CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaNya Ingin KaU tAHu...[U]-Cerpen

[Copy link]
 Author| Post time 9-6-2012 12:06 AM | Show all posts
Telah heboh mengenai perkahwinan Dato Putra dengan Jasmyn. Semua staf Putra Holding mengetahuinya. Namun Dato Putra masih bercuti. Cuti selama 3 minggu. Selama 3 minggu itu Encik Lukman yang menanggung kerjanya. Semua staf Putra Holding masih menunggu panggilan jamuan makan sempena perkahwinan 'big bos' mereka itu.

Terdetik juga kata syukur ke hadrat Ilahi kerana Jasmyn adalah pilhan yang tepat untuk Dato Putra dan bukannya Farida. Walaupun Jasmyn agak kasar dari pandangan mata, namun hatinya lembut.

Manakala Farida masih tidak puas hati apabila mendengar berita tentang perkahwinan itu. Dia gagal lagi. Dia masih salahkan Firdaus yang menggagalkan perancangannya.

Firdaus juga telah kehilangan anak sulungnya itu. Dia tidak berdaya melawan takdir Tuhan. Tuhan lebih menyayangi anak kesayangannya itu. Dia redha. Tetapi, sampai bila dia harus merahsiakan rancangan jahatnya dengan Farida itu daripada Dato Putra?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-6-2012 12:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by momey at 9-6-2012 00:38

Dato Putra dan Jasmyn masuk ke dalam bilik utama itu. Kemas! Terdapat gambar perkahwinan mereka berdua di atas kepala katil. Bilik itu diwarnai ungu bercampur dengan warna putih dan hitam. Warna kegemaran Dato Putra.

"Saya suka warna ungu.." kata Jasmyn yang turut meminati warna tersebut.

Dato Putra hanya tersenyum. Sudah ada satu persamaan antara dia dan Jasmyn. Jasmyn menepuk-nepuk tilam buatan luar negara itu. Memang empuk. Dia mula merebahkan dirinya. Langsung tidak diendahkan Dato Putra yang dari tadi asyik memandang gelagatnya.

"Ini bilik saya kan?" ucap Jasmyn sambil melantunkan punggungnya di atas katil itu.

"Ni bilik kita.."

Jasmyn terus memandang Dato Putra. Dia berdiri.

"Saya tak nak tidur dengan awak! Rumah ni besar.. Dan dah tentu banyak bilik kan? Saya sanggup tidur di bilik kecil asalkan saya tak tidur bersama awak!" Jasmyn tegas.

"Janganlah macam ni.. nanti apa kata mak..Mak Jah.. kan tak elok.."

"Peduli apa saya?! Saya cakap saya tak nak, saya tak nak laa!!!"

"Shhhhhhhh..bole cakap perlahan sikit tak? Awak tak malu ke kalau yang lain dengar? Agaknya masa awak 'make love' dengan bekas kekasih awak tu, bising macam ni jugak kot" Dato Putra berseloroh membuatkan Jasmyn bertambah marah.

Jasmyn cuba menampar pipi Dato Putra namun Dato Putra sempat mengelak. Jasmyn mengetap bibirnya menahan marah.

"Awak tak ada hak nak cakap saya macam tu! Awak seolah menjatuhkan maruah saya!"

"Selama ni awak jaga ke maruah awak tu?"

Jasmyn sudah mencapai tahap kemarahan yang maksima. Air matanya mula mengalir laju. Dia sebak. Dato Putra masih kelihatan serius. Dia membiarkan Jasmyn melayan perasaan.

"Saya benci awak.." cakap Jasmyn perlahan.

"Awak nak benci ke nak sayang ke..awak tu dah jadi isteri saya. Awak kena dengar cakap saya. Syurga awak di bawah tapak kaki saya ni"

Jasmyn menggenggam tangannya. Dia cuba menahan marahnya yang makin lama makin membuak itu.

"Sama ada awak suka atau tak, awak dengan saya akan tidur bersama dalam bilik ni"

"What???!"

"Muktamad!" Dato Putra bernada tegas.

Jasmyn mengambil bantal lalu membaling ke arah Dato Putra.

"Arrgghhhhhh!!!!!"

"Jerit la sepuas hati awak kalau awak tu tak reti malu" kata Dato Putra lalu keluar dari bilik itu.

Dato Putra menutup pintu bilik itu. Dia rasa lebih elok dia membiarkan Jasmyn bersendirian buat seketika. Bukan niatnya nak menyakitkan hati isterinya itu tadi. Tetapi dengan perlahan sebenarnya dia mahu mendidik Jasmyn supaya belajar menerima arahan orang lain terutama dirinya sebagai suami.

