CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2012 11:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 11-5-2012 23:20

BAB 21


Umairah dan ibunya bergelak ketawa sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Rugi betul adiknya tiada hari ini. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama puan Zaleha. Lepas makan tengahari mereka pergi shopping  dan apabila dah nak masuk petang mereka menunaikan solat asar terlebih dahulu. Kemudian mereka berjalan-jalan tepi pantai. Memang best. Pasti dia akan merindui saat-saat seperti itu selepas ini.Encik Ismail melihat dua beranak yang ketawa ceria dengan senyuman bahagia.Rugi rasanya tidak dapat mengikut mereka berdua berjalan-jalan.


“bahagianya......pergi mana ni..... dah dekat maghrib baru nak balik?” soal encik Ismail. Mengambil berat.


“kami pergi pantai tadi bang....lama betul tak jalan-jalan macam ni?” balas puan Zaleha ceria. Dia menghulurkan satu plastik ke pada encik Ismail.


“ ni Mai bagi kat abang... cantik tak?” puan Zaleha bertanya lembut. Umairah menghampiri ibu dan abahnya. Dia melihat wajah gembira abahnya yang memegang baju batik yang dipilih bersama puan Zaleha tadi.


“ eh cantik......pandai anak abah pilih.” Puji encik Ismail ikhlas. Umairah sekadar tersenyum. Dia memang tidak reti sangat nak berkomunikasi dengan abahnya.


“ tapi kenapa bagi abah hadiah tiba-tiba ni....” soal encik Ismail ingin tahu. Dia melihat wajah cerah anaknya yang agak pendiam bila dengannya. Dia tahu walaupun anaknya ini tidak cukup rapat dengannya namun anaknya ini cukup menyayanginya.


“ tak de sebab apa-apa lah bah....... dah lama mai tak bagi abah hadiah kan.” Balas Umairah lembut. Dia gembira melihat abahnya suka akan pilihannya.


“abah dah makan malam belum?” soal Umairah. Dia membuka tudung yang membelit kepalanya. Puan Zaleha sudah hilang ke biliknya. Mungkin menyimpan barang-barang yang dibeli tadi.


“ belum.... tadi makan tengahari je kat rumah mak Uda kamu. Haa..dia kirim salam Mai...” balas encik Ismail tenang. Dia tahu Umairah tidak cukup suka keluarga barunya namun dia tahu lama-kelamaan anaknya ini akan menerima keluarga itu dengan hati yang lapang.


“waalaikummussalam.” Balas Umairah perlahan.

“ abah nak makan apa. Biar Mai masak special malam ni. Yelah esok Mai dah nak balik seremban. Bila pulak lah Mai balik kampung.” Umairah mengubah topik. Dia mahu lupakan tentang keluarga baru abahnya. Dia memang tidak suka keluarga itu.


“ ni yang abah suka. Mai masak lemak cili api. Sedap betul masak lemak cili api Mai. Rugi kalau siapa-siapa tak merasa.” Puji encik Ismail. Dia melihat anaknya tersenyum gembira. Dia gembira melihat senyuman itu.


“ okey bah..Mai masuk dulu lah abah. Nanti Mai masak masak lemak cili api tu.” Balas Umairah senang. Encik Ismail sekadar mengangguk sebagai jawapan. Encik Ismail menyambung menonton mari mengaji yang di tonton tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2012 11:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 11-5-2012 23:34

BAB 22


Umairah mengangkat satu persatu barangnya kedalam rumah bak tongkang pecah itu. dia sakit kepala melihat keadaan rumah suaminya itu. dah berapa lama agaknya Ifran tidak mengemas rumah ini. Ifran sekadar melihat Umairah mengangkat barangnya yang agak banyak. Tiada hati langsung untuk membantu sang isteri.


“ dah berapa lama rumah tak berkemas ni.” Sindir Umairah.Dia mengeluarkan barang terakhir dari keretanya. Dia melepaskan penat yang amat terasa. Ada suami macam tak de. Desis hatinya.


“ dah setahun. Kenapa? Tak puas hati.” Balas Ifran selamba. Sebenarnya rumahnya tiadalah sekotor itu namun dia sengaja menyepahkannya apabila tahu Umairah akan berpindah kesitu. Dia mahu menjadikan gadis itu kuli dirumahnya.


“ eh apasal pulak aku tak puas hati..... aku suka la rumah macam ni.” Balas Umairah tenang. Ifran memang suka cari pasal dengannya.Dia memang tak nak bergaduh dengan lelaki ini tetapi lelaki ini ada sahaja modal untuk dijadikan perang antara mereka. Ifran tersenyum sinis. Ini baru rumah. Kau tak tengok lagi bilik kau dan dapur. Bisik hatinya bangga.


“ mana bilik aku.” Soal Umairah. Dia tiada masa untuk melayan kerenah Ifran.


“ bilik kau??............ eh kau sedar tak kau cakap dengan siapa ni?” soal Ifran. Niatnya untuk membalas dendam terhadap gadis ini belum lagi terkubur. Mungkin dia sekadar membuli gadis itu sehingga gadis itu meminta cerai dengannya. Selagi dia tidak pasti akan mendapat Atikah, selagi itu dia tidak akan ceraikan Umairah. Dan Umairah bersedia untuk menjadi kulinya seumur hidup.


“apasal pulak. aku cakap dengan kau lah. Takkan cakap dengan sofa tu.” Balas Umairah. Dia tidak paham agenda Ifran.


“ sayang......... abang ni suami sayang. Apa bilik? Bilik abang tu bilik sayang lah....” Ifran menyindir Umairah sinis. Kan nak sangat kawin dengan aku. Hah rasakan. Bukan senang nak dengar aku sebut sayang ni. Umairah membulatkan matanya.. lelaki ini memang suka menderanya. Dia tahu lelaki itu tidak serius tapi sekadar ingin mengenakannya.


“ kau jangan nak mengada-ngada dengan aku.” Marah Umairah.Hatinya risau juga. Takut peristiwa dua tahun lepas berlaku lagi. Walaupun lelaki itu tidak membuat apa-apa masa itu namun dia tidak mampu janji apa-apa buat masa ini.


“ rasanya tak salah nak mengada dengan isteri sendiri.Tak berdosa pun”. Balas Ifran selamba. Dia menghampiri Umairah. Sengaja menakutkan gadis itu. Biar minah di depannya takut sampai terkencing dalam kain.. Umairah mengundur kebelakang. Dia dah buat perangai gatal dia. Susah betul insan bernama lelaki ni. Cakap suka kat Atikah tapi sibuk menggatal dengan musuh sendiri. Kalau aku lah pandang pun aku tak mahu pada orang yang aku benci.


Desis hati Umairah. Dia menceluk tangannya ke dalam poket seluarnya. Dia sudah bersedia dari awal-awal lagi kalau keadaan ini terjadi. Perempuan mesti menjaga maruah diri. Ifran menguncikan pergerakan Umairah apabila Umairah tersepit diantara dinding dan dirinya. Dia meletakkan kedua-dua tangan diatas bahu Umairah sambil tersenyum nakal terhadap gadis itu. kononnya bersedia untuk memberi‘hadiah’ terhadap isterinya.


“ kau jangan nak buat tak senonoh kat aku... aku dah peringatkan awal-awal ni.” Marah Umairah. Mukanya dah bertukar warna. Merah kerana menahan marah.


“ tak senonoh apanya yang. Sayangkan isteri abang.” Balas Ifran dengan gediknya. Dia membelai pipi Umairah. Dia hanya akan berhenti apabila gadis ini menangis dan merayu supaya dilepaskan seperti mana yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu. Umairah dengan pantas mengeluarkan penyembur minyak wangi dari poketnya. Disemburnya perfume itu kedalam mata Ifran.Terjerit lelaki itu dengan tindakan spontan Umairah yang tak disangka-sangka.


Umairah cepat-cepat melarikan diri dari tempat yang menguncinya tadi. Ifran sudah hilang kebilik air. Ingin membasuh mata barangkali. Umairah cepat-cepat mengeluarkan gunting. Dia akan acukan kepada ifran sekiranya lelaki itu berani mendekatinya lagi.  Dia gembira. Berjaya mengenakan Ifran yang cuba mengenakannya. 5 minit kemudian, Ifran keluar dengan matanya yang merah. Hatinya betul-betul marah. Perempuan ni memang dah lebih.


“ weh.aku tak buat apa-apa pun. Yang kau lebih-lebih apahal.” Marah Ifran. Umairah mengacu gunting kearah Ifran. Gadis ni betul-betul dah gila. Desis hati Ifran.


“ apa yang tak buat apa-apa. Kau ingat pipi aku ni seposen. Agak-agak la weh. Sekali lagi kau nak buat benda yang tak senonoh dekat aku. Gunting ni pulak masuk dalam mata kau tu.” Ugut Umairah. Dia merenung tajam wajah Ifran yang tersenyum penuh sinis kearahnya.


“ kau berani ker....” Ifran bertanya perlahan sambil mara kearah Umairah. Pegang gunting pun terketar-ketar. Desis hati Ifran lagi.


“ apasal pulak tak berani. Kalau aku berani sembur perfume ni kat kau, takkan nak buat macam tu aku tak berani.” Jawab Umairah garang. Betul kata Ifran. Dia memang tidak berani. Mana mungkin dia boleh buat benda macam tu. Mahunya keluar surat khabar tentang mereka nanti.“isteri cuba membunuh suami apabila minta dilayan”. Mungkin begitulah tajuknya.


“ hek eleh...... pegang gunting pun terketar-ketar...tengok ni.” Ifran berkata sinis. Dia menghampiri umairah perlahan lalu menyentuh tangan Umairah yang menggigil. Tak sampai 2 saat gunting yang dipegang Umairah dah jatuh. Berdentum bunyinya apabila mengenai lantai. Umairah terkejut. Dia sangat takut. Lelaki ini memang kurang ajar.


“ haa.....dah nampak. Puas hati.” Ifran berkata sinis.Namun dalam hatinya terbit sedikit kagum melihat kesungguhan Umairah dalam memelihara kewanitaannya. Umairah diam. Tidak tahu menjawab apa. Dia memikir cara lain untuk menyelamatkan diri. Sepatutnya dia ambil penyapu tadi. Desis hatinya.


