CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultramanMelaka

BERSIH 3.0: Pasca Selepas Demo

   Close [Copy link]
Post time 29-4-2012 09:12 PM | Show all posts
jahat betul polis ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 09:13 PM | Show all posts
Bekas polis tidak berkasar masa bertugas dahulu
Warga Marhain,


Saya amat kecewa dan terpaku dengan kebiadaban dan tindakan pihak PDRM membuat "search party" di Stesen LRT Bandaraya berhampiran pusat membeli belah SOGO yang ketika itu rata-rata sudah mahu pulang ke destinasi masing-masing.


Waktu itu jam menunjukkan 7.00pm, saya berserta isteri dan anak keluar dari Pasaraya SOGO kerana dimaklumkan pasaraya tersebut akan ditutup kerana faktor keselamatan. Kami seterusnya menuju ke Stesen LRT Bandaraya yang tidak jauh dari situ. Ketika berada di platform atas, ramai orang sedang beratur untuk mengambil "token" di mesin tiket. Keadaan ketika itu begitu tenang dan kelihatan segelintir peserta Bersih 3.0 berpakaian kuning turut sama beratur untuk mengambil tiket untuk pulang.


15 minit kemudian keadaan disitu menjadi tegang dengan kehadiran sekumpulan anggota PDRM beranggaran 15-20 orang berpakaian uniform operasi biru gelap. Mereka menyerbu stesen itu dengan tujuan membuat "search party" bagi menangkap mereka yang berpakaian kuning. Apa yang menyedihkan saya, anggota PDRM tersebut tidak menjalankan tugas dengan cara berhemah dan profesional dengan orang awam yang berada disitu. Mereka memasuki kawasan itu dengan jerit pekik seolah-olah hendak menakut-nakutkan orang awam di situ yang rata-ratanya terdiri daripada golongan bekerja, wanita dan kanak-kanak. Macam samseng jalanan dalam filem-filem bercorak gangster, cuma kali ini ianya dilakukan oleh mereka yang beruniform bertugas untuk melindungi ketenteraman awam.


Mereka berada dalam keadaan seolah-olah hilang ingatan dan semacam dirasuk ketika "search party" tersebut. Untuk makluman saudara, keadaan disitu sama sekali tidak ada aktiviti perhimpunan. Semua orang sedang bergegas untuk pulang. Sangat menyedihkan saya apabila beberapa anggota PDRM berbangsa Melayu menarik baju salah seorang peserta Bersih berbangsa Melayu juga yang boleh dianggap seusia dengan bapanya dengan kasar sekali. Sungguhpun demikian, beliau tidak melawan dan memberi jawapan "dah nak balik.." dan diarahkan supaya menanggalkan baju kuning tersebut serta merta. rupa-rupanya beliau bekas anggota PDRM juga. Beliau meluahkan perasaan kepada saya, sewaktu bertugas dahulupun beliau tidak pernah berkasar sedemikian rupa, tidak dengan apa yang berlaku pada hari ini. Wajah kecewa beliau sangat ketara sekali.


Di satu sudut berhadapan dengan saya seorang remaja belasan tahun memakai baju jersi bolasepak Kedah turut dicekup dengan alasan berbaju kuning serta diheret keluar seolah-olah penjenayah besar. Saya amat hairan dan khuatir dengan keadaan yang berlaku ini. Begitu zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka seolah-olah hilang kewarasan apabila melompat naik melintasi kaunter laluan untuk ke platform menunggu bagi mencari saki baki baju kuning yang lain. Samseng berlesen barangkali.


Saya amat menghormati serta berterima kasih dengan tugas serta pengorbanan anggota PDRM, tetapi oleh kerana segelintir daripada mereka yang tidak profesional dan 'kekampungan' telah mengikis tanggapan tersebut. Memang jelaslah bahawa negara ini merupakan "police state" acuan dan tinggalan penjajah. Apabila agama dan lunas-lunas kewarasan ditinggalkan jauh dari jiwa mereka, hanya sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan dan cari makan..maka kesan dan akibatnya amatlah serius. Inilah PDRM masa hadapan yang dicorakkan oleh pemerintah untuk melindungi ketenteraman awam abad mendatang. Sekiranya ini berterusan, kita khuatir budaya gangsterisma ini bakal menggugat keharmonian negara.


Persoalannya, apakah peranan Institusi Raja Berperlembagaan ketika ini hanya sekadar tunggu dan lihat diatas segala kelancangan yang dilakukan oleh sekeliaan hulubalang-hulubalang dan juak-juak mereka? Apakah mereka tidak mengenal sejarah sebelum ini? Dimanakah rakyat disisi mereka? Apakah suara rakyat tidak laku lagi di istana-istana mewah mereka? Apakah mereka tidak akan disoal oleh Allah Azza Wajalla di atas amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka? Apakah definasi rakyat ini adalah kakitangan awam sahaja dan bukan rakyat marhain seperti saya?  


