gunung.

“Malah, porter yang mengangkat barang kami pun tidak percaya kami boleh sampai ke puncak tanpa sebarang persediaan dari segi stamina. Cuma kami pastikan, semua pelakon dan kru berada dalam keadaan yang sihat sepanjang proses pendakian.

“Walaupun tiada pengalaman, Tiz, Aqasha dan Aishah (watak Innara) antara yang terawal sampai ke puncak gunung dalam tempoh empat jam. Saya, kak Erma dan jurukamera pula sampai ke puncak dalam tempoh lima hingga enam jam iaitu kira-kira jam 4.30 pagi,” katanya.

Secara peribadi, Pali berkata, mereka bersyukur kerana pelakon dan semua kru tidak mengalami sebarang kecederaan serius sepanjang pendakian ke puncak.

“Setakat sakit kaki dan kaki kejang itu adalah perkara biasa bila kita mendaki gunung. Nasib baik, barang-barang dan peralatan kamera dibawa oleh porter yang terlatih.

“Penggambaran di puncak gunung dibuat pada jam 7 hingga 11 pagi sebelum kabus muncul. Babak yang kami buat di puncak gunung ialah babak Nadira dan Ammar membuat perjanjian cinta mereka.

“Selain itu, babak Ammar dan bekas kekasihnya, Innara yang membuat perjanjian yang sama sebelum kekasihnya itu meninggal dunia.

“Apapun, kami sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan dan kini serahkan pada penonton untuk menilai hasilnya nanti,” katanya.


kredit: hmetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 09:33 AM | Show all posts
haihhh..tak sabarrrrrrr....mintak2 la aku blh menonton series ini dgn tenang tanpa gangguan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:40 AM | Show all posts
blom ada promo ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 12:24 PM | Show all posts
smlm nampak promo sikit jer kat tv3..
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:44 PM | Show all posts
promo x jumpe lagi... ni official poster DDK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.072260 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list