CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaNya Ingin KaU tAHu...[U]-Cerpen

[Copy link]
 Author| Post time 7-6-2012 02:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by momey at 7-6-2012 14:36

Bab 4



Pak Mat memberhentikan kereta. Dia keluar lalu membuka pintu untuk Dato Putra. Yang lain keluar sendiri. Pak Mat mengeluarkan semua beg pakaian dari bonet. Jasmyn mengambil begnya.

"Biar Pidot yang angkat beg awak tu "kata Dato Putra sambil diperhatikan Firdaus yang mula tidak berpuas hati. Apehal pulak dia yang kene tolong angkat pulak kan?

"Pidot? Mksud Dato, Firdaus ni ke? hahahaha nama manja la erk Pidot Pidot ni? hahaha" Jasmyn ketawa perli sambil memuncungkan bibirnya.

"Cakap banyak plak minah nii..bagi la sini beg tu.." Firdaus merampas beg dari tangan Jasmyn.

Firdaus cuba menghulurkan tangan pada Dato Putra untuk turut membawa beg pakaian Dato Putra sekali tetapi Dato Putra bagi isyarat dia sendiri bole menarik beg troli nya itu.

"Pak Mat, petang ni dalam pukul 5 datang ambil kami bertiga di sini yaa" pinta Dato Putra. Pak Mat mengangguk.

Mereka bertiga kemudian masuk ke lobi Hotel . Pak Mat berlalu pergi.

Masing-masing mengambil kunci bilik. Berjalan menuju ke lif. Poket seluar Firdaus bergegar. Handphone nya berdering. Lagu 'Hanya namamu Laila' berkumandang.

"Dato bole la naik dulu dengan Jasmyn. Saya nak jawab dulu panggilan ni "kata Firdaus lalu memberi beg pakaian Jasmyn semula. Firdaus berjalan jauh sedikit untuk menjawab panggilan tersebut.

Pintu lif terbuka. Dato Putra dan Jasmyn masuk.

"Mari saya pegangkan beg tu " pelawa Dato Putra yang bole dikatakan low profile seperti arwah ayahnya.

"tak pe..tak pe..saya boleh bawak..thanks.."

Aras 3.. Aras 4.. Aras 5..tiba-tiba lif berhenti. Jasmyn dan Dato Putra tersentap. Lampu mula terpadam.

"Ya Allah..releks Myn..releks..saya ade.." kata Dato Putra dengan nada yang bergetar.

"Aik? ade aku cakap aku takut ke tadi?? ke mamat ni yang gelabah lebih.." bisik hati Jasmyn.

Jasmyn mengeluarkan handphone di dalam beg tangannya. Dinyalakan lampu handphonenya itu. Memang nampak raut wajah Dato Putra sedikit takutan.

"Dato ok ke?" tanye Jasmyn perlahan.

"Saya nampak je gagah perkasa tapi..saya sebenarnya fobis dengan gelap. Masa kecik-kecik dulu penah kene terperangkap dalam stor kapal mewah. Tu yang macam takut-takut sikit ni.." jawab Dato Putra agak terketar-ketar.

Nak digelaknya takut cakap kurang ajar pulak kan? Jasmyn hanya mendiamkan diri. Dia mula menekan butang kecemasan di lif tersebut. Panggilannya di jawab. Pengawal lif di hotel tersebut bergegas melaksanakan tugas sering berlaku di hotel tersebut.

"Dato, arwah mak saya penah cakap..kalu tiba-tiba sesuatu buruk atau pelik yang berkalu, lepas ni pasti ade lagi buruk yang akan berlaku dalam waktu terdekat.." kata Jasmyn tanpa bertapis ayatnya.

Lagi menggelabahnya Dato Putra dibuatnya. Bermacam-macam yang bermain di fikirannya sekarang. Namun memang betol apa yang dikatakan Jasmyn itu. Tetapi mungkin ia juga satu kebetulan bagi dirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 03:12 PM | Show all posts
Firdaus mengerutkan dahinya. Dia merasa serba salah. Dia masih di dalam talian. Permintaan Farida terlalu tinggi buatnya.

"Macam mana dengan plan saya? Awak boleh tolong kan? Saya dah jumpa Sam dah tengah hari tadi..dan saya dah bagi dekat dia alamat hotel yang awak dan Dato menginap sekarang..Jasmyn pun ade jugakkan? Saya tak sabar nak tunggu berita terkini dari awak malam ni..hahahaa.."Farida ketawa dengan hati yang penuh dendam. Farida mengenali Sam setelah diceritakan oleh Firdaus sebelum ini.

