CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33734|Reply: 11

Buruj:Corak-corak dilangit

[Copy link]
Post time 29-4-2012 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Bagi mereka yang memahami dan meminati astronomi, mereka akan melihat langit yang penuh dengan bintang itu dengan seribu satu makna, akan tetapi bagi mereka yang tidak mengenali astronomi, mereka cuma akan melihat bintang itu sebagai penghias malam semata-mata

Sekiranya kita merenung langit malam yang penuh dengan bintang, sememang kita akan melihat taburan bintang yang pelbagai warna dan membentuk pelbagai corak dan kepadatan. Corak bintang yang sama yang dilihat pada hari ini pada pukul 8:00p.m akan bergerak sedikit pada malam esok pada waktu yang sama. Sekiranya "corak" tersebut diikuti untuk tempoh dalam masa beberapa bulan, corak tersebut akan terbenam di sebalik kaki langit pada masa yang sama.

Corak-corak dilangit(buruj) ini seringkali dikaitkan dengan dua belas buah corak yang dikenali sebagai Aries, Taurus, Pisces, Cancer, Leo, Virgo, Sagittarius, Capricorn, Aquarius. 12 buah corak bintang atau lebih dikenali sebagai buruj itu terbentang dilangit dan mereka terkenal seolah-olah mereka adalah selebriti yang sentiasa meniti dibibir masyarakat. Tapi buruj yang terdapat dilangit bukan itu sahaja, malah terdapat lebih daripada 80 buah buruj moden yang terdapat di langit.

Selain daripada itu, buruj-buruj dilangit ini juga mempunyai system koordinatnya yang tersendiri, seperti juga pada peta bumi. Paksi -x dan paksi -y, iaitu 'Right Ascension'(jarak jam) aka Azimuth, R.A dan juga 'Declination'(jarak kutub)aka Zenith membentuk system koordinat. Maka utuk menyatakan kedudukan sesuatu objek itu di langit maka, ia boleh juga ditentukan dengan berdasarkan system koordinat tersebut.

Right Ascension adalah sudut berdasarkan bulatan jam dan diukur ke arah timur sepanjang "khatulistiwa langit" berdasarkan kiraan 0 sehingga 360 atau Jam,minit dan Saat". Ini bermaksa satu jam adalah bersamaan dengan 15.

Declination adalah jarak dalam sudut utara atau selatan daripada "khatulistiwa langit". Diambil sebagai positif untuk Utara dan Negatif sebagai Selatan.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaedah koordinat seperti koordinat berdasarkan kaki langit, koordinat ekliptik dan koordinat berpusat matahari.

Perkataan buruj itu adalah dari Bahasa Arab yang membawa maksud gugusan bintang/Corak-corak dilangit. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai 'constellation'. Gugusan bintang ini boleh dianalogikan sebagai negera-negara yang terdapat di dalam bumi kita ini yang dibahagikan kepada sempadan-sempadan tertentu. Sempadan-sempadan ini yang telah membentuk benua Asia, Amerika dan sebagainya. Malah setiap benua itu pula terbahagi kepada negara-negara seperti Jepun dan Korea. Begitu jugalah "negara-negara" yang terdapat di langit ini.


Sejarah Buruj

Asal usul nama buruj yang digunakan pada hari ini telah hilang dtelan zaman. Walaubagaimanapun, buruj yang bergelar "Coma Berenices" telah ditambah kepada senarai buruj pada 200S.M .

Semenjak itu tidak terdapat banyak perubahan kepada corak-corak dilangit ini sehinggalah pada kurun ke-17, apabila Bayer, Hevelius dan ahli astronomi lain telah membentukkan buruj lain di kawasan langit hemisfera selatan yang tidak dicartakan lagi secara rasmi. Memang secara asasnya terdapat buruj yang telah dibentuk, tetapi tidak didokumentasikan dengan baik atau kurang popular. Kurun ke 18 memperlihatkan Lacaille telah menambahkan 13 buruj baru di hemisfera selatan. Pada asalnya buruj ini tidak mempunyai sempadan dan kedudukan sesuatu objek langit itu dirujukkan sebagai "pada bahagian kepala", "pada bahagian kaki" dan sebagainya. Persempadan yang pertama telah ditulis oleh Bode di dalam carta bintangnya pada tahun 1801.

Persempadan yang telah dilakarkan oleh Bode itu tidak diterima sebagai sesuatu yang piawai. Malah telah mewujudkan beberapa versi persempadanan yang berlainan oleh ahli astronomi seluruh dunia kemudiannya. Sehingga tahun 1930 beberapa piawaian sendiri telah diwujudkan oleh ahli astronomi dan ini telah menimbulkan beberapa kekalutan. Pada tahun 1930, Kesatuan Astronomi Antarabangsa(IAU) telah mempiawaikan persempadanan sepanjang Right Ascension dan Declination pada epoch 1875 Januari 1 sebagai titik tolak penyempadan buruj dilangit. Pihak IAU ,International Astronomical Union ,juga sebelum itu telah mewujudkan pemendekan untuk nama-nama buruj di langit dan menggunakan tiga huruf sahaja. Sebagai contoh, buruj Aries dikenali sebagai Ari dan buruj Orion dikenali sebagai Ori.


