CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mierafaziera

Pesanan Khidmat Masyarakat: Gemuk adalah HARAM bagi Aimy sekuarga..(dah mentedar

     Close [Copy link]
Post time 6-1-2019 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 6-1-2019 10:16 PM
I personally rs yg sulung tu kalau g sekolah pandai bdknya tu, kalau 1 hari sok bdk ni dh pandai p ...

Yep, tu lh Suhaimi xnak anak2 & bini jdi lgi pandai dri dia, kn nnti susah nak d tipu. Sbab tu dia biarkn anak2 & bini bodoh, snang lh dia nak tipu hidup2, xde yg nak mlawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mas79 replied at 6-1-2019 10:09 PM
Adoi la...yang betul milo tu mahal,

Yep, kn bliau xmampu bli, tu lh yg d tipunya budak2 ni. Ksian af, psl bapak bewak bodoh, anak2 jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MarissaMiller88 replied at 6-1-2019 06:43 PM
aipp...bkn dgn yomi je tauu...kat london je dia laku..open n westernised katanyaaaaa

Wow.. chuolls membawang pasal queen pampers kah.i follow IG dia..haritu macam dah insaf,dah berbaik dengan ayah n family dia and pindah rumah lagi.pakai pon elok2 je.. sekarang i tengok dah mula balik perangai lama pakai seksi balik..btw she pindah mana ya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2019 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 6-1-2019 09:38 PM
So awaklh forumer yg dlu cadangkn agar Suhaimi & Ina bwa anak2 ke library? Dlu ada trbca komen ni. ...

ada forumer dah jelaskan tp few month ago laa I ada suh dia bw p library sbg cara utk anak2 bljr sb xskolah kan so p laa lib sb free n anak2 blh la jg baca buku2 skolah or buat latihan yg patut.
ni finally bw jg p lib baguslah tp yg xbagusnya stakat posing watpo! kat tmn bunga tepi laut kdai mkn dah biasa posing kot. ramai je org lain suggest mcm2 kat sohai ni demi kebaikan anak2.
tp p lib pls ajar anak2 behave ok, jgn mcm makpak lain yg bw anak2 tp biarkan blarian ckp n gelak kuat2 smp ggu org lain. library bkn playground. pls bezakan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk sohai... Sila hadam kisah ni.. Moga hang insaf.. Sekolahkan lah anak-anak hang

GUNA PLASTIK IKAN SEBAGAI BEG SEKOLAH..BILA KOYAK, AYAH GANTI DENGAN PLASTIK IKAN YANG BARU
| WARTAWAN GPSBESTARI.COM
Guna plastik ikan sebagai beg sekolah..bila koyak, ayah ganti dengan plastik ikan yang baru
Cerita zaman persekolahan Dr Mohd Istajib Mokhtar dari Jasin, Melaka ini sangat menyentuh hati.

Bayangkan, jika murid lain membawa beg yang cantik dan mahal ke sekolah, tetapi Dr Mohd Istajib ini hanya dibekalkan plastik ikan sebagai pengganti kepada beg sekolah.

Mak ayahnya tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan persekolahan buat dia dan adik beradik yang lain.

Kata Dr Mohd Istajib..

"Bila plastik kotor, mak akan basuh dan sidai dekat tingkap.

"Bila plastik dah kering, barulah saya masukkan buku dalam plastik ikan.

"Jika koyak, ayah akan ganti dengan plastik ikan yang baru," katanya.

Ikuti liku-liku hidup Dr Mohd Istajib menerusi artikel yang diemail kepada wartawan GPSBestari.

Untuk makluman, Dr Mohd Istajib kini sudah pun bergelar Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains di Universiti Malaya (UM).

Setiap individu pastinya mempunyai kisah pahit di sebalik kisah manis.

Namun, perkongsian kisah sebegini bukanlah untuk menagih simpati tetapi untuk memberikan sedikit sebanyak inspirasi. Jika kita rasa kita susah, ramai lagi yang lebih susah.

Sedikit perkongsian saya semasa di sekolah rendah sekitar tahun 1992-1997.

Anak Askar Pencen, Penoreh Getah

Saya dilahirkan pada tahun 1985 iaitu tahun yang sama ayah saya bersara sebagai tentera dengan elaun persaraan yang kecil.

Emak pula suri rumah sepenuh masa membesarkan 9 orang anak.

Ayah melakukan pelbagai kerja termasuk menoreh getah bagi menampung keperluan keluarga.