"Jangan lupa malam ni..giliran awak pastikan semuanya berjalan dengan lancar ok? Saya nak awak pastikan Sam yang masuk ke dalam bilik Jasmyn. Paham??!" sambung Farida yang mengetahui bahawa Firdaus betul-betul terdesak memerlukan duit untuk pembedahan anak sulungnya itu. Farida bijak mengambil peluang seperti ini untuk kepentingan diri sendiri.

"Tapi Cik Farida..saya rasa serba salah sangat-sangat..saya tak sampai hati nak kenekan Dato..dia terlalu baik.."

"Saya tambahkan lagi dua kali ganda duit tu..setuju?" Farida bertegas kali ini.

Firdaus terdiam. Kalau ditolak duit itu, macam mana dia nak tolong anak sulungnya yang sedang tenat dan memerlukan kos yang tinggi untuk pembedahan.

"Baiklah. Saya setuju" Firdaus memang menempah maut. Tetapi demi anak tersayang. Nak dipinjam duit dengan Dato Putra, dah terlalu banyak sangat dia terhutang budi dengan bosnya yang terlalu merendah diri itu. Talian dimatikan.

"Maafkan saya, Dato..maafkan saya.." rintih Firdaus sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 04:23 PM | Show all posts
Jasmyn dan Dato Putra telah berjaya diselamatkan. Akhirnya Jasmyn menemui satu kelemahan Dato Putra. Dia semakin berasa selasa dengan Dato Putra. Namun masih terlalu awal untuk dia mengenali lebih lanjut hal peribadi big bosnya itu.

Dato Putra dan Jasmyn diberi surat maaf dari pihak hotel tersebut. Dato Putra memaafkannya kerana hal sebegitu tidak dijangka berlaku dan berharap pihak hotel ada alternatif lain supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi.

Firdaus lari tergesa-gesa mendapatkan Dato Putra di pejabat pengurusan hotel tersebut. Dia kelihatan cemas.

"Dato tak ada apa-apa ke??" tanya Firdaus sambil membelek-belek badan Dato Putra.

Dato Putra menarik tangan Firdaus supaya berdiri lebih jauh sedikit dari pengurus hotel tersebut.

"Nasib baik tak berlaku apa-apa.. Hotel apa yang awak cari ni? Saya ingatkan hotel ni lebih baik dari hotel yang kita menginap sebelum ni..kalau tahu jadi macam ni, lebih baik kita menginap aje hotel yang selalu kita pegi tu.." Dato Putra bernada sedikit marah. Marah pun sebab kejadian gelap di dalam lif tadi. hehehe

"Maafkan saya, Dato..saya mengaku salah saya. Lepas ni saya akan pastikan kita menginap di hotel sebelum ni " rayu Firdaus. Hatinya makin tersentuh apabila melihat wajah Dato Putra dan teringat akan arahan Cik Farida tadi.

Dato Putra menepuk perlahan-lahan bahu Firdaus.

"Dah la..jom kita ke bilik. Nanti tak sempat pulak nak mandi bersiap keluar pukul 5 nanti" terang Dato Putra lalu berjalan ke arah pengurus hotel itu.

"Saya beredar masuk bilik dulu ya.." ucap Dato Putra sambil berjabat tangan dengan pengurus hotel tersebut.

Kemudian Dato Putra dan Firdaus berjalan seiringan menaiki lif ke bilik. Manakala Jasmyn sudahpun berada di bilik sendirian. Menguruskan diri sebelum keluar pada petang tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:27 PM | Show all posts
Jasmyn masih terbaring kaku di atas tilam yang empuk itu. Badannya tiba-tiba diserang panas. Lepas itu diikuti dengan bersin bertalu-talu. Mukanya yang putih kegebuan itu menjadi merah. Sekotak tisu habis menjadi mangsa hingusannya yang laju turun dari hidung yang mancung itu.

Handphonenya berdering. Tertera nama Dato putra di skrin. Panggilan itu di jawab.

"Jasmyn, awak kat mane ni? Saya dan Firdaus dah ade kat lobi bawah dah" tanya Dato Putra yang betol-betol mengambil berat setiap pekerjanya.

Jasmyn memandang jam ditangannya. Jam menunjukkan pukul 5 petang.

"Alamak..Dato, saya nak minta excuse keluar petang ni..saya rasa tak sedap badan la pula..tiba-tiba sahaja demam..selsema.." jawab Jasmyn lemah.

"Ape? demam? Ya Allah..dah makan ubat tak?"

"belum, Dato..lupa pulak nak bawa. Tak tau nak jadi macam ni.." Jasmyn menjawab sambil menyedut hingusnya itu.