Teresak-esak Jasmyn menangis. Tidak pernah dia merasa sakit hati sebegini. Dia memang benci orang mengarahnya. Terus dalam masa yang sama wajah Sam muncul di dalam kotak fikirannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 04:27 PM | Show all posts
Pada malam yang sama...

Dato Putra mengetuk pintu dua kali lalu terus masuk ke dalam bilik utamanya itu. Terkejut dia apabila Jasmyn terbongkang tidur di atas katil. Waktu maghrib pula tu. Masih dibuai mimpi. Siap pakej berdengkur sekali.

Dato Putra berjalan ke arah Jasmyn lalu duduk di sebelahnya. Dia menggelengkan kepala. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Jasmyn.

"Rumah terbakar! rumah terbakar!!" jerit Dato Putra.

Jasmyn terkejut. Terus melompat dia dari katil. Dato Putra ketawa besar. Walaupun muka baru bangun tidur, raut wajah Jasmyn tetap manis dipandang. Jasmyn mengambil bantal lalu membaling ke arah Dato Putra.

"Apa masalah awak ni?? Awak tau kan saya tengah tido!"marah Jasmyn sambil meletakkan kedua tangannya di pinggang.

"Sekarang dah masuk waktu maghrib..elok sangat ke tido time-time macam ni?"

"Maghrib?" Jasmyn memandang jam di dinding. Rupanya hampir 5 jam dia tidur.

"Tadi ade solat asar tak?"

"Ishhhhh..awak ni sebok betol laaaaa..dah la!" kata Jasmyn sambil menolak Dato Putra keluar dari bilik itu. Pintu didtutup rapat.

Jasmyn menghentak-hentak kakinya lalu mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Dato Putra tersenyum sendirian lalu turun ke bawah.

"Mak dah siap masak ni..mai kita makan sama-sama.." ucap mak cik Salmah yang terpandang Dato Putra yang sedang menuruni tangga itu.

"Waa..buat ape susah-susah ni mak.. Mak Jah kan ade.. Mak Jah mana?"

"Dato..Saya dah suruh Puan Salmah duduk berehat tapi saya pula yang kena berehat.."jawab Mak Jah serba salah.

"Tak susah mana pun nak masak ni..lagipun mak memang suka masak.." mak cik Salmah merebahkan diri di atas sofa.

"Mak jangan buat kerja berat sangat tau..mak kan tak berapa sihat..risau saya"

"Mak ok lagi..jangan risau.." mak cik Salmah menepuk bahu Dato Putra.

"Jasmyn mana? Tidoq lagi la tu" sambung mak cik Salmah.

"Saya dah kejutkan dia dah. Letih sangat la tu.." Mereka ketawa kecil.

"Saya dah mandi..saya dah solat.. sekarang nak saya buat ape pulak?" kata jasmyn agak sedikit kasar tiba-tiba sambil menuruni tangga.

Semua mata memandang ke arah Jasmyn.

"Bole cakap elok-elok sikit tak, Jasmyn.. Dato ni suami hang.." ucap mak cik Salmah agak tinggi.

Jasmyn menjeling tajam. Dia berjalan menuju ke dapur. Diambil gelas lalu dibuka peti ais. Waaaaa penuh dengan coklat. Di capainya sebungkus kit kat. Tangannya di tampar manja. Rupanya Dato Putra. Pintu peti ais ditutup. Dato Putra merapatkan tubuhnya dengan Jasmyn. Jasmyn mengundur perlahan.

"Kedekut!!" jerit Jasmyn.

Jasmyn meletakkan gelas lalu hendak beredar tetapi tangannya direntap.

"Jangan nak memandai makan coklat saya" Dato Putra memberi 'warning'.

"Heh!" Jasmyn menjeling lalu menuju ke meja makan. Gelagat Jasmyn membuatkan Dato Putra terhibur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 04:56 PM | Show all posts
Setelah selesai makan, Jasmyn membasuh tangan lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Mak cik Salmah menggelengkan kepala. Begitu la perangai Jasmyn dari kecil sampai sekarang. Tak penahnya basuh pinggan selepas makan.

"Mak pegi la duduk dengan Jasmyn.. Mak Jah ada bole kemaskan.."ujar Dato Putra lalu terus mengelap mulutnya yang baru dibasuhnya itu.

Mak cik Salmah akur. Dia duduk di sebelah Jasmyn. Dicubitnya paha Jasmyn.

"Adoi..sakit la, mak.."rintih Jasmyn sambil menggosok pahanya itu.

"Berubah sikit perangai tu..hang tu dah jadi isteri orang dah sekarang.."

"Nak berubah apenye mak? Myn ada buat salah ke?"