Wallahualam. Hanya Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu kali ini.


Sekian. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:13 PM | Show all posts
tukang provok adalah sb...harap lepas pembangkang menangnanti.. jawatan dan peranan sb di sejarahkan....ini bukan zaman komunis lagi..nanti jadi kisah polis jadi musuh rakyat pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:13 PM | Show all posts
Diharap polis yg provoke BERSIH ini ditangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:14 PM | Show all posts
pencacai taknak komen demo PERKOSA tadi kat kampung baru ka..?? atau yg tuh layeeennn....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2012 09:14 PM | Show all posts
Kalau Dataran Merdeka dibenarkan, tak mungkin kejadian polis pukul wartawan dan polis langgar rakyat berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:15 PM | Show all posts
xpaham betul..sendiri wat demo..bila jadi keganasan..kata agen umno yang wat keganasan..

sepatutnya kalau peserta bersih betul xganas..bila ada agen yang buat provokasi macam tu..geng-geng bersih tangkap atau halanglah mereka-mereka tu..peserta bersih kan ramai..kalau ada agen umno pun baper kerat jer..xlebih pun 0.1% dari jumlah peserta tu..

ni..bila jadi jer benda buruk..salah umno..what a sick mentality..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 09:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:18 PM | Show all posts
Keganasan yg dilakukan oleh polis perlu dibendung segera. Polis sepatutnya jaga rakyat. Bukan pukul rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:19 PM | Show all posts
alah majikan nak pakai dataran merdeka sehari kasi je lah yg berkeras nak suruh ke stadium buat pa.. ...
boria Post at 29-4-2012 21:02


hari ahad adalah hari perniagaan di kl..sumer peniaga-peniaga menanti hujung minggu..hari orang membeli belah..perarakan macam ni hanya menganggu perniagaan sahaja..memang patut x dibenarkan..

persoalannya kenapa x wat kat stadium shah alam sahaja..mesti khalid ibrahim benarkan guna stadium tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:20 PM | Show all posts
Keganasan yg dilakukan oleh polis perlu dibendung segera. Polis sepatutnya jaga rakyat. Bukan pukul  ...
gogo2 Post at 29-4-2012 21:18


cakap macam yer-yer jer polis pukul rakyat..dah berapa kali kau kena pukul dengan polis??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:20 PM | Show all posts
Ramai peniaga untung besar semasa BERSIH berjalan. Peniaga2 berharap BERSIH diadakan setiap minggu.  

Peniaga yg kata perniagaan diganggu mendapat duit utk berckp begitu. Maka duit2 bertimbun utk peniaga. Perniagaan meningkat. Dapat pula duit utk menipu dalam TV.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:20 PM | Show all posts
pencacai taknak komen demo PERKOSA tadi kat kampung baru ka..?? atau yg tuh layeeennn....
totokreturn Post at 29-4-2012 21:14


ada sebarang keganasan x??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:21 PM | Show all posts
hari ahad adalah hari perniagaan di kl..sumer peniaga-peniaga menanti hujung minggu..hari orang  ...
EAStudent Post at 29-4-2012 21:19



   demo hari ahad kaa hari sabtu semalam bai..??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:21 PM | Show all posts
Ada polis yg mabuk semasa bertugas sampai langgar rakyat. Apa nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2012 09:21 PM | Show all posts
penyo Post at 29-4-2012 21:16




    dari kiri; penyoh, ikik, al lebang, jon labi, Djerk off, anyaM, trolis

tiada dalam gambar; mekdin dan Pok Ang ( cuti bersunat)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:22 PM | Show all posts
ada sebarang keganasan x??
EAStudent Post at 29-4-2012 21:20



   polis tukang jadi guard, musti laa aman.. sama juga demo bersih semalam dari kul 8.00 pagi hingga jam 3.00 petang.. semua aman2 siap bagi bunga pada polis semua lagi... masuk jam 3 lebih, polis serang pendemo atas alasan, jatuhkan pagar border...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:22 PM | Show all posts
kenapalah buat keganasan pada rakyat. Rakyat hanya nak memberitahu kerajaan utk membersihkan pilihanraya. Tapi kerajaan tetap mahu kotor juga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 09:23 PM | Show all posts
demo hari ahad kaa hari sabtu semalam bai..??
totokreturn Post at 29-4-2012 21:21


terima kasih kerana membetulkan..
weekend dan cuti umum sememangnya hari orang membeli belah..hari yang dinanti oleh peniaga-peniaga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.246719 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list