"Ermm..macam ni la. Petang ni awak rehat-rehat dulu dalam bilik. Esok baru kita semua pegi ke tapak projek. Nanti saya akan call pihak sana minta tangguh. Awak rehatkan diri dulu dalam bilik tu. Nanti saya hantarkan makanan dan belikan awak ubat k.."

"Eh, tak pe Dato.. saya boleh turun beli sendiri "

"Tak yah la..awak kan tak sihat? Rehat je la dalam bilik tu.."

Jasmyn mendiamkan diri. Dia sendiri pun hairan kenapa dia tiba-tiba boleh demam. Ada kene mengena dengan hotel yang dia menginap sekarang ni ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 09:53 PM | Show all posts
Pak Mat memandu menuju ke restoran kampung kesukaan Dato Putra itu. Firdaus memandang cermin sisi. Wajah penuh Dato Putra ditatapnya. Malam ini walaupun Farida dan dia mengadakan rancangan untuk mengenakan Jasmyn bersama Sam, namun jika rahsia ini pecah sudah tentu dia akan dipecat oleh Dato Putra. Tapi Firdaus tiada pilihan. Dia terpaksa melakukannya demi anaknya yang sakit itu dan memerlukan pembedahan dengan segera. Dia sudah berjanji dengan Farida supaya menyimpan rahsia ini sampai bila-bila.

"Pidot.."panggilan Dato Putra itu mengejutkan Firdaus dari lamunan.

"Ada apa Dato?"

"Dah uruskan lawatan tapak untuk esok?"

"aa..aa.. dah Dato.." jawab Firdaus agak menggeletar. Firdaus cuba mengawal keadaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 10:18 PM | Show all posts
Beberapa jam telah berlalu. Sam akhirnya sampai di bandar Johor bersama teman baiknya, Malik. Namun Malik membiarkan Sam sendirian pergi ke hotel tempat Jasmyn menginap. Dari dia ikut Si Sam, baik dia pergi cari awek habuan untuk malam tersebut. Sam pula mula melilau mencari hotel tersebut. Dan akhinya dia berjaya juga menemuinya.

Dalam masa yang sama, Firdaus dan Dato Harun baru pulang dari restoran dan berjalan menuju ke hotel. Firdaus mohon mengundurkan diri membiarkan Dato Harun masuk ke bilik dulu.

"Kejap, Dato..bungkusan makanan untuk Jasmyn ni nak saya tolong hantarkan ke?" tanya Firdaus sambil jari jemarinya ligat bermain mesej dengan kawannya yang bekerja di Pejabat Agama Johor.

"Tak pe, Pidot..saya sendiri yang akan hantar tapi saya ingat nak masuk bilik saya dulu.."

"ooo..ok..ok.."

"Kamu tak masuk bilik ke? Ade dating erkk.."

"Eh, tak ade la Dato..nak ambil angin malam kejap..hehehe" kata Firdaus lalu berlalu keluar dari hotel itu.

Kelibat Sam sudah dilihat masuk ke dalam lobi hotel. Firdaus mengharapkan rancangannya itu berjaya.

Dato Putra menaiki lif. Punat bernombor 14 sudahpun ditekannya. Dia masih risau akan keadaan Jasmyn.

"Jumpa Jasmyn dulu la.." bisik hati Dato Putra.

Firdaus mula memberi arahan kepada kawannya yang bekerja sebagai Pencegah Maksiat itu. Manakala dalam pada masa yang sama juga Sam sudah pun menaiki lif.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2012 08:17 AM | Show all posts
Sam terus berjalan dan terus berjalan apabila sebaik sahaja pintu lif terbuka. Dato Putra pula dengan hati yang tenang mengetuk pintu bilik Jasmyn. Kedengaran Jasmyn menjerit membenarkan Dato Putra masuk. Rupanya pintu tidak dikunci. Sebelum itu Dato Putra sudah mesej kepadanya bahawa dia akan jumpa Jasmyn terlebih dahulu.

Dato Putra masuk lalu pintu pun tertutup. Rupa-rupanya Jasmyn tengah mandi. Dato Putra berjalan menuju ke tepi katil Jasmyn. Diletaknya bungkusan nasi di atas meja kopi. Tanpa tidak disengajakan air teh panas yang di atas meja kopi itu tertumpah lalu terkena seluar dan sedikit percikan pada bajunya.

"Ya Allah..ishh" Dato Putra mula melibas-libas bajunya yang kebasahan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 08:36 AM | Show all posts
Sam kehairanan. Dia seperti tersilap masuk aras.

"Macam pelik je nombor bilik kat sini.."

Rupanya dia betol-betol tersilap bilik. Dengan pantas dia berlari semula ke arah lif semula.