“ dah..dah......kau tak payah nak takut sangat. Aku pun tak hingin nak sentuh kau. Biar aku bagitau kau peranan kau sebagai ‘isteri kesayangan aku’.” Umairah mendongak muka demi memandang wajah Ifran yang hanya jarak setengah meter darinya. Hatinya lega dengan kata-kata Ifran. Dia mengucap syukur didalam hati. Dia mendengar dengan tekun apa yang lelaki itu cuba katakan kepadanya.


“ kat dapur tu ada pelbagai benda. Kau nak masak-masaklah. Kalau barang habis.... bagitau aku. Aku kasi duit dan kau pergilah cari apa yang kau rasa sesuai. Tu memang tanggungjawab aku. Kau pandai masakkan. Duit bulanan kau aku masukkan macam biasa dalam akaun kau. Bil-bil dalam rumah ni aku bayar. Benda lain kau nak cari sendiri. Tu je yang aku bagi. Dalam rumah ni aku dah buat tanda. Sebelah untuk kau sebelah untuk aku. Yang kita kongsi hanya lah dapur, bilik air dan ruang tamu... tu pun aku dah belah dua kecuali bilik air. Siapa yang masuk  tempat yang bukan ruangnya kena denda rm 5 ringgit. Faham tak?” soal Ifran tegas. Mustahil dia akan membiarkan Umairah merayap didalam rumahnya ini seperti rumah sendiri. Dia melihat Umairah terangguk-angguk.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2012 11:35 PM | Show all posts

“ faham ke tak... tak de mulut ke?” tinggi suara Ifran bertanya.Umairah menjeling marah kearahnya. Dia ingat cantik gamaknya dia buat muka macam tu. Desis hati Ifran.


“ faham.... mana bilik aku?” soal Umairah sekali lagi.Takkan aku tidur kat ruang tamu kot. Giler ke apa mamat ni. Bebel hati Umairah.


“ ada pun suara... ingatkan dah bisu sebab takut sangat tadi........ bilik kau depan toilet tu.” Tunjuk Ifran. dia melihat jam didinding. Pukul 4 petang. Dia ada date dengan Atikah kejap lagi. Atikah ada benda nak bincang tentang syarikat dengannya. Baginya itu adalah date. Umairah sekadar mengangguk. Dia lega. Sekurang-kurangnya ada jugak bilik untuk dia.


“ aku nak keluar date ngan Atikah. Jadi kalau kau nak masak makan malam, masak untuk kau je la. aku makan kat luar dengan Atikah.”Ifran sengaja mencanangkan date yang bukan date dengan Atikah kepada Umairah.Umairah tayang muka selamba. Dia dah penat untuk semua itu. Perasaan untuk membalas dendam terhadap Atikah kian pudar namun perasaan bencinya terhadap gadis itu belum lagi pudar. Bagus juga lelaki ini keluar. Tidaklah sakit sangat kepalanya duduk berdua dengan lelaki ini. Desis hati Umairah.


“ pergi lah.... aku wish good luck untuk kau dengan dia.Kalau korang dapat bersama balik aku jugak yang senang. mesti kau akan ceraikan aku. Senang sikit hidup aku.” Balas Umairah selamba. Dia malas nak melayan Ifran yang hanya tahu mencari pasal dengannya. Dia membawa barang-barangnya kebiliknya. Sekali lagi hatinya bak terkena heart attack. Biliknya macam dilanggar garuda. Dia hanya mampu mengurut dada. Ifran tersenyum bangga melihat reaksi Umairah yang melihat keadaan biliknya yang jauh lebih bersepah kalau nak dibandingkan dengan keadaan rumah mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2012 11:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 11-5-2012 23:41

BAB 23


Ifran masuk kedalam rumah miliknya sambil menyanyi kecil. Hatinya berbunga riang selepas bertemu buah hati. Sebenarnya dia dan Atikah hanya berjumpa tidak lebih satu jam pun. Selepas berjumpa Atikah dia pergi bermain bowling dengan kawan-kawannya ketika sekolah menengah dahulu. Hatinya riang. Sudah lama dia tidak pergi bermain-main seperti itu. dia melihat keadaan rumah yang sangat kemas. Lantai pun berkilatseperti menggunakan mozek yang baru.

Dia ternampak umairah tertidur diruang tamu dengan kepala disalut tudung. Tv terpasang. Entah siapa lah yang nak tengok tv tu. Nanti bil melambung duit aku jugak yang keluar. Bebel Ifran. Dia menekan punat off pada alat kawalan jauh diatas meja itu. Dia melawat dapur pula. Seingatnya semasa peninggalannya keadaan dapur amatlah kotor. Dengan sinki dipenuhi pinggan mangkuk yang hampir seminggu tak berbasuh. Meja makan yang berselerak dengan sisa makanan yang tidak tahu dari zaman bila dan lantai yang berminyak sehingga boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak berhati-hati. Dia dikejutkan sekali lagi...dapur kelihatan sangat bersih.Pinggan yang digunakan tersusun rapi diatas rak.. sisa makanan sudah dibuang.Lantai pun sudah siap dimopkan. Memang pembersih tahap pertamalah. Tapi kalau hati tak bersih nak buat apa jugak. Desis hati Ifran.


Rumahnya kini sudah berbau segar. Dia ada nampak satu wangian ambi pur di pasang pada plug berdekatan dapur. Dia tiba-tiba teringin melihat bilik sang isteri. Adakah sekemas keadaan rumah mereka. Dia menjeling Umairah yang masih lagi nyenyak disofa.Langsung tidak sedar keadaan sekeliling. Kalau lah ada perompak...hmm gamaknya kosong lah rumah mereka. Dia memutar tombol pintu bilik umairah perlahan–lahan. Wahhhh...biliknya yang asalnya penuh dengan buku yang berselerak,sawang-sawang labah-labah, tahi cicak di sana sini, lantai berdebu dan bilik yang berbau kini tiada lagi.


Bilik itu bagaikan bilik seorang puteri. Dengan perhiasan warna pink lembut... haruman segar bak bunga dipasang dan yang menariknya alunan bacaan Quran dipasang didalam bilik tersebut. Mungkin dia nak menghalau segala makhluk yang pernah menduduki didalam bilik yang asalnya sebuah stor. Ifran tercari-cari buku-buku yang sengaja dilambakkan didalam bilik itu. Tiada. Takkanlah minah ni bakar semua bukunya. Dia tercari-cari lagi.Umm... aku macam tahu aja mana minah ni letak. Desis hatinya.


Dia pergi kebiliknya. Sah.... memang disitu terletak semua buku yang disepahkan didalam bilik Umairah sebelum ni. Umairah sudah siap menyusun buku itu didalam 4 buah kotak. Dia tidak tahu bagaimana agaknya gadis sekecil Umairah mengangkat kotak-kotak yang dipenuhi buku itu. padan lah tidur macam tak pernah tidur selama 1 bulan. Dia mara ke ruang tamu.. melihat Umairah masih lagi nyenyak disofa bewarna krim itu. Lama dia merenung Umairah yang tidur lena. Dia agak terpesona dengan ciptaan Allah itu namun cepat-cepat dia beristighfar.


Meskipun Umairah isterinya, kalau dia hendak bersama dengan Umairah dia perlulah memintanya dengan baik. Lagi pun memang sudah menjadi azamnya, dia hanya akan bersama dengan wanita yang sudah bergelar isteri dan dia mempunyai hati pada siisteri. Umairah adalah sangat jauh dari segala ciri-ciri yang dikehendaki. Ifran menghilang ke bilik Umairah seketika. Mahu mengambil selimut gadis itu untukd iselimut kepada tuannya. Bukan kerana simpati sekiranya gadis itu sejuk mahupun digigit nyamuk. Tapi untuk mengelaknya terus merasa tidak menentu apabila melihat posisi Umairah yang agak menggetarkan naluri lelakinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 07:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-5-2012 19:29

BAB 24


Umairah terjaga lambat dipagi itu. Matanya memandang lama kearah jam handsetnya. Lama otaknya menafsir pukul berapa. 6.20 pagi!Umairah kalut. Dia teringat hari ini adalah first day dia ke sekolah barunya. Baju belum lagi bergosok. Nasib baik dia tak boleh sembahyang jadi tak perlulah dia tergesa-gesa menunaikan solat terlebih dahulu. Dia membuka pintu biliknya.Terkejut. Satu bakul baju bukan miliknya berada betul-betul didepan pintu biliknya. Didalamnya ada surat. Surat apa ni. Surat cinta ke... desis hati Umairah.Perasaan ingin tahunya melonjak naik.


“ sila gosok baju kemeja dan seluar slack yang ada kat dalam bakul ni. Yang selebihnya sila lipat.” Umairah terkejut. Satu arahan ditujukan kepadanya dan orang yang mengarahkannya tidak lain dan tidak bukan suaminya. Umairah menggenggam tangannya bagi menahan rasa geram yang bercambah dihati. Tidak cukup lagi ke dia dilayan seperti orang gaji mengemas rumah yang tidak seperti rumah itu kini dia di suruh menggosok baju yang bukan miliknya. Umairah mara kebilik utama rumahnya. Dia mengetuk pintu bilik suaminya. Hampir 10 ketukan baru lelaki itu keluar. Ifran kelihatan sudah segar dan wangi. Dikepalanya terdapat kopiah dan dia sekadar memakai t-shirt dan berkain pelikat. Pasti baru siap sembahyang. bisik hati Umairah.


“ kau ni apehal. Nak suruh roboh pintu bilik aku ni?”Marah Ifran. dia melihat wajah Umairah yang baru bangun tidur namun begitu sehelai tudung tetap membelit dikepalanya. Dia tidak paham apa yang bermain dikepala Umairah. Adakah mereka berdua ni ada aurat yang perlu dijaga. Ajaran mana pulak lah minah ni guna.


“dah aku ketuk kau tak nak keluar.” Balas Umairah garang. Kalau diikutkan....hatinya lebih sakit berbanding hati Ifran.


