CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
Post time 14-5-2012 09:23 AM | Show all posts
x sbr nk tunggu diaorg bahagia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2012 08:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 15-5-2012 20:17

BAB 32


            Umairah membantu puan Zaharah memotong sayur-sayuran yang bakal di goreng sekejap lagi.Menu malam ini ialah gulai kari ayam, sayur campur goreng dan ikan tiga rasa memang betul-betul membuka seleranya. Masakan puan zaharah memang mantap. Boleh buka kedai makan bak kata encik Tarmizi.


“ kak long...” panggil puan Zaharah lembut. Dia mahu berbicara tentang wanita dengan menantunya kini. Setelah dipastikan hanya dia dan Umairah berada didapur barulah dia berani membuka mulut.


“ ye mak... kenapa?” soal Umairah gusar. Takut ada kesalahan yang dilakukan. Ditilik sayur yang di potong lama. Aku salah potong ke? Desis hati Umairah sebelum melabuhkan kembali pandangannya pada wajah puan Zaharah yang sedang merenung lembut kearahnya. Betul-betul menyebabkan dia teringatkan puan Zaleha. Ibu yang tersayang.


“ mak nak tanya sikit... kak long jangan kecil hati pulak...” permulaan kata-kata milik puan Zaharah mendatangkan risau pada hati umairah. Apa lah yang ingin ditanya oleh ibu mertuanya ini. tangannya terhenti dari memotong sawi yang tinggal beberapa batang lagi.


“ apa dia mak?” soal Umairah gugup. Berharap ada sesiapa datang membantunya ketika ini.


“kak long dengan along merancang ke?” soal puan zaharah lembut. Berharap sangat jawapan yang bakal dikeluarkan oleh umairah ialahTIDAK. Dia kalau boleh mahukan cucu segera. Dia teringin mendengar riuh suara baby. Orang lain yang seusianya sudah 2 hingga 3 orang sudah cucunya. Tapi diasatu pun tiada. Umairah dan Ifran pun sudah kawin lebih 3 tahun.


“ tak ada rezeki lagi mak...” balas Umairah sayu. Sayu kerana terpaksa berbohong dengan mertuanya ini. puan Zaharah terasa bersalah mendengar jawapan sedih dari Umairah. Pasti Umairah lebih sedih berbanding dirinya.


“ mak minta maaf kak long.. mak tak berniat nak buat kak long kecil hati. Tu la. naluri orang tua. Nak merasa pegang cucu sendiri pulak.” pujuk puan Zaharah tatkala melihat wajah mendung Umairah. Umairah makin sedih tatkala mendengar pujukan emak mertuanya. Pasti wanita itu ingat dia bersedih kerana tiada anak padahal perkara lain yang disedihkan. Dipegangnya tangan tua milik puan Zaharah.


“ tak pe mak.. kak long faham. Ibu kat kampung pun dah banyak kali tanya.” Balas Umairah lembut. Cuba mengambil hati puan Zaharah.


“ kak long tak pergi check kat klinik ke? Ye la kot-kot ade tersumbat kat mana-mana. Mungkin nak kena perbetulkan kat mana-mana. Bawak along sekali.” Cadang puan zaharah. Dia tak bermaksud untuk mengatakan anak menantunya mandul tapi sekadar memberi cadangan yang dirasakan patut dilakukan oleh Umairah dan Ifran. Umairah diam. Tidak tahu nak berkata apa lagi. Dia sudah tidak sampai hati menipu orang tua ini lagi.


“ nanti kak long bincang dengan along.” Jawapan selamat diberikan oleh Umairah bagi tidak terus menipu lagi. Tak sanggup rasanya mahu menipu puan Zaharah yang sudah dianggap seperti ibu kandung.


“ apa kata kak long dengan along pergi honeymoon. Seingat mak korang berdua tak pergi honeymoon lagi. Ye la masa kawin hari tu kan sibuk belajar. Mungkin kalau pergi bercuti ni kurang sikit stress kerja. Jadi anak pun mudah lekat nanti.” Cadang puan Zaharah lagi. Umairah terdiam lagi. Tidak tahu bagai mana mahu menjawab kali ini.


“ kami bukan tak nak pergi mak... kerja along kat office tu melambak-lambak.. student kak long pulak nak menghadapi PMR tak lama lagi..so kami busy sikitlah.” Balas Ifran yang tiba-tiba muncul didapur. Dia mendengar semua perbualan antara emaknya dan isterinya sebentar tadi dan dia bersimpati terhadap Umairah yang seolah-olah tidak tahu bagaimana mahu  menjawab bagi setiap soalan-soalan ibunya.  Namun begitu, hatinya tetap bersorak. Padan muka Umairah. Itulah gatal lagi kawin dengan aku. Kan dah kena attack macam tu dari mak mertua.


“ kamu tu along... busy...busy..busy.. cuba luang sikit masa untuk isteri kamu ni. Mak tengok korang berdua pun tak mesra sangat... tak macam laki bini lain..” bebel puan Zaharah. Umairah dan Ifran terkejut. Mereka menjeling antara satu sama lain. Hati mereka sama-sama berfikir. Adakah puan Zaharah sudah dapat menghidu hubungan mereka yang tidak pernah elok selama ini.


“ eh apa mak ni... kitorang okey je la... kan sayangkan..” balas Ifran gabra sambil memeluk bahu isterinya. Umairah sekadar mengangguk mengiakan kata-kata suaminya.


“ kalau okey tak pela...” puan Zaharah tidak jadi untuk meneruskan leteran tatkala mak Jah masuk kembali kedalam rumah bersama ikan yang sudah siap di siang. Dia tidak mahu menjatuhkan maruah anak menantukan dihadapan mak Jah meski pun mereka semua sudah menganggap mak Jah sebagai ahli keluarga sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 08:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 15-5-2012 20:26

BAB 33


             Umairah meletakkan bantal diatas sofa panjang yang terdapat didalam bilik Ifran. Dia sudah mahu tidur. Jam di dinding bilik itu sudah hampir 11 malam. Dia sangat mengantuk kerana memang sudah menjadi rutin hidupnya yang tidur awal selama ini. Ini bukan zaman universiti. Zaman universiti memanglah biasa dia dan rakan-rakan tidur di lewat malam. Ifran kelihatan sedang berbaring di atas katil miliknya. Menyampah! Itulah perasaan Umairah kini.


Lelaki itu betul-betul tidak ada gentlemannya. Ada ke patut dia disuruh tidur di sofa dengan alasan katil itu adalah miliknya. Geram! Umairah tidur dengan kepala yang berbungkus dengan tudung. Tak kuasa dia mahu menunjukkan mahkotanya kepada Ifran.  dia menutup seluruhbadannya dengan selimut dengan harapan Ifran tidak akan melihatnya dan mengintainya. Dia takut sebenarnya untuk berkongsi bilik dengan Ifran. walau seteruk mana hubungan antaranya dan Ifran, dia tidak boleh menolak kenyataan bahawa Ifran adalah suaminya dan lelaki itu berhak keatasnya.


“ kau dah tidur ke?” sapa satu suara yang cukup dikenalinya. Umairah membuka mata yang sudah ditutup rapat sebentar tadi. Dia merenung ke arah Ifran yang sedang memandang kearahnya.


“ ada apa?” soal Umairah. Hatinya terasa bergetar.Mintak-mintak Ifran tidak akan meminta apa-apa yang pelik.


“ kenapa kau rapat sangat dengan famili aku... aku tak sukalah tengok kau baik sangat dengan mak dan abah aku.” kata-kata Ifran menghilangkan rasa takut dalam diri umairah. Kini tinggal perasaan marah.


“ kenapa pulak... diorangkan mak dan abah mertua aku. apa salahnya aku rapat... lagi pun aku bukan rapat dengan diorang atas lakonan semata-mata tetapi sebab aku dah anggap diaorang macam ibu dan abah.. kenapa kau tak nak bagi pulak..” Umairah membalas tegas. Sebenci itukah Ifran kepadanya sehingga dia mahu berbaik-baik dengan keluarga lelaki itu pun tidak boleh. Dia bukan berlakon dalam menunjukkan kasih sayangnya. Dia ikhlas dalam menyayangi keluarga suaminya itu..


“ memang mak dan abah mertua kau... tapi diorang tu famili aku... aku tak nak diorang kecewa dengan kau.. menantu yang disangka baik tapi sebenarnya busuk hati.” Luah Ifran geram. Dia dapat melihat wajah marah Umairah selepas dia meluahkan kata-katanya.


“ apa hak kau nak mengatakan hati aku busuk... kau nampak ke hati aku...kau tahu ke hati aku macam mana... kau tak layak tau nak kata aku macam-macam. Cermin diri sendiri dulu. macam bagus je nak mengata orang.” Umairah membalas sinis. Sakit hati betul dia dengan sikap Ifran yang memandai sahaja mengutuknya perempuan yang buruk perangai. Seteruk itukah dia dimata Ifran. hatinya merintih pedih.


“ kalau kau baik tak de la kau buat fitnah macam-macam pasal Atikah... kalau kau baik kau takkan rosakkan hubungan aku dengan Tikah yang dulunya kawan rapat kau... baik sangat ke kau kalau dua perkara ni kau buat? Hah?” sela Ifran keras. Baru puas hatinya. Berlagak baik sahaja kerja Umairah. Umairah terdiam mendengar jawapan dari Ifran.


Benarkah dia sudah memfitnah Atikah selama ini... dia teringat kembali perbuatannya sebelum menikah dengan Ifran. yer...dia ada sebarkan kepada Ifran tentang kesalahan yang dilakukan oleh Atikah padahal gadis itu tidak pernah melakukan semua itu. Hatinya berdebar-debar secara tiba-tiba. Ya Allah... apa aku dah buat ni. Aku dah fitnah orang. Dosa menfitnah lebih berat dari membunuh...


“ kau tak terasa ke apa yang kau dah buat tu teruk Umairah... kau tak rasa ke nak pergi mintak maaf kat Atikah.. aku tahu kau tak seteruk itu. aku tahu kau baik. kau tak tinggal sembahayang, kau tutup aurat sempurna, kau sering mengaji al quran... aku tahu kau buat semua tu. Tapi apa gunanya kalau kau dah putuskan silaturahim antara kau dan Tikah... kau dah fitnah dia. Apa gunanya... aku nasihat kau ni pun pasal aku suami kau. aku sedar walaupun aku tak pernah suka terhadap kau tanggungjawab seorang suami masih lagi aku pikul.. aku tak nak terus terusan membawa dosakau.” nasihat Ifran tegas.