Dato Putra tidak mahu melengahkan masa lagi. Tidak manis kot duduk lama-lama di bilik perempuan yang bukan muhrimnya. Zaman nakalnya telah lama berlalu. Sekarang dia benar-benar mahu berubah. Dato Putra bangun lalu berdiri di hadapan bilik air Jasmyn.

"Myn, saya dah letak nasi atas meja kopi awak tu..saya keluar dulu yaa" kata Dato Putra yang mula tidak selesa dengan seluarnya yang sudah basah dan melekit itu.

"ok..trima kasih ya Dato.."ucap Jasmyn yang masih berada di dalam bilik air.

Sejurus Dato Putra membuka pintu, kelihatan lima orang lelaki bersongkok dan berkupiah serta seorang perempuan bertudung berdiri di hadapan pintu itu. Jantung Dato Putra berdegup pantas seolah dia dikejar 10 ekor anjing.

"Maaf..kami semua dari Jabatan Agama Islam ..sila beri kerjasama" kata salah seorang daripada mereka berenam itu sambil menunjukkan kad kuasa.

Jasmyn keluar dari bilik air dengan memakai singlet dan bertuala sahaja. Dia juga terkejut dengan apa yang dilihatnya. Semua mata memandang ke arahnya.

Sam memunculkan dirinya. Dia meminta pegawai-pegawai agama tersebut memberinya laluan untuk berdiri di pintu bilik Jasmyn itu. Dia sedih. Dilihatnya Dato Putra dan Jasmyn berada di dalam bilik itu.

"Sayang..."ucap Sam lemah dengan nada yang sebak.

"B.. i.. i..tak tahu.."

"Sampai hati u buat i macam ni..tergamak u!!!"

"Bukan, B.. Semua ni.."

"Sudah la!!!" jerit Sam lalu melempar sejambak bunga ke arah Jasmyn. Dia berlalu pergi.

Jasmyn mula menangis. Kemudian dia memandang Dato Putra. Matanya tajam menusuk ke arah anak mata Dato Putra.

"ini semua rancangan Dato kan??" Jasmyn bernada marah.

"Ha?"

"Tak payah nak mengelak la Dato"

"Maafkan kami. Anda berdua terpaksa mengikut kami ke Pejabat Agama. Cik Jasmyn, anda diminta berpakaian lengkap sekarang" arah pegawai agama wanita tersebut.

Jasmyn masih memandang Dato Putra dengan penuh dendam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2012 10:56 AM | Show all posts
Sam menghilangkan diri. Manakala kes Dato Putra dan Jasmyn telah pun selesai.  Keadaan di pejabat pun sudah tidak seperti dulu. Dato Putra sudah tidak dianggap lelaki yang bermaruah. Jasmyn pula mula menjadi seperti perangainya yang dulu. Sekejap datang kerja, sekejap dia ponteng. Hatinya masih belum boleh menerima apa yang berlaku. Dia tidak mahu berpisah dengan Sam dengan cara seperti ini.

Dato Putra banyak termenung sekarang. Dia tidak jangka perkara sebegini berlaku pada dirinya. Firdaus perasan. Dia sudah tidak sanggup lagi menyimpan rahsia itu. Manakala Farida pula asyik marahkan Firdaus kerana salah mengambil tindakan. Sepatutnya Sam bukan Dato Putra. Sekarang ini satu sen pun Firdaus tidak dapat.

Firdaus mengetuk pintu bilik Dato Putra.

"Masuk" panggil Dato Putra lemah. Dia kelihatan termenung memandang ke arah luar tingkap.

Firdaus berjalan ke arah Dato Putra. Mereka mengadap sesama sendiri.

"Dato.."

"Apa yang akan terjadi lagi selepas ini, Pidot? Rasa macam dah hancur. Semua orang dah tak percayakan saya. Rasa macam hina sangat. Padahal saya dan Jasmyn tak buat apa-apa pun. Ada orang aniaya saya Pidot..saya ni di aniaya.." Dato Putra sedih. Kalau arwah ayahnya masih hidup, sudah tentu arwah ayahnya kecewa.

"Jasmyn pula salahkan saya. Dia ingatkan saya yang plan semua ni. Gila! Hei, Pidot, aku kalau nakkan dia, anytime aku leh petik dia laa! Bukan ko tak kenal aku ni dulu macam mana kan??" Dato Putra mula marah. Habis di keluarnya perkataan aku ko..aku ko dah..

10 tahun yang lepas Dato Putra memang terkenal dengan perangai 'playboy'nya di Amerika semasa study dulu. Bukan itu sahaja kerja jahat yang dia buat, banyak lagi. Perempuan, dadah, kaki pukul..semua dah dia hentam. Tapi dengan sekelip mata dia berubah dengan kematian arwah ibunya. Lebih menyayat hati ibunya meninggal kerana kejahatannya itu. Terus dia berjanji akan berubah tak akan ulanginya lagi kerja setannya itu.