“aku tengah sembayanglah. Lain lah kau tak payah sembahyang.” Balas Ifran selamba. Umairah marah dan malu. Apa pulak topik itu pulak yang keluar. Kurang ajar betul la mamat ni.


“ tu.... baju depan bilik aku tu. Apasal?” marah Umairah sambil menunding jari kearah biliknya. Mata bulat mencerlung kearah Ifran. Kurang ajar betul suaminya ni.


“ apasal?” soal Ifran berlagak bodoh. Tahu apa yang menyebabkan Umairah naik hantu dipagi isnin itu.  Umairah cuba bersabar dengan mengurut-ngurut dadanya. Mahu sahaja ditendang lelaki didepannya ini.


“ kenapa aku kena buat tu. Baju kau...kau buat sendirilah...” balas Umairah tegas. Dia tiada masa untuk bergaduh dengan Ifran di pagi isnin ini. Dia sudah lambat.


“ apa gunanya ada isteri kan.... kau tu isteri aku. Apa aku cakap kau kena ikut. Kalau tak berdosa. Ni aku suruh buat kerja macam tu je. Kau dah nak kepoh macam-macam. Kalau aku mintak yang satu tu baru kau tahu langit tinggi rendah.” Sinis Ifran. gembira betul dia dapat melayan Umairah seperti orang gaji. Apa pulak ye dia nak suruh Umairah lakukan selepas ini yer?


“ hei.... kau buat sendiri lah. Aku bukannya suri rumah sepenuh masa. Aku pun kerja. Bukan kau sorang je”. Umairah membalas geram. Ada pulak dia suruh aku buat benda macam tu. Macam lah aku ni isteri solehah walaupun memang aku teringin nak jadi seorang isteri yang solehah.


“ ala setakat cikgu tu...bukanlah busy sangat pon. Lagipun kau tahu kan aku ni suami kau. aku mintak kau buat mende tu je. Kalau kau tak nak buat kerja tu kau kena layan aku lepas ni. Amacam. Nak?” Ugut Ifran. Dia tahu hanya bermodal perkara sensitif itu sahaja mampu menjadikan Umairah orang gajinya. Umairah tertekan dengan sikap suka mengugut dan mengarah milik Ifran. Dia berfikir sejenak.


“ kenapa aku nak kena layan kau pulak.” Umairah menjawab.Dia ingat ugut aku macam tu aku nak ikut ke. Pergi mampus laa...


“ ooo... tak takut. Siap kau... habis je period kau tu tahu lah kau langit tinggi rendah....... yang untungnya aku. Manalah ada lelaki tolak tuah... dah tepi la kau. aku pergi buat sendiri je... jangan menyesal ye nanti.” Ifran masih lagi mengugut. Dia mara kearah bakul yang dipenuhi baju. Mahu digosok dan dilipat. Umairah kecut perut dengan kata-kata Ifran. Betul...mana ada lelaki tolak tuah... kalau lah sekarang ni ada sahaja abang rogol adik..ayah rogol anak....... tak pelik kalau Ifran nak... kat dia. Dia cepat-cepat menuju kearah Ifran lalu merebut bakul baju itu dengan wajah masam mencuka.


“dah...bagi kat aku. Setakat kerja macam ni takkan aku tak boleh buat.” Balas Umairah selamba. Ifran cuba menyembunyikan senyuman yang nyaris terbit dibibirnya. Terasa menang.


“tahu takut.” Balas Ifran. Umairah buat muka panjang.Tiba-tiba dia memusingkan badan dan membuat wajah simpati. Ifran pelik. Apa lagi masalah minah ni.


“ boleh tak aku start esok.....aku dah lewat ni.” Pinta Umairah tersekat-sekat. Ifran ingin tergelak besar melihat wajah Umairah. Pertama kali selepas berkahwin Umairah kelihatan takut dengannya. Hmmm.... boleh lah dia membuli Umairah dengan jayanya selepas ini.


“ehh. Kalau tak nak buat tak pe la...bak sini.” Ugut Ifran lagi. Jam sudah hampir 6.30 pagi. Umairah masih belum mandi dan bajunya pun belum bergosok. Tapi bagi Ifran itu bukan masalahnya.


“ ehh..ehh... siapa cakap tak nak buat. Ini tanggungjawab aku kan.” Balas Umairah pantas. Huh geram betul hatinya. Dasar lelaki tak guna betul Ifran ni. Tak boleh berkompromi langsung. Umairah bergegas membawa bajunya dan baju milik sang suami ke bilik yang dikhaskan untuk menggosok. Dia menggosok bajunya terlebih dahulu. Bajunya lebih penting dari lelaki itu. ahhh nasib lah kau Ifran. Pagi ini tak de sarapan lah jawabnya. Aku tak pe tak makan pagi. Nanti makan kat kantin sekolah pun tak pe. Bebel hati Umairah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 08:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-5-2012 20:20

BAB 25


Umairah sedang menonton drama Nur kasih sambil memegang sehelai tisu. Sedih tahap gaban cerita ni. Kisah Adam, Nur Amina dan Aidil betul-betul menyentuh perasaannya. Kisah yang penuh dengan pengorbanan seorang abang kepada adiknya betul-betul meruntun jiwanya. Dilap air mata yang jatuh mencurah-curah ke pipinya. Simpati betul dia terhadap Nur Amina apabila di khabarkan suaminya sudah meninggal gara-gara pengeboman di india.


Di tarik lagi sehelai tisu dari kotak tisu yang berada di atas meja. Tisu yang tadi sudah hancur kerana terlalu banyak air matanya tumpah disitu. Tiba-tiba siaran tv bertukar. Keluar cerita kartoon yang dia sendiri tidak tahu dari mana. Umairah terasa pelik dengan perubahan yang berlaku. Macam mana pula cerita Nur Kasih boleh bertukar menjadi cerita kartoon. Dijeling seseorang yang tiba-tiba melabuhkan diri di sebelahnya. Lelaki itu ketawa besar tanpa sebarang sebab yang Umairah pasti.


“ weh... kau ni apa hal. Tak nampak ke aku tengah tengok citer ni...” marah Umairah. Dia cuba merampas remote control yang kini berada dalam genggaman Ifran. gagal! Sakit hati betul dengan orang kuat dengki macam Ifran ni. Nak kene penyepak betul mamat ni.


“ kau tengah tengok citer ke? Yang aku nampak kau menangis je dari tadi.” Balas Ifran selamba. Bukan dia minat pun cerita kartoon yang ditonton sekarang malah dia tidak tahu pun cerita apa yang dia sedang tonton kini. Namun, dia sengaja berbuat begitu. Pantang dia lihat Umairah bersenang hati menonton cerita kegemarannya. Umairah tidak boleh berbahagia selagi gadis itu adalah isterinya. Dia tidak akan benarkan.


“ kau memang dengkikan... bak sini remote tu... aku nak sambung tengok citer aku.” pinta Umairah. Dia tahu kebarangkalian untuk mendapat semula remote control dari Ifran sangatlah rendah. Lelaki itu akan buat apa sahaja untuk menyakitkan hatinya.


“ kau tak nampak ke aku tengah tengok citer ni... sibuk je.. pergi la kau.. menyemak je.” Bentak Ifran keras. Gembira dia sekiranya hati Umairah sakit dengan tingkah laku kurang ajarnya ini. Tapi kalau nak dibandingkan dengan sikap Umairah suatu masa dahulu, apa yang dia buat kini bukanlah sesuatu yang besar sangat! Sakit hatinya bila teringat hubungannya dengan Atikah yang sangat baik sebelum ini putus dek sikap Umairah yang dia sendiri tidak faham. Entah apa masalah Umairah sehingga sanggup buat begitu terhadap dia dan Atikah padahal dia dan Atikah sahabat baik kepada Umairah sebelum ini.


“ yang kau kacau aku tengok citer aku tak pe pulak...banyak hodoh muka kau..” tinggi suara Umairah. Dia mencerun kearah Ifran yang menatap tv penuh kusyuk.. entah apa yang best sangat dengan citer kartoon didepannya kini. Selama ini tidak pernah pulak dia melihat lelaki ini menonton cerita kartoon. Tak guna betul Ifran!


“ suka hati aku la... tv aku.. kalau kau nak tengok tv sangat pergi lah beli tv sendiri. Habis citer.” Sinis Ifran berkata. Dia memandang kearah Umairah yang mencerun kearahnya bagaikan ingin ditelan hidup-hidup. Marah betul gadis itu kini.. hatinya bersorak gembira. Padan muka kau. Umairah bingkas bangun dari tempat duduknya. Sakit hati dia melihat wajah Ifran yang tersenyum sinis kearahnya. Dasar lelaki kedekut tahi hidung masin. Dia menyumpah berbakul-bakul terhadap Ifran didalam hatinya.

Dia menuju kearah plug tv lalu menekan suisnya. Tv yang tadi bercahaya menjadi gelap gelita. Puas hatinya. Dia mara pula kearah Ifran dan satu sepakkan dihadiahkan pada kaki lelaki itu. kemudian dia cepat-cepat melarikan diri masuk kebiliknya. Takut Ifran mengejar dan memukulnya. Ifran menjeling Umairah yang kini sudah menghilang ke biliknya. Di gosok kaki yang terasa sakit. Tak berguna Umairah. Aku akan pastikan kau merana sampai bila-bila. Desis hati Ifran sebelum menghilangkan diri ke biliknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2012 09:28 PM | Show all posts
Lelama jatuh cinta...ermmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 10:25 PM | Show all posts
Reply 47# shahrinas


   hihi... normal la..novel cinta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2012 10:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-5-2012 22:33

BAB 26


Atikah membelek-belek laporan kewangan yang disediakan beberapa kali. Ingin memastikan tiada kesalahan yang dibuat. Dia tahu pengurus syarikat mereka seorang yang cerewet. Salah eja pun tak boleh. Itulah Ifran. Sangat berbeza waktu bekerja dengan waktu lain. Setelah berpuas hati, Atikah mara ke bilik pengurus syarikat dan bertemu dengan kak Mona iaitu setiausaha Ifran untuk memberitahu kedatangannya yang ingin bertemu pengurus syarikat makanan segera itu.


