CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15124|Reply: 64

Selamat Datang ke DIALOG MEJA BULAT ~ EMPAYAR BIRU (all d best jaclyn 4 d final

[Copy link]
Post time 7-4-2012 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by toritonz82 at 13-5-2012 17:11





EMPAYAR BIRU dibawah jajahan AUBREY SUWITO dengan mempunyai 3 srikandi: ALYAH, JACLYN dan ADIRA, dan 2 arjuna: AWI dan CHAQ (ceh....melebih2 plak....)

~Chaq dah tersingkir so.... anak didik Aubrey tinggal 4 org... 3 srikandi dan 1 arjuna....

PERSIDANGAN HANYA BERJALAN SEKIRANYA AHLI MEJA BULAT TERDIRI DARIPADA LEBIH 5 ORANG    (kalau tak terkatuplah thread nih kat page 2)



Ahli Meja Bulat:
1. beta kerotin
2.kernasayang
3.appro
4.darkzombie
5.MistrezHermanaz
6.myralupilato
7.Soksek11
8.tebuanharimau
9,toritori
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2012 08:35 PM | Show all posts
KOMPOSER: AUBREY SUWITO




Sembilan musim yang lalu, kita sentiasa mendengar lagu keramat yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar yang ingin mengejar bintang dalam rancangan realiti nombor satu di Malaysia iaitu Menuju Puncak. Lagu tema Akademi Fantasia ini sentiasa menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar dalam rancangan ini. Begitulah kehebatan yang ditunjukkan oleh pencipta lagu ini iaitu Aubrey Suwito.
Sejak berusia 6 tahun lagi, penerbit muzik yang berasal dari Melaka ini sudah mahir menggunakan alat muzik piano. Dengan bakat yang luar biasa ini, Aubrey Suwito mula mengorak langkah dalam bidang muzik apabila melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat.
Komposer yang meminati irama "Jazz" ini telah banyak melibatkan diri dalam penggubahan dan susunan lagu di Taiwan, Hong Kong, Singapura dan juga Malaysia. Beliau juga telah menerbitkan 3 album yang menampilkan rangkaian muzik "Jazz" bersama-sama pemain muzik ternama seperti Fauzi Marzuki, Hillary Ang dan Steve Thornton.
Penglibatan Aubrey dalam dunia rangancangan realiti TV tidak dapat dinafikan apabila pernah terlibat dalam 3 rancangan realiti TV. Selain Akademi Fantasia sebagai komposer lagu tema, Aubrey juga pernah terlibat sebagai pengarah muzik Malaysian Idol dan One In A Million. Menuju Puncak hasil ciptaannnya juga telah digunakan sebagai lagu tema untuk Akademi Fantasi Indosiar yang berlangsung di Indonesia.
Salah seorang daripada 3 peserta Hot Seats MANIA! sudah pasti akan bernaung di bawah bimbingan Aubrey Suwito. Siapakah bintang yang bertuah itu? Teruskan undian anda di Hot Seats MANIA! sehingga 16 Mac ini. Layari www.mania.com.my untuk mengundi.
Teruskan bersama kami esok untuk mengetahui segalanya mengenai 12 Selebriti MANIA! Apakah harapan, cita-cita dan keazaman 12 Selebriti MANIA! ini? Layari www.mania.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 08:36 PM | Show all posts
ARTIS: JACLYN VICTOR










"Gementar harus jangan. Jiwaku harus bertenaga", antara bait-bait Gemilang yang sentiasa menjadi siulan anak-anak muda. Siapa tidak kenal Jaclyn Victor. Penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal yang sangat menakjubkan. Jaclyn Victor dikenali ramai selepas memenangi rancangan realiti Malaysian Idol, menewaskan Dina, yang kini bertugas sebagai penyampai stesen radio rasmi MANIA!, Era FM.
Lagu Gemilang ciptaan salah seorang penerbit muzik MANIA! iaitu Aubrey Suwito yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor telah banyak memberikan kemenangan dalam pelbagai pertandingan di dalam dan luar Malaysia. Kejayaan demi kejayaan ini mengingatkannya kembali tentang cabaran yang diharungi sepanjang berada di Malaysian Idol termasuk dikritik hebat oleh juri Roslan Aziz. Namun segalanya tidak dapat mematahkan semangat Jac untuk terus berjaya.

Penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai IKON Malaysia ini juga berbakat dalam bidang lakonan dan pernah muncul dalam beberapa filem seperti Telentime arahan Yasmin Ahmad, filem tamil arahan Afdlin Shauki iaitu Appalam dan muncul sebagai penampilan khas dalam filem Susuk. Jac juga pernah mencuba nasib dalam teater muzikal Cuci the Musical musim kedua pada tahun 2010.

Mengetahui mentornya iaitu Aubrey Suwito menjadi salah seorang penerbit muzik MANIA! menaikkan semangatnya lagi dalam pertandingan ini. Mungkinkah "Satu Harapan" Jac untuk dipilih oleh Aubrey Suwito dalam MANIA! ini tercapai? Teruskan bersama MANIA! di www.mania.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 08:37 PM | Show all posts
ARTIS: AWI RAFAEL







Meskipun baru sahaja melibatkan diri dalam industri muzik, lagu-lagu nyanyian Awi Rafael sering menjadi siulan anak-anak muda sekarang. Malah, lagu "Pulanglah" pernah menjadi salah satu lagu tugasan dalam Akademi Fantasia 9 yang dinyanyikan oleh salah seorang peserta Hot Seats MANIA! iaitu Kay.

Menimba pengalaman di luar negara, Muhammad Namawi Ewan bin Gunawan Rafael atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael pernah merantau ke Australia untuk menimba pengalaman sebagai "buskers" di sana. Beliau juga pernah menjelajah bersama kumpulan Dewa yang diaggotai oleh penerbit muzik MANIA! iaitu Ahmad Dhani serta kumpulan Sheila On 7.

Awi Rafael muncul di radio tempatan dengan single "Pulanglah". Senilagu dan senilirik oleh Awi Rafael sendiri, "Pulanglah" dikoordinasikan oleh Dimas sebagai penerbit. Single yang disusun dalam rentak pop ini adalah berkisarkan tentang kisah cinta. "Pulanglah" merupakan luahan hati sang pencintayang menantikan kepulangan pujaan hati ke pangkuannya.

Sudah semestinya wawasan Awi Rafael adalah tidak mahu "pulang" terlalu awal dalam MANIA!. Keazaman dan kesungguhan Awi Rafael dalam dimensi muziknya nyata menaikkan lagi semangatnya untuk maju ke hadapan. Siapakah penerbit muzik MANIA! yang bakal memilih Awi Rafael nanti? Teriskan bersama MANIA! di www.mania.com.my
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 08:39 PM | Show all posts
ARTIS: ALYAH







Anugerah Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 sudah pasti menjadi satu kenangan yang amat manis buat Hasliah Abu Hasan atau lebih dikenali dengan nama Alyah. Menerusi lagu Kisah Hati, persembahan yang menggunakan keseluruhan pentas dari atas hingga ke bawah ternyata suatu persembahan yang memukau.

Ramai yang kurang mengetahui bahawa perjalanan seni Alyah bukan bermula dari kemenangannya dalam Bintang HMI pada tahun 2000 iaitu pertandingan yang juga melahirkan bintang ternama iaitu Dato' Siti Nurhaliza. Alyah juga pernah merangkul gelaran Naib Juara dalam rancangan nyanyian Asia Bagus pada tahun 1998 dan Juara Bintang Asli pada tahun yang sama.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang suatu ketika dahulu pernah menghasilkan satu lagi lagu yang dinyanyikan secara duet. Ku Pinjam Satu Bintang pernah dinyanyikannya bersama salah seorang peserta Hot Seats MANIA! iaitu Riz AF6. Meskipun lagu tersebut menimbulkan beberapa kontroversi, namun segalanya tidak mematahkan semangat Alyah untuk terus maju.
Menjadi sebagaian daripada Selebriti MANIA! adalah sesuatu yang sungguh membanggakan. Ternyata kehebatan anak Johor ini memberikannya peluang untuk digilap dan terus dijadikan Super Star! Siapakah di antara 3 penerbit muzik ini yang akan merebut Alyah untuk dijadikan anak didik? Teruskan bersama kami di www.mania.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2012 08:40 PM | Show all posts
saya mau join tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2012 08:40 PM | Show all posts
ARTIS: ADIRA







