CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11162|Reply: 90

Kenapa PAS (Parti Ajaran Sesat) mesti di tolak..satu analisis

  [Copy link]
Post time 5-6-2012 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by crossfire at 5-6-2012 09:30


Pengkhianatan PAS terhadap Islam (Pengenalan)

[size=100%]
Mulai hari ini, kami menyedut tulisan dari Teganuku siri PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM untuk tatapan pembaca untuk dijadikan tauladan.

[size=100%]


Sama-samalah kita renungkan apa yang didedahkan untuk penilaian kita apakah PAS itu sebuah parti Islam atau sebaliknya.

Fakta-fakta yang dihasilkan oleh Biro Agama UMNO Malaysia ini pernah diterbitkan dalam bentuk buku kecil oleh Urusetia Biro Penerangan UMNO Malaysia.

PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO. Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, beliau
keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS. PAS mungkin terlupa sejarahnya sendiri. Siapa yang luluskan pendaftaran PAS?

PAS nama asalnya Pan Malayan Islamic Party ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Diizinkan penubuhannya oleh British dan tidak diharamkan penubuhannya seperti Hizbul Muslimin Gunung Semanggol. Orang yang meluluskan PAS adalah seorang pegawai British berbangsa India bernama Nadarajan.

[size=100%]Namun semuanya tidak kekal lama, Ahmad Fuad bersama beberapa orang ulama yang pada awalnya menubuhkan PAS kemudian masuk semula ke dalam UMNO. Kemudian kepimpinan PAS diteruskan oleh seorang doktor kerajaan British (baca di sini). Bukan Ahmad Fuad sahaja yang kembali selepas itu Asri juga masuk UMNO. Kepimpinan PAS sekarang akan menidakkan fakta sejarah PAS ini.


Mengapa dalam sejarah PAS tidak diceritakan kisah pengasas PAS sendiri?








Pengkhianatan PAS terhadap Islam
Bahagian 1:


PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 ,PAS menyertai Barisan Nasional .

Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya. Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional pada 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS.

Ini kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.


SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkirkan Tan Sri Asri Haji Muda daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama.

Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai Asabiyah kerana Asabiyyah dilarang dalam Islam.


PEMALSUAN AKIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah,menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan asal usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah(isu-isu politik).Bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam,menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan Al Khawarij,(satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al Rasyidin).





MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU TAKSUB

PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2012 09:20 AM | Show all posts
Bhg 2: Sikap Extremis ala Khawatif



[size=100%]PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAMBAHAGIAN 2 – SIKAP EKSTREM ALA KHAWARIJ

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di Zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman lagi.

Mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH (s.w.t.) dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir(takfir) ialah halal darah,maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada penumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah (s.s.w.) dan Khalifah Islam ketiga dengan mangkatnya beliau.

Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya,yang berakhir dengan peperangan al-jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali.

Peperangan al-jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam. Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali, golongan Khawarij bukan sahaja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya,tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat daripada perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat. Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO.

Disamping meneruskan sikap ekstem ala khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk membenci UMNO.

Gerakan membenci UMNO telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami minyak petrol yang menyemarakkan.

Sejarah menceritakan bagaimana seorang pegawai kepada Saidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandugan telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak khawarij, sebabnya mereka tidak sanggup mengkufurkan Saidina Ali.

Diperhatikan juga bagai manatakfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrem yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim,dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 09:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 5-6-2012 09:31

Bhg 3: Bertopeng Islam, Merosakkan Akidah




[size=100%]PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

BAHAGIAN 3 - BERTOPENG ISLAM & MEROSAKKAN AKIDAH

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik , pemerintahan, sosial, pendidikan dan lain-lain.

Justeru itu,PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatif kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya.

UMNO walaupun tanpa jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakan dalam pembangunan tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam.

Ini termasuk sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau –memulau, tragedi berdarah Memali serta penderhakaan di Bukit Jenalek, Sauk.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 09:23 AM | Show all posts
Bhg 4: Penyelewengan Akidah




PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM

BAHAGIAN 4 - PENYELEWENGAN AKIDAH

1. PAS ITU ISLAM , ISLAM ITU PAS

PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam,justeru itu menentang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-Nabi, khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS.


UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam ,penentang Nabi-Nabi kerana UMNO menentang PAS.

2. HARAM HARAM JADI MAINAN POLITIK PAS

Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam,maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat PERNAH BERKATA,” Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam,ia adalah haram”.(Harakah ,23 April 1994)

3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS

Ada lagi alasan lain bagi meguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS iaitu “Mengundi PAS Masuk Syurga dan Mengundi UMNO Masuk Neraka” dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim.

Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka.Apa lagi menyokong,mengundi dan menjadi ahli UMNO.



4.
AJARAN KARUT DAN KHURAFAT PAS

Menyebarkan khurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya,kononnya PAS mendapat restu dan pertolongan ALLAH .

Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan PAS di Kelantan pada tahhun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat.

Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan menghasilkan durian yang lebat.Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yag lebat itu adalah berkat kemenagan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan Perak,pada tahun yang sama.

5. KEPERCAYAAN SESAT

Mempercayai bahawa sesuatu tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala ALLAH yang menimpa penentang-penentang ALLAH s.w.t. Yang anehnya,mereka mendiamkan diri apabila banjir besar yang melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda

6. FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFIR

Di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong,Kuala Terengganu pada 7 April 1981,adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dengan mengeluarkan kaedah Usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.

Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politik suku,agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil. Maenurut kaedah Usuluddin, tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwilkan sebagai tidak bermaksud kekufuran.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 09:24 AM | Show all posts
Bhg 5: Penyelewengan Syariat





[size=100%]PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM5. PENYELEWENGAN SYARIAT

1. HUKUM MENGIKUT RASA


PAS tidak konsisten ,hukumnya berubah –ubah mengikt kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.

Tiba-tiba pada bulan April 1999,PAS bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999) . Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam ( Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di kampong Gong Duek Besut,Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata ,” Orang munafik ialah orang yang mengambil kafir buat kawan baik…siapa adik kakak,ambil orang kafir buat kawan baik”.(Disambut beramai-ramai”UMNO”….Ha….UMNO…Apa hukum orang ni!.....(pendengar jawab”munafik”) dan disambung “Munafik”.

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik,termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.



2. PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 jumaah sekampung) kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah.

Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam,memutuskan silaturrahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri,mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat,Marang, Terengganu.

Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah itu dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid.

Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4. MENENTANG PELAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan institusi Islam di cemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang pelaksanaan program Islam.



Anehnya anatara pemimpin PAS itu,ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti lain-lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Abdul Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang diusahakan oleh Kerajaan Pusat tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”(Harakah -26 Januari 1983.



5 AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Didalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981(ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa setiap di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid,mati Islam kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan peraturan kafir dan perlembagaan penjajah.Pada hal, PAS juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6(11).PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999)


6 PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah,kerana PAS berjuang Fi Sabilillah.Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas.Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.



7 DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan,tetapi pengurusannya tidak telus.Amanah tidak terpelihara.Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang,tetapi lebih salah lagi dari segi syariat.Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah jihad”

8 PULAU MEMULAU

Pemulaun sembahyang jenazah,kenduri dan lain-lain yang dilakukan oeh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO tanpa menghiraukan hukum hukum kejiranan dan persaudaraan Islam.Berlakunya penceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang.Tembila Besut, dan di Kampung Cik Long,Setiu).


9 PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam.Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.


10 BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan.Hj Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalah tafsirkan ayat 251,surah al –Baqarah dengan kata;
“Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi”.Ucapan ini dibuat beliau di KampungBukit Kulim,Marang,Terengganu pada 24 September 1980(Ada rakaman kaset).




11 MEMPERSENDA HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud ALLAH .Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu,beliau berkata”Pelaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”.Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993,dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 1993.Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunapakai hudud PAS Kelantan,sedangkan larangan terhadap qariah menertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata: “Hudud adalah satu aspek daripada 0.001 daripada hukum Islam”Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang di besarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000(Utusan Malaysia 7 Mac 2000)

Apa yang menghairankan penggubalan hudud Kelantan dahulu dipengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.

12 PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak-dalikkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja.Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al Quran,sebaliknya suara-suara muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara.Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al Quran dengan nyanyian.


“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja.Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menampung kehidupan keluarga”,kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999,Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita”kurang rupawan”kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya.Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 09:25 AM | Show all posts
Bhg 6: Penyelewengan Akhlak




[size=100%]PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM5. PENYELEWENGAN AKHLAK

1. DUSTA PERMAINAN PAS


PAS banyak melakukan dusta,menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada para pengikutnya.

‘PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam.PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan.Orang Islam pilih hizbus syaitan,tidak pilih hizbullah”.(Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Kuala Terengganu pada 13 November 1983.


2. MAKI HAMUN AMALAN PAS

Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO,kata-kata kesat dan maki hamun

Pernah Presiden PAS menghina keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri dengan berkata” Badawi di negara Arab menjaga unta,tapi Badawi di Malaysia menjaga babi”.


Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah dalam ucapan para pemimpin PAS.

3. FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS



PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO.Antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji pada 1998.


PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jatuh kuda di Argentina dan mati.

Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.

4. ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS



Nik Aziz sanggup menghina ALLAH dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut. Ia dibuat semata-mata kerana hendak membela seorang ahli PAS seumur hidup yang menulis buku bernama “Shit”.

Nik Aziz juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan,sedangkan syaitan adalah seteru ALLAH dan seteru orang yang beriman.



Dia juga telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

Novel Shit karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat di beri gambaran perkembagan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera”, demikian kata bekas Presiden PAS Dato’ Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar ,Kedah.

Nik Aziz pula berkata:“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam,” kata Nik Aziz di Kota Bharu ,Kelantan. Pada 27 Mei 1999.