Dan saya, merupakan anak ke 8 daripada 9 beradik.

Ketika berusia 5 tahun, saya belum dapat memasuki pra sekolah atas faktor kekangan kewangan keluarga.

Pada ketika itu, kakak sulung saya sedang melanjutkan pengajian di universiti. Tiga yang lain berada di sekolah menengah manakala tiga lagi di sekolah rendah. Seorang lagi, merupakan adik perempuan saya.

Keinginan untuk ke sekolah amat tinggi kerana setiap pagi melihat rakan-rakan sebaya di kampung telah pun ke sekolah, memakai baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dengan alat tulis, pensil warna dan bekas air yang berwarna-warni. Sungguh mengujakan. Tapi, saya hanya mampu melambai mereka ke sekolah dari pagar rumah.

Guna semula plastik beli ikan sebagai beg sekolah plastik.

Pada tahun 1991, usia saya 6 tahun, akhirnya ayah mendaftarkan saya pra sekolah.

Gembiranya bukan kepalang.

Saya sudah membayangkan beg sekolah dan alat tulis yang diimpikan.

Namun, ayah memberitahu yang ayah tidak mampu membeli itu dan ini.

Saya memahami dan tidak kisah asalkan dapat pergi sekolah.

Emak pula mengumpul pensel-pensel lama yang saya ingat panjangnya hanya saiz jari kelingking.

Pemadam? Ikatkan saja tali getah di hujung pensel untuk dibuat pemadam.

Gam pula emak masakkan tepung kanji dan dimasukkan ke dalam bekas.

Baju? Jangan risau emak kata. Baju lama abang-abang saya boleh dipakai lagi.

Beg pula? Emak ke dapur, mencari sesuatu dan kelihatan buntu.

Akhirnya, emak membasuh plastik yang digunakan untuk membungkus ikan yang dibeli pagi tadi.
Emak kata untuk sementara.

Lalu saya ke sekolah menggunakan beg plastik itu.

Pemegang plastik disangkut ke bahu seperti beg sekolah biasa.
Entah kenapa, pada ketika itu saya tidak rasa malu dan silu. Yang penting, dapat ke sekolah dan belajar macam kawan-kawan saya.

Sampai di kelas, beg-beg sekolah dikumpulkan di suatu sudut dan hanya akan dipulangkan sebelum pulang ke rumah.

Sebelum pulang, cikgu akan mengangkat beg satu persatu dan bertanya siapa pemilik beg untuk dikembalikan.

“Siapa yang bawa beg plastik ni?” “Saya!”.
Pada ketika itu, saya rasa sedikit malu sebab ditertawakan kawan-kawan. Tapi saya segera mendapatkan beg tersebut.

Tidak lama bertahan, plastik koyak. Setelah kerap mengganti beg plastik.

Emak mengadu pada ayah supaya membelikan saya beg sekolah baru.

Ayah berikhtiar. Saya berdebar. Ayah pulang, ayah menunjukkan beg baru. Saya melompat kegembiraan. Saya gembira dapat beg baru walaupun sebenarnya ayah hanya beli beg plastik lain.
Kali ini beg plastik yang cantik. Lebih kukuh. Ada gambar sebelah biru sebelah merah. Saya masih ingat, sebab beg itu cukup bermakna.

Beberapa bulan kemudian, koyak juga. Akhirnya, kakak sulung memberikan beg lamanya kepada saya, beg sandang putih dengan gambar kereta api. Saya menerima sahaja asalkan ada juga beg.

Aci Beri Baju Sekolah

Terasa janggal apabila hampir separuh penggal, saya seorang sahaja yang masih tidak mempunyai pakaian seragam.

Jiran saya berbangsa India melihat saya masih tiada baju seragam lalu dia memberikan salah satu baju seragam anaknya kepada saya.

Saya terus pakai baju tersebut dan tidak sabar pulang ke rumah untuk menunjukkan kepada ayah dan emak yang saya telah ada baju sekolah!

Ayah saya terkejut dan bertanya dari mana saya mendapatkan baju.

Aci bagi!!! Tapi ayah tertawa, baju tersebut ternyata tidak sesuai dengan saya. Saya berlari dan melompat hampir terjatuh. Bajunya besar. Seluarnya labuh. Tidak kisah. Saya sudah terlalu gembira. Emak segera mengubahsuai saiz baju tersebut.

Terima kasih Aci!!! Tiada baju sekolah bukan isu baru dalam keluarga saya. Abang saya juga tiada t shirt seragam sukan. Ketika bersukan, dia pakai baju Melayu juga.