Gadis Kadazan-Dusun yang berasal dari Kundasang, Sabah ini mula mencatat nama dalam dunia hiburan selepas menjadi Naib Juara untuk musim kelapan Akademi Fantasia. Siti Adira Suhaimi atau dikenali sebagai Adira juga mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi pasangan adik-beradik pertama menyertai Akademi Fantasia pada musim yang sama.
Sepanjang perjalanan seninya, Adira pernah muncul sebagai finalis dalam Anugerah Juara Lagu ke 25 untuk lagu ciptaan Edry Abdul Halim iaitu Ku Ada Kamu. Namun, persembahan yang mengangkat dirinya setinggi yang mungkin melalui buaian di atas pentas tidak berjaya membawa pulang sebarang anugerah.
Lagu-lagu nyanyian Adira juga telah menjadi lagu latar untuk drama bersiri dan juga filem seperti Ilusi yang menjadi lagu tema Awan Dania musim ketiga dan lagu Ombak Rindu, duet bersama Hafiz yang menjadi lagu tema untuk filem Ombak Rindu. Selain itu, beliau juga pernah menyanyikan lagu tema rancangan realiti tarian iaitu Mari Menari, juga bersama Hafiz.

Seperti selebriti-selebriti MANIA! yang lain, Adira juga berazam untuk berjaya dalam program ini, namun apa yang lebih penting adalah pengalaman menjadi anak didik kepada salah seorang penerbit muzik tersohor tanah air. Itulah hadiah dan anugerah terbaik bagi dirinya sepanjang berada dalam MANIA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 08:41 PM | Show all posts
ARTIS: CHAQ




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2012 08:46 PM | Show all posts
UNDIAN TERKINI EMPAYAR BIRU

6. ADIRA       7%
7. CHAQ       6%
12. JACLYN   4%
14. ALYAH    3%
15. AWI       3%
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2012 08:51 PM | Show all posts
Reply 6# beta_carotene


    automaticly uols jadik pengerusi meja bulat









p/s nanti panggil encik_K kat rundingan meja bulat ini... sebab alyahbawah empayar biru... dia jadik audit dalaman
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 03:39 PM | Show all posts
kalau diikutkan...chaq ok dari ebi ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 03:08 AM | Show all posts
napa sendu jek mania uols?..semua sebab idayu xde..sedih la..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 08:17 AM | Show all posts
walaupon board Mania ni sendu , iols tetap nak check in dalam meja bulat empayar biru ya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 12:33 PM | Show all posts
napa sendu jek mania uols?..semua sebab idayu xde..sedih la..
AppropriateNick Post at 9-4-2012 03:08



   betol..x paham knp si ebi sendu tu still ade
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2012 02:51 PM | Show all posts
senarai lagu empayar biru:
Alyah: kau-glenn fredly
Adira:kembang perawan-gita gutawa
Jaclyn:matahariku-agnes

Motif lagu2 indon? Task minggu ni lagu2 ind?n ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 06:51 PM | Show all posts
join!

ai suka performance chaq...he's way better than ebi....

motif adira dpt kembang perawan? ai pnh tgk dia nyanyi lagu ni kt dari studio 1..bg ai x sedap... lagu feveret ai lak tuh...adira nyanyi hilang merdunya...

tp hopefully sheolls akan buat dgn baik kali ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2012 07:32 PM | Show all posts
check ins!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 08:41 PM | Show all posts
check ins ngan gmbar jac tgah blatih tuk minggu nieh...






Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 08:45 PM | Show all posts
alyah!







Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 08:51 PM | Show all posts
adira...









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094559 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list