CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tak semestinya dia - [U]

[Copy link]
Post time 19-5-2012 11:27 AM | Show all posts
I hv the feeling that nur is atikah ... betul tak ? ...... sbb tak ada reason lain dia nk benci dgn atikah ..
I
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2012 05:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 19-5-2012 18:07

BAB 50


Umairah mengangkat beg bajunya lalu diletak di seat belakang kereta. Dia akan bertolak pulang ke terengganu kejap lagi. Kerana perjalanan ke terengganu mengambil masa hampir 7 jam, jadi dia membuat keputusan untuk keluar awal pagi. Seawal 7.30 pagi lagi dia sudah bersedia untuk bertolak. Ifran tidak membantah. Mungkin lelaki itu memahami dan Ifran ada juga menyuruhnya pulang menggunakan bas namun ditolak. Dia lebih selesa menaiki kenderaan sendiri. Dia sudah biasa pulang sendirian ke kampung halamannya.


“ kau pasti ke tak de benda tertinggal. Aku tak nak tetiba kau balik pulak kejap lagi. Ambik barang. Buat sakit mata aku aje tengok muka kau.” Seperti biasa kata-kata Ifran berbaur pergaduhan. Umairah menjeling marah. Mamat ni kan tak boleh ke cakap elok-elok kat aku... dia menyampah melihat wajah Ifran.


“ tak de. Aku dah packing siap-siap semalam. Siap buat list lagi.” Balas Umairah garang.


“kau ni kan...asal cakap dengan aku nak marah je...cuba bawak-bawak bersabar sikit. Aku ni suami kau tau.” Sela Ifran. Terasa kembang kepala Umairah mendengar kata-kata Ifran. Ada juga yang kena tendangan maut darinya kejap lagi nih.


“ dah kau cakap macam nak gaduh dengan aku. memang lah aku marah...” balas Umairah tegas. Dia merenung lama wajah tampan didepannya kini. Entah mengapa, perpisahan belum lagi bermula tapi rindunya sudah mula memekar. Dia terasa sedih untuk berpisah dengan suaminya yang hanya tahu cari pasal dengannya.


“ ape-ape je la mak cik... dah-dah pergi. Lewat dah ni.Karang lambat pulak kau sampai.” Halau Ifran. Umairah menjeling jam. Masa betul-betul mencemburuinya. Mengapa dia merasa sangat sedih sedangkan selama ini dia cukup sengsara bersama Ifran. sepatutnya dia tidak sabar-sabar untuk menghilangkan diri dari pandangan lelaki itu. Tapi perkara sebaliknya berlaku keatas dirinya. Dia betul-betul tidak mengerti hati sendiri.


“ aku pergi dululah yer... jaga rumah elok-elok”. Pesan Umairah.Pedih terasa mata menahan tangis. Dia sedaya mungkin tidak menangis didepan lelaki itu. Egonya tidak membenarkan. Pasti lelaki itu akan mengejeknya jika dia menangis pada waktu ini.


“ tahu lah aku. rumah aku. bukan rumah kau.” balas Ifran mudah. Namun hatinya hanya Allah yang tahu. Bertapa dia terasa sangat perit..tak terungkai dengan kata-kata. Dia dapat rasakan matanya memerah. Tidak sanggup berpisah dengan isteri yang dibenci selama ini. Bencikah dia kepada Umairah.Kalau benci kenapa perlu sedih ketika ini. Dia patut bergembira bukan bersedih begini.


Umairah tersenyum dalam kepayahan mendengar jawapan kerek Ifran. dia sudah biasa. Tiba-tiba umairah menghulurkan tangan. Kali kedua selepas lebih 3 tahun berkahwin dengan Ifran. Kali pertama adalah selepas akad nikah hampir 4 tahun yang lalu. Ifran memandang lama kearah tangan Umairah sebelum meyambutnya lemah. Terasa tidak mampu untuk dia terus adegan ini. otot-otot badannya terasa kaku dan lemah. Terasa tangannya dicium lembut oleh Umairah.


