Kalau Abang Nara jadi To’ki memang confirm Abang Nara sedih tahap 7 petala langit. Mana taknya, kena chop jadi peminta sedekah. Bagi seseorang yang masih mempunyai kudrat untuk mencari rezeki, itu merupakan satu penghinaan yang amat tinggi. Tuduhan tersebut wujud hanya kerana To’ki sering kelihatan berada di Pasar Borong Selayang. Sedih tak?
To’ki yang dihubungi oleh wartawan Mstar Online melahirkan rasa kekesalannya dan kecewa apabila difitnah sebegitu rupa. Kata To’ki:-
"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu".
Tapi Abang Nara paling suka ayat ini daripada To’ki. Memang sempoi.
"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?.Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu".
Yang bertambah rasa respek Abang Nara kepada To’ki ialah dia telah memaafkan mereka yang mereka cerita karut ini. Kalau dah legend tue memang legend jugak. Semoga selepas ini To’ki akan terus mencari rezeki dengan kudrat yang ada pada dirinya. Harap-harap adalah stesyen TV atau radio yang akan menjemput To’ki untuk membuat persembahan. Rindu pulak nak dengar suara mantap To’ki.
Siapa Toki sekarang?
Kita tak usah cerita keadaan semasa dia belum popular...
Kita tak usah cerita ketika dia sedang popular
Kita sama-sama lihat keadaan sekarang, siapa ToKi.
- cencored@edited -
Jika Toki tidak berusaha mengubah keadaan dirinya, selagi itulah dia akan berada ditahap sekarang.
1. Toki perlu tinggalkan pengambilan bahan tertentu seperti ubat2.
2. Tidak bercakap sesuatu yang memang tidak diketahuinya.
3. Tidak bongkak dalam perbualan.
4. Tidak meninggi diri, meminta isterinya tidak berlagak bodoh sombong melangit.
5. Jangan lagi tipu kawan.
6. Toki perlu turun ke bawah dan bangkit kembali dengan cara yang betul dan tidak membawa semua perangai lamanya.
7. Yang paling penting sedar diri dan tidak menyangka diri hebat dari orang lain, dan kena merendah diri. Merasa diri hebat punca utama dia jatuh kerana sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun, cuma suara dia sedap dalam menyanyi.
8. Toki perlu sedar orang/rakan disekelilingnya bukannya bodoh
mmg nampak toki agak susah seakrang, tapi so far selalu jumpa tak pernah lak nampak dia mabuk atau cam penagih dadah.. cuma nampak kusut sket... maybe sebab rambut dia berkarat dan baju gelebeh kot...
skali pandang tajuk tok ti
terkejut aku,terus gelojoh masuk baca..
skali tok ki..
kalau dah tahap mintak sedekah tu teruk sgt dah kehidupan.
patotnya cube bekerja. xkire la kerja sendiri atau keje dgn org.