Entah mengapa malam ini dia terasa mahu memberi ceramah kepada Umairah... tapi dia buat semua ini bersebab.. dia mahu melihat bekas sahabatnya ini berubah. Mungkin sekiranya Umairah berubah, kurang sikit dosa yang ditanggung olehnya dan juga harapan untuk mendapat kembali Atikah semakin tinggi. Umairah diam lagi... dia tahu apa yang dikatakan ifran benar.Tapi hatinya masih sakit terhadap Atikah. Dia tidak mampu untuk membawa diri memohon kemaafan dari gadis itu sedangkan hatinya masih marah terhadap Atikah.Dia sering berdoa kepada Allah supaya hatinya sejuk kembali atas kesalahan yang Atikah lakukan terhadapnya supaya semua keadaan kembali kepada asal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 10:09 PM | Show all posts
Best ....nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 10:42 PM | Show all posts
wah...dah 3 tahun kawin still dok lagu ni...?

next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 11:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 15-5-2012 23:45

BAB 34


             Puan Zaleha merenung luar jendela. Suaminya tidak bersamanya malam ini dan semestinya lelaki itu bersama isteri kesayangannya. Dia tiba-tiba terimbau dosa-dosa lalu yang dilakukan. Perkara yang hampir 25 tahun yang lalu berlaku. Segalanya berlaku gara-gara sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Kerana ingin segala benda menjadi miliknya dia sanggup melakukan apa sahaja. Dia masih ingat raut wajah kuning langsat yang amat cantik dimatanya namun dalam diam wajah yang cantik itu membuatkan dia merasa cemburu.


Meskipun wanita cantik itu adalah rakannya,namun dia tidak kisah. Dia mesti dapat apa yang dia nak. Sebelum suaminya berkahwin dengannya, suaminya itu berkahwin dahulu dengan Zainab. Isteri keduanya sekarang. Zainab dulu memang sangat cantik dan boleh dikatakan semua pemuda malah orang tua bangka sekali pun tergila-gilakan Zainab. Dia memang cemburu dengan kenyataan itu namun dia tidaklah membenci Zainab. Baginya itu sudah menjadi kelebihan Zainab malah menjadi insan yang terlalu cantik tidaklah membawa kebaikan sahaja malah banyak juga buruknya.


Zainab pernah dibomoh orang semata-semata ada orang cemburu dengan wajahnya yang cantik malah wanita itu dibenci ramai wanita lain kerana suami mereka tergila-gilakan Zainab. Namun, cemburunya mula timbul tatkala Ismail lelaki yang dicintai dalam diam bercinta dengan Zainab.Namun memang rezeki berpihak padanya, keluarga Ismail tidak menyukai Zainab kerana wanita itu bukannya dari golongan berada seperti Ismail dan ibu Ismail pula sangat menyukainya. Namun, Ismail bukan lah jenis orang yang mudah berputus asa, dia sedaya upaya memujuk keluarganya supaya menerima Zainab.


Namun setelah hampir dua tahun mencuba pelbagai cara, akhirnya Zainab dan Ismail mengambil keputusan untuk kawin lari. Oleh kerana kejutan dan hasutan dari Zaleha, ibu Ismail iaitu maimon jatuh sakit. Ismail tergesa-gesa balik tak kala mendapat tahu ibunya telah nazak atas perbuatannya. Untuk tidak terus menderhakai ibu kesayangan, akhirnya Ismail terpaksa mengikuti kata-kata ibunya dengan menceraikan Zainab dan mengahwini Zaleha meski pun pada masa itu usia perkahwinan mereka baru mencecah 3 bulan. Selepas itu Zainab menghilang. Mungkin merawat hati yang luka.


7 tahun kemudian, puan Maimon meninggal dan pada tahun yang sama Zainab telah kembali semula ke tanah kelahirannya dengan membawa seorang budak. Budak itu adalah Nur dan merupakan anak kandung Ismail. Apabila misteri kelahiran Nur terbongkar, Zaleha terasa bersalah. Terasa dirinya menyebabkan Nur tidak mendapat kasih sayang seorang ayah dan terasa dirinya menjadi punca Zainab menjadi umpat keji orang kampung yang kononnya Zainab membawa anak haram.Setelah dia tahu perkara itu, dia menggesa Ismail mengahwini semula Zainab namun Zainab menolak.


Katanya, anggaplah mereka tidak berjodoh. Tapi,alhamdullilah berkat pujukan Nur yang sangat menginginkan seorang ayah, Zainab kawin semula dengan Ismail ketika Nur sudah berusia 22 tahun. Kini hatinya sedikit tenang. Dia dapat rasakan anak beranak itu dan suaminya telah memaafkannya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2012 11:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 15-5-2012 23:54

BAB 35


Zizie merenung lama pada wajah temannya yang langsung tidak berubah. Mereka sudah tidak bertemu hampir setahun namun wanita itu tetap sama. Langsung tiada perubahan. Mana lah tahu makin kurus ke...gemuk ke ataupun sudah mengandung! Tapi itu semua angannya sahaja. Mustahil Umairah akan mengandung dengan rumah tangganya yang begitu.


“ susah tak nak cari rumah aku tadi.” Soal Umairah lembut. Rindu betul dia dengan temannya ini. Gadis itu yang kini bekerja di sebuah bank di kuala lumpur kelihatan semakin cantik dan berseri-seri. Suasana petang yang nyaman itu menambahkan lagi rasa gembiranya dapat bertemu dengan sahabat baiknya ketika diuniversiti.


“ tak de lah susah sangat.... bukan dalam kampung pon rumah kau ni.” Balas Zizie. Dia menghirup air ribena yang dihidang Umairah.


“mana laki kau. senyap je rumah.” Soal Zizie. Umaira htidak perlu sorok apa-apa darinya. Dia tahu segalanya tentang kisah hidup Umairah dan Ifran.


“entah la aku. Dia tak cakap pon nak pergi mana. Yang dia cakap petang nanti aku nak makan tomyam dengan kailan ikan masin.” Balas Umairah sambil mengajuk cara Ifran bercakap. Zizie ketawa kecil dengan lagak Umairah mengajuk percakapan suaminya. Ada-ada sahaja Umairah ni.


“ tak sangka aku....dalam kau benci kat dia, jadi isteri solehah jugak kau. ikut je perintah suami.” Zizie berkata lepas. Dia ketawa dengan kata-katanya sendiri. Umairah turut ketawa. Tidak terasa dengan kata-kata sebegitu. Alah... kalau Zizie bercakap, dia jarang terasa..tapi kalau Ifran bercakap meskipun ayat yang lembut menjadi keras ditelinganya.


“ ye lah...kang kalau tak ikut dapat dosa... aku ni dah banyak sangat dosa...tak nak lah kutip dosa percuma yang lain.” Balas Umairah tenang. Zizie tersenyum lembut dengan kata-kata Umairah. Dia nampak Umairah sudah berubah kini. Menjadi lebih matang. Tidak seperti zaman remajanya dulu.Mudah memberontak dan berkecil hati. Dia tidak pasti sikap cemburu dan iri hati sahabatnya itu. adakah masih sama seperti dahulu. Dia selalu berdoa supaya gadis itu berubah. Dia tidak kisah sekiranya gadis itu cemburu, namun sekiranya cemburunya membawa keburukan kepada orang lain itu menyebabkan dia kisah.


“ kau macam mana dengan husband kau sekarang... dah okey ke?” soal Zizie. Dia serius. Bukan mahu menyibuk dalam urusan rumah tangga sahabatnya itu tapi sekadar mahu mendengar luahan masalah gadis itu sekiranya gadis itu bermasalah. Dia tahu sikap Umairah yang sukar meluahkan perasaan dan selama mereka bersahabat hanya dia menjadi tempat gadis itu meluahkan rasa. Mungkin dia tidak dapat membantu, tapi sekurang-kurangnya gadis itu lega...segala beban masalah kini terurai dan merasa bukan hanya dia seorang yang membawa masalah itu. Umairah tersenyum dengan pertanyaan sahabat karibnya itu.


“ hmm...aku dengan dia tu tak akan okey sampai bila-bila la... sekarang ni aku tengah tunggu dia ceraikan aku je. Lepas tu sattle masalah aku.” Balas Umairah tenang. Dia menghirup air ribena yang dihidang.Cuba melepaskan segala yang terbuku dihati pada gelas yang dipegang. Zizie memandang wajah murung umairah. Dia simpati terhadap gadis itu namun itu adalah harga yang perlu Umairah tanggung kerana bertindak tanpa berfikir dahulu.Kadang-kadang dia terasa bersalah dan berdosa apabila tidak menghalang Umairah sebaiknya dari bertindak bodoh suatu ketika dahulu. Zizie menggosok belakang Umairah.Cuba menyalur semangat dan harapan disitu.


“ kau dengan dia memang tak sebulu ke? Manalah tahu tiba-tiba dia jatuh cinta kat kau, kau pun sayang kat dia. Mungkin kalau mende macam ni berlaku, hidup kau lebih tenang nanti. Tak perlulah bercerai berai...kau tahu je lah kan. Kalau bercerai berai macam mana. Bukan kau sorang je tertekan. Satu family kau... famili Ifran akan tertekan dengan penceraian korang.” Zizie berkata lembut.. dia sebenarnya tidak suka Umairah bercakap tentang bercerai namun apa boleh buat apabila Umairah dan Ifran betul-betul tidaksehati sejiwa.


Perasaan tidak mampu dipaksa apatah lagi dia dapat tahu yang Ifran masih lagi tergila-gilakan Atikah. Pasti Ifran masih lagi menyalahkan Umairah kerana menjadi penyebab hubungannya dengan Atikah terputus dtengah jalan. Umairah tersenyum dengan kata-kata Zizie. Memang betul kata sahabatnya itu. itu lah yang difikirkan selama ini. Kalau dia ingin bercerai, effectnya bukan pada dirinya sahaja. Satu familinya dan famili Ifran akan merasa benda yang sama. Apatah lagi dia dan keluarga Ifran agak rapat.