“ kak Mona....... saya nak jumpa encik Ifran jap. Dia ada tak?” soal Atikah sopan. Kak Mona yang tua 10 tahun darinya sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman manis kepadanya. Dia menelefon bilik bosnya kemudiannya.


“ encik Ifran ada kat dalam. Dia suruh masuk.” Balas kak Mona. Kak Mona memandang lama wajah Atikah yang kini sudah hilang disebalik pintu. Ade juga dia mendengar gosip antara Atikah dan encik Ifran dan dia juga pernah juga mendengar encik Ifran itu sudah berkahwin namun sekali pun dia tidak pernah nampak wajah isteri encik Ifran. Entah-entah Atikah lah isteri encik Ifran. dia perasan juga yang encik Ifran seperti ada hati kepada Atikah dan layanannya terhadap sangat berbeza dengan layanan untuk pekerja yang lain.Normal la kan sekarang ni orang rahsiakan perkahwinan mereka. Mungkin Atikah tak nak orang mengata dia dapat jawatannya sekarang kerana suaminya anak bos syarikat itu. hmmm....logik jugak. Desis hati kak Mona.


“ encik Ifran ni laporan kewangan syarikat kita sekarang.Kalau kita nak buat rancangan yang encik Ifran cakap tu sangat lahh boleh.”Atikah memulakan bicara setelah dijemput duduk oleh Ifran. Ifran membelek-belek fail yang diperolehi. Bagus. Semua maklumat lengkap. Dia ingin tahu kedudukan akaun syarikat. Dia tahu program yang ingin dilakukan bersempena bulan puasa yang tidak lama lagi akan menjelma agak memakan banyak perbelanjaan namun pulangannya turut lumayan. Dia menyimpan dulu fail itu. itu urusannya. Atikah tidak perlu tahu urusan itu. dia melihat jam di tangannya. Sudah pukul 4 petang. Sekejap sungguh masa berlalu.


“ nanti balik saya hantar.” Tawar Ifran. Atikah yang sudah bekerja dengannya hampir setahun setengah masih belum mempunyai kereta sendiri. Katanya belum cukup duit  untuk memiliki kenderaan sendiri. Sebab itu lah dia biasanya menaiki kenderaan awam.


“ eh... tak payah la. saya boleh balik sendiri.” Tolak Atikah lembut. Dia tidak suka menumpang Ifran. pasti Ifran akan mengungkit lagi kisah lamanya. Dia tidak tahu sampai bila lelaki itu mahu bersikap begitu. Dia harap sangat Ifran dapat menerima Umairah. Dengan cara begitu Umairah pasti akan berkawan semula dengannya. Kalau diikutkan dia tak nak bekerja disini. Banyak lagi tempat yang akan menawarkan kerja kepadanya namun apabila Ifran mengatakan kesudiannya mengambil dia berkerja di depan abah dan ibunya menyebabkan dia jadi terpaksa. Ibu dan abahnya sangat gembira dengan tawaran Ifran menyebabkan dia di paksa untuk bekerja disini.


“ alah tak pe la...rumah kita satu arah je kan. Nanti dalam pukul 5.30 saya pergi bilik awak. Tunggu tau.” Ifran memberi arahan.Atikah terasa berat hati. Salah satunya kerana Ifran adalah suami Umairah yang keduanya dia tidak mahu menghangatkan lagi gosip di dalam pejabatnya ini. Pasti rakan-rakan sekerja akan mengesahkan gosip mereka betul sekiranya mereka melihat dia menumpang Ifran.


“ tak payah lah encik Ifran. nanti timbul gosip pulak.”tolak Atikah lagi. Berharap Ifran akan faham. Dia tidak mahu di cop apa-apa.Kalau didengar oleh bapa Ifran pasti lelaki itu akan marah. Dan yang menjadi mangsanya pastilah dia.


“ gosip apa pulak. kalau diorang nak bergosip pun biar jelah diorang. Saya nak hantar awak balik aje. Bukan nak buat apa-apa pun.” Jawab Ifran mudah. Atikah tertekan dengan sikap sambil lewa Ifran. Lelaki ini suka mengambil mudah hal-hal sebegini.


“ kalau encik Ifran tak kisah tu urusan encik Ifran....tapi saya kisah. Saya tak suka dijadikan bahan gosip diorang. Dah.....simpan je lah niat baik encik Ifran tu. Saya balik sendiri.” Tegas Atikah. Bila dia berkata tidak mahu ini bermaksud dia tidak akan mahu sampai bila-bila. Jadi, usahlah Ifran menghabiskan masanya dengan memujuknya lagi. Atikah bangun. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi.


“ tak de apa-apa dah kan encik Ifran. saya keluar dulu.”Minta Atikah. Dia bergegas keluar tanpa menunggu jawapan Ifran. Ifran tergamam.Cepat betul awek aku bertindak. Desis hatinya.


Ifran termenung sejenak. Memikirkan hubungannya dan Atikah yang tiada tanda-tanda mahu pulih. Semuanya salah Umairah. Kalaulah Umairah tidak buat onar pasti dia dan Atikah sedang berbahagia bersama. Dia meneruskan kerjanya yang tertangguh. Dia mahu fokus kepada tanggungjawabnya ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 10:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-5-2012 22:51

BAB 27


Umairah pulang dengan wajah yang lesu. Penat betul hari ini. Pelajar-palajar zaman sekarang memang sungguh berbeza dengan pelajar zaman dahulu. Kebanyakkannya sungguh kurang ajar. Mentang-mentanglah anak orang kaya.Guru dibuat seperti pekerja mak bapak diorang. Umairah melihat jam di dinding.Hampir 4 petang. Dia sudah bersolat zuhur disekolah tadi. Boleh lah dia rehat sekejap sebelum menunggu masuk waktu asar. Dia membuka handsetnya yang di silence sepanjang hari ini. Kot-kot ada masej mahupun panggilan yang penting. 1 masej dari ifran. dia membuka mesej itu dengan hati yang malas.


“ malam ni aku nak makan sup ayam, sayur goreng dengan ikan goreng.” Umairah menjuih bibir. Amboi..bukan main lagi yer sekarang ifran mengarahnya itu dan ini. Kalau dulu dia hanya perlu menggosok baju dan melipat baju. Kini bukan itu sahaja kerjanya. Dia perlu memasak mengikut kesukaan lelaki itu, baju lelaki itu perlu dibasuh. Kalau menggunakan mesin tak pe lah jugak. Disuruhnya basuh pakai tangan. Katanya tak bersih guna mesin. Padahal masa dia tiada dulu, mesin tu lah yang berkerja untuk lelaki itu. Mengada betul.


Seluruh rumah dia yang perlu mengemas sorang-sorang. Bilik air mesti dibersihkan 3 kali seminggu. Dia dah macam orang gaji dah kat rumah ni. Ugutan lelaki itu macam biasa la. tak de modal lain. Nasib baik memang dia suka mengemas dan memasak. Jadi tidak terlalu terasa membebankan benda sebegitu meskipun sememangnya kerja itu amat memenatkan. Mungkin lelaki itu fikir dia berjaya menghuru-harakan hidupnya namun lelaki itu silap. Dia suka apa buat kerja-kerja itu.


Dia Cuma tertekan menjadi isteri lelaki itu. Bilalah lelaki itu mahu mencerainya.Takkan lah lelaki itu nak menceraikannya ketika dia berusia 30. Nanti masa tu dia dah tak laku. Umairah membersihkan diri terlebih dahulu. Sementara lelaki itu belum pulang ada baiknya dia melakukan sesuatu untuk memanjakan badannya. Hampir 20 minit di bilik air.....Umairah masuk kedapur pula. Mengeluarkan bahan-bahan beku seperti ayam dan ikan supaya ia mencair terlebih dahulu. Sekiranya bahan beku itu tidak cair, kemungkinan apa yang kita masak tidak masak dengan sempurna.


Umairah masuk ke biliknya pula untuk merehatkan diri. Sekejap lagi pasti azan di surau berdekatan akan berkumandang. Sedang elok Umairah termenung akhirnya dia terlelap. Hampir 2 jam kemudian barulah dia tersedar dari mimpinya. Dia terkocoh-kocoh bangun. Dia belum menunaikan solat asar. Ketika dia keluar dia bertembung dengan Ifran yang juga ingin masuk ke bilik air. Ifran melihat Umairah yang kelihatan kelam kabut.Tudung pun tak pakai hari ni. Desis hati Ifran. pertama kali dalam hidupnya melihat rambut panjang Umairah yang ikal.cantik. sesuai dengan bentuk mukanya yang agak panjang.


“ biar aku masuk dulu. Aku tak sembahyang asar lagi ni.”Pinta Umairah. Ifran memberi laluan. Kalau alasan lain mungkin dia tidak akan membenarkan Umairah masuk terlebih dahulu...namun apabila ia berkaitan dengan solat, dia tidak boleh buat besar kepalanya. Hampir 20 minit kemudian barulah Umairah keluar semula dari biliknya dengan tudung sudah menutupi seluruh rambutnya. Dia bergegas masuk dapur. Pasti ifran akan bising sebentar lagi.


“ baru nak masak ke?” Sinis Ifran bertanya. Balik pukul 3.30 tadi buat apa. Bebel hatinya namun tak terluah. Umairah tidak melayan.Lagi banyak dilayan, lagi banyak songeh Ifran. baik dia buat kerja diam-diam.Lagi cepat siap. Nasib baik menu yang diminta hari ini tidak terlalu sukar untuk disediakan. Dalam masa 1 jam pun dah boleh sattle.


“ kau ni kan pemalas betul la kan. Asyik tidur je.” Ifran menambah lagi. Dia sengaja mahu mencari pasal dengan Umairah. Dia bosan kalau tidak bergaduh dengan gadis itu.


“apa masalah kau sebenarnya ni. Aku tengah sibuk ni.Jangan nak mengacau boleh tak? dah la kau masuk line aku tu. Bayar 5 ringgit sekarang.” Bebel Umairah. Dia menjeling marah kearah Ifran yang buat muka selamba badak sumbunya itu.