Sambil itu Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi “ membutakan mata” pengundi –pengundi hantu dalam pilihan raya nanti.

Doa itu berbunyi: "Ya ALLAH ,aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS”.

Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-6-2012 09:26 AM | Show all posts
Penutup: Kenapa kita menentang PAS?



[size=100%]PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAMPENUTUP

Kenapa Kita Menentang PAS?


1. Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan akidah,syariah dan akahlak, penyebar-penyebar fitnah, pengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut,kita wajib berjihad menentang mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melihat kemungkaran,maka hendaklah ditegah menggunakan tangan,kalau tidak mampu menggunakan lidah,kalau tidak mampu menggunakan hati dan itulah selemah-lemah iman’.
(Hadis Riwayat Muslim).

2. Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemahkan dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu dan Islam .

Apabila PAS sanggup menggadaikan Islam dan bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang di kemukakan oleh persatuan Cina serta menolak Hak Keistimewaan Orang Melayu, sanggup bertangguh-tangguh melaksanakan Hudud kerana DAP serta menggugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS bukan lagi Parti Islam seperti yang mereka dakwa!

3. Kerana itu, perjuangan menentang PAS adalah JIHAD demi mengembalikan ajaran Islam yang sebenarnya! Selain itu ia juga untuk mempertahankan kuasa politik pemerintahan di tangan umat Islam Malaysia.

Terhapus kuasa politik orang Islam, hilanglah segala perjuangan Agama,Bangsa dan Negara kita!!!

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 10:36 AM | Show all posts
cuba buat post Kenapa UMNO mesti di pilih..tengok apa pulak hujah ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2012 10:40 AM | Show all posts
Reply 8# dELLAila

i loikee ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 11:17 AM | Show all posts
cuba buat post Kenapa UMNO mesti di pilih..tengok apa pulak hujah ko
dELLAila Post at 5-6-2012 10:36


dah abis baca ke belum? alih terus nak bukak cerita lain plak .... baca dulu pastu buat kesimpulan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 11:44 AM | Show all posts
dah abis baca ke belum? alih terus nak bukak cerita lain plak .... baca dulu pastu buat kesimpul ...
Mawlay Post at 5-6-2012 11:17



    Kesimpulannya: PAS = Parti Ajaran Sesat = Parti Ajaran Setan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 11:45 AM | Show all posts
cuba buat post Kenapa UMNO mesti di pilih..tengok apa pulak hujah ko
dELLAila Post at 5-6-2012 10:36



   jgn bising2..kang karpal dehem2 baru ko tau langit tggi rndh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2012 11:56 AM | Show all posts
jgn bising2..kang karpal dehem2 baru ko tau langit tggi rndh
Loloq89 Post at 5-6-2012 11:45



    cross yakin ramai ahli PAS kecewa dgn apa yg berlaku...apakan daya bila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Karpal Singh terbatuk, semua menggangguk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 01:48 PM | Show all posts
Reply 10# Mawlay

dah baca, so kena la tgk pe pro n con dgn party lawan pulak,so camne nk bt kesimpulan..kalau terus bt kesimpulan bias namanya...tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply  Mawlay

dah baca, so kena la tgk pe pro n con dgn party lawan pulak,so camne nk bt kesimpu ...
dELLAila Post at 5-6-2012 13:48


soalnya sekarang kau terima tak apa yg kau baca dari artikel atas? apa kesimpulannya?..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 05:22 PM | Show all posts
Reply 15# Mawlay


tulisan memanjang, dgn lampiran paper lama, macam bagus. Padahal paper rujukan adalah utusex melayu dgn beritaharian. Syok sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2012 05:24 PM | Show all posts
Reply  Mawlay


tulisan memanjang, dgn lampiran paper lama, macam bagus. Padahal paper rujukan a ...
Masterrai Post at 5-6-2012 17:22

yang penting isi ...dah laa sebab dah benci kann kan kata la apa pun ... musti bo layan kan kan baik layan hahahaharakkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 08:46 PM | Show all posts
Sumber dari persepsi yang memang meloyakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 10:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by kertasputih at 5-6-2012 22:17

Crossfire mengakui UMNO parti sekular, sbg penyokong tegar UMNO, maka crossfire juga adalah sekular:



masalahnya ialah:

Fatwa Almarhum Syeikh Mustafa Sabri (mantan Mufti Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah Turki) menegaskan;

"Jalan pintas untuk jadi kafir ialah dengan memisahkan agama dari politik"
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:10 AM | Show all posts
phew....terkesima jap bile bace tajuk.......SATU ANALISIS? CROSS buat analisis....oh my..by the power of grey skull...adekah selame ini aku ter underestimate CROSS...? adakah CROSS seriously had put down his/her thought into this...is it has to do with venus transit tht suddenly brings miracle to cross' brain?

owh...sedut rupenye........phew.....huuu cross...funneh~~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072759 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list