“ memang tak sebulu la Zizie dan aku rasa aku dengan dia memang takkan sefahaman buat selama-lamanya. Kitaorang ni macam air dengan minyak. Tak boleh bercampur. Lagi pun Ifran tu memang setia betul orangnya.Sampai sekarang dia masih cuba tackle Tikah.” Balas Umairah jujur. Dia jarang menipu dengan sahabatnya ini. Zizie berhenti mengurut. Terkejut dengan penjelasan Umairah seketika tadi. Tikah?. Pertama kali dia mendengar Umairah menyebut nama gadis itu selepas mereka bergaduh. Adakah Umairah sudah tidak berdendam lagi dengan Atikah?


“ kau dengan Tikah dah okey ke?” soal Zizie ingin tahu.Dalam hatinya berharap sangat jawapan positif.


“apa maksud kau. aku dengan dia macam dulu la. tak okey.”Balas Umairah pelik. Dahinya berkerut seribu dengan kata-kata Zizie. Apa punya soalanlah minah ni.


“ tak...aku rasa macam pelik jer... biasanya kau tak hingin pun sebut nama dia. Tup-tup hari ni kau sebut. Kagum aku.” Balas Zizie.Kata-kata Zizie mengundang ketawa Umairah. Lawak betul lah minah ni. Benda macam tu pun nak kagum.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 00:01

“ ala kau... kalau aku tak mention nama dia nanti kau tak tahu pulak aku cakap pasal siapa. Nanti banyak pulak aku kena describe. Malas aku buat kerja dua tiga kali.” Umairah membela diri sendiri namun melalui teguran Zizie dia mula sedar. Perasaan dendamnya terhadap Atikah seolah-olah semakin pudar dari hatinya.


“hmm... ye la tu kot... habis tu Ifran tak cakap ke bila dia nak cerai kau. Entah-entah si Ifran tu syok kat kau kot. Sebab tu dia tak ceraikan kau.”


“tak logik betul la kata-kata kau ni zizie... tak de maknanya dia nak syok kat aku. Tapi pasal cerai tu tak ade la pulak dia beritahu bila nak ceraikan aku.”.


“Kalau betul Ifran tu tak ada hati langsung kat kau mesti dia ada planning nak ceraikan kau. takkan dia tak cakap bila dia nak ceraikan kau?”


“ hmm... dia cuma cakap tunggu dia confirm dapat Tikah dulu...selagi tak confirm selagi tu dia takkan ceraikan aku.”balas Umairah tenang. Zizie diam memikir.


“ apasal dia tak nak ceraikan kau segera eh... kalau dari segi logiknya.. aku rasa Tikah takkan terima dia selagi korang berdua still suami isteri. Tu lah Atikah yang aku kenal. Takkan dia tak tahu. Sampai bila-bilalah dia takkan bersama Tikah kalau dia tak ceraikan kau.” Zizie berkata sambil terangguk-angguk. Gayanya seolah-olah sedang menyelesaikan satu kes jenayah. Umairah sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu tujuan suaminya masih menyimpannya. Mungkin lelaki itu belum puas menyeksanya.


“ kenapa kau tak mintak je cerai... tak pon pergi aje mintak fasakh. Cakap lah apa-apa alasan pon..” Zizie melontarkan idea. Asal minah ni tak mintak aje cerai. Kan mudah. Maybe mula-mula susah si Ifran nak terima tetepi tahu je la kan lelaki.. dia pantang bini mintak cerai banyak kali. Last-last mesti dia ceraikan jugak punya.


Umairah diam. Bibirnya sahaja tersenyum. Dia tidak tahu apa yang perlu dijawab. Bukan kerana tiada jawapan tapi mulutnya seolah-olah kaku untuk meluahkan segala jawapan yang tersimpan. Zizie merenung wajah temannya. Hatinya terdetik sesuatu... adakah... tapi mustahil.


“ kau sukakan Ifran?” soal Zizie. Tidak berkias. Memang itulah Zizie. Seorang yang berterus terang.  Umairah diam lagi. Dia memikir cara terbaik untuk menjawab pertanyaan sahabat baiknya itu.


“ kau serius Mai. Kau sukakan Ifran. aku ingat kan kau benci kan dia.” Balas Zizie masih terkejut. Tidak sangka rupanya dalam diam, dalam benci Umairah terhadap suaminya gadis itu masih mampu menyimpan rasa terhadap lelaki itu.


“ hish kau ni Zizie...mengarutlah. tunggu malaysia bersalji dululah baru aku suka kat mamat tu.” Jawab Umairah pantas. Tidak mahu Zizie salah faham atas kebisuannya dalam menjawab soalan temannya tadi.


“ dah tu...yang kau senyap je bila aku tanya sapa suruh. Orang tua kata kalau diam tandanya setuju... haa...sama lah macam kau tadi tu.” Pantas Zizie menjawab. Cuba membela dirinya.


“ habis tu kenapa kau tak mintak cerai dengan Ifran.” soal Zizie lagi. Tidak puas hati Umairah tidak menjawab soalan yang diutarakan sejak tadi lagi.


“ aku bukan apa Zie...aku kalau boleh nak dia maafkan aku dulu baru kita orang bercerai. Kalau tak sampai mati aku tanggung dosa aku. Aku nak biar dia seksa hidup aku sampai dia rasa hilang marah terhadap aku apabila aku dah rampas kebahagiaan dia dan Atikah. Sekurang-kurangnya hilang rasa bersalah aku... lagipun, aku tak sanggup nak mintak fasakh tu semua. Nanti apa pulak kata famili aku... famili dia. Sebab tu urusan cerai ni aku serahkan kat dia. Bila tiba masanya nanti pasti dia akan ceraikan aku. Dia akan ceraikan aku sekiranya dia nak bersama Atikah”.


Panjang lebar Umairah menjawab. Dia sedih bila memikirkan dosa-dosa yang terlalu banyak dilakukan.  Zizie diam. Dia berfikir sejenak sebelum menyambung kata-katanya.


“ kenapa kau tak mintak maaf je. Kau pujuk dia lama-lama mesti dia maafkan kau. kau tak perlu korbankan masa depan kau semata-mata nak merasa merana seperti mana dia pernah merana sebelum ni. Tak perlu bagi aku.”


“Zizie...aku rasa aku tak layak pun nak mintak maaf dengan dia. Malah aku tak kan senang kalau dia senang-senang je maafkan aku selepas apa yang aku buat kat dia. Kau boleh bayangkan perasaan dia. Dulu dia pernah jadi sahabat lelaki yang paling rapat dengan aku tetapi kerana aku seorang mementingkan diri sendiri aku gunakan dia menjadi alat untuk aku balas dendam kat Tikah. Sedangkan dia tiada kena mengena langsung dengan masalah aku dengan Tikah dan dia juga ikhlas berkawan dengan aku. Tapi aku sebagai kawan dia dah hancurkan kebahagiaan dia. Tak ke kau rasa aku ni sangat teruk dan aku memang tak patut dimaafkan. Sekurang-kurangnya, kalau dia dera hidup aku perasaan bersalah tu hilanglah sedikit.”


Balas Umairah lagi. Zizie menepuk-nepuk lembut bahu temannya. Dia tahu kesedihan yang dialami oleh Umairah dan sekiranya Umairah sedar kesilapannya terhadap Atikah pasti gadis itu lebih tertekan dari sekarang.


“hmm... dah tak payah cerita pasal aku. Boring lah weh...buat sakit kepala je cerita pasal mamat tu.” Umairah mengalih topik. Sepatutnya, mereka bercerita tentang perkara menyeronokkan. Bukan topik-topik sebegini. Zizie sekadar tersenyum.


“ weh...kau balik kl bila.” Soal Umairah. Dia menjamah kek yang dihidang. Sedap. Bukan dia buat sendiri. Kedai yang buat.


“ aku ingat nak balik malam ni. Ye lah aku tak de tempat tidur jugak hari ni. Baik aku balik je terus. Bukannya jauh sangat kl dengan sini.” Balas Zizie. Dia turut memakan kek cokelat yang dihidang. Sedap. Pasti dari kedai. Dia tahu Umairah bukanlah pandai sangat dalam membuat kek mahupun biskut.


“ala... tidur rumah aku je lah malam ni. Bahayalah balik malam-malam. Dah lah kau drive sorang diri. Tidur sini je lah.” Pujuk Umairah. Dia belum puas bersembang dengan gadis manis itu.


“ tak pe ke? Karang laki kau halau aku.” Zizie gusar. Dia memang tidak cukup rapat dengan Ifran lagi-lagi selepas lelaki itu kawin.


“ala... biar je dia. Kalau dia halau kau... aku akan ikut kau balik kl malam ni. Aku tidur kat kl. Esok aku balik rumah.” Cadang Umairah. Zizie serba salah.


“ hish...tak payah lah Mai. Susah kan kau je. Nanti tak pasal-pasal perang dunia ke 3 pulak dalam rumah tangga kau ni. Lagi pun, nanti kau pulak yang penat...duit minyak satu hal.” Tolak Zizie lembut. Bukan dia tidak sudi namun dia tidak mahu menyusahkan Umairah.


“ hish kau ni. Macam lah aku ni jenis yang berkira sangat. Tak pe... kau tidur je rumah aku. Aku tak puas lagi sembang dengan kau. ifran tu tak de lah jahat sangat sampai nak halau orang. Tak payah risau la.” pujuk Umairah lagi. Zizie tersengih nakal dengan kata-kata Umairah.


“aikk..belum apa-apa dah back up suami nampak. Kata tak suka.” Usik Zizie.


“hish kau ni. Nak tak nak?” gesa Umairah. Kalau dilayan usikan Zizie tu menjadi-jadi pula nanti.


“ ye lah... ye la... aku tidur sini. Tapi kau kena masak special sikit untuk aku.” Balas Zizie senang. dia memaut mesra bahu Umairah.


“ beres no hal. Aku kan good housewife.” Balas Umairah gembira. Gembira temannya yang hampir setahun tidak ditemui akan bersama-samanya malam ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2012 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 00:07

BAB 36


Ifran tidak banyak cakap malam itu. Terasa kurang selesa dengan kehadiran Zizie kawan rapat Umairah. Umairah sudah menyatakan bahawa kawan baiknya akan tidur disini malam ini. Dia tidak kisah tetapi agak tidak selesa namun dia tidak sampai hati untuk menghalau. Dia fikir juga bahaya seorang perempuan memandu kereta malam-malam begini.