Tiada duit belanja

Di sekolah rendah, sebagai anak pesara tentera dan suri rumah, kedudukan kewangan keluarga membolehkan kami adik-beradik mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Namun, apabila makanan sama berulang, tekak kanak-kanak saya mula bosan untuk makan roti keras dan telur sejuk serta bubur lambuk kenyal.

Teringin sekali nak makan di kantin bersama kawan-kawan.

Teringin sekali makan mee goreng.

Satu hari, saya pergi sahaja di kantin melihat kawan-kawan makan mee goreng. Harganya RM0.20. Memang saya tidak mampu. Saya tiada walau sesen pun.

Saya meminta-minta kawan saya untuk rasa mee goreng, diberikan sesudu. Sedapnya. Esoknya saya tidak mahu makan RMT juga.

Saya pergi di kantin lagi. Duduk memerhati dan mengendeng kawan-kawan yang makan mee goreng.

Tumpang selera orang kata. Tidak dapat tahan, saya meminta lagi. Dapat sesudu. Memang sedap. Sehingga satu ketika, kawan tersebut sudah tidak selesa diganggu saya untuk meminta makannya.

“Hari-hari nak mengecek mee kita, kita bagi tahu mak kita”.
Sejak itu, saya tidak mengecek makanan orang lagi. Tahan selera.

Bekal Nasi Lemak Olok-olok

Emak sentiasa memahami. Anaknya ingin makan di kantin. Ingin makan makanan yang lebih sedap.

Esok paginya, emak membungkus nasi putih biasa seperti bungkusan nasi lemak.
Olok-oloknya seperti nasi lemak yang dijual di kantin untuk kami adik-beradik bawa bekal ke sekolah.

Emak kreatif! Kami semua teruja. Sekarang saya sudah boleh makan di kantin. Saya makan nasi lemak olok-olok saya dengan kawan-kawan lain.

Pernah juga bekalan air di rumah terputus. Emak tidak dapat menyediakan bekalan makanan.

Ketika itu saya nampak muka emak sangat risau memikirkan apa anak-anaknya akan makan.

Emak selongkar kabinet dapur. Ada tin milo yang berkarat. Emak buka penutup dengan sudu. Rupanya di dalam tin tersebut ada koleksi duit syiling 5 sen.

Emak beri seorang 30 sen. 20 sen untuk beli makanan, 10 sen beli minuman. Gembira, sebab itu kali pertama ada duit belanja.

Saya beli mee goreng kegemaran saya dan air sirap.

Namun, saya terbayang-bayang tabung tin milo emak saya. Saya nampak di dalamnya sudah tiada lagi baki syiling. Kami semua tidak meminta lagi duit belanja kerana kami sendiri nampak tiada lagi baki dalam tabung tin milo yang emak sorok di kabinet dapur.

Jana pendapatan, jual lukisan dan anjur pertandingan

Suatu hari, ada kawan saya memberikan saya rasa kuih karipap yang dibeli di kantin. Sedap juga. Saya berjumpa abang saya, bercerita tentang sedapnya kuih karipap. Abang membelikan saya satu, 0 sen harganya. Mana abang dapat duit?

Rupanya, abang menjual lukisan tangannya. Dari situ, saya dapat idea untuk menjual lukisan juga.

Saya lukis gambar kartun 5 orang. Setiap satunya berharga RM0.10. Kawan-kawan suka lukisan saya. Semuanya terjual.

Tanpa membuang masa, saya membeli 5 biji karipap. Saya makan tiga, dan lagi dua saya beri kepada abang saya.

Tapi, abang saya marah. Abang suruh saya berjimat. Sepatutnya sehari beli satu karipap sahaja katanya. Abang maklumkan perkara ini pada emak. Emak juga menegur saya supaya lebih berjimat.

Saya akur saya telah membazirkan kesemua wang dalam masa sehari. Sepatutnya saya berjimat. Ayah amat mementingkan berjimat cermat dan menabung. Kalau dapat duit raya, ayah hanya benarkan beli barang bermanfaat. Saya membeli jam tangan. Wang baki ayah buka akaun Tabung Haji.

Suatu hari kawan memberitahu, kedai runcit di depan sekolah ada alat baru bernama mesin canggih bernama mesin fotostat.

Saya tidak tahu mesin apa itu. Kawan saya membawa lukisan saya (gambar doraemon) ke kedai dan fotokopi gambar tersebut. Saya amat teruja.