"Ubah perangai kasar hang tu..cuba bersopan sikit depan suami"

"Saya terpaksa kahwin dengan dia la mak.. sebab baby ni haaaa" kata Jasmyn sambil menepuk-nepuk perutnya.

"Heii..jangan nak kasar sangat laa..adoiii.."mak cik Salmah menepis tangan Jasmyn yang kuat menepuk perutnya itu.

"Baby tu tak salah." mak cik Salmah mula sebak. Matanya mula berkaca.

"Saya tau saya jahat mak..saya kejam dengan diri saya sendiri." Jasmyn cuba menahan sebaknya.

"Jaga kandungan ni baik-baik. Yang lepas tu, lepas la. Bertaubat ya, nak.."

Jamyn melentokkan badannya dengan mak cik Salmah. Rambutnya dibelai manja. Di lubuk hati Jasmyn, masih rindu pada Sam. Makin ingin lupa, makin kuat ingatannya pada Sam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 11:53 PM | Show all posts
Pukul 12:30 minit pagi..

Hanya tinggal Dato Putra dan Jasmyn sahaja di ruang tamu. Jasmyn masih segar. Maklumlah dah tidur lama siang tadi. Dato Putra berdehem. Jasmyn buat-buat tak dengar. Matanya tertumpu pada drama melayu larut malam itu. Dato Putra berdehem sekali lagi.

"Boleh diam tak?" Jasmyn menjeling.

"Eheemm..ehemm" Dato Putra berdehem lagi kuat dari sebelum ini.

Jasmyn bangun. Dia mengetap bibir. Tajam matanya memandang Dato Putra.

"Tolong jangan ganggu saya semasa saya menonton tv. Saya tak ganggu awak dan awak jangan sesekali ganggu saya! Ada paham??!" Jasmyn membebel seperti seorang ibu membebel anak yang nakal.

Dato Putra menggelengkan kepalanya.

"Saya tak paham.."jawab Dato Putra dengan selambanya.

"Malasla saya nak layan awak!" Jasmyn terus beredar dari situ.

"Awak nak ke mana tu? Dah nak masuk bilik erkk..waaaaa..awak macam paham-paham je apa yang saya nak errkk..jom cepat!! tak sabo dah nii hihihihi" usik Dato Putra sambil mengekori Jasmyn dari belakang.

Jasmyn berhenti berjalan mengejut menyebabkan Dato Putra terlanggarnya dari belakang.

"Hei!!! Jangan nak gatal-gatal sentuh saya erkkk..jangan nak pulun sangat!!" Jasmyn mencubit geram lengan Dato Putra.

"Auwww..auuuwww..sakitla awakkk" Dato Putra menggosok laju lengannya itu.

"Itu baru sikit!! heh!" Jasmyn masuk ke dalam bilik. Dato Putra ikut tetapi dengan pantas Jasmyn menghalang.

"Awak tak dibenarkan masuk" kata Jasmyn sambil menarik kolar baju pagoda Dato Putra itu.

"Arrghhh..peduli ape!!" Dato Putra terus mengangkat Jasmyn masuk ke dalam bilik.

Jasmyn meronta untuk dilepaskan. Dato Putra menguatkan pelukkannya lalu merebahkan diri isterinya itu di atas katil. Jasmyn segera menjauhkan diri. Dia memeluk erat bantal sambil memandang geram pada Dato Putra.

Dato Putra mula membuka bajunya sambil tersengih-sengih memandang Jasmyn. Jantung Jasmyn semakin laju berdegup. Dato Putra membetulkan seluar pendek yang dipakainya.

"Jomm..Dato Putra bernada manja sambil mengeyit mata pada Jasmyn.

"Awak jangan nak mengada-ngada erk..saya tak nak!!!"

"Benda syok kottttt.. takkan tak nak? rugi woooo"Dato Putra semakin berani menghampiri Jasmyn sekali lagi.

"Awak nak saya jerit ke??"

"Nak..nak..jerit macam ni tau..aaahhhh..ahhhh hahaha baru syok sikit" Dato Putra ketawa besar sambil membelai rambut Jasmyn.

Jasmyn menepis kasar. Dia bangun dari katil itu.

"Awal jangan cabar saya!" ugut Jasmyn.

Dato Putra mendiamkan diri. Dia mengambil dua biji bantal lalu diletakkan dekat carpet bawah. Jasmyn memandang dengan penuh hairan.

"Nak tidur bawah la tuuu"bisik hati Jasmyn sendiri.

"Awak ingat saya ke yang nak tidur kat bawah ni? Sori sikit..ni bilik saya.. So, awak yang akan tidur kat bawah carpet ni ok???" kata Dato Putra dengan egonya.