“ Ifran... kau dengan Tikah kerja kat tempat sama ke?”soal Zizie. Sekadar mencari topik perbualan. Dia tahu Ifran tidak selesa dengannya dan Umairah tidak selesa untuk bercakap di depan Ifran. Kini dia sudah saksikan sendiri bagaimana hubungan Ifran dan Umairah. Tak sampai 5 minit bertemu pun mereka berdua dah bertekak. Dia pun tak faham dengan perangai Ifran...lampu bilik air yang umairah terlupa nak tutup pun dikecohkan.


Langsung tidak malu padanya yang merupakan seorang tetamu. Dia tahu, Ifran tidak menyukainya kerana dia kawan baik Umairah. Namun dia tidak kisah. Ifran bukan siapa-siapa padanya.


“ hmm... syarikat ayah aku.” Balas Ifran sepatah.Mulutnya tidak cukup aktif untuk bercakap tapi kalau bab cari gaduh dengan Umairah memang dia cukup expert. Suasana sunyi kembali.


“ bulan 8 nanti cuti sekolah kan. Kau balik kampung tak mai?” soal Zizie. Malas dia berbual dengan Ifran. ada baiknya bersembang dengan Umairah. Lagi best.


“ eh mesti.... lama dah aku tak balik. Kau tahu je kan perangai aku macam mana. Zaman belajar dulu pun pantang ada cuti. Sibuk nak balik rumah.” Balas Umairah girang. Kalau topik rumah yang dibincangkan memang dia suka.


“a’ah mesti la aku ingat. Tak tahannya balik rumah awal datang kolej lambat... suka hati kau je ponteng kelas.” Usik Zizie. Zizie dan Umairah ketawa riang. Lupa mereka tentang kewujudan Ifran yang seperti tidak wujud didepan mereka kini.


“ ala kau cakap kat aku. Kau pun sama je....” tempelak Umairah.Zizie ketawa kecil dengan kata-kata Umairah. Ifran menjeling sahabat berdua didepannya kini. Menyampah. Orang duduk kat meja makan ni nak makan bukan nak melalak. Dia mempercepatkan suapannya. Mahu bergegas pergi dari meja makan yang membosankan baginya.


“kau ingat tak Dr Ahmad.. lecturer multivariable calculus tu..” soal Zizie... memulakan aktiviti gosip mereka. Mata Umairah bercahaya.Tidak sabar-sabar ingin mengeluarkan segala cerita lucu dizaman universitinya bersama Zizie.


“aku ingat...aku ingat... takkan aku lupanya lecturer skema yang kerek giler tu...” balas Umairah semangat. Ifran menyampah. Dah mulalah tu nak buat ketupat. Kat dalam rumah aku jugak diorang nak mengumpat. Takde tempat lain ke apa. Boring betul budak berdua ni.


“ hish kau ni...lecturer kita tu... memandai je kau kutuk macam tu”. Balas Zizie pantas. Sengaja mahu mengenakan Umairah. Padahal mereka sama-sama mengumpat lecturer yang cukup skema dimata mereka.


“ ala kau kutuk aku... dulu-dulu kau jugak yang ajar aku. Tapi betul la... aku ingat lagi ayat yang aku kena dengan dia. ‘Hmmm awak lagi Umairah yang datang lambat. Tiap-tiap hari awak datang lambat ke kelas pastu minta maaf kata tak nak buat lagi. Esok datang lambat lagi... tiap-tiap hari ke awak sakit perut”. Umairah berkata girang sambil mengajuk gaya dr Ahmad.

Ceria betul dia kalau mengingat zaman belajarnya dulu. Seronok. Ifran hampir tersembur ketika menelan suapannya mendengar kisah Umairah. Lawak pulak. Padan muka. Tapi dia akui.... Umairah memanglah muka pelajar yang suka masuk lambat ke kelas. Tapi dia tidak pernah tahu pula alasannya sakit perut. Melampau betul minah ni. Dia cuba mengawal wajahnya yang ingin ketawa tatkala Umairah dan Zizie memandangnya.


Umairah memandang pelik ke arah Ifran. Cepat-cepat dia mengambil air putih. Mungkin suaminya tercekik nasi. Ifran menelan air putih pemberian Umairah tanpa sebarang kata. Dia tidak kisah apa yang difikirkan oleh Umairah dan Zizie tentang perangainya yang tidak berterima kasih atas bantuan yang diberi. Mereka berdua bukanlah insan penting yang perlu difikirkan pandangannya. Umairah dan Zizie meneruskan perbualan hangat mereka. Ifran menghabiskan suapan terakhir dan cepat-cepat mengangkat punggung meninggalkan meja makan itu meski pun jauh disudut hatinya teringin mendengar kisah selanjutnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:09 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 00:16

BAB 37


Umairah membuka tudung yang membaluti kepalanya. Hanya berada dibilik sendiri barulah kepalanya bebas. Dia tahu, tidak berdosa sekiranya dia menunjukkan auratnya kepada Ifran namun dia tidak kuasa untuk membuat itu semua. Ifran bukan suaminya yang bakal hidup disampingnya hingga ke hujung nyawa jadi dia tidak mahu membazirkan apa yang ada padanya untuk lelaki yang hanya akan bersamanya sementara waktu.


Segala yang dia ada hanya diberi kepada lelaki bernama suami yang dia yakin akan bersamanya sepanjang hayatnya. Zizie memandang umairah sedang menyikat rambut ikal panjangnya dengan satu pertanyaan. Dia perlu bertanya segala yang dia saksikan sepanjang bersama suami isteri itu. entah mengapa dia merasa Umairah menipunya. Ada sesuatu Umairah sembunyikan darinya. Dia yakin dengan hatinya. Umairah bukan sehari dua baru dikenali.


“ kau ni Mai baik tak bertempatlah.. kenapa kau pakai tudung depan suami kau. bukan berdosa pun kalau kau dedahkan rambut kau tu.”Soal Zizie selamba. Dia berbaring diatas katil empuk milik Umairah. Dia tidak pelik kalau Umairah dan suaminya tidur berasingan tetapi dia pelik bila Umairah menjaga auratnya apabila bersama suami sendiri. Umairah membaringkan diri sebelah Zizie. Dia merenung jauh kedalam siling biliknya.


“ memang la tak berdosa tapi aku tak nak bazirkan apa yang ada pada aku pada lelaki yang aku yakin tidak akan bersama aku selamanya.Baik aku jaga elok-elok diri aku dan pastikan suami aku yang sebenarnya nanti dapat diri aku yang suci.... lagi pun kau tahu jelah kan.. Ifran tu memang lah dia dia bencikan aku tapi dia tetap lelaki. Karang kalau aku dedah sana sini tak pasal-pasal mengandung pulak aku.. nanti susah pulak nak sattle masalah kami.”Balas Umairah. Zizie tersengih nakal dengan kata-kata Umairah...


“ nape? Dia pernah buat apa-apa ke kat kau?” soal Zizie tanpa segan. Umairah tersengih sambil memukul lembut bahu temannya.


“ eii gatalnya kau ni... tak de lah.  Aku kan dah cakap dia tu setia gila kat Tikah. Mesti dia pun sama dengan aku. nak memelihara kesucian diri untuk bersama dengan insan yang tersayang yang sebenar. Memang dia pernah ugut nak apa-apa kan aku kalau aku tak ikut cakap dia tapi aku tahu dia tak serius. Dia nak kenakan aku jer.” Jelas Umairah. Dia bangun menyandarkan badannya yang kecil pada kepala katil.


“eh ye ke..beraninya dia ugut kau macam tu... nampak cam baik...tak sangka gatal jugak orangnya.” Zizie berkata dengan ketawa kecil.Umairah turut ketawa. Ada-ada saja Zizie ni. Mulutnya tak kering dengan ketawa apabila bersama gadis itu.


“ kau ni kan..dia tu lelaki normal okey... kalau lelaki yang tak normal je boleh tahan duduk dengan perempuan yang halal dengannya tanpa rasa apa-apa. Sebab tu aku pakai penuh seluruh badan supaya dia tak fikir yang bukan-bukan sangat.” Balas Umairah lembut. Zizie tersenyum. Dia perasan sesuatu. Sejak berbual dengan Umairah sepanjang hari ini banyak kali dia mendengar Umairah back up suaminya malah layanan umairah kepada Ifran tak seperti musuh. Betulkah tanggapannya yang Umairah sudah jatuh cinta kepada Ifran atau itu cuma khayalannya sahaja.


“kau sebenarnya dah jatuh hati kat suami kau kan. Betul tak.” Zizie bertanya straightfoward. Tidak bengkang bengkok. Soalannya itu mengejutkan Umairah. Gila ke apa minah ni tanya macam tu. Setakat si Ifran tu...bagi free pun aku tak mahu la.


“ hish kau ni..... tak de la... aku betul lagi. Gila keapa aku nak suka kat orang macam tu. Mahunya tak tenang hidup aku seumur hidup.”


“eleh...ye la tu...aku tau kau suka kat dia kan... aku nampak lah semua tu.” Zizie masih lagi dengan pendiriannya. Dia yakin rasa hatinya tepat.


“apa yang kau nampak tu. Bagitau sikit... kot-kot betul...” balas Umairah tenang. Dia tahu hatinya. Zizie tak perlulah nak berkata apa-apa. Dia yakin memang hatinya tiada pada Ifran. mustahil untuk dia jatuh hati pada orang yang membencinya yang dia sendiri memang kurang menyukai Ifran.


“ pertama... aku perasan yang kau selalu back up dia bila aku kutuk dia. Kedua... cara kau layan dia tadi. Kau tahu tak si Ifran tadi tu tersedak pasal nak gelakkan kau. tapi kau pulak dengan baik hati pergi ambil air masak kat dia. Huh,..kalau aku lah... berangan je la si Ifran tu nak dapat air.dapat penumbuk adalah.” Terang Zizie. Umairah tersengih... alah benda macam tu dijadikan modal untuk mengatakan cintanya pada Ifran. huh...sorry la yer cik Zizie.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 00:21

“ tu je ke... hish kau ni...kau dengar sini bebaik ea cik Zizie... pertama...aku bukan back up tapi aku cakap benda yang betul. aku tak tahulah masa mana aku back up dia tapi apa yang aku cakap pasal dia semua benda yang aku rasa. Kedua... kan aku dah cerita kat kau tanggungjawab aku kat rumah ni tak ubah macam orang gaji jadi memang kerja aku lah pergi ambil air kat dia. Karang mati tersedak pulak mamat tu..