Apa maksud semua ini. Mengapa mereka berlagak bagaikan ini pertemuan terakhir. Belum sempat lagi tangan mereka terurai, Ifran sudah menarik Umairah ke dalam pelukannya. Dia memeluk erat gadis itu. seolah-olah tidak ingin membenarkan pemergian sang isteri tercinta. Umairah membenamkan wajahnya kedada Ifran. Teresak-esak dia menangis. Dia tak mampu lagi untuk mengawal air matanya dari tersembur. Ifran menggosok lembut belakang Umairah yang menangis dipelukannya.


Meski pun mereka berdua tidak mengerti apa yang berlaku kini namun hati mereka sama-sama seolah-olah tidak ingin berpisah. Terasa perpisahan abadi akan berlaku diantara mereka. Setelah Umairah bertenang kembali barulah mereka menguraikan pelukan. Ifran mengesat air mata yang gugur dipipi putih bersih itu. di cium dahi gadis itu lembut. Umairah terpana dengan tindakan berani lelaki itu namun tidak melarang.


“ Ifran...” panggil Umairah lembut dengan suara seraknya. Ifran tidak membalas. Sekadar memandang dalam mata Umairah yang berair itu supaya gadis itu meneruskan kata-katanya.


“ aku mintak maaf banyak-banyak kat kau. aku tahu kau marah dan benci giler kat aku pasal aku dah pisahkan kau dengan Tikah. Aku tahu aku buat apa sekali pun kau takkan maafkan. Tapi, aku harap sangat sebelum kita bercerai kau sudi maafkan aku supaya aku tak berhutang sebarang dosa dengan kau sama ada sebelum kahwin mahupun sepanjang perkahwinan kita.” Pinta Umairah ikhlas.


Dia dapat rasakan hubunganya dan lelaki ini akan berakhir tidak lama lagi. Sebelum perkara itu berlaku ada baiknya dia meminta maaf dari lelaki itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Ifran terkejut dengan kata-kata Umairah. Dia mula terasa seram sejuk. Apa yang Umairah cuba beritahunya. Kali pertama Umairah meminta maaf dengannya dan dia dapat merasakan Umairah ingin meminta dirinya dilepaskan.


“ bila masa aku cakap nak ceraikan kau. aku dah cakapkan syarat untuk kita bercerai. Dan aku...” belum habis lagi kata-kata Ifran Umairah sudah memotong.


“ aku akan usahakan kau dan Tikah akan bersama kembali...kau tunggu je la. apa aku mintak kau percayakan aku. aku takkan buat benda bodoh yang aku pernah buat suatu ketika dahulu itu lagi... dan nanti bila kau dan Tikah nak bersama biar aku yang tanggung risiko untuk memberitahu famili kita sebab aku punca masalah ini terjadi...” Umairah membalas tenang. Dia sudah menjarakkan diri dari Ifran. dia tidak mahu terus hanyut dengan perasaan sendiri. Kelak dia juga yang merana.


Ifran terkejut. Dia tidak pasti sama ada mahu bergembira atau sebaliknya. Dia kehilangan kata-kata. Otaknya kosong.  Umairah sudah menghilang diri didalam keretanya. Dia menjenggul kepala untuk melambai untuk kali terakhir kepada suaminya.


“ aku pergi dulu...assalamualaikum.” Suara Umairah menyapa lagi. Ifran tersedar dari kekelaman yang melanda dirinya. Terlihat Umairah melambai tangan kearahnya lalu keretanya hilang dalam bayu pagi yang menyejukkan. Dia menjawab sepatah salam dengan titisan air mata yang dia tidak pasti ertinya. Adakah ini air mata kegembiraan..jika ia bukan mungkinkah ianya air mata kesedihan. Tapi mengapa. Hatinya tidak mampu memberi jawapan yang pasti. Da memandang kosong rumahnya. Terasa hilang serinya setelah perginya isteri yang cukup dia benci selama ini. Rindu mula bermukim dihati meski pun perpisahan belum lagi mencecah 1 minit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2012 06:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by misssakura at 19-5-2012 18:16