Firdaus diam. Dato Putra kembali duduk. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka.Mereka berdua memandang ke arah pintu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 11:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 8-6-2012 11:31

Salam , my2 cts komen .. masih blh dibaiki jgn putus asa......
gunakan bahasa yg betul sebagai latihan mana tahu satu hari nanti impian menjadi kenyataan dpt jadi novelis ..

1) Scene berteraburlah.
2) Bahasa tak sesuai untuk org yg berpangkat dan ber status dato' (ahli perniagaan)
Bukan ko tak kenal aku ni dulu macam mana kan??" Dato Putra mula marah. Habis di keluarnya perkataan aku ko..aku ko dah..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 11:34 AM | Show all posts
Mak cik Eton memberhentikan kayuhan basikalnya. Dia segera mendekati Mak Cik Salmah yang tersenyum-senyum sambil menyapu sampah di halaman rumahnya itu. Mak Cik Eton mula berfikir sama ada ada berita gembira yang akan didengarnya sebentar lagi.

"Amboi hang, Mah..senyum ja nii..ada berita baik ka??"

"Jom kita p duduk dulu..aku tunggu hang mai ja ni.."Mak cik Salmah menarik tangan Mak Cik Eton duduk di kerusi rehat yang diperbuat daripada kayu lama itu.

"Cepat la cerita kat aku..tak sabaq nak dengaq dah ni.."

"Jasmyn.."

"Jasmyn? Awat dengan dia?"

"Aku telepon dia petang semalam. Dia jawab"

"Abih tu? Dia cakap apa?"

"Dia cakap dia nak balik jumpa aku"

"Ha? Hang ni biaq betoi..bole pecaya ka cakap dia tu?"

"Aku malas nak nak pikiaq bukan-bukan..aku harap dia dah berubah"

"Hmmm..patutla hang dok senyum-senyum jaa.."

"Rindu sangat-sangat kat dia, Eton oiii"

"Aku paham..dah rasa macam anak sendiri kan? Lama ka dia nak duduk sini?"

"Yang tu aku tak tau..tak tanya plak. Tak pa la. Janji dia balik jumpa aku."

"Abih tu hang nak masak apa esok ni? nak aku belikan apa-apa tak?"

"Aku ingat petang ni nak singgah kedai Hamid sat. Nak beli barang dapur sikit. Ingat nak masak lemak ketam. Feberet dia tu Eton..hehehe"

"Amboi..dasyat.."

Mereka berdua ketawa. Mak cik Eton tumpang bahagia bila dilihat sahabat baiknya turut bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 12:16 PM | Show all posts
setuju dgn nicki N qimi..Scene berterabur & Bahasa tak sesuai ..

tpi ceritanya best bila baca..

jgn terasa plak yer..cuma bgi komen mmbina je..chaiyok2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 02:02 PM | Show all posts
Reply 52# awanjingga


    hahahaa..xpe2..teruskan mengomen..momey suke org ngomen-mengomen ni   baru la momey tahu, ade juga la yg amik berat dan bc hasil karya ku yg x seberapa ini namun, karya ku ini hanya untuk diluahkan di dalam thread ini sahaja..ekekeke bukannya utk dibukukan. Kalu nak buat buku, gilo la..sapa sanggup beli ye x? hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 06:01 PM | Show all posts
Reply 50# qimi08


    thanks atas komen qimi08..momey trima dgn hati terbuka insyaallah setiap kritikan akan diterima sbg semangat ..bab2 ayat kasar atau scene berterabur adalah atas cara momey yg tsendiri yg mengarangnya. lg sekali momey ulang, crita ini hanya lah utk hiburan dan mengisi ms lapang shj... dan momey masih membuka ruang bg komen2 yg lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 07:51 PM | Show all posts
Jasmyn hanya memakai tshirt berlengan pendek dan seluar jeans paras lutut. Dia memandang Firdaus dan Dato Putra yang tidak berkelip memandanya. Cukup cantik, sempurna rambut merah keperangan, mata berwarna coklat dan kulit putih gebu. Tiada cacat cela dari mata kasar namun yang kasarnya perangai dan tutur bahasanya yang dia belajar dari bekas teman lelaki pertama dan terakhirnya, Sam.

Sam, masih ada dalam carta hatinya. Berulang-ulang dia menghubungi Sam. Langsung tidak dijawab. Mesej pun tak balas. Apakan daya, dia menganggap hubungannya dengan Sam putus di tengah jalan. Sungguh tidak sangka! Rumah kondo pemberian Sam sudah dikemasnya. Dia hanya mengambil pakaiannya sahaja. Yang lain semuanya milik Sam.