“ ye la tu kau... kot-kot dalam hati tu dah panik.. ‘hish macam mana la si Zizie ni tau apa yang aku rasa ni’... betul tak.. betul tak...” usik Zizie. Umairah tersenyum mesra. Tak kuasa dia menjawab segala usikan temannya itu. makin di jawab makin galak gadis itu mengusiknya nanti. Suasanya sunyi seketika. Masing-masing ketandusan idea untuk berbual.


“ err... Mai”. Panggil Zizie tiba-tiba. Dia menjadi kekok bila topik ini ingin diutarakan. Tapi dia mahu dua orang sahabatnya ini berbaik.


“asal...gabra semacam je kau ni.” Soal Umairah sambil mengusik gadis berkulit cerah itu. Dia duduk menghadap wajah manis Zizie yang menghadap dirinya.


“ kau still marah ke kat Tikah....” soal Zizie perlahan. Bukan takut dimarah tapi tidak selesa dengan perbualan yang bakal mereka tempuhi. Umairah diam seketika. Dia tidak kisah untuk bercerita apa-apa kepada temannya ini. Lagipun hanya pada Zizie seorang sahaja tempat dia mengadu. Dia tiada orang lain yang boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan.


“ hmm.... still cam dulu. Aku memang tak boleh buang perasaan benci aku kat dia. Bagi aku dia dah rampas segala yang sepatutnya menjadi milik aku tapi akhirnya dapat kepadanya.” Balas Umairah. Dia tahu Zizie tidak suka sikapnya yang membenci gadis cantik itu. namun apa yang dia boleh buat. Bukan dia memaksa hatinya membenci tapi ia terjadi sendiri. Dia sudah banyak kali memaksa hatinya supaya tidak membenci Atikah dan result yang paling baik sekarang adalah dia kini tidak lagi terfikir cara untuk menyakitkan hati Atikah. Dia hanya fikir untuk hidup tenang dan melupakan bekas sahabatnya itu.


“ kau memang tak boleh maafkan dia langsung ke Mai... aku tak rasa selama ni dia buat salah kat kau.... Cuma kau je fikir yang negatif pasal dia.” Pujuk Zizie.


“ tu la pasal Zie... aku akui sekarang masalahnya bukan pada Atikah tapi pada aku. tapi masalahnya hati aku ni. Tak reti-reti untuk menerima Atikah kembali. Macamlah dia dah buat kesalahan besar pada aku. aku pun tak paham Zie. Aku pun selalu jugak berdoa..baca quran supaya hilang sikit kotoran kat hati aku ni. Tapi entah lah...” balas Umairah lemah. Dia berharap dapat mendengar kata-kata yang menenangkan dari sahabatnya.


“ Insyaallah Mai.. lama-lama okey la tu. Atleast, sekarang kau ada jugak kesedaran yang kesalahan bukan pada bahu Atikah. Aku yakin Allah pasti akan tolong hambanya yang ingin berubah menjadi lebih baik dan aku harap sangat lepas ni kau tolonglah fikir positif sikit jangan fikir negatif sangat. Kadang-kadang orang lain tak fikir apa yang kita fikirkan.” Pujuk Zizie. Dia menggosok lembut bahu Umairah. Dia bersyukur didalam hati dengan perubahan yang berlaku dalam diri Umairah. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia berdoa supaya jodoh Umairah dan Ifran dipanjangkan. Dia rasakan pasangan itu sangat sesuai meskipun mereka seolah-olah tidak serasi.


“ asyik cakap pasal aku jer...kau ni bila nak kawin. Boyfriend kau hari tu cam mana? Still dengan dia lagi ke?” soal Umairah.. malas memikirkan tentang masalahnya. Baik dia mengorek rahsia temannya ini pula.


“ hmm...malang sikit mai oii... mamat tu curang. Kurang asam betullah. Nasib baik aku serius ala-ala jer... kalau tak huh...mau gila jugak aku dibuatnya.” Balas Zizie selamba. Dia memang tertekan bila mengingatkan kisah cinta tidak kesampaiannya dengan Rashid. Mungkin dah tiada jodoh..nak buat cam mana kan.


“ ya Allah... Rashid yang malu-malu kucing tu boleh curang kat kau. huh teruk betul... kau okey tak ni.. patut aku tengok kurus sangat.” Balas Umairah terkejut. Simpatinya tumpah pada Zizie yang kelihatan tidak kisah dengan hubungan cintanya tapi dia tahu Zizie sayang betul dengan jejaka yang boleh tahan juga rupanya itu.


“hmm nak buat macam mana dah tak de jodoh... ala..aku dah lupa pon pasal dia. Aku ni bukan lah macam orang dalam cerita korea tu yang melalak 24 jam bila putus cinta... tak main lah emo-emo cam tu.” Balas Zizie selamba. Dia menggeliatkan badannya. Mengantuk mula terasa. Badannya terasa penat setelah memandu hampir 2 jam dari kuala lumpur ke seremban.


“hmm...elok la tu... lagi pun elok lah dia kantoi sekarang.. kalau dia buat perangai lepas kawin tak ke lagi teruk tu. Biar la sakit sekarang dari sakit selepas kahwin. Lagipun kau bukannya teruk sangat. Rupa ada, pandai, kerja okey, pandai masak... kata orang cukup pakej la... setakat nak dapat orang macam Rashid tu petik jari pon berduyun sampai.” Pujuk Umairah. Dia menepuk lembut bahu temannya itu. mahu memberi semangat.


“ hmm ye la tu puan Umairah... aku penatlah.. aku nak tido. Kau tido dengan aku ke or suami kau.” sempat lagi Zizie mengusik Umairah. Umairah menjenggilkan mata. Dia membaling bantal kearah Zizie yang tersengih-sengih bak kerang busuk. Gadis ni memang patut kahwin dengan segera. Gatal sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 07:31 AM | Show all posts
ok, next...

tp x suka la umairah kongsi ngan zizie smpai dlm rumah hal2 dia ngan ifran -emo-
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:42 AM | Show all posts
sambung lagi.hehehehe.

tapi penceritaan cerita ini agak slow pada saya sebab diorang dah lama kahwin tapi  keadaan masih begitu ataupun mungkin saya ni tak berapa sabar.hahahaha.Apapun good job writers!semoga menulis dengan terus semangat lagi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 12:44

BAB 38


Atikah merenung nasi lemak didalam pinggannya. Dia tidak sempat bersarapan dirumah tadi jadi dia mengambil keputusan untuk bersarapan dikafe tingkat bawah syarikat tempatnya bekerja sahaja. Memakan nasi lemak seorang diri begini memang menggamit memori silam. Memori ketika dia dan Umairah masih lagi sahabat karib. Dia masih ingat masa tu dia tingkatan 3. Dia terlupa membawa beg duit  dan dia tiada duit untuk membeli makanan. Nasib baik ada Umairah. Namun Umairah jenis suka berjimat.


Duit saku yang diperolehi jarang dibelanjakan. Jadi gadis itu pun tidak membawa sebarang duit kerana takut dibelanjakan. Namun begitu, memang sudah menjadi rutin harian puan Zaleha untuk menyediakan bekal untuk Umairah. Dengan bekal yang kecil itu,Umairah sanggup berkongsi nasi lemak yang hanya cukup untuk mengisi perutnya seorang sahaja. Umairah tidak kisah malah dia memberi Atikah makan lebih banyak darinya. Masa itu Atikah dapat rasakan mereka memang sahabat sejati didunia insyaallah hingga ke akhirat. Sehinggakan ramai yang dengki dengan mereka dengan mengatakan mereka pasangan haram.


Menjalinkan hubungan lesbian. Namun, Umairah tidak pernah kisah akan semua itu. Umairah sangat ikhlas bersahabat dengannya.Tapi kini mengapa. Mengapa hanya kerana seorang lelaki menyebabkan persahabatan lebih 10 tahun itu terputus. Tidak kah Umairah tahu yang dia tidak kisah sekiranya Umairah berterus terang menyatakan rasa cintanya pada Ifran meskipun pada masa itu dia dan Ifran adalah pasangan kekasih. Dia tidak kisah kalau betul Ifran dan Umairah betul-betul saling mencintai dan ingin bersama. Mungkin sakit hati itu ada tapi sakit hati dikhianati lebih terasa.


Kenapa Umairah sanggup membuat cerita yang tak betul tentangnya semata-mata ingin merampas Ifran darinya. Apakah Umairah fikir dengan berbuat begitu Ifran akan mencintainya.Secetek itukah ilmu Umairah dalam mempelajari ilmu hati dan perasaan. Dan mengapa kini Umairah membencinya setelah dia berjaya memiliki Ifran. adakah kerana dia bekas kekasih Ifran. adakah Umairah takut dia akan merampas kembali Ifran seperti mana gadis itu merampas Ifran darinya. Tidakkah persahabatan yang melebihi 10 tahun itu tidak mengajar Umairah mengenali hati budinya.


Umairah patutnya tahu dia tidak akan buat perkara macam tu sekiranya Umairah betul-betul megenalinya. Atau ada sebab lain yang menyebabkan Umairah menjadi begitu.Rasanya kalau itulah puncanya tidak logik. Ahhh...buntu fikirannya kalau berfikir perkara ini. Dia berdoa sepanjang masa supaya hati Umairah akan terbuka semula untuk menerimanya.


“assalamualaikum. Sorang je ke?” sapa satu suara yang cukup dia kenali. Ahh.... inilah salah satu punca mengapa dia dan Umairah tidak dapat kembali seperti dulu. Kadang-kadang dia naik bosan dengan sikap Ifran yang suka menggangu hidupnya. Tidak habis-habis cuba menyambung kembali apa yang sudah putus. Padahal mereka sudah berpisah lebih 3 tahun. Apa lagi yang Ifran nak. Dia pun sudah tawar hati dengan jejaka ini. Kalau betullah lelaki itu serius inginkannya,lelaki itu patut melepaskan Umairah dengan cara yang baik tapi itu tidak bermaksud dia nak Ifran menceraikan Umairah. Dia mungkin akan berfikir 10 kali sekiranya Ifran ingin berkasih dengannya kembali selepas bercerai dengan Umairah apatah lagi sekarang dimana lelaki ini masih sah sebagai suami Umairah. Dia tak seteruk itu. lagipun cintanya terhadap Ifran sudah pudar. Sudah terkubur ditelan dek zaman.


