CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230679|Reply: 329

Wanita & Orgasm : I'm cumming...sejauh mana ianya penting bagi anda?

  [Copy link]
Post time 24-4-2012 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Loxlaxman at 22-1-2016 11:17 AM

Untuk akak-akak yang dah berkahwin,

Pada pendapat Lox, "cumming" atau orgasme tidak mudah, jika anda seorang wanita. Hampir semua lelaki boleh klimaks tanpa masalah, tetapi bagi wanita ianya tidak semudah yang dijangkakan. Hakikatnya kepuasan seksual adalah sesuatu yang amat penting untuk melengkapkan diri seseorang insan bernama wanita. Malangnya, ada dari kalangan wanita yang menganggap ianya tidak penting, akibatnya wanita-wanita tersebut akan mudah terasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Apakah tanggapan ini benar? Benarkah wanita sukar mengecapi ekstasi seksual sehingga membawa kepada orgasm? Jika benar apakah cabaran dan tembok penghalang yang membatasi kenikmatan yang di anugerahkan Tuhan ini?
Single Polls, Total 303 Users voted
31.60% (97)
53.09% (163)
13.36% (41)
1.95% (6)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 12:59 PM | Show all posts
Well...to me soalan ni agak susah nak dijawab sbb bagi redd terlalu open dan susah forumer nak bagi pendapat...sbb kalau di jawab memang lah nampak sangat bahawa jawapan itu merujuk kepada diri sendiri...

tapi bagi redd...Im open nak menjawab...walaupun rasa mcm tak berapa paham sangat soalan yang TT bagi....

1) Pada pendapat Lox, "coming" atau orgasme tidak mudah, jika anda seorang wanita. Hampir semua lelaki boleh klimaks tanpa masalah, tetapi bagi wanita ianya tidak semudah yang dijangkakan. Hakikatnya kepuasan seksual adalah sesuatu yang amat penting untuk melengkapkan diri seseorang insan bernama wanita. Malangnya, ada dari kalangan wanita yang menganggap ianya tidak penting, akibatnya wanita-wanita tersebut akan mudah terasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.

Apakah tanggapan ini benar?

Redd adalah kategori wanita yang tak la mudah sangat nak orgasme...mudah tak mudah orgasme ni pon subjektif jugak sebenarnya...kalau jantan seksi kat dalam TV atau tengok adegan kissing pon bole orgasme..kira melampau pulak mudah orgasme tu...so redd ni kira bukanlah semudah itu nak orgasme...it has to be stimulated dulu dan mencapai beberapa phase barulah bole orgasme happily....

kesian pada yang tak pernah orgasme...ade ke?? there must be something wrong somewhere...

orgasme tak penting...? Not true...we all as a woman sangat mementingkan orgasme...kalau tak orgasme..mcm buat kerja sekerat jalan le babe...kalau tak orgasme (ni refer kepada yang married ye...yg tak i dunno lah) mcm hidup tak lengkap tau...boleh migraine...


2) benarkah wanita sukar mengecapi ekstasi seksual sehingga membawa kepada orgasm? Jika benar apakah cabaran dan tembok penghalang yang membatasi kenikmatan yang di anugerahkan Tuhan ini?

benar atau tidak wanita sukar mengecapi ekstasi seksual ini terpulang kepada cara pasangan mereka dalam memastikan hubungan seks antara mereka menjadi terbaik atau sebaliknya...kalau masing2 tak pandai nak memainkan peranan masing2...maka ini lah yang menjadi tmbok penghalang kepada kenikmatan yang TT cakap tuuu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 10:06 AM | Show all posts
Well...to me soalan ni agak susah nak dijawab sbb bagi redd terlalu open dan susah forumer nak bagi  ...
redd_07 Post at 29-4-2012 12:59


wah..  ni explanation kau2 ni.... bravo...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 10:50 AM | Show all posts
wah..  ni explanation kau2 ni.... bravo...
winsonyu Post at 30-4-2012 10:06



    i aje yg komen..org lain tengok je kot...huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 10:53 AM | Show all posts
i aje yg komen..org lain tengok je kot...huhuhuhuhu
redd_07 Post at 30-4-2012 10:50



    mungkin semua org malu kot.. bukan semua org as open as redd...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2012 11:09 AM | Show all posts
mungkin semua org malu kot.. bukan semua org as open as redd...
winsonyu Post at 30-4-2012 10:53



    haishhh...i'm not that open lah winson....just ready to share if they got something they wanted to know....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2012 11:18 AM | Show all posts
haishhh...i'm not that open lah winson....just ready to share if they got something they ...
redd_07 Post at 30-4-2012 11:09


well.. u are open minded enough for me... hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:58 AM | Show all posts
penting jugak..ibaratnya..makan byk tp masih lapar

tembok halangan---penat..

sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 03:57 PM | Show all posts
i'm coming atau i'm cumming?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 10:38 PM | Show all posts
huuu...x best topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 12:14 AM | Show all posts
i'm coming atau i'm cumming?
Balbo_II Post at 1-5-2012 15:57



  i am coming home.... i am coming home kot

mcm lagu diddy - dirty money ft skylar grey

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 10:56 AM | Show all posts
Reply 11# pinklollipop


    best lagu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 03:31 PM | Show all posts
Malu seyh nak jwb....so vote dendiam sudeh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 10:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by Hang at 4-6-2012 15:49

orgasm or climax for woman is very important...tipu lah kalau ade wanita yg kata tak suka kpd climaks...orgasm ni menyihatkan badan, salah satu senaman di atas katil yg paling baik adalah mencapai climaks...

wanita yg kerap climaks lebih happy dan kurang tekanan dlm life

cepat2 lah berkahwin utk mencapai orgasam ke peringkat petala langit ketujuh...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 07:54 AM | Show all posts
Reply 14# ifanonline


    suka komen u en.ifaonline....like like like..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 10:08 AM | Show all posts
Reply 14# ifanonline


   
Ehee...mcm nk bgtau kpd andartu2...terimalah utk jd yg ke2,3 dn ke4 yer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2012 10:58 AM | Show all posts
orgasm or climax for woman is very important...tipu lah kalau ade wanita yg kata tak suka kpd climak ...
ifanonline Post at 28-5-2012 22:56


Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.

Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.

Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme


Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit.


Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.

Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme


Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap 0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.


Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi 8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.


Orgasme Berganda


Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.


Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.




Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.


Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.


Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.


Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya antara 10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.



Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.


Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.


Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis, “Terlampau cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami, bahayanya tidak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme. Maka tinggallah isteri dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit orang perempuan.”


Ellis dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnya terlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak disempurnakan.


Sambung .....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 11:07 AM | Show all posts
Dari keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah SAW yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai orgasme.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan) isterinya itu.” (Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai telah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu.” (Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya.” (Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

Daripada hadis-hadis Rasulullah SAW yang tersebut di atas, maka seharusnya suami berusaha agar mencapai orgasme yang ideal sama ada secara bersama-sama, ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya Imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa'ulumiddin, menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.

Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing; kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.

Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.

Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.

Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:

1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.

2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar,dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar.

Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan dengan itu Stoppes berkata, “Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya.”

3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.

Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak banyak.

Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan ini menekan
lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga aliran tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.

4. Alternatif lain adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.

5. Dengan melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.

6. Lagi satu alternatif pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 11:07 AM | Show all posts
Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama lagi? Seandainya masih lama, maka suami bolehlah mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang mengakibatkan cepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.

Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.

Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya telah diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.

Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu berahinya hingga mencapai orgasme.


Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini harus dimanafaatkan oleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai orgasme.

Betapa bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan dan berdakapan.

Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.

Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya.

Walaupun ganti boleh diperolehi dari dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat ‘Alkalin’ yang boleh digantikan dengan membiarkan ia di dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah kepada pengetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya.

Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang sebenarnya.

Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya.

Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.

Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 03:19 PM | Show all posts
orgasm or climax for woman is very important...tipu lah kalau ade wanita yg kata tak suka kpd climak ...
ifanonline Post at 28-5-2012 22:56


Ya..ada kebenaran nya andartu atau anak dara tua ini..mmg selalu marah-marah tak bertempat meleybel selalu.
wanita yg tak pernah orgasm semasa bersetubuh adalah setengah sexology menyatakan adalah mati pucuk bagi wanita..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.252464 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list