"Ha? ciss!! Awak langsung tak hormat saya sebagai isteri awak. Saya ni mengandung tau"

"Ape? Awak kata saya tak hormat awak? Heii ni kira hormat lagi tau..kalau saya suruh awak tidur kat kandang kuda saya kang awak nak??? Nah, amik cadar ni bentang sendiri! Saya dah nak tidur. Gudnite ye sayang hihhi" kata Dato Putra lalu terus baring di atas katil tanpa berbaju itu.

Jasmyn geram. Dia dengan terpaksa membentangkan cadar di atas carpet. Dia menepuk-nepuk bantal. Direbahkan dirinya.

"Siap ko nanti.."Jasmyn ngomel sendiri.

Dato Putra masih belum tidur. Sebenarnya dia tidak sampai hati buat Jasmyn begitu namun apakan daya, dia hendak mengajar isterinya itu perigkat demi peringkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2012 01:14 AM | Show all posts
Seminggu telah berlalu. Dato Putra kembali memulakan tugasnya sebagai Presiden di Putra Holding. Jasmyn turut hadir bersama. Ssemua staf di Putra Holding berkumpul di Dewan Utama. Masing-masing berborak sesama sendiri. Semuanya berkisah Dato Putra dan Jasmyn.

Dato Putra dan Jasmyn seiring masung ke dewan utama itu. Semua staf berdiri memberi hormat. Dato Putra memberi isyarat membenarkan semua staf kembali duduk. Keadaan sunyi sepi. Semua mata memandang Dato Putra dan Jasmyn sahaja pada ketika itu.

"Assalammualaikum dan selamat pagi semua.. Saya bersama isteri saya, Jasmyn Johari hendak mengucapkan ribuan terima kasih kerana menganjurkan jamuan makan 'surprise' ini.. Terkejut juga saya.. Tapi tak mengapa sebab insyaallah hari sabtu ni saya ada buat close party untuk staf-staf kesayangan saya ni di rumah saya sendiri.."

Satu tepukan yang agak gemuruh berkumandang di samping sorakan gembira.

"Saya di sini juga nak memperjelaskan isu saya yang terdahulu.."ucap Dato Putra dengan penuh tenang.

Semua hadirin makin tidak sabar mendengar ucapan Dato Putra seterusnya terutama Firdaus dan Farida.

"Niat saya untuk menceritakan hal ini adalah semata-mata untuk menjelaskan perkara sebenar. Memang la ada yang cakap saya ni nak bukak aib sendiri. Tetapi, saya tak nak lagi yang masih bercakap-cakap hal ini lagi di belakang saya. Oleh sebab itu saya mengambil peluang ini untuk berterus terang. Hal ini juga saya telah berbincang dengan isteri saya."

Keadaan sunyi sepi. Jarum jatuh pun boleh dengar ketika ini.Dato Putra melepaskan nafasnya perlahan-lahan.

"Sebenarnya, kami ..."

"Saya yang bersalah!" kata Firdaus tiba-tiba. Semua hadirin termasuk Dato Putra dan Jasmyn terkejut. Farida mula menggelabah. Dia risau Firdaus mnyebut namanya.

"Firdaus, apa maksud awak ni?"

"Firdaus tak sihat hari ni, Dato.. Biar saya bawa dia pergi klinik sekejap. Jom, Firdaus.." kata Farida agak gugup sambil menarik tangan Firdaus.

"Saya dah tak sanggup simpan semua ni dah, Cik Farida.. Saya rasa diri saya tak tenang langsung.." kata Firdaus itu membuatkan hadirin makin berdebar-debar untuk mngetahui hal lebih lanjut.

"Ko jangan nak buat gila kat sini erk, Firdaus! Ko nak masuk penjara ke?" Farida mengingatkan Firdaus akan hukuman jika dia memberitahu hal sebenar.

Hadirin mula membuat bising.Keadaan semakin kecoh.

"Dato, semuanya salah saya! Saya yang merancang tangkapan khalwat Dato bersama Puan Jasmyn.."

"Apa?" Dato Putra dan Jasmyn saling berpandangan.

"Tapi yang sepatutnya Sam yang kena tangkap malam tu dengan Puan Jasmyn, bukannya Dato.. tetapi Dato pula yang kena tempuh semua ini.."

"Apa yang awak dah buat ni, Firdaus? Awak tau tak apa risiko awak buat saya macam ni?"

"Saya tahu, Dato.. Saya tahu saya akan dipecat. Saya redha Dato.. Saya sekarang hanya mahu kemaafan dari Dato.. Saya dah tak sanggup lagi hidup dalam keadaan tak tenang macam ni.. aniaya hidup orang yang banyak membantu saya selama ini.."