Jadi, saya mengumpul beberapa orang kawan yang suka mewarna untuk bertanding mewarnakan lukisan saya. Saya akan menjadi juri. Mereka setuju. Saya akan lukis dan fotokopi. Yuran penyertaan RM0.20. Saya dapat sedikit untung.

Selepas kejayaan pertama, saya buat pertandingan kali kedua. Penyertaan bertambah ramai termasuk pelajar kelas sebelah. Lukisan semakin rumit. Dengan wang penyertaan, saya membeli alat tulis kepada pemenang. Baki duit, saya beli alat tulis yang saya impi, pensel tekan-tekan (mekanikal).

Masuk pertandingan demi hadiah
Saya masuk pelbagai pertandingan. Semua pertandingan saya akan usaha untuk menang. Saya bukan nak asah bakat sangat. Saya bukan gilakan populariti atas pentas. Saya hanya perlukan hadiah.

Hadiah-hadiah pertandingan biasanya alat tulis dan buku. Saya amat memerlukannya kerana saya tidak mampu membelinya.

Segalanya bermula ketika peperiksaan darjah satu. Soalannya meminta pelajar hanya mewarnakan buah-buahan dalam gambar-gambar yang diberikan. Pasti, saya dapat membezakan buah-buahan dengan bukan buah-buahan.

Saya jadi panik sebab saya tiada pensel warna. Lalu saya hanya warnakan dengan pensel.
Selepas cikgu menanda kertas soalan, cikgu bertanya di dalam kelas “kenapa warnakan buah rambutan warna hitam? Buah dah busuk ke?”. Lalu saya ditertawakan. Pengalaman ini amat sedih. Saya hanya tidak mampu. Bukan tidak tahu.
Tidak lama selepas itu, kawan saya menghadiahi saya pensel warna. Dia memberitahu ayahnya. Itulah pensel warna pertama saya. Terima kasih.

Alhamdulillah, selepas itu, tiada satu pun pertandingan saya kalah.

Saya menjuarai pertandingan melukis poster di peringkat sekolah dan daerah.

Saya dapat hadiah set alat tulis yang lengkap termasuk set geometri yang lebih cantik dan mahal daripada yang dimiliki rakan-rakan sekelas saya.

Saya jadi teruja untuk masuk pertandingan selalu.

Saya masuk pertandingan otak komputer, saintis muda, menulis khat, syarahan, berzanji, dan sukaneka.

Pelbagai hadiah membuatkan saya semakin teruja. Ayah sentiasa memberikan sokongan. Setiap kali pulang ke rumah membawa hadiah, ayah akan jerit “Anak Ayah!!!”.

Saya suka menyusun hadiah di rumah, emak tersenyum dan sehingga sekarang emak bercerita tentang saya kepada cucu-cucunya yang suka menyusun hadiah dari ruang tamu sehingga ke dapur rumah. Banyaknya!!!

Saya masuk pertandingan bercerita sehingga berjaya ke peringkat kebangsaan dan mendapat pelbagai buku dan wang tunai. Wang tunai tersebut ayah simpan. Ada digunakan untuk membeli kasut sekolah pertama dari kedai kasut. Saya tidur bersama kasut tersebut. Puas rasanya memiliki kasut dengan usaha sendiri.

Sebelum ini, ayah akan belikan kasut sekolah lelong yang dijual secara lambak di pasar malam. Bukan kasut putih. Tetapi oleh kerana harga lelongnya mampu milik, ayah saya belikan juga. Tapi saya akan sapukan kapur biar nampak putih.



Basikal
Darjah 6, tahun 1997, saya menyertai pertandingan mewarna peringkat kebangsaan dengan meminjam set pensel warna rakan saya, anak orang berada.

Penyertaan melebihi 1000 peserta dari seluruh negara. Hadiah utamanya, sebuah basikal. Saya teringin sekali ada basikal sendiri. Saya sudah terbiasa jika ingin sesuatu kena usaha sendiri. Sebab tahu ayah tidak mampu.

Alangkah berdebarnya menunggu keputusan. Sehinggalah keputusan tiga tempat teratas. Saya diumumkan mendapat tempat kedua. Semua rakan bersorak.
Tapi saya bersedih. Ini bermakna, saya terlepas mendapat hadiah sebuah basikal.

