CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultramanMelaka

BERSIH 3.0: Pasca Selepas Demo

   Close [Copy link]
Post time 29-4-2012 09:48 PM | Show all posts
Marilah jadi rakyat yg patriotik. Jangan jadi rakyat yg pembelot negara seperti mereka yg bagi IC kat Indon/Filipino utk undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 09:49 PM | Show all posts
Reply  gogo2


    BN must go
atira Post at 29-4-2012 21:47



   Atira mmg patriotik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:49 PM | Show all posts
bila polis kata tak boleh buat demo diorg kata itu undang2
gitu gak bila datuk bandar kl tak bagi guna dataran merdeka itu undang2

tapi tak terpikir ke bila polis kata ok boleh buat demo itupun undang2 gak
bila dbkl kata ok boleh guna dataran merdeka itupun undang2 gak

jadi di sini ia adalah budibicara pihak tu
malangnya mereka pilih atas arahan gomen untuk memusuhi rakyat tanpa alasan munasabah dgn memilih untuk tak bagi kebenaran
kedian buat macam2 cara keji zalim dan keras untuk menghalang rakyat mengguna hak dan kebebasan mereka yg sah dan terjamin di bawah perlembagaan
apa punya jenis gomen camnih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by JohnnyDepp at 29-4-2012 21:51

Media equipment seizure part of guidelines, says Hisham                                                                                                                                                                                                              
Hishammuddin said the equipment seizures were done as a matter of course. — File pic


KUALA LUMPUR, April 29 — The seizure of camera equipment belonging to media personnel was made under police guidelines, Malaysiakini reported the home minister as saying today.

“I don't know. This is the standard operating procedure of police...,” Datuk Seri Hishammuddin Hussein was quoted as saying by the news portal.

Press groups have alleged that journalists were attacked during yesterday’s tumultuous Bersih rally here, along with the seizure and destruction of cameras and equipment belonging to members of the press.

Today, the organisations highlighted six cases in which reporters were allegedly assaulted by the police while on duty, as well as the arrests of photojournalist Koh Jun Lin and photographer Huang An Jin, which they viewed as an attack against press freedom.

Police were alleged to have also manhandled journalists Arif Kartono, P. Malayandy, Harry Fawcett and Chen Shaua Fui, and either confiscated or damaged their equipment.

They have urged Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to probe the allegations.

They added that the prime minister must ensure all uniformed personnel understand and respect the role of journalists as professionals tasked with witnessing and reporting matters of public interest.

“Like the police, journalists have a public duty to perform and they should be afforded protection towards this end,” they said.

“No journalist in a nation that prides itself as a democracy should ever be arrested for doing their job.”

Yesterday’s Bersih rally for free and fair elections turned chaotic when Federal Reserve Unit (FRU) personnel began firing tear gas and water cannons after demonstrators breached police lines in their attempt to reach Dataran Merdeka.

The event was initially planned for the historic square but authorities had secured a court order on Friday barring its use for public assemblies until May 1, forcing Bersih supporters to splinter into groups.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:50 PM | Show all posts
pastu yg best nak meratib demo BERSIH pembangkang, padahal timbalan president AMANAH BN, sh ...

totokreturn Post at 29-4-2012 09:37 PM

Itu la pasal. Lawak bangang diorang. Tetiba kantoi muka bangla tu kejap jadi perusuh, kejap boleh jadi polis.


Cuma aku pelik. Kenapa cina2 yang join BERSIH tu suruh pemimpin2 melayu jer yang resign. Yang pemimpin cina blu MCA dan MIC takmo plak diorang suruh resign. Itu yang aku pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:51 PM | Show all posts
seriously, dua org polis yg pakai vest mmg bangla(depan) & nepal(belakang bangla tu) ke??  ...

RedDevils Post at 29-4-2012 09:37 PM

Ada campur benih nepal ngan bangla kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2012 09:51 PM | Show all posts
waja terbalik takdak ka??bidiyio itu besi??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:52 PM | Show all posts
dah ada ke belum balaci felda pprt yang keluar dengan ungkapan 'lain kali kalau nenek ko kena rogol, panggil bomba je lah'?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 09:52 PM | Show all posts
“I don't know. This is the standard operating procedure of police...,” Datuk Seri Hishammuddin Hussein was quoted as saying by the news portal.


SOP kejadahnya abe hisham...itu SOP sarip dol samseng kg.dusun...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:52 PM | Show all posts
...tunggu pilihanraya.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:52 PM | Show all posts
Media equipment seizure part of guidelines, says Hisham
                                                                                                                                                                 April 29, 2012
                                                 ...
JohnnyDepp Post at 29-4-2012 21:49



   Ya betul. Garis panduan kerajaan Malaysia ialah tiada kebebasan media.
Ini terbukti dengan BERSIH 3.0.