“ tak lah... sepuluh”. Jawab Atikah malas. Malas mahu melayan Ifran yang tidak faham bahasa. Orang kata tak nak...masuknya tak naklah.


“amboi garangnya. Pagi-pagi macam ni kenalah ceria. Barulah rezeki mudah masuk.” Usik Ifran. Dia melabuhkan punggung dia depan Atikah yang sedang menjamu selera. Asalnya dia mahu terus ke pejabat namun dia ternampak Atikah makan sendirian, sebab tu dia datang menyibuk. Lagi pun lagi 30 minit lagi baru waktu bekerja akan bermula.


“ saya boleh ceria asalkan awak tak ada kat depan mata.”Balas Atikah sinis. Dia berharap Ifran berkecil hati dan meninggalkannya sendiri disitu.


“hmmm...terima kasih sayang... tak sangka besar betul effect saya dalam hidup awak. Orang kata mulut kata lain...hati kata lain...jadi maksudnya awak akan sentiasa ceria bila saya adakan.” Ifran membalas lembut. Dia merenung lembut kedalam mata Atikah yang menjelingnya tajam. Namun begitu gadis itu tetap cantik dimatanya meskipun membuat wajah masam begitu.


“ hei...tolong jangan nak mengada boleh tak. Awak boleh pergi sekarang tak. Tak kenyang perut saya bila tengok muka awak.” Marah Atikah. Eii...Ifran ni memang. Ada je nak menjawab bila orang bercakap.Tension...


“wah ada peningkatan nampak... kalau tak kenyang bila makan tandanya awak dah jatuh cinta kat saya. Ye lah kan orang selalu cakap bila kita jatuh cinta mandi jadi tak basah..makan tak kenyang..tidur tak ...”belum habis lagi Ifran berkata atikah dah mencantas ayatnya..


“dah..dah.... awak tak payah nak berpuitis kat sini. Saya malas nak dengar. Boleh tolong blah sekarang tak. Saya nak makan.”


“ala suka hati saya lah nak blah ke tak nak... kefe ni bukan awak punya la sayang... awak makanlah biar saya teman... nanti kalau ada orang kacau awak boleh jugak saya protect awak.” Pujuk Ifran. Atikah tertekan dengan sikap Ifran yang tidak faham bahasa. Ifran tidak tahu ke dia amat tidak selesa dengan kehadiran jejaka itu disampingnya.


“awak  boleh tolong saya tak....” pinta Atikah sinis.


“tolong apa sayang... tolong bawak sayang ke bulan pun saya sanggup...” balas Ifran manja... dia akan pastikah Atikah akan menerimanya kembali sebagaimana gadis itu menerimanya lebih 3 tahun dahulu.


“ boleh pergi dari  sini tak sebab saya nak makan...” jawab Atikah selamba...


“ boleh sayang tapi dengan syarat sayang setuju jadi girlfriend saya balik.” Ifran membalas nakal namun dia memang memaksudkannya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:44 PM | Show all posts

“eiii...awak ni tak habis-habis nak saya jadi girlfriend awak... awak sedar tak awak tu suami orang...suami Umairah iaitu kawan baik saya.” Jerit Atikah namun perlahan. Takut orang berhampiran mendengar pergaduhannya dengan lelaki ini.


“bukan kawan baik namanya kalau sanggup tikam kawan sendiri...” balas Ifran sinis. Jangan di sebut nama Umairah pagi-pagi begini alamatnya dia tiada mood sepanjang hari untuk bekerja.


“ tak kisah lah dia tikam ke pukul ke apa ke...tapi yang pasti awak tu suami orang.” Balas Atikah tegas. Dia menghirup teh o limau panas demi menghilangkan rasa pedas yang menusuk. Pedas betul sambal bilis itu namun sedap dimakan.


“alah.... saya dengan dia tu sementara jer..... tak lama lagi kami akan bercerai la.”


“ tapi awak still suami dia...ahhh..malas lah saya nak layan awak.. kalau awak tak nak pergi biar saya saja yang pergi. Duduklah kat kafe ni sepanjang hari kalau awak nak.” Atikah bergegas pergi meninggalkan Ifran dan nasi lemak yang masih berbaki separuh itu. Dia malas melayan Ifran yang tidak faham bahasa. Apa yang dia dapat kalau bercakap dengan jejaka kacak itu. hanya sakit hati sahaja.

Ifran tergamam dengan langkah drastik Atikah. Dia tidak berniat mahu mengejar Atikah...nanti pasti makin bertambah kencang gosip mereka berdua jika dia berbuat begitu.Kalau ikutkan dia tak kisah namun memikirkan nama baik Atikah yang akan tercemar dengan perbuatannya dia menjadi kisah. Dia kemudian mengangkat punggung meninggalkan kafe itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 13:04

BAB 39


Haikal memandang luar kawasan restauran yang popular dengan nasi arab itu. wajah yang dinanti belum lagi muncul tiba. Setelah hampir beberapa bulan memujuk gadis yang masih digilai hingga kini akhirnya terbuka juga hati gadis itu untuk menemuinya. Haikal sudah memesan nasi arab bagi pihaknya dan Umairah. Penantian selama 15 minit akhirnya tamat. Umairah yang kelihatan menarik dengan baju kurung bewarna pink yang dipadankan dengan tudung pink lembut hadir didepannya dengan satu senyuman manis.


“sorry lambat. Saya ada kelas tambahan tadi. Lama sangat discuss soalan sampai tak sedar masa dah tamat.” Pinta Umairah lembut. Dia duduk bertentangan dengan Haikal. Perjumpaannya dengan Haikal hari ini sudah dimaklumkan kepada Ifran supaya lelaki itu tidak pulang dengan perut kosong. Namun dia tidak pula memberitahu yang dia mahu bertemu Haikal. Pasti mereka akan bergaduh sekejap lagi sekiranya Ifran tahu dia mahu bertemu Haikal.


“ eh tak pe...saya dah order makanan. Nasi arab. Awak makan je kan....” balas Haikal dengan pertanyaan. Umairah tidak jadi menjawab tatkala seorang pelayan muda datang menghantar makanan yang dipesan. Mereka berdua berterima kasih kepada pelayan itu setelah gadis belasan tahun itu selesai meletakkan semua menu yang dipesan.


“ saya makan je. Tak kisah.” Balas Umairah lembut. Mereka memulakan santapan memandangkan masing-masing dalam keadaan kebulur. Mana tak kebulur kalau hampir pukul 4 petang baru menjamah makan tengahari.


“hmm...ada apa awak nak jumpa saya...” soal Umairah. Baru teringat tujuannya bertemu dengan Haikal. Itu pun setelah berkali-kali dipujuk oleh lelaki itu untuk bertemu. Dia bukan tak nak berjumpa dengan Haikal tapi dia terasa tidak enak pula bertemu dengan Haikal tanpa memberitahu Ifran. Maklumlah lelaki itu cukup anti dengan Haikal. Dia tahu lelaki itu tidak cemburu cuma Ifran tidak mahu dia berbahagia sedangkan Ifran sedang berduka lara akibat perbuatannya dan dia sebagai isteri tetap terasa kurang senang apabila bertemu lelaki lain tanpa meminta izin terlebih dahulu.


“ tak boleh ke...” soal Haikal tenang. Dia merenung wajah cerah milik Umairah. Gadis itu kelihatan lebih matang setelah hampir 3 tahun mereka tidak bertemu. Hatinya masih berbelah bahagi... tidak pasti perlukah dia meneruskan keinginannya untuk bersama Umairah sekiranya Umairah sudah berbahagia dengan suaminya. Rasanya tidak. Dia tidak terlalu kejam untuk meruntuhkan sebuah masjid. Dia perlu memastikan terlebih dahulu. Jika gadis itu masih menderita dengan perkahwinannya, dia tidak teragak-agak untuk merampas gadis itu dari tangan Ifran.


“ hish awak ni.... bukanlah tak boleh...mestilah boleh tapi ye lar kan...mesti ada sebab nak jumpa.. takkan saja-saja awak je nak bazirkan masa nak jumpa saya kan.. entah-entah nak bagi kad wangi...” usik Umairah. Manalah tahu lelaki didepannya sudah ingin berkahwin. Usia 26 tahun merupakan usia yang sangat sesuai untuk membina masjid baginya. Dia bersyukur sekiranya lelaki didepannya bertemu dengan jodohnya dengan gadis yang baik.Sekurang-kurangnya lelaki itu mendapat orang yang lebih baik darinya.


“tak de sebab..saja nak jumpa awak... rindu..” balas Haikal serius. Dia harap Umairah faham rasa hatinya yang amat menyukai Umairah..


“eh ye ke...gembiranya saya ada orang rindukan saya...”balas Umairah senang sambil ketawa kecil. Dia harap rindu lelaki ini sama dengan rindu yang difikirkannya.


“ awak rindu saya tak..ye la dah dekat 3 tahun kita tak jumpa..” soal Haikal... hatinya gementar menanti jawapan Umairah...harap-harap gadis itu rasa apa yang dirasa..


“hish awak ni ada ke tanya macam tu... mesti lah saya pun rindu...awakkan kawan saya... saya mestilah rindu awak sama macam saya rindukan Zizie...” balas Umairah ceria. Dia harap lelaki ini tidak salah faham dengannya. Ye lah dia bukan apa kalaulah lelaki ini masih ada hati padanya..sekurang-kurangnya dengan jawapannya itu tidaklah memberi harapan palsu buat jejaka ini dan sekiranya lelaki itu tidak ada apa-apa perasaan padanya lelaki ini juga tidak akan salah faham dengan maksud rindu yang cuba diutarakan kepadanya. Manalah tahu Haikal akan pandang serong kepadanya kerana menganggap dia ada hati pada lelaki itu.


Haikal tersenyum dengan jawapan gadis didepannya kini. Hatinya luluh mendengar maksud rindu gadis itu namun dia bersyukur sekurang-kurangnya dia ada juga tempat dihati gadis itu. mungkin dia perlu berusaha lebih gigih untuk memikat hati Umairah. Siapa tahu hari ni dia sekadar kawan kepada gadis itu tapi mungkin esok dia adalah suami kepada Umairah...