Jasmyn berjalan ke arah Dato Putra. Dia menghulurkan sekeping sampul kecil.

"Saya nak berhenti keje.."Jasmyn berterus terang.

Dato Putra sudah jangka perkara ini akan berlaku. Firdaus pula membesarkan matanya terkejut dengan tindakan Jasmyn itu. Pintu bilik Dato Putra masih terbuka. Staf yang lain mencuri dengar dan pandang dari jauh untuk mengetahui 'drama' selanjutnya.

"Niat sebenar saya keje sini pun sebab nak bayar hutang ex-boyfriend saya tu jee..skarang kami dah tak ade ape-ape. So, apa guna saya keje sini lagi kan? Nama pun dah buruk. Semua orang dah jijik pandang saya." sambung Jasmyn sambil memasukkan tangannya di dalam poket.

"Saya tak benarkan awak berhenti" Drama makin hampir ke kemuncak. Staf lain yang berada di luar bilik makin berminat untuk mendengar lebih lanjut. Masing-masing memasang telinga.

"Hei!!! Aku peduli ape! Kalau ngko tak nak berhentikan aku pun, aku tetap tak akan datang keje kat sini.. Sekarang kau nak yang macam mana? Nak gajikan aku yang tak datang keje atau kau dengan tenang hati lepaskan aku??" Jasmyn bongkak. Memang percakapannya tiada adab langsung.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku!! Aku masih bos kau. Selama ini aku menganggap kau dan staf-staf yang lain dah macam adik beradik aku. Sebab itu aku lebih selesa dengan sikap low profile. Kadang-kadang aku hanya bahasakan 'aku..kau' sahaja..Memang nampak tak sepadan langsung dengan taraf aku ni yang bergelar ahli korporat. Kalau aku nak buat jurang antara bos dan staf, anytime!! anytime aku nak..sebab ape? sebab aku bos la kan?? Tapi aku tak nak. Buat apa aku nak buat semua tu.. Aku nak semua orang selesa kerja dengan aku. Aku nak tebus balik kesalahan aku dulu pada kedua ibu bapa aku. Dulu memang aku setan! Aku mengaku. Untuk pengetahuan Cik Puteri Intan Payung Jasmyn Johari, aku lebih teruk dan busuk dari ko suatu ketika dulu.. sebab tu aku pilih ko jadi PA aku supaya aku nak kau berubah. Kau sendiri lihatkan staf-staf aku di sini macam mana kan? Dah macam adik beradik.." terang Dato Putra panjang lebar.

Staf-staf yang berada di luar agak terkejut apabila mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Dato Putra tersebut. Dato Putra memang bos yang baik selepas arwah ayahnya. Dato Putra tidak pernah pinggirkan masalah-masalah semua stafnya. Dia memang bertanggungjawav setiap apa yang berlaku jika masalah pejabat berlaku. Tetapi semenjak dia ditangkap khalwat bersama Jasmyn, kepercayaannya makin goyah.

"Ko bebel ape ni?? Aku bukan datang nak dengar ko membebel.. Aku datang nak kasi surat letak jawatan aku tu.. duit aku bulan ni kalu ko tak nak bayar, aku tak kisah !"

"Ko jangan nak kurang ajar dengan aku erk, Jasmyn.. Jangan nak cabar kesabaran aku"

"Maafkan saya, Dato.." Firdaus cuba mencelah.

"Kau diam!!" jerkah Dato Putra.

Jasmyn menendang meja kopi di sebelahnya. Memang biadap.

"Aku tak suka orang kongkong hidup aku!" jerit Jasmyn lalu beredar keluar dari bilik itu.

Staf yang lain kelam kabut berlari ke tempat masing-masing. Dato Putra mengejar Jasmyn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 08:06 PM | Show all posts
Malik dan Zafrul memarking motor masing-masing di hadapan kedai makan Mak Bedah. Mereka saling berpandangan. Malik kelihatan muram.

"Kita nak cari Sam ni kat mana lagi ni, Malik?? Semua tempat yang selalu kita lepak dia tak ada.." kata Zafrul sambil membuka helmet.

"Betol-betol merajuk mamat tu. Hmmm..g oversea la gamaknya tu. Call pun tak jawab.."

"Tapi serius aku cakap beb! Diikutkan, bole saja dia petik cikaro lain, tapi cikaro bernama Jasmyn tu jugak yang dia nak kan?? Aku pun kadang-kadang tak paham.."

"Cinta..Cinta tu buta.."

"Buta la sangat.."