BAB 51


“masuk”. Arah Ifran tatkala pintu biliknya diketuk dari luar. Kak Mona telah memberitahunya melalui intercom yang Atikah mahu berjumpanya. Atikah masuk dengan wajah yang tenang. Dia sudah bersedia untuk mengakhiri hubungannya dengan Ifran. dia mahu hubungannya selepas ini sekadar adik ipar dengan kakak ipar sahaja. Ifran melontarkan senyuman lembut kearah Atikah yang berbaju kebaya bewarna emas itu. sungguh cantik. namun dia akui hatinya sudah tidak berdebar-debar seperti dulu apabila terpandang wajah cantik didepannya kini. Malah dia akui perasaan rindunya terhadap Atikah juga kini kian menghilang. Pelik bin ajaib. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku dalam hidupnya.


“ hmm..duduk.” Ifran memberi kebenaran. Dia membuka spek yang tersangkut di atas batang hidungnya yang mancung lalu merenung wajah yang pernah dirindui tidak kira malam mahu pun siang. Atikah duduk setelah diberi kebenaran. Dia memandang wajah adik iparnya yang merenung tepat ke wajahnya.


“ ada apa nak jumpa saya?” soal Ifran serius. Itulah dirinya bila di alam kerja. Serius tidak bererti marah. Cuma mahu bertegas.Tidak mahu ada yang naik kepala.


“ saya nak letak jawatan.” Pendek  sahaja jawapan Atikah membalas pertanyaan Ifran sambil menolak satu surat kearah bosnya. Ifran melepaskan keluhan lemah.


“ boleh saya tahu kenapa? Kalau sebab peribadi macam masalah kita saya tak terima.” Ifran berkata jelas. Tidak mahu Atikah meletak jawatan semata-mata mahu mengelak darinya.


“ memang saya letak jawatan pasal masalah peribadi. Saya tak selesa nak kerja dengan encik Ifran.” Atikah membalas berani. Dia memandang wajah Ifran. nampak sedikit berbeza lelaki ini dua tiga hari ini. Tapi dia tidak tahu apa yang membezakan lelaki itu hari ini dengan sebelumnya.


“ dan saya cakap saya tak terima.” Ifran berkata tegas.


“ kalau tak ada apa-apa awak boleh keluar. Saya banyak kerja.” Arah Ifran. dia malas mendengar permintaan pekerjanya yang meletak jawatan hanya kerana takut diganggu olehnya. Atikah tidak perlu risau. Dia tidak akan melakukan perkara sia-sia itu lagi selepas ini.


“ tapi encik Ifran.. saya tak selesa nak kerja dengan encik and as the result saya punya kualiti kerja boleh merosot.” Balas Atikah.Dia mahu Ifran sedar kesan ketidak selesaannya keatas syarikat bosnya ini.


“ kenapa awak tak selesa? Awak ada hati dengan saya ke?”sinis soalan Ifran. dia merenung wajah pekerjanya yang tinggi lampai orangnya.


“ of course not....” belum habis lagi Atikah membalas Ifran sudah menyambung semula kata-katanya.


“kalau tak kenapa tak selesa... ada masalah lain ke?”soal Ifran lagi. Atikah diam. Kali pertama dia melihat Ifran begini. Dia jadi malu untuk berkata lagi. Takkan dia nak cakap ‘ takut awak kacau saya lagi’..tak ke sangat perasan bunyinya tu. Namun dia harap sangat Ifran faham..terdengar Ifran melepaskan nafasnya perlahan.


“ look here Atikah... kalau awak tak selesa sebab takut saya ganggu awak sedangkan saya ni adik ipar awak baik awak lupa je la... saya janji takkan ganggu awak lagi. Lagi pun awak pernah janji akan stay sini kalau saya berhenti ganggu awak.” Ifran berkata lembut. Dia tidak mahu Atikah salah faham dengannya. Yang lepas biarlah lepas... kini dia seolah-olah sudah boleh menerima suratan yang dia dan Atikah memang tiada jodoh. Dan dia berpegang prinsip kalau lah Atikah ini jodohnya pasti tak kemana.


“ tapi saya still tak selesa....”