“ sorrylah mengganggu Mai... dah lah baru balik kerja sekarang kena jumpa saya pulak. sorry la ye...” Haikal berkata ikhlas. Umairah menggeleng lembut tanda tidak kisah.


“ tak pe lah Haikal. Kita pun memang dah lama tak jumpakan. Apa salahnya jumpa sekali sekala. Lagi pun bukan saya aje yang baru balik dari kerja..awak pun sama.” Umairah membalas lembut. Dia meneruskan suapannya. Teringat sang suami yang mungkin sedang bekerja. Apalah yang akan dimakan oleh lelaki itu tengahari tadi dan malam nanti. Kesian pun ada.Ahh...pandai-pandailah dia makan. Bukannya budak kecil lagi. Lagi pun Atikahkan ada disana. Boleh tengok-tengokkan lelaki itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2012 01:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 13:08

“Mai...” panggil Haikal lembut. Dia mahu berterus terang dengan pertemuan mereka. Dia tidak mahu bazirkan pertemuan yang entah bila lagi akan berlaku selepas ini. Dia perlu beritahu hajat sebenarnya menemui gadis yang disukai semenjak diuniversiti lagi.


“hmmm...” balas Umairah sambil memandang tepat wajah Haikal. Dia meneguk fresh orangenya demi menghilangkan rasa dahaga yang tiba-tiba menyerang.


“awak dengan Ifran okey ke?” soal Haikal lambat-lambat. Hatinya berdegup kencang menanti jawapan yang bakal diterima. Terasa memulas perutnya menanti jawapan dari mulut gadis itu.


“ ni ke tujuan utama awak nak jumpa saya?” soal Umairah terus. Dia memikirkan jawapan yang terbaik yang perlu diberikan kepada sahabatnya didepannya kini. Haikal mengangguk dengan pertanyaan Umairah. Dia tidak mahu dan tidak suka menipu. Baginya hidup dalam berterus terang adalah yang terbaik.


“ kenapa awak tanya macam tu...” soal Umairah. Sebelum dia main belasah aje jawapan yang ingin diberi ada baiknya dia mengumpul maklumat yang diperlukan sebelum menjawab soalan Haikal.


“ soalan saya awak tak jawab pun... jawab soalan saya dulu.” Tegas Haikal.


“ okey je..kenapa?” tipu Umairah. Aaahhh dia tidak perlu bercakap benar tentang perkara ini. Lagipun apalah yang Haikal boleh lakukan sekiranya tahu dia dan Ifran masih sama seperti dulu. Buat malu ade la... Haikal bukan lah sahabat yang sesuai untuk diluahkan segala yang terbuku dihati seperti mana Zizie yang tahu segala-galanya tentang dirinya termasuk tentang ayahnya berkahwin buat kali kedua.


Pada asalnya dia berat hati dan malu untuk menceritakan tentang perkahwinan ayahnya namun dia tahu Zizie seorang yang jujur dan boleh dipercayai. Apa salahnya dia berkongsi rahsia itu dengan Zizie.


“ awak tipu sayakan  Mai... awak dengan Ifran tak okey kan...” kata-kata Haikal mencantas segala lamunan Umairah. Umairah kembali ke dunia asal. Dia menyambung suapan yang tinggal sedikit lagi.


“ hish ape awak ni... awak harap saya dengan dia tak okey ke?” dalih Umairah. Dia merenung wajah Haikal yang tenang dengan kata-katanya.


“ memang saya harap awak dengan dia tak okey pun.... awak dengan dia memang tak okey kan?” desak Haikal lagi. Umairah rimas. Dia tak suka orang bercakap begini.


“ nape awak harap macam tu kat saya dengan Ifran... saya kan kawan awak. Sampai hatinya awak doa benda yang bukan-bukan kat saya dengan dia.” Marah Umairah. Kalaulah betul dia dan Ifran mempunyai hubungan yang baik pasti hatinya cukup pedih tatkala seorang yang dianggap sahabat sanggup mendoakan perkara begini kepadanya.


“ sebab saya masih suka kat awak dan saya harap awak akan berpisah dengan dia dan berkahwin dengan saya... tak boleh ke?” Haikal berkata jujur. Walaupun kata-katanya amat sakit untuk didengar namun memang itu lah rasa hatinya. Dia mahu bersama dengan Umairah.


“ Haikal.... yang lepas biar je la... saya memang bahagia dengan Ifran sekarang. saya dengan dia tak akan berpisah. Kalau pun saya berpisah dengan dia saya takkan terima awak. Awak sekadar kawan..tak lebih dari tu.” Balas Umairah. Dia memandang kearah lain. Malas mahu memandang teman yang baru sahaja mendoakan keburukan dalam rumah tangganya.


“ tapi masalahnya awak tak bahagia dengannya sekarang. awak tipu saya. Saya tahu awak dengan dia masih seperti dulu...” Haikal masih belum mengalah. Mengapakan Umairah sukar betul untuk menerimanya. Memang dia tidak sekacak Ifran namun yang lain dari itu dia okey. Sama seperti Ifran. lagipun Ifran memang tidak mencintai Umairah.


“ Haikal... kita semua boleh berubah okey... kalau dulu memang saya tak cintakan dia dan dia tak cintakan saya tapi sekarang tidak. Kami memang suka sama suka. Awak lupakan jelah saya. Ramai lagi perempuan yang jauh lebih baik dari saya ada kat luar sana. Kita memang tak de jodoh.” Umairah makin pandai menipu. Ahh lantak la.. asalkan dia dapat mengelak dari Haikal.


Haikal terdiam.. dia tidak tahu apa yang patut dikatakan... hatinya terasa dicincang lumat mendengar kata-kata wanita yang amat dicintai dihadapannya kini. Terasa merah matanya menahan air mata yang terasa cuba mengeluarkan diri..ahh..dia masih ada maruah. Dia tidak akan sesekali menangis dihadapan wanita yang telah menolak cintanya dari dulu hingga kini.


“ tapi dia still cintakan Atikah kan??” Haikal belum berpuas hati... suaranya yang sudah bertukar serak menyentuh hati Umairah. Inilah kali pertama dalam hidup Umairah ada seorang lelaki yang menyukainya dengan bersungguh-sungguh. Sebelum ini ada juga namun semuanya berubah hati apabila menemui Atikah. Semua jatuh hati pada Atikah meskipun dia adalah orang pertama yang cuba ditackle oleh mereka.


“ tu dah jadi sejarah.. diorang tu cinta monyet aje dulu-dulu tu... sekarang ni diorang dah tak de apa-apa...” balas Umairah tenang. Umairah mengangkat punggung untuk beredar. Dia sudah siap makan dan dia sudah malas untuk berbincang tentang perkara ini.


“dah la.. saya balik dulu la... saya harap lepas ni kalau kita bertemu lagi tiada lagi kisah ni... kalau tak kita putus je tali persahabatan kita. .. saya balik dulu.. assalamualaikum.” Umairah berkata tegas. Dia meninggalkan satu keping not merah diatas meja makan. Dia tidak mahu berhutang dengan Haikal. Dia berlalu tanpa berpaling lagi. Haikal diam. Tidak mampu bersuara.. hanya air mata sahaja yang jatuh melalui pipinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 01:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 13:15

BAB 40


Azan mahgrib sudah lama kedengaran ketika Umairah memulas tombol pintu rumah yang dikongsi bersama Ifran. kelihatan Ifran sedang duduk disofa diruang tamu sedang menjeling kearahnya penuh marah. Hati Umairah tidak senang. apa pulak masalah kali ini. Bisik hatinya.


“ kau pergi mana sampai waktu ni baru nampak muka...” soal Ifran garang. Kecut perut Umairah dengan amarah lelaki ini. Kenapa yer...memang dia balik lambat tapi tak perlulah dia dimarah sebegitu.


“ kan aku dah beritahu yang aku nak jumpa kawan aku...”balas Umairah perlahan. Bila berhadapan orang sedang mengamuk begini, ini sahaja caranya. Kalau dua-dua mengamuk karang hancur rumah mereka.


“ jumpa-jumpa jugak...tapi ni dah pukul berapa...agak-agak la kalau nak bersuka ria pun... tengok masa la sikit.” Marah Ifran lagi. Umairah geram mendengar leteran Ifran. Macam la aku balik tengah malam.


“ kau ni apesal. Selama ni kau balik lambat aku tak marah pun. Hari ni aku balik pukul 7.50 malam tapi kau marah macam aku balik pukul 1 pagi. Apesal ni?” marah Umairah namun tidak setinggi suara Ifran. dia masih cuba mengawal suara. Karang tak pasal-pasal kena penampar dari Ifran.


“ eh...sedar diri sikit kau tu perempuan. Elok sangat ke perempuan balik masa macam ni. Karang kalau apa-apa berlaku siapa yang susah.Kau jugak kan. Bukan kau je..aku ni pun sama terkena tempiasnya.” Balas Ifran. dia merenung tajam wajah sang isteri.


“ ahh...malas nak gaduh dengan kau. kau pun tahu kan aku balik lambat dan aku tak sembahyang lagi. Aku nak mandi dan sembahyang.”Umairah meninggalkan Ifran yang masih marah. Malas dia melayan mood lelaki itu yang kelihatan tidak baik. Ifran menarik kasar lengan Umairah yang cuba melarikan diri dari topik perbincangan mereka.


“ aku tak habis cakap lagi... sekejap lah.” Marah Ifran lagi. Umairah menarik balik lengannya dan duduk setentang dengan lelaki itu. Ifran melepas semula lengan wanita itu.


“apa lagi... dah lewat ni. Nanti kalau aku tak sempat sembahyang kau nak tanggung ke dosa aku.” terjerit kecil suara Umairah. Benci betul dia dengan sikap Ifran yang selalu nak menang. Dia menjeling jam didinding. 8 malam. Kurang  40 minit waktu isyak akan masuk.


“ kau jumpa sapa tadi. Lelaki ke perempuan?” soal Ifran tegas. Dia memang tidak suka perangai perempuan yang suka balik lambat apatah lagi kalau balik lambat kerana bertemu dengan lelaki. Adik perempuannya memang tahu sikapnya. Kalau dulu-dulu memang mereka selalu dimarah oleh nya namun sejak itu mereka tidak buat perangai lagi.