Kemudian mereka berdua ketawa sambil berjalan menuju ke meja makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-6-2012 08:31 PM | Show all posts
Dato Putra terus mengejar Jasmyn. Dia menarik kuat lengan Jasmyn. Mereka terhenti di perkarangan Putra Holdings tersebut.

"Sakit la bodo!! Ko ingat aku ni sape???" jerit Jasmyn sambil menolak Dato Putra.

Pengawal keselamatan perasan apa yang sedang berlaku. Dia bergegas mendekati Dato Putra.

"Dato ada masalah ke? Ada apa-apa bole saya bantu ke?" tanya pengawal keselamatan tersebut sambil diperhatikan beberapa orang yang lalu lalang di situ.

"Tak pe. Saya bole selesaikan sendiri. Awak bole sambung buat keje awak.." Dato Putra bernada lembut sambil memandang tajam ke arah Jasmyn.

Pengawal keselamatan tersebut beredar. Jasmyn mengurut tangannya yang sudah kemerahan itu.

"Kau nak apa lagi? Aku ada hutang dengan ko ke?" Jasmyn tidak puas hati.

"Aku tak akan lepaskan ko.."

"Sudah laa..jangan buat aku macam ni..aku rayu..lepaskan aku.."

"Tidak"

Jasmyn mula mengalirkan air mata. Mukanya bertukar merah. Dia menangis. Dato Putra hairan. Apa pula masalah ni?

"Jasmyn.." Dato Putra cuba menyentuh bahu Jasmyn.

"Tolongla lepaskan saya..saya tak nanti Dato tanggung malu" kata Jasmyn yang hatinya mula reda dari marah.

"Malu? Malu apa pula ni? Saya tak paham.."

"Cukup la kita malu dengan kes tangkap khalwat hari tu.. Saya dah tak nak tambah lagi malu Dato.."

Dato Putra makin berminat untuk tahu lebih lanjut.

"Kenapa ni, Jasmyn? Awak macam ada sembunyikan sesuatu dengan saya.. Ceritakan pada saya.. Mana tau saya bole tolong.."

"Dato tak bole tolong saya.. Cukup la..biar saya aja yang tanggung"

"Jangan macam ni..saya..saya tak suka tengok awak menangis..awak nangis, saya yang tanggung sakitnya.. Baik awak berterus terang.."

Jasmyn memandang Dato Putra. Mereka berdua bertentang mata. Tangan Dato Putra masih di kedua bahu Jasmyn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:40 PM | Show all posts
Jasmyn dan Dato Putra bertentang mata. Mata Jasmyn berkaca. Cuba menguatkan semangat. Dato Putra menanti dengan penuh sabar.

"Saya nak balik kampung jumpa mak angkat saya.. Saya dah tak bole tinggal di sini.."

"Kenapa pula? Adoii bole tak awak berterus terang dengan saya?"

"Saya mengandung.." Jasmyn terus menangis selepaskan perasaannya itu.

Dato Putra meleraikan tangannya. Nafasnya naik turun. Dia memandang wajah Jasmyn yang penuh dengan masalah yang berat ditanggungnya.

"Anak Sam.. Saya sedar sebab baru-baru ni period saya tak ada.. Saya check di klinik. Memang sah!" Jasmyn cuba mengelap airmatanya.

Dato Putra menggosok lembut belakang badan Jasmyn. Dia cuba menenangkan Jasmyn.

"Dah sebulan baby dalam perut saya ni, Dato.. Dah sebulan.."

"Nak saya cari Sam?"

"Tak payahlah, Dato.. Dia pun dah hilangkan diri. Dah tak guna lagi. Salah saya juga. Terlalu ikutkan nafsu. Biarla saya yang tanggung sendiri.."

"Awak nak biarkan Sam macam tu aje?"

Jasmyn mengangguk lemah. Dia sudah bersedia dikutuk..dihina selepas ini. Dato Putra betol-betol bersimpati dengan keadaan Jasmyn. Dia faham keadaan itu. Dia penah terlanjur dengan seorang gadis berbangsa Inggeris. Gadis itu terlanjur. Diminta gugurkan kandungan. Akibatnya gadis dan bayi dalam kandungan meninggal dunia.