Syabas diucapkan kepada BERSIH 3.0 sebab menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia tiada kebebasan media dan polis adalah terbukti ganas sebab merampas bukti media.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:53 PM | Show all posts
Tindakan Ganas Peserta Demonstrasi Terus Diselar


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus mengecam tindakan liar peserta perhimpunan yang disokong pembangkang di sekitar Dataran Merdeka di sini semalam, sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda di samping mengganggu pencarian rezeki orang lain.

Mereka berpendapat tindakan peserta perhimpunan menimbulkan huru-hara sebagai bercanggah dengan norma sebuah negara demokratik yang diamalkan di Malaysia selama ini.

Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berharap insiden itu dapat membuka mata rakyat bahawa parti pembangkang telah memperalatkan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencapai agenda politik mereka di samping mahu melihat kerajaan digulingkan.

MCA yang kesal dan dukacita dengan tindak-tanduk demonstran itu, memuji kesabaran pasukan polis dalam menghadapi situasi getir semalam, kata Dr Chua kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina di Kluang, Johor.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penganjur perhimpunan, Datuk S.Ambiga mesti bertanggungjawab terhadap keganasan, kerosakan dan kecederaan yang berlaku pada acara yang dijamin aman oleh beliau sebelum ini.

Shahrizat berkata Ambiga juga mesti bertanggungjawab kerana hilang kawalan terhadap pemimpin pembangkang yang membuat ucapan berbentuk provokasi.

"Pihak berkuasa perlu menggunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk menghalang tindakan anarkis seperti yang dilihat pada perhimpunan itu daripada berulang," katanya dalam kenyataan.

Insiden kacau-bilau di ibu negara itu turut menarik perhatian di Sabah dengan Timbalan Ketua Penerangan Umno negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas pembangkang kerana mengambil jalan keluar dengan demonstrasi jalanan bagi memenuhi sifat gilakan kuasa.

Bercakap di Kota Belud, katanya perhimpunan disusuli dengan tindakan ganas tidak selaras dengan budaya Malaysia yang mendokong nilai-nilai murni.

"Ia hanya menggalakkan orang muda kita supaya agresif di samping menyebabkan pergeseran dalam masyarakat dan ia tidak baik untuk negara," katanya kepada Bernama selepas merasmikan program ekonomi anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Persatuan Sama Sabah (PSS).

Dalam pada itu, Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata penyokong perhimpunan itu khususnya kaum Melayu masih tidak sedar hakikat mereka diperbodohkan demi cita-cita politik pihak tertentu.

Menurutnya, tindakan tata tertib akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam dari negeri itu yang didapati mengambil bahagian dalam perhimbunan tersebut.

"Dan bila orang luar melihat Malaysia tidak aman, pasti pelabur tidak akan datang melabur. Siapa rugi? Yang mengganggur kebanyakannya orang Melayu juga," katanya di Kuala Terengganu.

Di Gemencheh, Negeri Sembilan, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz menarik perhatian bahawa keganasan yang tercetus pada perhimpunan itu menjejaskan imej negara selain membawa kesan buruk kepada golongan peniaga, pemandu teksi dan orang awam.

Selain itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pilihan raya di negara ini tidak bersih dan tidak adil.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia, Datuk Zainal Rampak yang menyelar tindakan ganas peserta perhimpunan itu berkata demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan bukan budaya rakyat Malaysia.

"Jika hendak tukar kerajaan, tunggulah ketika pilihan raya diadakan. Itu baru disebut demokrasi," katanya, sambil menambah kata usaha kerajaan seperti menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman nampaknya tidak dihargai oleh penganjur perhimpunan tersebut.

Bagi bekas Pengerusi Penerangan Parti Keadilan Rakyat Roslan Kasim, perhimpunan itu sengaja diadakan untuk mengalih pandangan umum terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan negeri diterajui pakatan pembangkang.

"Jadi mereka mencari jalan mengalihkan pandangan rakyat kepada isu lain seperti soal ketidakcekapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya di Muar.

Di Kuala Lumpur, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali berkata pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan rakyat untuk mencetuskan huru-hara demi kepentingan politik.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata kerajaan perlu berani bertindak terhadap peserta perhimpunan yang bertindak liar itu.

"Kita bimbang kalau kerajaan tidak berbuat demikian, suasana sewaktu pilihan raya umum nanti menjadi lebih teruk dengan unsur-unsur keganasan sehingga rakyat takut keluar mengundi," katanya di Kuala Terengganu.

Sementara itu, Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya supaya tindakan tegas diambil ekoran keganasan yang berlaku di ibu kota. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:53 PM | Show all posts
Itu la pasal. Lawak bangang diorang. Tetiba kantoi muka bangla tu kejap jadi perusuh, kejap boleh  ...
Babai Post at 29-4-2012 21:50


MCA dan MIC dah mati lama dah...UMNO ni nyawa2 ikan, payah nak mampos...kena pukui dgn batu baru putuih nyawa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:54 PM | Show all posts
Ambiga Minta Suhakam Siasat Insiden Keganasan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan yang disokong pembangkang di sekitar Dataran Merdeka semalam, Datuk S. Ambiga, berkata beliau akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyiasat insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan itu.