“ala..aku tak pernah berkira time kau masuk line aku.Tapi, hari ni bukan main kau berkira dengan aku.” Balas Ifran selamba. Dia melihat Umairah yang lincah membasuh ayam yang sudah siap dipotong. Dia akui masakan Umairah agak sedap. Sebab itu dia sudah jarang makan diluar sekarang. Buat apa menghabiskan duit di luar kalau dirumah ada tukang masak.


“kecoh la kau ni. Kalau aku tak masuk line kau macam mana aku nak buat kerja. Kau tu bukan buat kerja pun. Kenapa nak masuk line aku.”Jawab Umairah geram. Adakah Ifran tidak penat bergaduh dengannya tiap-tiap hari. Pelik betul dia dengan lelaki itu. Tiba-tiba handset Umairah yang diletakkan di atas peti berbunyi. Umairah membebel didalam hati. Marah kepada pemanggil yang tiada masa lain mahu menelefonnya. Dah lah dia sedang menggaul ikan dengan serbuk kunyit pada waktu ini. Agak sukar baginya untuk mengangkat telefon pada waktu ini.


Ifran melihat nama pemanggil. Kalau keluarga Umairah mungkin dia malas mahu melayan namun sekiranya boyfriend Umairah dia akan layan. Siap lah lelaki itu dan padan lah muka Umairah. Haikal.... macam pernah dengar je nama ni. Bukan ke mamat yang tergila-gilakan Umairah masa kita orang belajar dulu. Hmm.wujud lagi rupanya mamat ni. Ifran menjawab panggilan itu. Umairah terkejut apabila melihat Ifran memandai-mandai menjawab panggilannya. Mahu marah namun tidak jadi apabila melihat Ifran sudah meninggalkan dapur bersama telefonnya.


“ assalamualaikum Mai.” Sapa Haikal lembut. Ifran nak termuntah mendengar sapaan Haikal. Tak sangka haikal dan umairah masih lagi berhubung. Mungkin haikal ini adalah boyfriend Umairah ketika ini. Dia akan pasti kan mereka berpisah seperti mana umairah memisahkan dia dan Atikah dahulu.


“waalaikummusalam. Ni husband dia. Umairah tengah masak. Ada apa-apa yang penting ke telefon maghrib macam ni.” Soal Ifran tegas. Mahu menyedarkan Haikal yang lelaki itu menelefon isteri orang pada masa yang amat tidak sesuai.


“oooooo. Ifran. tak de apa-apa. Cakap kat Mai saya dah posting...dekat-dekat Seremban jugak.” Balas Haikal. Dia sudah tidak seperti dulu. Dia pasti akan merebut Umairah kerana dia tahu pasangan itu tidak menyukai antara satu sama lain. Dia rasa sangat membazir sekiranya Umairah terus bersama Ifran yang tidak menyukainya langsung. Ada baiknya pasangan itu memutuskan hubungan mereka dan kembali kepada kekasih masing-masing.

“hmm.. tu je ke... nanti saya beritahu isteri saya.”Balas Ifran sinis. Sengaja ditekankan perkataan isteri. Haikal geram namun tak berkata apa-apa. Namun hatinya tiba-tiba gusar. Adakah Ifran dan Umairah kini duduk bersama. Adakah hubungan mereka telah pulih. Kalau tidak pulih bagaimana Umairah dan Ifran boleh berkongsi satu rumah dan bagaimana pula ifran boleh menjawab telefon bagi pihak Umairah. Adakah dia kecundang lagi. Kalah kali kedua dengan Ifran.


“hmm. Tu je. K...assalamualaikum”. Haikal memutuskan talian. Tiada sebab dia perlu menghabiskan kreditnya untuk berbual dengan suami Umairah. Ifran kembali ke dapur. Terdengar bunyi bising minyak menyanyi. Pasti Umairah sedang menggoreng ikan.


“ apasal kau jawab phone aku?” marah Umairah tidak puas hati. Lelaki ini dah lebih. Dia merampas telefon dalam genggaman Ifran. dia melihat senarai panggilan tadi. Haikal. Namun hatinya lega. Sekurang- kurangnya dengan Ifran menjawab telefon bagi pihaknya, pasti Haikal akan berputus asa.Dia tahu Haikal masih menaruh hati padanya. Mana taknya, ada sahaja masej dan panggilan yang tidak bersebab dihantar padanya. Kadang-kadang mesej berbau rindu dan cinta juga dihantar padanya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2012 10:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 12-5-2012 22:54

“ aku tolong jawab telefon pon tak boleh ke.... kau kan sibuk memasak.  Nanti lambat siap aku jugak yang kebulur.” Balas Ifran selamba. Dia menayang wajah tidak bersalah. Dia duduk di meja makan yang masih kosong. mahu melihat Umairah memasak. Lagaknya seperti ketua chef yang sedang memerhati anak buahnya melakukan kerja. Dia memang tiada benda hendak dibuat petang-petang begini.


“kau tolong aku..........hampeh...kau ingat aku nak percaya cakap kau tu. Kau saje nak kenakan aku kan.” Marah Umairah. Dia biarkan sahaja ikan goreng itu didalam kuali. Selepas masak barulah dia akan angkat. Kini dia sibuk menumis bahan untuk dibuat sup pula. Maklumlah suaminya nak makan sup pula malam ni. Dia tak ubah seperti isteri yang baik, mendengar semua permintaan sang suami.


“tak nak percaya sudah. Aku tak suruh kau percaya pun”. Ifran masih lagi dengan sikapnya. Dia tidak akan biarkan sehari pun Umairah merasa bahagia hidup bersamanya.


“kenapa kau risau sangat.... kau dengan dia tu ada plan nak kahwin ke?” soal Ifran sinis. Sengaja menyakitkan hati Umairah. Umairah takkan mampu bersama dengan haikal selagi dia tidak menceraikan gadis itu dan dia tidak akan ceraikan Umairah selagi dia dan Atikah belum bersama. Umairah menjeling Ifran. sakit hati.


“ memang aku ada plan pun nak kahwin dengan dia... tapi nak buat macam mana kan suami aku tu sayang sangat kat aku sampai tak nak ceraikan aku langsung. Tunggu umur aku 50 tahun dulu lah gamaknya..tu pun kalau panjang umur.” Sindir Umairah. Ifran tersenyum dengan senyuman penuh makna.


“ baguslah kalau kau tahu macam tu. Jadi bawak-bawak insaf sikit dengan apa yang kau dah buat pada aku dan Atikah. Kalau tak kerana kau, entah-entah aku dan Atikah dah ada anak kot sekarang. aku hanya nak kau rasa apa yang aku pernah rasa.” Balas Ifran keras. Dia meninggalkan Umairah yang sedang sibuk dengan kerjanya. Azan margrib sudah kedengaran. Dia mahu menunaikan kewajibannya dulu. Umairah yang mendengar kata-kata itu terdiam. Dia menganalisis. Kemudian dia tertawa kecil........memang inilah balasannya kan....

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 07:51 AM | Show all posts
kalau i x msk terus, biar kebulur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 10:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 13-5-2012 10:46

BAB 28


Usai solat maghrib Umairah mengetuk pintu bilik Ifran. mahu mengajak makan malam bersama-sama. Dia bukan hadap sangat nak makan dengan lelaki itu tapi memikirkan dia perlu mengemas banyak kali sekiranya dia dan Ifran makan pada waktu yang berbeza menyebabkan dia akhirnya membuat keputusan untuk makan bersama-sama. Tak lah terlalu banyak kerjanya sebentar lagi.


“ jom makan. Aku dah hidang tu”. Ajak Umairah. Dia bergerak ke dapur semula. Mahu membancuh air. dia tahu minuman kesukaan lelaki itu. nescafe. Namun baginya nescafe tidak sesuai untuk diminum pada waktu makan malam mahu pun lunch. Tapi apa boleh buat dah lelaki itu suka. Baginya cukup dengan air putih. Dia kurang mengamalkan minuman manis. Ifran duduk menghadap makanan yang sedia terhidang di atas meja.Dia tidak memulakan santapan.


“ makanlah dulu.” Suruh Umairah. Dia tidak berharap lelaki itu tunggu dia. Dia mahu membancuh minuman sekejap.


“aku tunggu air aku siap.” Balas ifran. tidak tahu apa yang ditunggu sebenarnya. Adakah air mahu pun Umairah.


“laa.... kau makan lah dulu..air minum kemudian kan.”Balas Umairah. Lama lah pulak air panas ni nak menggelegak. Bebel Umairah sekadar didalam hati.


“suka hati aku la nak makan bila.... yang kau nak sibuk apehal”. Ifran membalas kuat. Sengaja menyakitkan hati perempuan itu. Menjadi pantang dalam hidupnya jika tidak menyakitkan hati Umairah. Umairah diam. Malas nak melayan.Cakap elok-elok pon dia kena marah ni kan kalau dia melawan. Ada baiknya dia diam sahaja. Melayan orang seperti Ifran...diam adalah cara yang terbaik.Hampir 5 minit kemudian barulah minuman kegemaran Ifran siap. Dia meletak disebelah pinggan suaminya lalu duduk bertentangan dengan Ifran. Ifran membaca doa makan. Umairah membiarkan ifran mengambil lauk terlebih dahulu. Memang itu gaya hidupnya. Kalau dirumah selepas abah ataupun ibu barulah turn dia mencedok lauk.


“dah...” soal Umairah.


“dah.” Jawab ifran. dia sudah tahu kebiasaan Umairah.Selama hidup bersama hampir 6 bulan ini dia sudah menghafal sedikit sebanyak tabiat gadis itu. Umairah memandang lama wajah Ifran yang sedang lahap menelan nasi. Dia mula terfikir sesuatu. Sampai bila dia mahu hidup begini. Dia sudah bosan hidup begini. Tidak bermakna. Ifran mengangkat muka tatkala terasa direnung. Dia memandang tajam kearah Umairah yang masih merenungnya. Umairah mengalih arah. Tidak suka bertentang mata dengan Ifran. hatinya tak tenang. Dia tahu memang dia sudah dapat pembalasannya manakala hidup Atikah semakin bahagia. Ahh persetanlah semua itu. biarlah Atikah dengan hidupnya. Dia sudah malas melayan semua itu.


