imam yg baik menjaga kemaslahatan makmumnya..
untuk jaga kemaslahatan makmumnya, dia perlu tahu siapa makmumnya..
sama la mcm khalifah... utk jadi khalifah yg superb, dia kena kenal siapa yg diketuainya...yakni segala-gala makhluk di dunia ni..
-pendapat aku laa..
thessailly Post at 17-5-2012 01:27
sangat setuju.. ayat ko yang aku bold kan tu, banyak makna sebenarnya nya..
aku ada banyak benda boleh tulis kat sini, tapi malas sebab nanti banyak fitnah yang lain pulak..
cuma aku boleh sebut..
kemunculan khalifah terakhir, di sebut juga mujaddid terakhir @ penutup sekalian wali..
beliau ada macam2 ilmu dunia dan akhirat.. ini termasuk "Ilmu Segala Nama" @ "Ilmu Nama-Nama"..
kisah pasal "Nama-nama" ni ada di sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 dan 31..
sapa2 yang belajar tarikat, mesti tahu maksudnya.. ni aku share sikit basic nya..
Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
So scientifically kita actually boleh kaji benda2 halus seperti jin, hantu ni semua lah yer?
Selama aku hidup ni tak pernah aku dengar dari first party yang nampak hantu/jin dengan mata kasar. Tapi kita tahu dorang ni ada kat surrounding kita. Dan aku selalu mengesyaki dorang ni berbentuk radiowave, electromagnetic wave.
Tapi kalau electromagnetic wave yang di hasil kan melalui experiment kita kat lab, ada kah wave yang terjadi tu hantu/jin?
Seperti pertanyaan angel and devil which ones comes first? Well perharps we can find out which comes first...ultra violet or electromagnetic waves?
Same goes these matter has been around since the starts of universe. By the way is ultra violet a matter?,...because matter consist of atom and molecule...so does an angel a matter?
so.. sesape yang slalu duduk physic lab dan hospital SELALU terdedah dengan jin sebab banyak equipment kt situ yg generate various 'frequency' and 'wave'
AMARAN 1 - ALAT YANG TELAH diuji dengan KEPUTUSAN POSITIF DAN DIBUKTIKAN menjadi sangat TEPAT DENGAN pengesanan yang dibincangkan. Orang DENGAN HATI LEMAH ATAU Personality TENDER DINASIHATKAN TIDAK MEMILIKI ALAT INI, KERANA ALAT INI TIDAK SAHAJA mengesan TETAPI JUGA Kebetulan MEMPUNYAI KEUPAYAAN MENARIK PERHATIAN PARABEINGS.
AMARAN 2 - ALAT YANG BOLEH DIUJI DALAM rumah mayat, kubur, tanah perkuburan dan sebagainya. Zombie ADALAH makhluk yang serta-merta mudah DIKESAN OLEH PERANTI INI WALAUPUN DARI jarak lebih 50 meter. TIADA KERAGUAN makhluk SEPERTI zombie AKAN BENCI PERANTI INI .... beware.!!!
Untuk yang berminat membuat Gadget ini sila ke benang perbincangan bod disini
http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=647305
Kepercayaan terhadap zombie begitu meluas di kawasan di mana voodoo mempunyai pengaruh kuat, salah-satunya di Haiti, sebuah negara kecil Karibean. Apabila seseorang itu meninggal dunia, kaum keluarganya akan melakukan apa saja untuk meletakkan batu-batu berat di atas kubur supaya mayat tidak dicuri oleh bokor – bomoh voodoo. Seorang bokor akan memberikan bahan campuran khusus, dipercayai dadah-dadah tertentu, kepada seorang zombie supaya zombie itu kekal sebagai hambanya.
Zombie boleh makan, bernafas dan bergerak, tetapi mereka tidak mampu berfikir sendiri dan mengenang kembali apa-apa tentang diri mereka atau keadaan hidup mereka di waktu silam. Terdapat banyak kes zombifikasi yang disahkan, diselidiki oleh ramai pengkaji terkemuka di dunia Barat, dan kes Clairvius hanyalah satu daripadanya.
Wade Davis, seorang ahli biologi Amerika yang pernah bersama Harvard Botanical Museum telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti identiti bahan-bahan yang digunakan dalam proses zombifikasi. Dia yakin bahawa beberapa komponen tertentu memainkan peranan terbesar.Satu daripadanya adalah tetrodotoxin, satu racun saraf yang mengakibatkan lumpuh seluruh badan secara pantas, sering diperolehi dari ikan buntal. Seorang bokor yang mahu menukar mangsanya kepada zombie akan memberikan mangsa itu bahan ini, menyebabkan tanda-tanda demam yang seterusnya mengakibatkan keadaan terpukau seolah-olah sudah mati.
Dalam keadaan ini, mangsa itu sedar sepenuhnya tetapi lumpuh. Kulitnya sepucat mayat sementara denyutan jantungnya hampir tidak dapat dikesan. Walaupun diperiksa oleh doktor, mangsa itu dengan pantas akan diisytiharkan telah mati. Jelaslah ini adalah apa yang berlaku ke atas Clairvius, di mana dia dipercayai telah mati akibat demam.Yang kedua adalah sejenis cecair yang mengandungi hallucinogen, suatu pelali kuat yang dirembeskan oleh kelenjar pada kulit katak beracun Bufo marinus.
Manakala untuk membangkitkan semula mangsa yang telah “mati” itu, datura yang diperolehi dari apa yang digelar “timun zombie” (Datura stramonium, juga dikenali sebagai thorn apple dan rumput jimson) digunakan. Datura menyebabkan khayalan, kekeliruan mental, disorientasi, amnesia (hilang ingatan) dan keadaan separuh sedar yang sukar ditembusi, kesemuanya ciri-ciri biasa zombie. Datura perlu diberikan kepada zombie terus-menerus supaya dia kekal sebagai zombie.
Namun, biarpun zombie itu tidak lagi menerima datura, mereka jarang memperolehi semula keadaan mental seperti biasa. Jika dibiarkan di dalam keranda buat satu tempoh masa secukupnya sebelum dikeluarkan, mangsa itu akan mengalami kekurangan oksigen dan mengakibatkan kerosakan otak yang tidak boleh dirawat.
Dalam kes Clairvius, dia mengatakan doktor/dukun/bomohrnya telah mati dan tiada siapa yang memberikannya dadah, oleh itu bekalannya langsung terhenti. Dia mampu kembali ke keadaan sebenarnya mungkin kerana tidak dibiarkan secukup lama di dalam kerandanya untuk mengakibatkan kerosakan otak.
Jika sudah ada rangka yang dijumpai, dikesan berasal dari zaman beratus ribu tahun sebelum adam lagi, takkan kita nak berdiam diri atau mengatakan semua itu bukan dari ciptaan Allah?