“ kenapa.. sebab awak rasa saya tak boleh lupakan awak just kerana awak ada depan mata. Gitu?don’t be stupid Tikah...hidup ni bukan pasal cinta semata-mata.” Balas Ifran. Atikah diam lagi. Terasa sangat tidak selesa berbual dengan Ifran. sepanjang berkawan dengan Ifran tidak pernah lelaki ini bersikap begini. Rasa menyampah pun ada.


“ saya bukan suruh awak still kerja dengan saya sebab saya suka kat awak tapi saya sukakan kerja awak. Rugilah syarikat kalau lepaskan orang macam awak. Awak pandai, cepat belajar, rajin dan yang pasti sangat prihatin dengan tugas yang diberi. Sikap awak ni boleh membantu syarikat pergi lebih jauh. Dan saya bukan bodoh nak lepaskan pekerja macam awak macam tu saja. One more thing... saya dah janji dengan abah dan ibu yang awak boleh kerja di sini. Saya tak nak mungkiri janji saya dengan mereka. Itu je saya nak cakap. Saya tak nak terima sebarang alasan kerana awak still ada 1 bulan kontrak dengan syarikat. Lepas tamat tempoh, kalau awak tak nak sambung kerja itu adalah hak awak. Tapi, sementara tempoh yang ditetapkan ni awak tak boleh berhenti tanpa alasan yang kukuh.” Panjang lebar Ifran bercakap. Dia memakai semula spek yang dicabut tadi. Mahu meneruskan kerja yang tertangguh. Atikah diam. Terbantut semangatnya untuk meletak jawatan melihat ketegasan Ifran.


“ terima kasih encik Ifran. saya keluar dulu.” Balas Atikah sambil bangun dan mengorak langkah untuk keluar dari bilik berbau segar ini.Namun langkahnya terhenti tatkala namanya dipanggil Ifran.


“ ye.” Soalnya dengan wajah ingin tahu.


“ ambik balik surat ni.” Ifran berkata sambil menghulur surat yang diberi oleh Atikah sebentar tadi. Atikah akur dan mengambil semula surat tadi. Ifran meneruskan kerjanya yang terganggu. Atikah berdiri didepannya diam tidak berkutik. Dia mahu berkata sesuatu kepada bosnya yang kelihatan sangat sibuk itu.


“ encik Ifran.” panggil Atikah lagi. Ifran mengangkat muka. Tidak membalas. Sekadar mengguna bahasa mata sahaja untuk menyoal.


“ encik Ifran mesti dah jatuh cinta kat Umairah kan?” teka Atikah tak semena-mena. Ifran kelihatan terkejut. Tidak mampu mengiyakan mahupun menidakkan kata-kata Atikah yang tiba-tiba. Hanya dadanya yang tidak berhenti-henti berdenggup laju. Atikah ketawa kecil melihat reaksi Ifran. Ifran mengerutkan dahi tatkala melihat Atikah yang ketawa kecil. Tidak faham.


“ lupakan je lah soalan saya. Saya dah faham.” Balas Atikah dengan senyuman manis. Namun begitu hatinya sedikit tercalar. Ahh... tidak perlu dikisahkan perit dihati. Kebahagiaan temannya lebih penting. Atikah keluar dengan senyuman dibibir. Dia yakin dengan firasatnya. Ifran masih lagi terkejut. Jatuh cinta kat Umairah. Giler ke apa aku. no way la. Takkanlah sejarah lama berulang kembali. Namun raut wajah Umairah tiba-tiba muncul dikotak fikiran. Menimbulkan rasa rindu yang tak terperi disudut hati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 09:22 PM | Show all posts
Cmne IRFAN leh tau TIKAH tue kakak ipar dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2012 09:29 PM | Show all posts
Reply 104# shahrinas


   err... ifran kn da kawin ngn umairah... of cos la dye tau   atikah tu kakak tiri umairah... cme sakura x tekan kn je sblom ni...
   konon suspen la...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 11:41 PM | Show all posts
irfannn... ko ni sebenarnya nak sapa neh... tikah ke umairahhh.... cuba cakap betul2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2012 09:56 AM | Show all posts
kaka asyriqa selalu garang2...

ok, next...nk tungu episod renduan plk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:12 AM | Show all posts
kaka asyriqa selalu garang2...

