CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ameflora

TO'KI minta sedekah --- Bukan dia katernyer

  [Copy link]
Post time 22-5-2012 07:05 PM | Show all posts
tp dia mmg talented!!lirik dia puitiss...all round pencipta lagu laaaa...tp mmg le ade masalah attitude sikit ek dolo2..knaapaa laaa tejebak ngn dadah????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2012 07:24 PM | Show all posts
Dia ni dulu kan ada ''RANK'' jugak dalam PEKIDA tu kan..? Tak kan pertubuhan tu nak biarkan ahli depa melarat mcm tu.(Kalau betul la cerita ni)..


Tuu...Siap buat cover album lagi dgn selendang traffic light dia tu beserta dgn bintang2 ''kebesaran"....
* Kalau lah cerita ni benar pun aku tak rasa hairan bin ajaib dgn Mat Zaki ni....(aku kenai dia ni).Semoga Allah memberi petunjuk pada nya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 08:02 PM | Show all posts
aku tgk kebanyakkan penyanyi laki sore sodap ni amik dadah..ke dadah tu penyedap sore....?tgk cam jamal,salem,ameng....tp lagu2 derank still diminati sampai skang...termasuk la aku...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 08:18 PM | Show all posts
semoga sempat insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 08:43 PM | Show all posts
bangang betoll la rotimiskin nihh

penyegannnnnnnnnnnnn

p laa wat research sndirii oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 09:24 PM | Show all posts
aku tgk kebanyakkan penyanyi laki sore sodap ni amik dadah..ke dadah tu penyedap sore....?tgk cam ja ...
sriwanis Post at 22-5-2012 20:02



    Betul la cakap ka tu. Kena kasi masyuk dulu baru leh fefiling lagu kasi ada rasa. Cam kat holliwood brad pitt pon amik ganja, siap kasitau donia lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2012 09:25 PM | Show all posts
Betul ke citer to ki nih? Ada sapa2 nak kasi huraian/hujah mengesahkan topic forum kita kali ini?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 10:09 PM | Show all posts
isk .. betoi ka nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 12:13 AM | Show all posts
To'ki Kecewa Difitnah Jadi Peminta Sedekah

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


To'Ki kecewa dengan tuduhan dia meminta sedekah di Pasar Borong Selayang. Foto UTUSAN MALAYSIA

PETALING JAYA: Penyanyi popular era 90 an, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur kecewa apabila ada laporan mendakwa dia menjadi peminta sedekah dan sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang, dekat sini.

To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu.

"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai.

"Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

To’ki yang popular dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman itu diminta mengulas komen seorang individu menerusi satu lambang sembang yang mendakwa melihat dia merayau-rayau di Pasar Borong, Selayang sambil meminta sedekah.

Dalam pada itu kata To'ki berkata, dia tidak menafikan sering berkunjung ke pasar borong tersebut untuk bertemu rakan-rakannya dan bersarapan pagi di kedai berhampiran.

Tambahnya, rumah dia juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan dia kerap ke sana.

"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?.

"Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu," katanya.        Dalam pada itu, To'ki turut menafikan tuduhan kononnya dia turut menjadi penagih dadah di kawasan sambil meminta orang ramai yang melihat kelibatnya selepas ini agar menangkapnya untuk dibawa ke balai polis.

To'ki berkata, dengan cara itu dia boleh membuktikan kepada orang ramai dirinya tidak seperti yang diperkatakan.

"Kalau saya nafikan bukan orang nak percaya. Jadi, tangkap saja saya jika ternampak kelibat saya dan serahkan kepada polis untuk buat ujian air kencing," katanya.

Bagaimanapun kata To'ki, dia telah memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuat fitnah tersebut dan berharap mereka menyesal dengan tuduhan itu.

Dalam perkembangan lain, To'ki masih aktif menyanyi untuk persembahan tertutup jika ada jemputan selain mencipta lagu runut bunyi drama tempatan.

To’ki sebelum ini pernah mengejutkan peminatnya apabila terdapat laporan akhbar yang menuduhnya menjadi ketua kongsi sehingga menyebabkan dia bertindak untuk menyaman akhbar itu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 12:28 AM | Show all posts
Tudiaaaaa...!  Ini menjelaskan semua spekulasi ttg ''peminta sedekah'' Pasar Borong Selayang tu. Esok kena pi cari mamat yang muka mcm To'Ki ni..nak ambik gambar...
Kesian kat hang Ki oii.....Hari tu depa tuduh ketua kongsi gelap ,belasah bini dan mcm2.Kena cari wartawan yang LAPAQ BERITA SENSASI MELODI ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 12:44 AM | Show all posts
tudiaaaa
wartawan yg SR dlm porem ni bertindak pantassss!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:04 AM | Show all posts
Minta sedekah mcm pengemis tu ke? Mintak sedekah byk makna dan interpretasinya. Tp klu betul mcm pen ...
seb_baik Post at 22-5-2012 08:33



    apalagi interpretasi lain bg minta sedekah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by an2toncit at 23-5-2012 01:09
kedai makan dia tu yg sblh kedai jual goreng pisang dan buah2 tu ye?
TabletSusu Post at 22-5-2012 17:51


ujung skali yg ada jual sate tu ...
yg kedai ujung belah lagi 1  tu pelakon iklan/drama sorang tu selalu lepak ....aku lupa lak nama dia .....siap ada poster dia jadi duta kopi
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:09 AM | Show all posts
Igtkan tajuk thread ni TOK'TI... Silap baca plak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:10 AM | Show all posts
ingatkan tok ti. salah baca daaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:12 AM | Show all posts
selain biasan ,lagu popular dia tajuk selumbar kan ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 01:17 AM | Show all posts
ye ke? ntah la.. ofis aku kat situ.. kita org pergi makan situ pon asik sebut kedai makan  ...
leotazz818 Post at 22-5-2012 17:05


ye le ....takde la baru sangat ada lunch situ ....dulu siang kosong je malam je ex wife toki tu bukak.....ko mesti keje mpkj ni coz mana ada opis lain area situ
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 01:54 AM | Show all posts
haaa  tuan tanah apa lagi tak reti reti nak minta maaf terbuka ka lepas buat fitnah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 02:28 AM | Show all posts
Tu pergi lah cari To'ki kat pasar borong tu dan minta maap..dan kata lain kali dah serik nak fitenah nie kalau nampak sekali imbas gitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 05:50 AM | Show all posts
roti kayap kecut telor..main play safe...siap sebut nama porumer cari lagi nak siar berite....keji betul....roti kayap tu sama kene mintak maap....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049220 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list