Sebab itu dia kini marah apabila umairah balik lewat begini hanya kerana bertemu kawan dan bukanlah kerana ada urusan penting. Baginya keselamatan Umairah adalah tanggungjawabnya kini.Memang dia tidak sukakan Umairah namun ini adalah tanggungjawabnya. Dia tidak boleh buat main-main. Kalau apa-apa terjadi dia jugak yang susah.


“ lelaki. Kan aku dah bagitau kau semalam. Kau kata okey je.” Ungkit Umairah. Mana lah tahu Ifran lupa kebenaran yang diberikan kepadanya.


“lelaki.... haa elok sangat lah tu... hei mak cik...aku memang bagi kau jumpa kawan kau tu tapi aku ada bagitaukan balik sebelum pukul 7 malam. Lupa ke...” bebel Ifran lagi.


“ jalan jem.. nak buat macam mana.” Balas Umairah dengan nada suara yang rendah.


“ lelaki mana kau jumpa? Haikal?” soal Ifran lagi. Ish lelaki ni memang leceh laa... dia tak tahu ke aku belum sembahyang ni. Bebel hati Umairah. Umairah mengangguk.


“ patutlah balik lambat sangat. Jumpa buah hati rupanya.Dah..pergi sembahyang... lepas ni kalau nak jumpa kawan bagitau aku secara detail. Nanti kalau ada apa-apa tak delah susah sangat aku ni.” Suara Ifran sudah bertukar nada. Tidak semarah tadi. Umairah mengangguk perlahan lalu beredar meninggalkan Ifran yang kembali duduk di sofa. Namun pergerakannya terhenti tatkala Ifran memanggilnya lagi.


“ada apa lagi?” soal Umairah malas.

“lepas sembahyang nanti kau masak... masak lemak cili api.” arah Ifran. Umairah terkejut. Tak makan lagi ke mamat ni.


“asal tak makan lagi...”soal Umairah tak puas hati. Dia dah penat. Malas rasanya nak memasak.
“saje...nak menyusahkan kau. cepat lah aku kebulur ni.” Selamba sahaja Ifran mengarah.Umairah diam membukam. Menyampah. Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Umairah masuk kebiliknya dengan wajah masam mencuka. Tidak puas hati. Siap lah kau kejap lagi Ifran.. bisik hati Umairah tatkala mendapat idea yang agak bernas untuk mengenakan suaminya yang suka mengarah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 01:14 PM | Show all posts
Sebenarnya irfan ni suka wife dia tapi ego je lebih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 01:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 16-5-2012 13:26

BAB 41


“auu...pedasnya... kau letak banyak mana cili ni. Habis satu peti ke kau taruk cili tu.” Bebel Ifran. pertama kali dia memberi komen terhadap makanan yang dimasak oleh Umairah. Selama ini masakan wanita itu sesuai aje dengan tekaknya. Ini bukan kali pertama masak lemak cili api dibuat oleh Umairah. Kenapa sebelum ini sedap aje. Ni mesti ada rancangan nak kenakannya.


“ eh..pedas ke..aku rasa macam letak sikit je cili tadi...”balas Umairah selamba. Dia cuba menahan ketawa yang hampir terburai. Ifran perasan raut wajah Umairah yang sedang menahan gelak. Ahh...dia takkan biarkan gadis itu menggelakkannya. Dia akan buktikan dia tidak kisah.


“ tapi okey la... sedap jugak makan pedas macam ni. Orang kata makan benda yang pedas boleh meningkatkan metabolisma badan. Kau tak nak makan ke?” Ifran berlagak tenang. Dia menyuap nasi kedalam mulutnya seperti biasa seolah-olah makanan itu tidak langsung tidak pedas.


“hmm...tak pe la..aku masak pun cukup-cukup untuk kau.aku masih kenyang... baru lepas makan nasi arab dengan Haikal.” Tolak umairah lembut. Tak hingin dia makan. Mesti pedas giler...


“ apesal kau tak makan kat luar je tadi. Ni dah pukul berapa... karang dapat gastrik baru tahu..” soal Umairah. Dia duduk memerhati Ifran makan. Dia mahu menonton tv sebenarnya namun tidak jadi apabila Ifran suruh dia meneman lelaki itu makan. Mengada betul. padahal tak nak bagi dia membahagiakan diri dengan menonton tv. Lelaki itu memang dengki dengannya kalau dia sedang bersenang lenang.


“ aku bukan macam kau ade gastrik... lagi pun buat apa aku nak bazir kan duit makan kat luar kalau kat rumah ade orang boleh masak...”Ifran mempercepatkan suapan. Dia sudah tidak tahan dengan rasa pedas yang menyengat. Bibirnya sudah bertukar merah menyala. Umairah bersimpati melihat keadaan suaminya. Dia cepat-cepat menghulurkan air kosong kepada Ifran untuk melegakan rasa pedas yang melampau itu.


“ pedas sangat ke?” soal Umairah dengan ketawa kecil. Ketawa itu betul-betul mencalar maruah Ifran. malu diketawakan kerana tidak tahan pedas.


“ mestilah. Siapa suruh kau letak banyak sangat cili...tak sedap lah kau masak hari ni.” Bebel Ifran. sengaja mahu menyakitkan hati umairah. Umairah tersenyum kecil. Nampak comel perangai Ifran yang tidak tahan pedas namun berlagak tidak kisah dengan rasa pedas yang menyengat itu. mana taknya dia letak 3 kali ganda lebih banyak dari biasa. Padan muka.


“ aku masak sedap ke sebelum ni?” soal Umairah nakal. cuba menguji Ifran. Bukan selalu dia boleh bercakap begini dengan suaminya. Entah mengapa malam ini mereka tidak bertekak seperti biasa. Mereka sekadar sindir menyindir namun secara gurau tidak serius seperti biasa.


“ sedap tak sedap boleh lah makan... tapi hari ni tak...boleh jadi racun kot masakan macam ni.” Ifran membalas selamba..Umairah ketawa kecil dengan kata-kata sinis namun lucu dipendengarannya...


“ aik...tadi kata boleh meningkatkan metabolisma...apesal jadi racun pulak ni....” soal Umairah lagi. Ifran diam. Entah mengapa terasa ada kelainan dalam hubungan mereka malam ini. Terasa seperti 4 tahun lepas ketika mereka masih bersahabat. Saling kutuk mengutuk namun sekadar bergurau.Umairah diam tatkala melihat Ifran diam. Kecil hatikah lelaki itu dengan kata-katanya. Ifran pergi membasuh tangan tanpa menghabiskan nasi yang tinggal beberapa suap lagi. Dia menghilang ke biliknya. Umairah terasa pelik melihat perubahan sikap Ifran secara tiba-tiba.


Mood tak stabil betul mamat ni. Tapi pelik betul kan. Macam mana dia boleh bercakap dengan nada yang mesra dengan Ifran tadi. Ahh...lupakan. dia mengemas dapur yang masih belum berkemas. Lepas selesai mengemas dapur barulah dia akan pergi menonton tv. Umairah dikejutkan bunyi orang berlari. Dia cepat-cepat melihat apa yang berlaku.


Ternampak kelibat Ifran berkejar masuk ke bilik air yang setentang dengan biliknya. Buat gempak je kerja mamat ni. Umairah menyambung kerjanya yang tertangguh. Dia membasuh semua alatan yang digunakan untuk memasak dan alatan yang digunakan oleh Ifran semasa lelaki itu menjamu selera. 15 minit kemudian dia menapak kearah televisyen yang berada diruang tamu. Apa agaknya yang berlaku dalam cerita Mary stayed out all night. Dia memang minat cerita itu apatah lagi pelakon kegemarannya menjadi hero dan heroin dalam drama korea itu.


sepuluh minit kemudian dia terdengar lagi Ifran berlari masuk toilet. Hati Umairah dilanda risau. Mungkin kerana masakannya terlalu pedas menyebabkan jejaka itu asyik berulang ke toilet sejak tadi. Umairah masuk ke dapur semula. Membancuh teh pahit. Kata ibunya, kalau minum teh pahit, insyaAllah kurang la rasa sakit perut tu. Dia membiarkan teh pahit itu menyejuk terlebih dahulu lagi pun Ifran masih lagi berada didalam bilik air. Umairah mara ke biliknya pula.


Mencari minyak panas yang sering digunakan sekiranya dia sakit perut. Hmm...nasib baik ada lagi. Bisik hati kecilnya. Dia terdengar pintu bilik Ifran dibuka. Umairah cepat-cepat mengambil cawan yang berisi separuh teh pahit untuk diberi kepada Ifran.


“tok..tok..tok..” pintu bilik Ifran diketuk.


“masuklah...” kasar suara Ifran dari dalam. Umairah tidak kisah. Dia sudah terbiasa.


“ nak apa?” soal Ifran lagi dengan nada yang sama.


“kau sakit perut ke... nah minum teh ni.” Soal Umairah sambil menghulurkan cawan berisi teh pahit itu.

“kau peduli apa... dah-dah keluar kalau tak de benda penting nak bagitau aku.” marah Ifran. Umairah boleh mengaggak Ifran marah kerana masakan yang terlalu pedas itu memberi kesan keatas perutnya. Dia cuba memujuk lagi.


“ nah minum lah dulu. Kurang sikit sakit perut tu.”Lembut suara Umairah. Kalau dia marah kang pasti lelaki itu akan mengamuk dengannya. Baik dia bercakap dengan nada yang baik.


“ aku cakap aku tak nak..aku tak nak lah...tak paham ke.Dah keluar sekarang. menyemak je.” Keras suara Ifran. Umairah geram.Hish...sia-sia je buat baik dengan jantan macam ni. Apa dia ingat dia tu anak raja ke... please lah..menyampah.


“ aku letak sini teh ni. Kalau kau nak minum...minum...tak nak sudah... ni minyak panas. Sapu kat perut tu....” Umairah berkata tegas sambil meletakkan segala barang yang dibawa keatas meja didalam bilik lelaki itu. dia meninggalkan bilik itu dengan wajah masam mencuka. Ifran terasa sakit hati... menyampah betul dia dengan Umairah. Berlagak baik. Entah-entah apa lah yang diletak dalam teh tu. Umairah bukan lah baik sangat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.452556 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list