ok, next...nk tungu episod renduan plk...
sarizu Post at 20-5-2012 09:56


Memang! Fareez pun takut dgn kaka asy. Sorry iklan jap



Sila sambung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2012 10:15 AM | Show all posts
Memang! Fareez pun takut dgn kaka asy. Sorry iklan jap



Sila sambung!
ladyFinger12 Post at 20-5-2012 10:12


bg je sally tu kt kaka asyriqa :@


apa ni lady kacau rumahtangga org nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:17 AM | Show all posts
bg je sally tu kt kaka asyriqa


apa ni lady kacau rumahtangga org nih
sarizu Post at 20-5-2012 10:15


Pasal lady x de keje nih..... Bosan! Merayap2 buat havoc
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:19 AM | Show all posts
tekujat sakura nati tgok rumahtangga dia kn cabul

dh la rumahtangga ifran + mai tk btul2 lg, ada ht plk org len nk buat kacau
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:38 AM | Show all posts
tekujat sakura nati tgok rumahtangga dia kn cabul

dh la rumahtangga ifran + mai tk btul2 lg ...
sarizu Post at 20-5-2012 10:19


err... errr. Sumpah! Bukan nak gugat rumahtangga irfan+mai tp nak bg nasihat skit kat mai ....

Mai! Sila take note ya... x bagus tau beraku engkau dgn en somi. Kalau nak bg somi cair cepat panggil abang.






Sebut MANJA MANJAAAA....


ABANGGGGGG!!!!




Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 10:44 AM | Show all posts
err... errr. Sumpah! Bukan nak gugat rumahtangga irfan+mai tp nak bg nasihat skit kat mai ....
...
ladyFinger12 Post at 20-5-2012 10:38


suh mai berusrah ngan plk

sakuraaa...tolonggg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 11:01 AM | Show all posts
suh mai berusrah ngan plk

sakuraaa...tolonggg...
sarizu Post at 20-5-2012 10:44


lady dah tanya Hanan. Dia kata dia sedia. Sedangkan Sally hanan sedia usrahkan inikan pula Mai.



Meh sini  Mai... belajar dgn Hanan. Sian kat u ni... bertahun2 masih x dpt tawan hati en somi.
Cer tengok hanan tu.... 4 bulan jahhh..... Terus encik somi dia angauuuu!!!
















Ampun Sakura!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 11:53 AM | Show all posts
nk jugk ngan sakura...

selagi sakura x timbul slgi tu lh ada yg buat havoc kt sini
marahkan lady ok, dia start dulu, i followww je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2012 02:47 PM | Show all posts
lady dah tanya Hanan. Dia kata dia sedia. Sedangkan Sally hanan sedia usrahkan inikan pula Mai.
...
ladyFinger12 Post at 20-5-2012 11:01


kak lady...ni bkn mai je yg nk kene belajar tip suami syg...sakura pon nak...hehetp sakura x ckp umor lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2012 04:37 PM | Show all posts
kak lady...ni bkn mai je yg nk kene belajar tip suami syg...sakura pon nak...hehetp s ...
misssakura Post at 20-5-2012 14:47


Tak cukup umur kalu, main jauh jauh dulu... hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 04:44 PM | Show all posts
Reply 107# sarizu

gamaknye pompuan nak menopos n kertu cam kaka neh slalu bengkeng sokmo...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 04:49 PM | Show all posts
Reply  sarizu

gamaknye pompuan nak menopos n kertu cam kaka neh slalu bengkeng sokmo...
asyriqa Post at 20-5-2012 16:44


ye ye je kertu! Biasanya org selalu cakap yg sebaliknya. Mesti kaka asy ni muda belia atau remaja bawah umur
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2012 05:01 PM | Show all posts
Reply 109# sarizu

sally tuh kalu dapat sama kaka ... kaka kasi tarbiah sama dia...  boleh pilih maaa... mau masuk tg rambutan kalu @  insap n tobat nasuha masuk pesantren nun...


sakuraaa... cepat sambung der,  bila umairah nak lari neh... nak tengok irfan meroyan ke tidak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067678 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list