“bila kau nak ceraikan aku.” Umairah bertanya tenang. Dia menghentikan suapannya. Mahu fokus kepada jawapan yang bakal diterima. Ifran memandang semula kearah Umairah. Akhirnya selepas hampir 3 tahun berkahwin Umairah meminta cerai dengannya secara serius dan berhemah. Kenapa yer tiba-tiba aje.Adakah wanita itu sudah mula merasa menderita. Kalau yer. Baguslah. Itulah yang diharapkan selama ini. Meskipun dia tidak mendapat Atikah, sekurang-kurangnya dia berpuas hati dengan keadaan sekarang.


“ kau ada amnesia ke?” sindir Ifran. seingatnya dia pernah memberitahu syarat utama dalam proses penceraian mereka. Umairah menyuap nasi ke mulut. Hatinya sakit mendengar sindiran sinis Ifran. meski pun dia sudah biasa dengan suasana itu namun hatinya tetap tidak kebal untuk menerimanya.


“ apesal susah sangat kau nak dapat balik Atikah tu?”marah Umairah. Bila sakit hati mudah sahaja amukan amarah terlepas dari diri.Dia meneguk air kosong perlahan. Cuba mencari ketenangan. Hatinya sungguh tidak tenang. Marahnya pada Atikah memuncak lagi. Terasa Atikah punca dia menderita kini. Salah sendiri tidak pernah ingin diakui. Itulah sikap Umairah.


“kau marah aku atau kau marah diri sendiri nih...menyesal ke buat perangai tanpa fikir dulu?” tajam suara Ifran berkata. Hanya dengan Umairah sahaja dia bersikap sadis sebegitu. Bila hati dah benci,kata-kata lembut pun sudah menjadi keras. Umairah menarik nafas panjang. Cuba disabar hatinya sememangnya sudah kurang kesabarannya. Dia tidak tahu kenapa hari ini dia betul-betul tertekan dengan sikap Ifran. sedangkan lebih teruk dari ini dia pernah dapat dari suaminya.


“kau nak salahkan aku bila kau tak dapat Atikah balik....dulu korang putus pun kau salahkan aku. Sekarang pon sama. Mana pergi cinta sejati korang tu. Kalau betul Atikah cintakan kau mesti dia dah terima kau balikkan.” Luah Umairah. Hatinya betul-betul panas. Nasinya sudah ditolak ketepi.Tidak mahu menyeksa tekak yang tidak ingin menelan sebarang makanan. Ifran tersenyum sinis. Sewel ke apa minah ni. Tak boleh berfikir. Dia ingat Atikah tu macam dia. Tak ada perasaan. Pentingkan diri sendiri.


“ habis tu nak salahkan kambing tepi jalan sebab aku dengan Tikah putus. Kau ni bodoh ke apa... kalau bukan kerana kau yang memandai cakap Tikah curang kat aku semua ni takkan berlaku. Kau siap bagi evidance lagi hari tu. Kononnya gambar diorang dating. Kau rasa tu kesalahan kambing tepi jalan ke.”


“ aku rasa kau dah tahu yang perangai kau dengan Tikah 1000 kali berbezakan. Tikah seorang yang mementingkan persahabatan dan perasaan orang lain. Dia tidak akan terima aku hanya kerana dia cintakan aku. Baginya tak apa kalau dia menderita asalkan ‘kawan baiknya’ bahagia.” Balas ifran panjang lebar. Sempat lagi dia menyindir umairah. Ifran meneruskan suapannya.Baginya tiada sebab untuk seleranya mati demi pergaduhannya dengan Umairah.Umairah bukan siapa-siapa baginya.


Jadi, Umairah belum lagi ada kemampuan ituuntuk mematikan selera makannya. Umairah merenung tajam wajah Ifran didepannya. Sedar kesilapannya yang bodoh menggunakan masa depan sendiri demi membalas dendam namun rasa menyampah terhadap Atikah kian memuncak. Baginya Atikah sekadar berlagak baik, berlagak hati mulia. Ini bukan zaman 100 tahun dahulu. Sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri untuk kawan baik. Perkara macam itu sudah tiada dizaman milinieum ini. Mustahil seseorang itu akan berbuat baik kepada orang yang dah melakukan pelbagai kejahatan padanya. Atikah tidak sebaik itu. dia yakin dengan pendapatnya kini.


“ kau ni bodoh ke hah... mana ada orang buat benda macam tu zaman sekarang ni. Sanggup berkorban perasaan sendiri demi kawan baik konon. tolong la wei... aku tak percaya langsung. Atikah tu dah tak nak kat kau sebenarnya tu.” Balas umairah keras. Biar Ifran sedar sikit mana duduk dia dihati Atikah.


“ tak nak percaya sudah. Aku tak suruh kau percaya pon. Kau jangan nak fikir semua orang punya fikiran macam kau. kalaulah semua orang macam kau, memang tak aman lah dunia.” Sinis Ifran menjawab. Dia menambah nasi.Bergaduh dengan Umairah memang menaikkan selera makannya. Dia menjadi lapar meskipun tenaga yang digunakan tidaklah terlampau banyak. Umairah melihat Ifran yang kelihatan makin berselera. Adakah Ifran segembira itu apabila dapat bergaduh dan menyakitkan hatinya. Hati Umairah sakit sekali.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 10:46 AM | Show all posts

Dia sedar kesilapannya kerana memisahkan pasangan itu. dia ingin berubah menjadi wanita yang baik. Tak bolehkah lelaki ini memberinya peluang. Berapa lama lagi Ifran hendak menyeksanya. Tidakkah Ifran tahu, selagi mereka tidak bercerai selagi itu lah dia tidak akan mendapat Atikah. Adakah Ifran tidak tahu kenyataan itu. adakah dia perlu menghambakan diri kepada Ifran seumur hidup barulah dosanya terhadap lelaki itu terhapus. Kalau itulah sahaja caranya. Dia sanggup. Demi membalas segala perbuatan kejamnya terhadap Ifran yang tiada kena mengena dengan dendamnya terhadap Atikah dia sanggup menghambakan diri kepada jejaka itu. Umairah bangun. Membawa pinggan ke sinki dan membasuh tangan. Dia terus berlalu tanpa mengemas meja makan.


“ jangan lupa bersih dapur nanti.” Pesan Ifran. Umairah buat tidak dengar sahaja suruhan lelaki itu.Ifran tidak perlu mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya. Dia sudah cukup arif tentang itu. dia Cuma mahu menyejukkan diri. Dia terasa panas membakar duduk bersama jejaka itu diruang yang agak luas itu. Ifran berhenti menjamu selera. Seleranya mati bersama pemergian Umairah. Tidak pasti sama ada seleranya mati mahupun perutnya dah terlalu penuh. Namun hatinya terasa berat.Seolah-olah satu biji batu menghempap jantungnya. Tidak tahu makna perasaan sebegitu kerana itu kali pertama dia merasa begitu. Ifran memaksa diri menghabiskan rezeki didalam pinggan. Tidak mahu menjadi seperti Umairah yang suka membazir makanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 10:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 13-5-2012 10:58

BAB 29


Umairah merenung langit yang kelihatan hitam. Sebiji bintang pun tidak kelihatan malam itu. hatinya terasa sangat sakit. Masih terngiang-ngiang pergaduhannya antara dia dan Ifran maghrib tadi. Dia tidak tahu ke mana perginya Ifran. Ifran bukan pernah beritahunya sekiranya mahu kemana-mana melainkan sekiranya mahu bertemu Atikah. Itu pun sekadar mahu menyakitkan hatinya. Terasa ada air jatuh ke pipinya. Dia sangat menyesal dengan perbuatannya yang lalu.Kalau lah dia berfikir waras dan tidak terlalu mengikut kata hati yang marah terhadap Atikah, pasti dia tidak akan duduk dirumah ini dan meratap nasib diri.


Kini, bukan hidupnya sahaja yang tidak tenang, malah hatinya terasa bersalah.Terasa bersalah terhadap Ifran yang tiada kena mengena dengan dendamnya terhadap Atikah. Namun bila difikirkan kembali, rasa bersalahnya sedikit berkurang tatkala mendapat balasan seperti sekarang. Cuma, yang dirisaukan adalah masa depannya yang belum menentu. Pasti ibu dan abah sangat kecewa dengannya sekiranya mereka tahu duduk perkara sebenar. Malah bukan itu sahaja difikirannya. Usianya kian meningkat. Mampukah dia menemui jodoh setelah bergelar janda. Dia tidak mahu Haikal. Dia tak layak untuk lelaki itu dan cinta untuk lelaki itu memang tiada meski pun pernah dia cuba tanamkan didalam jiwanya.


Dia juga inginkan perkahwinan yang bahagia. Suaminya yang menghormati dirinya dan keluarga. Yang akan berkongsi zuriat yang soleh dan solehah. Bukan seperti Ifran. lelaki yang tidak tahu menghormati dirinya dan keluarganya. Tapi dia perlu sedar... sekurang-kurangnya dia masih ada cara untuk menebus kesalahan yang pernah dia lakukan kepada Ifran. Cuma untuk membantu menyatukan Ifran dan Atikah adalah mustahil baginya. Dia tidak mahu dan tidak akan biarkan Atikah bahagia. Atikah tidak layak bahagia setelah apa yang berlaku padanya. Jadi,sekiranya Ifran mahu berbahagia bersama Atikah itu adalah usahanya sendiri. Dia hanya akan menawar diri sebagai kuli kepada Ifran demi menebus kesalahannya.


Ifran yang baru balik dari bertemu sahabatnya terpandang Umairah yang sedang termenung melihat langit diatas buaian didepan rumah mereka. Hatinya menjadi berat tatkala melihat gadis itu. Bukan dia tidak mahu menceraikan Umairah, dia akan menceraikan Umairah namun bukan masa ini. Dia perlu bersedia mental dan fizikal terlebih dahulu. Apabila bercerai, bukan dia dan Umairah sahaja terlibat tetapi kedua-dua belah keluarga turut terjebak sama. Dia perlu memikirkan alasan yang munasabah dan masa untuk itu. mungkin paling lama setahun lagi.