Dato Putra mendiamkan diri. Sungguh tidak disangka, orang yang dipercayainya selama ini tikam dia dari belakang.

"Tapi Dato..semua ini adalah rancangan sebenar Cik Farida! Saya mengikut arahan dari dia! Saya ikut sebab saya perlukan duit untuk kos pembedahan arwah anak saya ketika itu.."

"Farida??" Dato Putra terus memandang Farida. Farida seperti kera kena belacan.

"Tergamak awak rancang semua ni, Farida!" Jasmyn bersuara lantang.

"Errr..errrr saya.."

"Awak berdua dipecat!" Dato Putra bersuara kuat dan tegas.

Hadirin diam. Firdaus sudah menjangkakan hal ini akan berlaku. Dia betol-betol menyesal. Farida pula terus beredar setelah pengumuman pemecatannya itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2012 04:57 PM | Show all posts
best cite sambung lagi la..moga min berubah he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 01:45 AM | Show all posts
Dato Putra bersama Jasmyn, Firdaus dan Farida di dalam biliknya. Mereka berempat saling berpandangan. Dua anggota polis memunculkan diri. Staf yang lain hanya memerhati dari jauh.

"Saya memang terpaksa buat semua ni.."kata Dato Putra serius.

"Maafkan saya, Dato.. Saya betol-betol dah kecewakan Dato" rintih Firdaus.

"Orang gila je yang buat keje macam ni..kan Farida??" perli Jasmyn.

Farida tercabar. Dia dihina.Dia berjalan pantas ke arah Jasmyn lalu menolak Jasmyn sehingga Jasmyn rebah di lantai. Jasmyn tersungkur. Tiba-tiba dia rasa pinggangnya terlalu sakit.

"Sebabkan kau aku tak dapat Dato Putra! Aku benci orang yang halang rancangan aku! Aku benci!" jerit Farida lalu dibawa keluar oleh polis setelah mendapat isyarat dari Dato Putra. Begitu juga dengan Firdaus.

"Sakit.."kata Jasmyn lemah sambil mengusap perutnya.

Dato Putra mendapatkan Jasmyn. Dia cuba mengangkat Jasmyn.

"Apa yang melekit ni?" tanya Dato Putra sendiri. Dilihat tangan kanannya.

"Darah??" Dato Putra semakin cemas. Jasmyn lemah lalu pengsan. Dato Putra membawa Jasmyn ke kereta. Diambil kunci keretanya itu dari Pak Mat. Rasanya tidak sempat nak call ambulans dah. Kereta dipandu laju sambil memberi 'signal' kecemasan.

Sesekali Dato Putra memandang wajah sayu Jasmyn itu. Menitik setitik dua air mata jantannya.

"Sabar ye, sayang.. dah nak sampai hospital dah.."Dato Putra berbisik perlahan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2012 08:10 AM | Show all posts
Reply 67# mie07


    TQ mie07..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 08:28 AM | Show all posts
Sudah hampir dua jam..

Dato Putra dan Mak cik Salmah setia menunggu di hospital kerajaan itu. Dato Putra tidak henti berzikir dan berdoa mengharapkan Jasmyn diberi peluang sekali lagi untuk melihat bumi Allah ini. Dia memandang mak cik Salmah.

"Mak..saya sayangkan isteri saya. Saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku padanya. Jika bole, biarlah saya yang menggantikan tempat dia.." mata Dato Putra berkaca.

Mak cik Salmah menepuk bahunya.

"Banyakkan berdoa pada waktu sekarang ya, nak.. Allah lebih mengetahui segalanya.."Mak cik Salmah cuba mengawal perasaannya. Padahal dia la yang paling risau dan sedih pada ketika itu.

Lampu 'kecemasan' di pintu itu dipadamkan. Muncul doktor bersama jururawat yang lain. Dato Putra dan mak cik Salmah mendapatkan doktor itu. Doktor Hanim namanya.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya? Anak saya?" Dato Putra sudah menganggap anak yang dikandung Jasmyn itu anaknya walaupun bayi itu adalah hasil Jasmyn bersama Sam.

"Maafkan saya, Dato.. anak di dalam kandungan Datin Jasmyn tidak dapat diselamatkan.."

"Isteri saya?"

"Isteri Dato selamat. Tetapi dia dalam keadaan yang cukup lemah. Saya harap Dato atau mak cik boleh bagi semangat pada Datin berterusan. Dia memerlukan kekuatan untuk bangun semula."

"Alhamdulillah..syukur Ya Allah.. Err..bila ya saya boleh jumpa isteri saya?"