Emak dan ayah serta adik beradik turut berbangga dan mengucapkan tahniah, saya tidak dapat menahan sedih. Saya menangis. Ayah pelik, anaknya mendapat tempat kedua menewaskan lebih 1000 peserta lain dan mendapat liputan akhbar serta menerima hadiah yang banyak. Barulah ayah tahu bahawa saya kecewa tidak menjadi juara untuk memiliki sebuah basikal.

Lama bermurung, lalu ayah membawa saya ke kedai basikal.

Saya pelik kerana ayah pastinya tidak mampu. Ayah simpan wang kemenangan saya sebelum ini dan ayah menambah sedikit simpanan ayah dan meminta untuk dibayar secara ansuran. Akhirnya saya memiliki basikal. Ayah mengajar saya berusaha sehabis baik untuk memiliki sesuatu. Ayah suruh saya buat yang terbaik dalam peperiksaan UPSR.



Pelajar Mithali
Menerusi pencapaian saya dalam kokurikulum, sekaligus meningkatkan prestasi saya dalam akademik.

Saya mampu menulis karangan kerana biasa memasuki pertandingan syarahan dan bercerita. Saya mahir Matematik dan Sains kerana sering menyertai pertandingan Saintis Muda dan Otak Komputer selain sering berkira-kira menguruskan kewangan.

Kerana petah berkata-kata sejak memasuki pertandingan syarahan di peringkat negeri dan bercerita peringkat kebangsaan, saya juga dilantik menjadi pengawas, ketua badan beruniform dan pengerusi persatuan. Akhirnya, saya diangkat menjadi Pelajar Mithali pada tahun 1997 dengan keputusan UPSR 4A.

Saya selalu tidak merasakan hidup saya susah, malah selalu bersyukur.
Emak selalu bercerita tentang kisah ayah jauh lebih sedih.

Ayah anak yatim piatu. Surat beranak pun tiada. Arwah nenek memberitahu ayah, sijil lahirnya sudah dibawa lari tentera Jepun. Ayah berjalan mencari rezeki 9 batu hari-hari.

Kak Long? Mak beritahu sehingga tangannya menggelembung panas menjinjing beg sekolah yang berat di waktu panas. Selalu mengikut ayah pindah randah mengikut tugasan tenteranya. Hampir seluruh negeri ayah menetap. Emak memotivasikan dengan menceritakan bahawa Kak Long sentiasa dapat nombor 1 di dalam kelas walau ke mana sahaja sekolah dipindahkan. Kak Long kini seorang doktor veterinar. Jika Kak Long boleh, mengapa tidak saya.

Emak pernah berseloroh, agaknya, kalau kita hidup macam tu di zaman sekarang, mungkin keluarga kita mendapat liputan rancangan Bersamamu TV3.

DR MOHD ISTAJIB MOKHTAR

BSy (Law), MSy, PhD (Malaya)

- Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.

Kelayakan Akademik
Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Undang-undang)

-Lulus dengan Kepujian dengan Cemerlang.

-Anugerah Pelajaran DiRaja Universiti Malaya 2008.

Sarjana Syariah (Syariah, Undang-undang dan Pencemaran Air)

-3 Tesis Terbaik (Kategori Master), Yayasan Nurul Yaqeen 2011.

Doktor Falsafah (Etika Perundangan Islam dan Konservasi Biodiversiti)

-Tesis Cemerlang.

- Anugerah Graduan PhD Cemerlang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 2015







Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ina munger ckp dia tak kisah org nk ckp apa psl family dia, yg penting Allah suka..
Tp confirm ke Allah suka?. Amanah Allah ( anak2) pun korang tak jg dgn baik, tak tunaikan hak2 anak2, masih sembang lg yg Allah suka dgn cara korang. Tolong jgn buruk kan imej Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ni pindah thread baru kah?? Atau dah tukar tajuk?

Btw, i terkesan tgk ank2 masuk sekolah n i rasa sedih on behalf ank sohai. For me gila kejam ko xbg hak ank2 sekolah. Tgk bdk2 lain happy dpt baju baru, dpt kwn2 baru, pengalaman baru, ilmu baru

Mak2 semua sedih terharu ank dah sekolah.

Tp sohai ina buat bangang je. Ingt ye ina sohai, ank2 tu pinjaman je. As i tgk, mcm xreti jaga pinjaman tuhan. Elok la pulangkan balik.