Dia tahu, dia akan dapat bersama Atikah semula setelah menceraikan Umairah. Buat masa ini dia mahu memberi pengajaran kepada Umairah. Supaya gadis itu sedar kesilapannnya mempermainankan hati manusia. Kalaulah dia sahaja merana tak mengapa. Tetapi, Atikah turut merana dengan tindakan bodoh Umairah begitu juga keluarganya yang pasti bersedih apabila mereka ingin bercerai. Namun jauh disudut hatinya ada perkara lain yang menghalang penceraian mereka. Perkara yang dia sendiri tidak faham.Ifran menghampiri Umairah yang kelihatan tidak sedar kehadirannya disitu.


“asal duduk kat luar tapi pintu rumah terbukak macam tu.Nanti masuk nyamuk la dalam rumah.” Marah Ifran. itu sahaja modalnya untuk mencari gaduh pada waktu ini. Dia belum lagi dapat memaafkan Umairah. Namun itu semua salah Umairah. Umairah sekali pun tidak pernah meminta maaf dengan apa yang berlaku. Sebab itu lah dia menganggap Umairah masih belum sedar dan mahu menerima kesalahan yang dia telah lakukan. Gadis itu terlalu ego. Umairah tersentak. Dia menjeling kearah suara yang menegurnya.


“tak reti bagi salam dulu ke?” balas Umairah. Dia tidak melayan amarah suaminya tadi.. tahu, kata-kata itu sekadar alasan untuk memarahinya. Lelaki itu memang suka mencari pasal dengannya.


“aku dah bagi tadi..kau tu yang ada masalah telinga...”balas Ifran pantas. Memang dia sudah memberi salam. Tapi hanya sekali. Dia dapat melihat Umairah begitu tekun memandang langit sehingga tidak sedar salam yang di beri. Adakah Umairah sedang teringatkan seseorang. Sebab itu dia langsung tidak menyedari kewujudannya yang hampir 15 minit berdiri memerhatikan gadis itu. pasti orang yang diingati sangatlah malang nasibnya. Desis hati Ifran. Umairah diam. Tidak tahu apa yang harus dibalas.


Dia berharap sangat Ifran berlalu pergi dari situ dan membiarkannya berjiwang seorang diri disini dimalam minggu ini. Segala doanya tak termakbul. Ifran melabuhkan punggungnya disisi Umairah tanpa diminta. Dia memandang langit yang sama dipandang Umairah.Wajah seseorang terlukis didada langit. Yer...dia sangat merindui gadis itu.sayangnya terhadap gadis itu tidak pernah berubah dan insyaAllah tidak akan berubah sehingga dia mati.


Umairah memandang wajah Ifran yang tenang melihat langit hitam. Dia seolah-olah ternampak wajah seseorang dimata lelaki itu. hatinya terdetik sesuatu. Kenapa dia rasa macam ni. Bukan cemburu namun rindu. Bukan pada Ifran tetapi pada wajah dimata lelaki itu. ahhh..... kenapa dia perlu merasa rindu kepada orang yang dia benci. Adakah kerana dia sudah berjangkit pada Ifran yang kelihatan sangat merindui wajah itu. Umairah melepaskan keluhan berat. Dia meletakkan tangan di dadanya. Terasa amat perit sekali. Dia sedar, sejak dia bersikap dingin dengan Atikah hatinya sering merasa begitu dan mulutnya sudah tidak lagi pandai melebarkan senyuman manis.


Dia betul-betul berubah menjadi seorang yang berhati kering. Kenapa dia jadi begitu. Betulkah itu semua salah Atikah atau pun dia yang bermasalah sebenarnya.Mungkin ada masalah perasaan. Ye... orang yang suka cemburu dan dengki memang ada masalah hatinya. Jadi diakah yang bersalah sebenarnya. Air matanya jatuh tanpa disedari. Hatinya sangat perit. Dia terasa mahu mengeluarkan hatinya dan meminta organ itu bertenang. Pertama kali dalam 3 tahun lebih dia merasakan dirinya bersalah kalau dibandingkan dengan Atikah. Rasa dirinya bermasalah. Kenapa dia begitu bodoh.


Ifran terkejut melihat Umairah yang tunduk menangis.Dia tidak faham apa yang berlaku. Namun pada masa yang sama hatinya tidak gembira melihat gadis itu menangis.


“ kau ni kenapa?” soal Ifran. Cuba mengorek rahsia Umairah menangis secara tiba-tiba walaupun kemungkinan besar gadis itu menangis kerananya. Dia memandang wajah terpinga-pinga Umairah yang kini menatapnya.Buat-buat bodoh pulak minah ni. Desis hati Ifran.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 10:59 AM | Show all posts

“ apa?” soal Umairah tidak paham.

“aku tanya kenapa kau menangis cam budak kecik ni. Angin tak de ribut tak de...apahal tunjuk perasaan ni?” seperti biasa  Ifran bukannya nak memujuk tetapi menambahkan minyak ke dalam api adalah. Umairah mengerutkan muka.


“menangis. Bila pulak aku menangis ni.” Balas Umairah tenang. Namun dia meraba pipinya perlahan tatkala terasa basah. Ye... pipinya lencun dengan air mata. Macam mana dia langsung tidak sedar yang dia menangis.Kenapa dengan mengingatkan gadis itu, air matanya boleh gugur tanpa sedar.Kenapa!


“ habis tu air liur basi ea kat pipi kau tu.” Balas Ifran selamba. Umairah mengesat pipinya basah. Malu di tegur menangis macam budak kecik. Raut wajah cantik Atikah menjelma lagi dalam ingatannya. Terasa perbuatan jahat yang dibuat menjadi sia-sia seolah-olah dia sengaja mencari dosa percuma. Ahhh...........dia malas melayan perasaan. Dia sekali-kali tidak akan memaafkan Atikah yang dirasakan terlalu banyak merampas sesuatu miliknya.

Umairah bangun dari tempat lepaknya. Duduk bersama Ifran disitu bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan. Baik dia merehatkan diri di bilik. Ifran membiarkan sahaja Umairah berlalu. Dia malas mencari gaduh pada waktu ini kerana dia tahu Umairah bukan jenis yang suka melawan apabila dimarah mahupun disindir lagi-lagi tatkala melihat air mata gadis itu. Ifran tertanya-tanya punca air mata isterinya tadi. Apakah yang menggangu Umairah. Adakah kerana bebanan kerja atau pun tidak tahan bersamanya. Ahh....malas dia berfikir tentang wanita itu. membuang masa sahaja.


Ifran menyambung renungannya pada langit malam. Udara yang sejuk menikam badannya sehingga menggigil. Tidak tahu bagai mana Umairah dapat bertahan duduk diluar rumah begitu sebelum ini. Kerana tidak tahan dengan suasana yang sejuk, Ifran bingkas bangun menuju kebiliknya untuk merehatkan tubuh dan minda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2012 11:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 13-5-2012 11:11

BAB 30


            Setelah hampir 7 bulan Umairah tinggal bersama suaminya Ifran, hari ini puan Zaharah iaitu ibu kepada Ifran meminta Ifran membawa Umairah pulang kerumahnya setelah agak lama Umairah tidak kerumahnya. Umairah terpaksa menerima pelawaan dengan hati yang kurang ikhlas. Bukan dia tidak sukakan ibu mertuanya tetapi mengenangkan dia perlu berlagak bahagia dihadapan keluarga mertuanya memang sesuatu perkara yang sangat memenatkan.


Dia boleh dikatakan rapat dengan ibu mertuanya dan juga adik-adik iparnya. Ifran merupakan anak sulung dalam keluarga encik Tarmizi dan merupakan cucu kesayangan neneknya. Oleh kerana itu,adik-adiknya Anisa, Amira dan Ikmal sangat menghormati dan menyayanginya. Dalam keluarga Ifran tiada istilah pilih kasih. Sebab itu hubungan Ifran dan tiga lagi adik beradiknya sangat baik. Umairah menyalami puan Zaharah, encik Tarmizi dan nenek Juriah diikuti dengan adik-adik perempuan Ifran yang kini tersenyum senang kearahnya.


Setiap kali memandang wajah keluarga mertuanya pasti hatinya menjadi sayu. Terasa bersalah menusuk-nusuk ke hatinya. Dia tidak boleh bayangkan bertapa hancurnya hati keluarga mertuanya ini apabila dia dan Ifran bercerai suatu hari nanti. Bukan dia nak perasan tetapi dia dapat merasakan mereka sudah menganggap dia sebagai ahli keluarga. Kalau lah dia tahu sebaik ini keluarga Ifran terhadapnya, pasti dia tidak akan menerima pinangan nenek Juriah dan puan Zaharah suatu ketika dahulu. Tidak mahu dia mempermainkan hati-hati orang yang terlalu baik budi pekertinya ini.


“ dah lama kak long tak datang rumah mak..” tegur puan Zaharah menambahkan lagi rasa bersalah dihati Umairah. Dia menjeling kearah Ifran yang membuat wajah tiada perasaan. Dia tidak tahu apa di fikiran lelaki itu.


“ maaf mak... kak long sibuk sikit. Maklumlah baru masuk sekolah baru..” Umairah membalas perlahan. Dia tidak mampu memandang wajah puan Zaharah dan nenek Juriah. Terasa sebak dadanya. Umairah membahasakan diri kaklong apabila bersama keluarga mertuanya. Maklumlah Ifrankan anak sulung.


“ lepas ni Along bawaklah kak long datang sini selalu..nenek rindulah kat cucu nenek ni..” pinta nenek Juriah pula. Permintaan ini dituju kepada Ifran.


“ along bukan tak nak nek... nenek tahu je lah syarikat abah kan selalu sibuk. Along pun kadang-kadang balik rumah pun dah malam. Manalah sempat nak datang sini nek.” Balas Ifran. dia bukan sengaja memberi alasan tapi memang itulah kenyataannya.


“ alah kamu ni along... rumah along dengan rumah ni bukan jauh sangat pun... tak sampai 1 jam pun.. alasan je kamu ni kan.” Rajuk nenek Juriah.Memang begitulah nenek Juriah dengan Ifran. dia memang selalu berkecil hati dengan cucu sulongnya. Semua ini kerana rasa sayangnya yang tak terbelah bagi buat Ifran.