Penamaan Bintang

Kebanyakan nama bintang yang terdapat pada hari ini adalah hasil daripada penamaan bintang oleh zaman klasikal Eropah dan juga zaman kegemilangan Tamadun Islam dan Zaman Pertengahan Eropah. Walaupun begitu, tidak semua bintang atau objek dilangit dapat diberikan nama sedemikian berikutan terdapat senarai objek yang hampir infiniti. Satu sistem penamaan yang telah dicadangkan oleh Bayer pada tahun 1603 adalah lebih sesuai iaitu penamaan berdasarkan kecerahan sesuatu bintang itu di dalam sesuatu buruj dengan huruf. Iaitu, bagi bintang yang paling cerah di dalam Orion dipanggil sebagai Alpha Orionis, kedua cerah sebagai Beta Orionis dan seterusnya. Sekiranya penggunaan Alpha sehingga Omega telah habis, huruf Romawi kecil iaitu a,b,c dan kemudiannya menggunakan A,B,C dan seterusnya.

Sistem ini telah diterima pakai oleh ahli astronomi seluruh dunia selain daripada ia cukup mudah dan mempunyai implementasi yang praktikal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2012 02:29 AM | Show all posts
info yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 12:25 PM | Show all posts
misteri keindahan alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2012 07:24 PM | Show all posts

Buruj (Constellation)Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak.
  

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainla persepsi mreka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dlam contoh di bwh, urang melayu di asia melihat corak 4 biji bintang berbentuk segiempat dengan 3 biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik, manakala orang Rom dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.

Orion
Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atauThe Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.
Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.Buruj ini hanyalah di bahagian ekor beruang itu, yang merupakan sebahagian dari buruj Ursa Major.jika anda berada di hemisfera utara tetapi tidak pernah menyedari akan kewujudan buruj ini, ianya adalah sangat merugikan kerana anda akan terlepas peluang yang sangat berharga bagi mencerap langit utara. Anda terlepas melihat sesuatu yang sejak beribu tahun menjadi obsesi setiap tamadun dan berbilion manusia,sbb buruj ni..yang paling mudah ntuk dicerap

Bagi yang sudah tidak ingat bagaimana rupa buruj biduk ..sila google ye


Bagaimana mahu mengenali Buruj ?

Buruj yang terdapat pada permukaan langit sentisa berubah mengikut musim. Perubahan ini adalah disebabkan oleh orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.


Kerana terlalu banyaknya corak yang dapat di lihat di permukaan langit masyarakat melayu tidaklah dapat menamakan semuanya. Justeru sebagai kajian kita terpaksa juga mengambil corak dan nama daripada tamadun yang lebih awal/lebih maju. Justeru kita maklum akan kelemahan itu, maka perlulah digunakan carta bintang yang digunakan di pasaran dengan sedikit penyesuaian atau kita boleh menggunakan perisian percuma yang digunakan dengan meluas didalam internet,Pilih carta bintang yang akan menjadi rujukan, kemudian fokus kepada buruj yang ingin dicerap.Carta bintang disediakan didalam mana-mana buku astronomi yang kita beli dari kedai Buku. Gunakan carta bintang tersebut untuk kita kenalpasti bintang-bintang yang paling terang, kemudian hitamkan di atas kertas dengan bintang-bintang yang paling terang tersebut. Plotkan corak buruj yang terbentuk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 08:29 AM | Show all posts
Bintang tiga segugus kat 'pinggang' buruj Orion boleh diguna untuk cari arah kiblat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 10:59 AM | Show all posts
Bintang tiga segugus kat 'pinggang' buruj Orion boleh diguna untuk cari arah kiblat
alphawolf Post at 2-5-2012 08:29

nampak tak bintang yang sederet tiga biji tu?3 bintang tu lebeh dikenali sebagai Orion belt atau urang putih panggil The Three Kings.. saje nak tambah info..
  

Namun , buruj belantik /orion ni bleh kelihatan hanya di bulan tertentu sahaja iaitu, di mesia
a. Bulan Julai-pd /masa sblom matahari terbit pagi
b. Bulan Disember-kelihatan tinggi di langit pda midnight
c. Bulan Mac-berada di tengah-tengah langit pada sunset
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2012 12:03 PM | Show all posts
Meh kita tambah info lagi, bintang di bahu Orion (yang warna oren tu ialah Betelgeuse, antara bintang terbesar diketahui. Sekiranya diletak dalam kedudukan matahari, permukaan Betelgeuse dianggarkan berada di orbit Jupiter.

Betelgeuse juga calon supernova. Oleh sebab jarak yang agak dekat dengan Bumi (640 tahun cahaya), sekiranya berlaku ia akan menjadi supernova tercerah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2012 04:17 PM | Show all posts
wahhhhhhh........hebat ciptaan tuhan.......suke sgtttttttt.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2012 01:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2012 09:04 PM | Show all posts
... syahdunya...

insop ler manusia... kita ni cuma mahluk Allah yang teramat kerdil ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 12:38 AM | Show all posts
ingt dulu ms sekolah rendah kot kene ingt buruj2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.096027 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list