CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ameflora

TO'KI minta sedekah --- Bukan dia katernyer

  [Copy link]
Post time 26-5-2012 04:38 AM | Show all posts
Siapa Toki sekarang?
Kita tak usah cerita keadaan semasa dia belum popular...
Kita tak usah cerita ...
Keyboard Post at 25-5-2012 18:15



    ishh x baik la ko, mcm ko dah hidup serumah bertahun2 ngn dia plak smpi tahu dia cenggitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 10:23 AM | Show all posts
Saya cuma tuntut hak saya: To'Ki

Wartawan Sinar Harian

27 Mei 2012

To'Ki

Enam tahun lalu, dia dituduh sebagai seorang ketua kongsi gelap dan ‘orang’ penting di dalam sindiket curi kereta. Malah, dia juga dikaitkan dengan masalah penyalahgunaan dadah.

Namun, perkara itu akhirnya senyap selepas dia tampil menjelaskan perkara sebenar dalam satu sidang media di rumahnya.

Sepi seketika dari kisah sensasi, nama To’Ki sekali lagi menjadi perhatian apabila sebuah laman forum mendakwa dia menjadi peminta sedekah dan sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang, Gombak.

Justeru, bagi mendapat kepastian sebenar mengenai perkara itu, penulis menyampaikan hasrat untuk bertemu dan disambut baik penyanyi yang terkenal pada era 90-an ini.

Pada pertemuan petang Khamis lalu, To’Ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur sudah kelihatan sedikit berisi, malah penampilan kemasnya menidakkan dakwaan individu yang mengatakan dia kini merupakan seorang peminta sedekah.

Memahami tujuan sebenar penulis untuk bertemu dengannya, To’Ki tidak keberatan untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai khabar ‘buruk’ mengenai dirinya.

“Saya bukanlah nak kata saya ini orang yang senang, tetapi saya ada membantu kawan-kawan berniaga dengan memberi pinjaman kepada mereka.

Jadi, ada antaranya yang meminta untuk membayar hutang secara ansuran.

“Oleh itu, secara tidak langsung, memanglah saya ada beberapa kali pergi berjumpa mereka. Tetapi, ada yang memanipulasi cerita ini dengan mengatakan saya meminta sedekah. Padahal saya pergi meminta hak saya,” jelasnya.

Tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak yang menaburkan cerita, To’Ki menganggap segala yang berlaku sebagai lumrah kehidupan dan reda dengan ujian ALLAH SWT.

“Saya memegang pesan ALLAH SWT yang mahu semua umatnya bersatu dan saya tidak berdendam dan memusuhi sesiapa.

“Lagi pula, kalau nak diikutkan logik, saya pergi berjumpa kawan saya bersama isteri untuk menuntut hak saya dan bukannya datang seperti along atau samseng.

“Bagi saya, cerita-cerita sebegini adalah lumrah kehidupan dan lumrah saya sebagai anak seni. Saya adalah bahan sensasi dan secara tidak langsung, dapat dijadikan bahan berita oleh wartawan,” katanya berseloroh.

Ganggu Emosi Keluarga

Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, To’ Ki mengakui merasa tertekan dengan cerita sebegini.

Namun, dia lebih memikirkan emosi keluarganya dan tidak mahu mereka menerima tempias cerita-cerita negatif sebegini.

“Cerita negatif sebegini boleh mencetuskan emosi kepada ibu bapa saya, isteri saya yang kini mengandung dua bulan, dan anak-anak saya.

“Malah, mungkin dua anak saya yang kini menuntut di institusi pengajian tinggi lebih merasa tekanan kerana pandangan serong orang di sekeliling mereka. Lagi pula, mereka remaja urban, tentu mereka membaca mengenai ayah mereka menerusi Internet.

“Walaupun bukan senang untuk memanipulasi anak saya mengenai ayah mereka kerana mereka lebih mengenali saya tetapi saya tidak mahu emosi mereka terganggu,” katanya.

Sedia Kembali

MENYENTUH tentang perkembangan karier seninya, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Hampa, Biasan dan Seni Berzaman sekitar tahun 90-an dulu, mengakui sudah bersedia untuk kembali mewarnai industri seni dan telah menyiapkan EP albumnya.

“Saya sudah menyiapkan empat buah lagu untuk EP saya. Ada lagu yang dicipta oleh orang lain dan saya hanya membantu dari segi melodinya sahaja.

“Saya mahu sama-sama menyinari industri selepas ini dan saya ibaratkan saya antara rencah yang ada dalam kuali industri.

“Bila kurang rencahnya, rasa itu tidak cukup enak. Jadi, saya mahu kembalikan rasa itu, oleh sebab itulah saya mahu kembali aktif.

“Mungkin ada hikmahnya kontroversi yang berlaku ini, kerana secara tidak langsung orang sudah mengingati dan mengenali To’Ki dan memudahkan saya untuk mempromosikan EP saya kelak,” katanya berseloroh.

Selain sibuk menyiapkan EPnya, To’Ki berkata, dia masih menerima undangan nyanyian termasuk akan mengadakan satu persembahan di Pekan, Pahang bulan ini.

Biarpun bakal bersaing dengan nama-nama baru kelak, To’Ki merasakan tidak takut kerana setiap penyanyi ada cara mereka yang tersendiri.

“Niat saya untuk kembali menyanyi bukan kerana malu mengejar glamor dan sebagainya. Saya buat kerana ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat, itu sahaja,” jelasnya yang berharap mendapat respons positif pada kemunculannya nanti.



Credits: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 10:21 AM | Show all posts
Sapa boleh percaya dia bagi utang kat orang.. dalam keadaan dia pun perlu meminta2 dari orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 02:36 PM | Show all posts
Masok melodi gosip TT...kelasss ko jah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 02:48 PM | Show all posts
Yg si azmi melodi tu kejadahnya g tnya apek cina "ada x nmpk penyanyi dtg mntk sedekah kat sini" ingt apek tu kenal ke to'ki tu. tok ti pn belum tentu apek tu kenal ini kan pulak tok ki
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 02:50 PM | Show all posts
dia orang kuat dato johari baharom tim menteri asas tani tak kan nak merempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2012 03:24 PM | Show all posts
Tt...toki suruh mintak maaf
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 05:25 PM | Show all posts
aku pon nampak dia dlm melodi tadi.. tapi x dengar lak ape komen dia sbb kat cafe bising mase lunch
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 08:17 PM | Show all posts
aku pun ada tgk melodi tadi..kelas gosip TT masuk tibi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 08:38 PM | Show all posts
kerlasstt kau... pasal TT..tok ki makin glamer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 08:58 PM | Show all posts
kelas gosip sampai masuk paper n Melodi......
Yg si wartawan tanya si apek jual sayur tu mcm la dia kenal TOKI.. adoyaaii
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:26 PM | Show all posts
Yg pi tanya apek yg xda masa nsk tgk2 peminta sedekah apa varang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 09:39 PM | Show all posts
Thread nie maduk melodi tdi.., terkujat aku tgok tajuknye yg aku familiar... Haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055881 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list