"Buat masa sekarang, biarlah Datin berehat sekejap. Dalam beberapa jam lagi, Dato dan mak cik bole jumpa datin. Saya ada pesakit lain yang perlu saya rawat. Saya minta diri dulu.." Doktor Hanim berlalu pergi.

"Mari kita sempurnakan mayat bayi tu dulu.."ucap mak cik Salmah.

Dato Putra mengangguk lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 08:32 AM | Show all posts
Nextttt....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 09:05 AM | Show all posts
Staf-staf Putra Holding kebanyakkannya telah tahu Datin Jasmyn telah keguguran. Bermula sudah episod baru, adakah Datin Jasmyn bunting pelamin atau anak hasil hubungan haramnya dengan Sam.

"Aku sanggup kerat jari aku ni..confirm anak haram!" kata Mira lalu membancuh air kopi di dalam pantry itu.

"Tak baik la ko cakap macam tu, mira.. kita sebenarnya tak tahu cerita sebenar..berdosa mengadakan cerita" jawab Nana yang sentiasa berpakaian baju kurung dan tudung melebihi dada itu.

"Memang dah sah dah! Kalu tak, buat ape tergesa kahwin dengan Dato kan? Yang Dato tu punya la nak jaga maruah PA dia tu, sanggup kahwin dengan perempuan tu.."

"Sedapnya kau bercakap ye Mira..keje dah siap ke belum? Sebelum kata kat orang, cermin diri tu sendiri. Awak yang selalu pergi kelab malam tu awak dah cukup sempurna ke nak mengumpat orang?" kata mak cik 'cleaner' di pejabat tersebut.

Mira malas melayan mak cik yang sentiasa membangkang cakapnya itu lalu beredar ke tempatnya. Nana dan mak cik tersebut tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 09:28 AM | Show all posts
Seminggu selepas itu Jasmyn dibenarkan keluar. Mak cik Salmah setia menemani anaknya itu. Pada awalnya, setelah seminggu berada di rumah Dato Putra itu, mak cik Salmah bercadang hendak pulang ke kampung halamannya. Oleh kerana Jasmyn dalam keadaan kurang sihat sekarang, dia menguatkan diri di samping Dato Putra yang sentiasa mahu mak cik Salmah berada di sisi Jasmyn ketika dia bertugas di pejabat.

Dato Putra meletakkan tubuh badan isterinya itu di atas katil dengan perlahan. Dengusan nafas Jasmyn cukup panas sehingga Dato Putra terasa isterinya itu menanggung kesakitan yang ada.

"Awak tak payah la buat baik sangat dengan saya.."kata Jasmyn langsung tidak memandang suaminya itu.

"Selagi saya hidup, akan saya cuba buat yang terbaik untuk isteri saya.." ucapan Dato Putra itu membuatkan Jasmyn sedikit terdetik. Adakah Dato Putra betol-betol sudah sayangkan dia atau sekadar mahu mengambil hatinya.

Jasmyn membetulkan selimut lalu menyelimutkan kakinya. Dato Putra cuba menolong tetapi ditepis kasar oleh Jasmyn.

"Awak bole pergi keje sekarang..saya bole buat semua ni sendiri. Awak tak ada pun, mak saya ada bole tolong" kata Jasmyn ego.

Dato Putra cuba diam dan bersabar. Biarlah isterinya itu membebel yang bukan-bukan asalkan dia tidak buat perkara di luar batasan. Setakat cakap kasar, normal bagi dirinya.

"Mak, saya ingat nak pegi pejabat sekejap. Nanti sebelum maghrib, saya balik ya.." ucap Dato Putra lalu mengucup tangan mak cik Salmah.

Mak cik Salmah hanya mengangguk. Dato Putra beredar keluar dari bilik utama itu. Mak cik Salmah berjalan ke arah Jasmyn lalu mencubit manja pipi.

"Jangan cakap kasaq dengan suami..jangan melawan cakap suami..jangan sakitkan hati suami..berdosa"

"Adoi! sakit la mak.."

"Ni baru sakit kena cubit..sakit kena azab Allah lagi pedih, anakku.."

Jasmyn terdiam sambil mengurut pipinya yang kemerahan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 12:53 PM | Show all posts
Dato Putra melangkah masuk ke Putra Holding. Tampan! Dia membuka 'rayban' nya. Rambut pacaknya dibetulkan dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang erat brifcase yang penuh dengan fail sulit. Dengan badan yang sasa, dia kemas memakai lengkap sut blazer hitam. Wajah yang selalu tersenyum itu membuatkan ramai wanita jatuh hati padanya.