"Kami mahu Suhakam menjalankan siasatan bebas...mereka yang mencetuskan masalah hendaklah dikenalpasti termasuk mereka yang melanggar sekatan pihak berkuasa dengan merempuh pagar pengadang (di Dataran Merdeka)," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata siasatan penuh perlu dibuat oleh Suhakam bagi mendapatkan maklumat termasuk arahan melepaskan gas pemedih mata dan air mengandungi bahan kimia serta arahan menutup operasi sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan (LRT).

Ditanya adakah beliau selaku penganjur perhimpunan itu akan bertanggungjawab terhadap insiden itu yang menyebabkan banyak kerosakan kepada kemudahan awam, Ambiga berkata beliau perlu meneliti laporan Suhakam sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai siapa yang harus bertanggungjawab.

"Jangan buat sebarang andaian siapa yang perlu bertanggungjawab... kami perlu menyiasat dahulu, kami ingin mengetahui siapa yang melakukannya.

"Biar siasatan dijalankan dan kami mahu Suhakam menyiasat dari segala sudut...mereka boleh juga menyiasat kami," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:54 PM | Show all posts
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penganjur perhimpunan, Datuk S.Ambiga mesti bertanggungjawab terhadap keganasan, kerosakan dan kecederaan yang berlaku pada acara yang dijamin aman oleh beliau sebelum ini.
along3746 Post at 29-4-2012 21:53


kak ijat, duit rm250 juta tu kena pulangkan balik tau...bertanggunjawab sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:55 PM | Show all posts
Polis Teliti Laporan Lengkap Bersih 3.0


KUALA LUMPUR: Laporan lengkap mengenai perhimpunan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong pembangkang di ibu negara semalam akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara bagi proses pendakwaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ketika ini polis sedang meneliti rakaman keseluruhan perhimpunan tersebut termasuk saksi insiden itu sebelum laporan lengkap mengenainya diserahkan kepada Peguam Negara.

"Pada ketika ini, keadilan dan pembelaan yang kita mahu. Saya difahamkan, setiap insiden sudah dirakam dan ia (rakaman) akan diteliti dalam proses siasatan dan pendakwaan.

"Kita mahu siapa yang bersalah dalam hal ini dibawa ke muka pengadilan dan tiada istilah pilih bulu kepada sesiapa yang didapati bersalah," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad.

Sebelim itu, beliau mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat dua petugas media dan dua anggota polis yang cedera ketika perhimpunan itu di hospital berkenaan.

Hishammuddin berkata rakaman teliti yang dibuat beberapa pihak akan digunakan bagi membantu pihak Peguam Negara untuk menentukan siapa yang harus dibawa ke muka pengadilan nanti.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden tindakan polis yang menahan dan memukul salah seorang anggota media yang membuat liputan pada perhimpunan itu, Hishammuddin berkata; "Saya harap ia tidak benar tetapi saya tidak akan melindungi sesiapa. Jika anda melanggar undang-undang, anda akan dikenakan tindakan, katanya.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai insiden tersebut dan berlaku adil kepada semua pihak termasuk polis.

Ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Datuk S.Ambiga yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan itu, Hishammuddin berkata ia bergantung kepada Peguam Negara.

"Kita kena faham proses pendakwaan ini kerana kalau kita tak ikut proses itu, akhiranya kita juga yang dituduh tak telus dalam tindakan kita," katanya.

Beliau dalam pada itu menolak dakwaan bahawa pihak keselamatan memulakan provokasi pada perhimpunan itu dan beliau bercadang untuk menyiarkan rakaman perhimpunan tersebut kepada orang ramai bagi membuktikan kebenaran.

Beliau juga memuji keberanian jurukamera Mohd Azri Mohd Salleh dari stesen televisyen Al-Hijrah yang cedera selepas cuba menghalang peserta perhimpunan daripada terus memukul seorang anggota polis.

"Saya mengucapkan terima kasih atas keberanian dan keprihatinan jurukamera itu kerana membantu polis yang cedera dipukul anggota perhimpunan," katanya. BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 09:55 PM | Show all posts


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat wartawan akhbar The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang oleh para penyokong Bersih 3.0 di sini pada Ahad. Turut kelihatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kanan). --fotoBERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:56 PM | Show all posts
Reply 178# geng_tx

whatever la bro..........aku tetap aku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:56 PM | Show all posts
abang pulis to pukul pungkok ala-ala sayang la
Darien_Fawkes Post at 29-4-2012 19:56



    patut abg2 puhlis tepuk2 bontot...baru aman aman saje...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:57 PM | Show all posts
Marilah bangkit rakyat patriotik. Bersatu menentang anasir jahat dalam Malaysia yg asyik menyokong rasuah dan keganasan terhadap rakyat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.073332 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list