CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82101|Reply: 420

Lima Bulan Mislina Mustaffa Hidup Gelandangan

  [Copy link]
Post time 4-6-2012 11:01 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Dalam mencari kehidupan yang berbeza daripada biasa, pelakon Mislina Mustaffa membuat keputusan untuk hidup gelandangan selama setahun.

Mislina berkata, sudah lebih lima bulan dia bergelandangan dan keputusan itu dibuat kerana dia ingin menghasilkan sebuah buku berkisarkan tentang kehidupan golongan yang tiada rumah berjudul Homeless By Choice.



"Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja. Dan saya akan 'menjelajah' dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.

"Menerusi projek Homeless By Choice juga, saya dapat merasai sendiri kesusahan kelompok masyarakat yang hidup tanpa rumah. Bagaimanapun, ia tidaklah sesukar yang disangka.

Kehidupan gelandangan sepanjang lima bulan menyedarkan Mislina bahawa manusia mampu hidup bahagia walaupun tidak memiliki rumah untuk berlindung. Foto daripada Facebook Mislina



"Dan semua pengalaman yang dilalui akan saya masukkan dalam Homeless By Choice yang mungkin akan dikeluarkan pada tahun hadapan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Mislina, pengalaman bergelandangan turut mengajarnya bahawa kehidupan di luar tidaklah sekejam mana seperti yang kerap digambarkan menerusi berita di televisyen mengenai jenayah yang telah berlaku.

Malah, kehidupan seperti itu membuka mata dan fikirannya bahawa gelandangan lebih menyeronokkan berbanding dengan kehidupan biasa dimana kebanyakan wanita memiliki matlamat tersendiri seperti ingin memiliki rumah, berkahwin dan berkeluarga.

"Biarlah orang kata saya tidak betul. Tetapi saya ingin mencuba lain daripada yang lain, bukan meletakkan sasaran biasa seperti bekerja keras membayar hutang rumah, kereta dan sebagainya. Bagi saya itu membebankan.

"Berbeza dengan hidup saya sekarang ini, rasa seperti bebas dan lebih mengenali masyarakat Malaysia dimana mereka ini sering dinilai oleh segelintir pihak yang bersifat prejudis," ujarnya.

Beritahu pelakon filem Jiwa Taiko ini lagi, dia akan menetap di sesebuah lokasi sekiranya mempunyai komitmen dengan kerja lakonan dan akan menyambung perjalanan sebagai seorang gelandangan seperti biasa.

"Buat masa ini, saya sibuk dengan latihan teater Shakespear di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang akan dipentaskan pada Julai ini.

"Kemudian saya akan mengarah sebuah lagi teater M Butterfly pada hujung tahun ini. Dan setelah projek selesai, saya akan menyambung misi untuk bergelandangan seperti biasa," tutur pelakon kelahiran Perak ini.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 11:08 AM | Show all posts
First!?
Eh, salah tempat plak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:10 AM | Show all posts
Mesti busuk gile die ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:22 AM | Show all posts
tua2 sok mmg betul2 gelandangan dia ni kang...time tu bahagia ke idak..leh tulis dlm buku jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:27 AM | Show all posts
tengok muke pon dah tau buzuk....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:30 AM | Show all posts
dia blm btl2 kena hidup susah.. lg pun dia ni waras (kot) & sihat & ada duit... org gelendangan tu besenya ada penyakit, xde duit, & ada yg kurang siuman,
dorg kna strugle hr2 pk mcm mana nak makan, mcm mana nk kurang derita sakit(beli panadol pun blm tentu dorng mampu)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2012 11:30 AM | Show all posts
untuk projek study dia ek??ok la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:37 AM | Show all posts
x de family bleh buat.... tp kalu dh ada family mmg x kan ler... anak2 nk campak mana??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 11:48 AM | Show all posts
dia xde anak eh ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:50 AM | Show all posts
free sex
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:55 AM | Show all posts
sungguh sempit pemikiran sesetengah forumer tentang orang2 homeless ni kan?
there are some homeless people yang jauh lebih kuat dan teguh pendirian dan agamanya dari orang2 macam kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:58 AM | Show all posts
free sex
Loloq89 Post at 4-6-2012 11:50



    tu ke motipnya? bluergh...xsuke! same la mcm backpackers2 mat salleh punya stail...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:59 AM | Show all posts
satu je aku pk..

caner nak solat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:02 PM | Show all posts
sungguh sempit pemikiran sesetengah forumer tentang orang2 homeless ni kan?
there are some homeless ...
rayna_raynes Post at 4-6-2012 11:55



    betul tu...tp i rasa mamat ni refer to mislina(kot)...tp mcm u ckp gak, "some"...
kekdg sedih kalo homeless tu ppuan yg xsiuman..ada yg jd mangsa rog lelaki yg gila *tut*
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:16 PM | Show all posts
dia ni nape leh jd cm ni ek...,blakon bagus...skrg ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:16 PM | Show all posts
satu je aku pk..

caner nak solat?
VirginLady Post at 4-6-2012 11:59


selagi berpakaian bersih..leh jer gi sOlat kat mana2 surau atau masjid.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 12:19 PM | Show all posts
selagi berpakaian bersih..leh jer gi sOlat kat mana2 surau atau masjid.
amikie Post at 4-6-2012 12:16



    busuk2 gitu pun boleh ke?

kalo sesat je stranded ke xperlah dlm keadaan darurat

hurmm..i slalu pk org2 x berumah ni jarang or x solat langsung
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:36 PM | Show all posts
Good for her
Tapi baju tu jgn ala2 x cukup kain
Ke x cukup duit nak beli baju yg lengkap?
Soh lah laki hang noh hujan tu beli baju baru misnina oiii
Baru menang versus RM200k kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:41 PM | Show all posts
Reply 18# solstice


    hello..ni mislina la..bukan mizz nina
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:44 PM | Show all posts
Reply  solstice


    hello..ni mislina la..bukan mizz nina
cikkamus Post at 4-6-2012 12:41



    very funny
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099849 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list