Dato Putra merebahkan punggungnya dikerusi yang telah berkhidmat dengannya selama 5 tahun itu. Dia memandang fail-fail yang tersusan rapi di hadapannya untuk di tandatangan. Beberapa minit selepas itu, pintunya diketuk.

"Masuk.."panggil Dato Putra sambil menandatangan satu surat.

Encik Lukman dan seorang gadis masuk kedalam bilik itu. Mereka berdua berdiri mengadap Dato Putra.

"Assalammualaikum, Dato.."ucap Encik Lukman lembut.

"Waalaikummussalam.."Dato Putra jawab sambil memandang gadis ayu di sebelah Encik Lukman itu. Rasanya dia pernah jumpa gadis itu suatu ketika dahulu. Tetapi sudah lupa di mana dan dengan siapa.

"Dato, macam mana dengan keadaan Datin? Dia sihat?"

"Alhamdulillah. Dia makin sihat tapi masih perlukan perhatian."

"Ooo..Syukur.. Err, Dato..saya nak kenalkan. Aisha, pengganti Datin.. Sekarang dia yang akan jadi pembantu peribadi Dato" terang Encik Lukman.

Aisha menghulurkan tangannya untuk disambut Dato Putra. Dato Putra terus bangun. Raut wajahnya agak tegang.

"Siapa yang memandai cari pengganti Datin Jasmyn ni? Saya ada suruh cari ke??! Jangan nak buat saya naik angin pagi-pagi macam ni!!" jerit Dato Putra sambil membaling pen yang dipegangnya ke arah dinding. Nasib baik tak melantun ke arah Encik Lukman. Kalau tak, butalah mata dia.hehehe

"Err..tapi Dato.." Encik Lukman ni ada kelemahannya. Dia tak boleh orang tinggi suara dengannya. Dia mudah nak terkencing.

"Maafkan saya, Dato.. Saya dengar Datin kurang sihat. Baru keguguran kan? Orang macam Dato sudah tentu memerlukan pembantu khas untuk menyusun jadual. Takkan Dato nak buat sendiri?" jawab Aisha agak mengada sikit. Lebih senang macam perempuan gatal!

Dato Putra diam. Hanya mengetap bibir.

"Saya bole bantu Dato selama Datin bercuti. Nanti dia dah sihat, saya akan bagi notis berhenti. Dato jangan risau." ujar Aisha lagi.

"Lukman, cuba cerita betol-betol. Macam mana perempuan ni bole minta kerja kat sini? Ni mesti awak kan yang keluarkan iklan? Kenapa memandai-mandai sangat ni? Saya ke awak yang presiden kat sini?" Dato Putra menghentakkan tangannya di atas meja. Memang kuat bunyinya. Aisha dan Encik Lukman terkejut.

"Err..saya nak tolong Dato..saya nak ringankan beban Dato..Saya ambil Aisha bekerja ni pun untuk jawatan sambilan. Lagipun Aisha dah tahu, kalau Datin dah sihat dia sendiri yang akan buat notis berhenti kerja.. Saya bukan apa, Dato..Aisha ni bukan sahaja nak bekerja tapi disamping dia buat praktikal untuk kertas kerjanya.."

"Tak ape la Dato kalu Dato tak suka saya, saya bole saja keluar dan pergi dari sini. Saya tak ada masalah.. Saya datang ni pun kebetulan ade peluang. Saya ambil aje la peluang ini" kata Aisha yang penuh dengan perancangan mahu kenakan Dato Putra.

Aisha berpura-pura membuatkan raut wajahnya menjadi seorang yang memerlukan pertolongan. Sedih! Dato Putra melepaskan nafasnya.

"Tiada siapa pun yang layak menggantikan tempat isteri saya." Dato Putra tegas bersuara.

"Tolong lah bagi peluang pada Aisha, Dato.. Sekali aje ni aje, Dato.."pinta Encik Lukman.

"Yang awak pulak lebih-lebih ni kenapa? Awak dengan Aishah ni dah atur rancangan ke nak kenekan saya??"

Encik Lukman dan Aisha tersentap. Dato Putra masih belum reda dari marah.

"Kalau Dato dah tak nak saya, cakap aje la! Jangan nak menuduh yang bukan-bukan pasal saya! Dato tak ada hak langsung cakap saya macam tu" Aisha mengherdik.

"Tengok tu! Awak tengok tu Lukman! Ni ke pembantu yang layak kerja dengan saya? belum start kerja dah pandai herdik dan tengking saya!! Dan awak ni Aisha..tadi kan saya dah kata, tiada sesiapa pun yang layak ganti tempat isteri saya. Awak ni pekak ke?"