4 org tu ank x sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 11:39 AM | Show all posts
gideoncross replied at 6-1-2019 09:52 PM
Bliau bukn dictator tpi DICKtator.

dicktakder... kalau ada pon mancis je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 12:47 PM | Show all posts
iraizz replied at 7-1-2019 12:11 AM
Untuk sohai... Sila hadam kisah ni.. Moga hang insaf.. Sekolahkan lah anak-anak hang

GUNA PLASTIK ...

Tq posting yg sangat menginsafkan. Terima kasih kerana berkongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 03:41 PM | Show all posts
sis aimy hadap viral eh


Mosus
4 mins ·
Masa makan roti canai di sebuah warung semalam,
Anak sulung ss,Hadie tiba tiba berbisik,
'yah,yah! tengok la tu'
Sambil memberi isyarat ke arah meja belakang.
ss menjengah dan ternampak,
seorang lelaki dalam lingkungan usia 40an sedang merokok.
Ina terus bersuara,
Takkan la tak tau kot..¿
ss : biarlah,malas nak gaduh gaduh.
Kalau ayah cakap nanti,orang sakit hati.
Mendengarkan kata kata tu,ina terus membalas.
"tak yah la yah..sabar je.."
Bukan isu rokok itu haram atau membahayakan kesihatan,tapi isu hormat.
Dalam hidup,
Adab dan hormat ni ada masanya perlu kita letakkan lebih tinggi daripada perkara perkara lain.
Dia sepatutnya hormat pada peraturan.
Hormat orang lain termasuk kanak kanak yang ada di dalam kedai tu.
Dan sebab hormat jugalah ss bersabar dan tidak mahu menegur.
Bimbang dia malu atau berlaku perkara yang tidak baik.
ss ni pun ada perangai buruk jugak😅
Silap haribulan,
Viral lagi😂
Maklumlah artis sendu..
Pesanan ss,
Tuan tuan kedai..
tolonglah ambil berat dan beri teguran jika situasi begini berlaku di premis korang.
Kalau dah berkelahi,anda juga yang mungkin akan susah dan rugi.
Kepada para perokok tegar,
Peraturan baru ini sepatutnya anda ambil sebagai peluang dan pendorong untuk tinggalkan tabiat yang tidak baik tu.
Kalau nak jugak merokok,sila ukur dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:17 PM | Show all posts
gideoncross replied at 6-1-2019 10:17 PM
Bliau adalh Setat Jadi Jadian.

Apasal iols terbaca sebagai "setan jadi-jadian"??

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh gitu ceritanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 7-1-2019 05:29 PM
Oh gitu ceritanya

alahai... nak menempel kasi viral haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 7-1-2019 12:11 AM
Untuk sohai... Sila hadam kisah ni.. Moga hang insaf.. Sekolahkan lah anak-anak hang

GUNA PLASTIK ...

SS mana ada empathy dgn anak2 dia. Bior tak yah sekolah, tak yah mkn elok, tak berbaju elok, takde vaksin. Bapak mesti berspek itam, handphone bertopup, makan sesedap kat luar rumah. Tgk bapak dr ni sanggup cari jalan bagi anak sekolah, keluar dr kemiskinan. Ilmu tu penting, bkn takat baca abc je. Kalau dah nak akhirat sgt hantar la gi sekolah pondok ke sekolah agama ke, tak nak jugak. Mmg dasar tak nak tgk anak pegi sekolah, esok laki bini takde, anak2 tatau jd apa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 07:13 PM | Show all posts

tahun bila punya cerita berangan ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aimy sentap ngan uols

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 6-1-2019 10:43 PM
Wow.. chuolls membawang pasal queen pampers kah.i follow IG dia..haritu macam dah insaf,dah berbai ...

Pindah masuk rumah ayah die.lah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 7-1-2019 10:26 PM
Aimy sentap ngan uols

tahu pun... berubah la nyah... sembang fantasi bkn main la ko... p keje... anak2 p sekolah... org bising psl ko bongok... penipu... guna agama... sekian
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak jadi ngan anak2 dia? Kesiannya. Keluarga diorang yg lain tak nak masuk campur ke?kalu tak nak sek biasa hantarlah sek agama le pondok ke. Ina ni takde abang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 7-1-2019 10:35 PM
tahu pun... berubah la nyah... sembang fantasi bkn main la ko... p keje... anak2 p sekolah... org  ...

Betul3..
Demi ank2 berubah la sohai.  Pendidikan tu penting. Kalau ko mmg ingin ank2 jd hafiz/hafizah yg berilmu dunia akhirat, hntr mereka belajar mcm abby buat utk ank2 dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.608510 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list