“ nenek... ni bukan alasan lah... memang kenyataan. Kalau rumah sendiri pun along susah nak lekat ini kan pula rumah kita ni.. along janji lepas ni kalau along ada masa along akan sering balik sini.” Janji Ifran sambil mengangkat tangannya seolah-olah bersumpah..


“ eh dah la jom masuk rumah... kita sembang kat dalam.Tak manis bersembang depan pintu ni.” Arah puan Zaharah lembut. Mereka semua bergerak kearah ruang tamu.


“ mak Jah...” panggil puan Zaharah lantang. Mahu meyedarkan pembantu rumahnya tentang panggilannya. Kelihatan wanita berusia hampir 60 tahun datang kearah puan Zaharah.


“ yer puan...” soal mak Jah.


“ buat air.... nanti bawak sekali cheesecake yang saya beli semalam.” Minta puan Zaharah.


“ baik puan.” Patuh mak Jah. Mak Jah sudah berkhidmat dirumah ini sejak Ifran lahir lagi. Kerana kesibukan puan Zaharah membantu suami nyamembangunkan syarikat makanan segera milik mereka, puan Zaharah terpaksa menggaji seorang pembantu demi membantu ibu mertuanya iaitu nenek Juriah dalam menjaga ifran. kini hampir 25 tahun sudah mak Jah berkhidmat dirumahnya.


“ satu lagi mak Jah... mak Jah tolong keluarkan bahan untuk masakan tengahari. Tapi biar saya masak hari ni..” sambung puan Zaharah secara tidak langsung menghentikan langkah mak Jah yang menuju kearah dapur.Mak Jah sekadar mengangguk tanda memahami arahan tuannya.


“ ibu dan abah kak long apa khabar?” soal encik Tarmizi sekadar berbasa basi.


“ alhamdullilah sihat abah... abah sihat tak? Hari tu kak long dengar tekanan darah abah tinggi lagi.. dah stabil ke belum?” soal Umairah pula. Risau juga dia mendengar cerita tekanan darah bapa mertuanya sudah mencecah 180 dan 110.. itu memang dah kategori teruk rasanya. Inilah salah satu faktor yang dia tak nak menuntut cerai dari Ifran. biarlah Ifran sendiri melepaskannya.Pasti lelaki itu sudah memikirkan tentang keluarganya sebelum berpisah dengannnya.


“ hari tu kan musim raya haji kak long.. abah kamu ni pula hantu daging..sebab tu naik tinggi sangat tekanan darah tu... lepas tu mak tak kasi abah makan makanan yang berkolestrol sangat dalam 2 minggu macam tu..alhamdullilah darah dah okey sikit lepas tu.” Balas puan Zaharah bagi pihak suaminya. Semasa kejadian itu, mereka sekeluarga berpuasa dari makan daging,lauk bersantan dan berminyak hampir 2 minggu demi menjaga kesihatan encik Tarmizi.Nasib baik encik tarmizi memberi kerjasama yang baik.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 11:11 AM | Show all posts

“ abah jaga la makan elok-elok tau... banyakkan sayur sayuran.. kalau rajin petang-petang ajak adik pergi jogging kat taman.” Nasihat Umairah sambil melirik kearah Ikmal yang merupakan adik bongsu Ifran. Ikmal yang kini tingkatan 5 sekadar tersengih mendengar kata-kata kakak iparnya. Ifran merenung wajah isterinya dari sisi. Inilah satu-satunya sikap yang dia suka yang ada pada Umairah.


Gadis itu ternyata begitu sayang pada keluarganya dan dia tahu Umairah tidak berpura-pura dengan kasih sayang yang di tunjukkan kini. Kalau di bandingkan dengan Atikah, Atikah sedikit sebanyak sukar untuk merapatkan diri dengan keluarganya seperti yang Umairah lakukan kini. Mungkin sebab itu neneknya dan emaknya begitu berkenan bermenantukan Umairah meskipun mereka tahu siapa Atikah di hatinya. Mungkin juga Umairah sudah mencucuk emaknya dengan memburuk-burukkan Atikah. Memikirkan kemungkinan itu hati Ifran terasa hangat kembali. Hilang rasa kagumnya terhadap Umairah sebentar tadi.


“ abah bukan tak nak kak long... si adik ni haa... bukannya nak teman abah pergi berjoging.. sibuk keluar dengan kawan-kawan dia..remajalah katakan.” Encik Tarmizi berkata selamba..


“ amboi..amboi..amboi..amboi..sedap abah kutuk adik. Padahal tiap-tiap hari adik ajak pergi jogging dia kata tak nak. Sekarang salahkan adik pulak tak temankan abah...” ikmal berkata separuh merajuk.Sengaja mengenakan ayahnya. Mana mungkin dia akan mengajuk dengan lelaki yang paling sporting di dunia ini.


“ yang kamu ajak tu sekali je... bila masa pulak tiap-tiap harinya. Abah ni ha yang ajak kamu tiap-tiap hari.” Tempelak encik Tarmizi..perbalahan antara encik Tarmizi dan Ikmal mengundang senyum dibibir setiap ahli keluarga Ifran. tahu sangat sikap encik Tarmizi dengan anak bongsunya itu.malah boleh dikatakan encik Tarmizi paling rapat dengan Ikmal namun tidak terlalu memanjakan jejaka pujaan pelajar wanita disekolahnya itu.


“ abah dengan adik sama aje... mak tak pernah dengar pun korang dua orang bincang nak pergi jogging.. pergi makan kat kedai mamak adalah..” kata-kata akhir puan Zaharah mendatangkan gelak semua orang disitu.Ternyata encik Tarmizi dan Ikmal sama-sama malas pergi joging. Setelah hampir sejam bersembang akhirnya Umairah dan Ifran berangkat ke biliknya yang terletak ditingkat dua rumah dua tingkat milik encik Tarmizi.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 12:03 PM | Show all posts
Apesal mcm umairah je heroin...i agak mesti irfan
Tgkap cintan jgk dgn umairah tuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 07:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 13-5-2012 19:14

BAB 31


            Umairah bersiap-siap memakai tudung sebelum keluar dari biliknya yang dikongsi bersama Ifran. Dengan wujudnya Ikmal yang ternyata sudah cukup umur itu, bolehlah dia memakai tudung 24 jam dirumah mertuanya. Meskipun didalam bilik kongsiannya dan Ifran. Ifran tidak pernah bertanya tentang itu dan dia tidak berharap Ifran bertanya. Harap-harap Ifran sudah faham mengapa dia bersikap begitu.


“ kau nak ke mana?” soal Ifran tatkala melihat Umairah mengepin kemas tudungnya. Tudungnya melabuhi dada. Bagus. Detik hati Ifran.Biasanya Umairah begini apabila mahu keluar dari rumah. Kalau dengannya kadang-kadang Umairah sekadar memakai tudung Arini yang tak labuh mana pun.


“ tolong mak masak la apalagi... takkan nak jadi menantu pemalas kot..” sinis jawapan Umairah. Sengaja memerli Ifran yang sangat sukar untuk pulang kerumahnya di Terengganu. Hanya hari raya sahaja lelaki itu pulang kerumahnya. Itu pun sehari. Tapi dia tidak kisah. Gembira pun ada tapi dia menjadi kisah bila ibu dan abah sibuk bertanya itu ini tentang ketidak pulangan Ifran kepadanya.


“ kemas pulak kau bertudung hari ni.. biasanya main tangkap muat je.” Ejek Ifran. Dia mengabaikan kata-kata pedas milik Umairah.Malas dia melayan kata-kata Umairah itu.


“ kan kat bawah ada adik kau.. mestilah aku kena jaga elok-elok aurat aku..” sela Umairah. Sengaja menyakitkan hati Ifran. dia tidak sedar perbuatannya kini seolah-olah sedang menempah neraka. Ifran ketawa sinis dengan jawapan Umairah. Umairah sedikit marah mendengar ketawa Ifran yang seolah-olah sedang mentertawakannya. Mamat ni sangat berbakat dalam menyakitkan hatinya.


“ asal kau gelak ni... salah ke kata-kata aku.. ke kau nak aku bukak aurat aku.. kasi banyak sikit dosa kau yang memang banyak tu..”bentak Umairah geram. Direndahkan sikit volume suaranya. Takut nanti pergaduhan antara dia dan Ifran didengari oleh keluarga mertuanya.


“ kalau jaga aurat kat depan elok pon tapi kat belakang terdedah nak wat ape?” sindir Ifran. Umairah mengerutkan dahinya. Tidak faham kata-kata suaminya. Tiba-tiba terasa tangan Ifran menyentuh belakang lehernya lembut. Meremang bulu roma Umairah seketika.


“ ni haa... nak tunjuk kat sapa.” Sinis sahaja nada Ifran sambil membetul-betulkan tudung Umairah yang sedikit terlipat kedalam. Setelah dia berpuas hati keadaan tudung Umairah sudah dalam keadaan yang kemas barulah dihentikan tangannya dari menyentuh belakang kepala isterinya itu. Umairah terdiam dengan perlakuan ifran sebentar tadi. Perasaan malu menghimpit jiwanya.Wajahnya sudah memerah. Namun begitu ada sedikit perasaan bahagia mulai mewarnai hati kecilnya. Dia tidak paham bagaimana perasaan bahagia itu boleh muncul padahal lelaki itu baru sahaja memalukannya.


Ifran tersenyum kecil melihat wajah Umairah yang sudah memerah. Wajah malu gadis itu nampak ayu dimatanya. Dia cepat-cepat beristighfar. Menghentikan diri dari merasa gembira dari hatinya. Dia cuba mengingatkan wajah Atikah bagi menghalau jauh perasaan aneh yang mula menapak dalam hatinya.


“ terima kasih..” ucap Umairah sambil mencepatkan langkah kearah pintu kamar. Dia terasa malu sangat untuk mengucapkan perkataan itu namun dia tahu dia patut meluahkan setelah Ifran melindungi maruahnya dari dilihat adik iparnya Ikmal.


“ tak pe... aku buat pun supaya dosa aku yang banyak ni tak makin banyak...” perli Ifran. sengaja dia menyakitkan hati Umairah. Umairah sempat menjeling marah kearah Ifran sebelum melangkah keluar dari bilik mereka berdua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.146438 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list