Dato Putra menggenggam erat tangan Jasmyn. Jantung Jasmyn berdegup kencang. Dalam pada masa yang sama, dia berasa cukup tenang apabila berada di sisi Dato Putra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 10:36 PM | Show all posts
Sam sendirian. Bersendirian di Kota Paris. Tenangkan fikiran. Cuba membuang nama Jasmyn Johari dari kamus hidupnya. Bukan senang hendak melupakan orang yang kita sayang. Tambahan pula hidup bersama bertahun lamanya. Luar dan dalam sudah kenal, dalam bahasa yang lain baik dan buruk sudah boleh diterima. Namun kali ini dia sudah seperti tidak penting bagi Jasmyn lagi. Seolah dia bertepuk sebelah tangan. Cukup sedih! Bukan dia tidak mahu memperisterikan Jasmyn, cuma halangan dari keluarga Sam. Ibu dan ayahnya mahu Sam mengahwini perempuan dan kalangan orang berada dan gadis suci bukannya gadis bohsia seperti Jasmyn. Padahal maruah Jasmyn musnah pun disebabkan Sam sendiri.

Sam sudahpun bercadang hendak merisik Jasmyn. Dia sudah berbincang dengan keluarga setelah dimaki hamun bagai. Namun Sam tetap bertegas mahu bertanggungjawab dengan mengahwini Jasmyn. Kedua ibu bapanya terpaksa redha kehendaknya itu. Sebab itu la Sam mengejar Jasmyn sehingga ke Johor. Rupa-rupanya impiannya untuk memperisterikan Jasmyn terpaksa dikuburkan. Jasmyn bersama Dato Putra.

Kenapa begitu susah dan berat sekali untuk dia melupakan Jasmyn. Ramai lagi perempuan di luar sana yang cantik dan berharta dari Jasmyn yang mahukannya. Tapi Jasmyn juga yang bertakhta. Dia menyelak rambutnya yang lurus hingga ke paras bahu itu ke belakang. Nafas dilepas perlahan.

"Kenapa la susah sangat nak lupakan ko, Jasmyn.. Macam dah kene bomoh dah aku ni.." Sam berbisik sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 11:34 PM | Show all posts
Bab 5

Beberapa minggu kemudian....


Dato Putra membuka pintu rumah banglonya itu. Diikuti Jasmyn dan Mak cik Salmah di belakangnya. Dato Putra mempersilakan Jasmyn dan mak cik Salmah masuk kedalam rumahnya itu.

Mereka bertiga mengambil tempat duduk di sofa empuk ruang tamu itu. Jasmyn duduk berhadapan dengan Dato Putra. Kemudian dia memandang sekeliling rumah tersebut. Cukup mewah! Ada kolam. Siap ada lif lagi naik ke tingkat atas.

"Mak mesti dah penat kan? Mari saya tunjukkan bilik.." ajak Dato Putra sambil mengangkat beg pakaian mak cik Salmah itu Mereka berdua berjalan menuju ke satu bilik tetamu di aras yang sama.

Jasmyn membiarkan mereka berdua berlalu pergi. Dia memandang jari jemarinya. Semua jarinya tercalit inai. Masih merah! Hampir seminggu dia sudah bergelar isteri kepada Dato Putra. Bagaikan mimpi!

Dato Putra sanggup bertanggungjawab dan mengambil alih tugas Sam. Dia tak sanggup membiarkan Jasmyn sendirian. Sudahlah nasib Jasmyn sepertinya anak yatim piatu. Namun sampai sekarang Jasmyn masih belum boleh menerima Dato Putra sebagai suaminya. Tipu la kalau dia mengatakan dia sudah melupankan Sam. Dia menerima lamaran itu pun sebab atas pujukan mak cik Salmah. Demi menjaga maruah bayi dalam kandungan.

Jasmyn meratap nasib. Dia merasa bersalah kadang-kadang apabila Dato Putra dengan penuh ikhlas melamarnya. Sanggup menyimpan rahsia bersama yang Jasmyn tengah mengandungkan anak Sam. Tatapi hatinya pada Dato Putra masih belum terbuka sepenuhnya.

Jasmyn memandang Dato Putra yang berjalan ke arahnya sambil mengukir senyuman lalu menampakkan kedua lesung pipitnya itu. Cukup tampan! Dato Putra duduk disebelah Jasmyn. Mereka saling berpandangan.

"Awak letih erk.." ucap Dato Putra lembut sambil mengusap rambut Jasmyn yang ikal mayang itu.

Jasmyn menepis. Dato Putra melepaskan usapannya. Mungkin masih baru untuk Jasmyn bermesra dengan orang kedua yang mungkin akan masuk dalam carta hatinya. Mungkin...
Dato Putra berdiri. Dia menghulurkan tangan untuk Jasmyn menyambutnya. Namun Jasmyn menghiraukannya. Dato Putra hanya mampu mengukir senyuman. Dia mengangkat beg pakaian Jasmyn.

"Jom ikut saya.. saya tunjukkan bilik. Saya tau awak letih.." ajak Dato Putra lalu berjalan ke arah pintu lif kaca itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.261534 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list