"Amboi-amboi Dato..saya je la yang pandai herdik, pandai tengking yee..macam mana degan isteri Dato tu? Dia tu cukup sempurna ke? Cukup bersopan santun ke?"

"Awak jangan sampai tangan saya merayap kat pipi awak yang gebu tu!! Kang tak pasal-pasal pekak seumur hidup.."

"Berani tampar la!"

Panggg!!!! Aisha jatuh tersungkur. Memang betol Dato Putra menamparnya. Dia memang pantang dicabar. Encik Lukman membantu Aisha bangun.

"Awak nak buat apa dengan saya? Nak report polis? Buat laa..saya langsung tak takut. Awak ingat dengan cara awak ikut rentak seperti isteri saya, awak senang saya pilih?? Tapi kan, saya rasa saya pernah jumpa awak!" kata Dato Putra yang masih dalam 'mood' marah itu.

Aishah bengang. Tak sangka pula Dato Putra betol-betol sanggup tampar dia. Hendak nagis kang, dikatakan lemah.

"Dia sepupu Cik Farida, Dato.."Encik Lukman tolong jawab bagi pihak Aisha.

Aisha terus memandang Encik Lukman.

"Awak janji apa dengan saya tadi? Awak cakap tak akan bagi tahu hal ini pada Dato tadi kan?!" Aisha marah pada Encik Lukman.

"Tu diaaa..duk buat drama 'slot akasia' pula depan-depan saya ni.. hhmmm..patut sangat-sangat la saya pernah jumpa awak. Rupa-rupanya awak sepupu Farida. Patut la perangai lebih kurang sama aja!"

Aisha cuba menampar Dato Putra tetapi Dato Putra sempat menangkap tangan Aisha.

"Ni semua rancangan Farida kan? Cakap dekat dia, pelan dia semua saya dah tahu dah! Tak payah susah-susah nak hantar orang lain nak kenekan saya.. Sekarang awak boleh blah dari sini" Dato Putra melepaskan tangan Aisha.

Aisha menjerit geram. Lalu dia beredar keluar dari bilik itu dengan penuh kehinaan. Dato Putra memandang ke arah Encik Lukman.

"Sekali lagi awak buat tanpa pengetahuan saya, awak tahu la nasib awak macam mana..Saya bukan cakap kosong, saya cakap dan saya akan buat!" Dato Putra bertegas. Encik Lukman tunduk malu atas perbuatannya. Niat dia hanyalah untuk membantu bossnya itu. Tetapi dia pula yang disalahkan.

"Maafkan saya, dato.."

"Keluar sekarang. Banyak kerja lagi saya nak buat.. Ingat! Tempat isteri saya tiada siapa pun boleh ganti. Saya bole buat sendiri. Lagipun apa gunanya awak sebagai pegawai kanan saya kan?"

Encik Lukman hanya mengangguk lalu beredar keluar dari bilik itu.

"Aku lagi bijak dari ko, Farida.."ucap Dato Putra sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:48 PM | Show all posts
next...best gak baca tapi kekadang rasa keliru............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 02:15 PM | Show all posts
Reply 75# mie07


    hahaha..wat2 tak keliru bole x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 02:55 PM | Show all posts
waaa...menarik...nak lagi...tak sabar nak bace episod seterusnye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 03:31 PM | Show all posts
Reply 77# renhayashi


    tq renhayashi.. nah amik munga ni   harap2 x bosan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 04:40 PM | Show all posts
Keadaan Jasmyn semakin pulih. Namun kehilangan anak di dalam kandungan nya itu dia berserah pada Allah. Walaupun dia redha, namun masih terasa kehangatan bayi di dalam perutnya suatu ketika dahulu.

"Mak.."panggil Jasmyn manja sambil menuruni tangga. Dia berjalan mendekati Mak cik Salmah.

"Pelan-pelan jalan tu.. Awat? Myn nak makan ka? Kalau nak makan mak panaskan sup.."

"Mak duduk la dulu. Nak sembang dengan mak sikit ni.."

Mak cik Salmah memasang telinga. Mereka saling berpandangan.

"Mak bole tak duduk rumah ni terus dengan Myn?"

"Ha?"

"Boleh la mak..pleaseee.."

"Hahaha..jangan nak buat lawak la Myn..rumah mak dekat kampung tu sapa nak jaga?"

"Mak jual la. Pastu mak duduk sini dengan Myn. Alaaaa Dato mesti setuju punya.."

"Dato Putra tu menantu yang baik. Kalau Myn tak tanya dia pun, dia sendiri yang akan suruh mak duduk sini. Tapi, mak nak minta maaf sangat-sangat. Mak tak boleh penuhi hajat Myn.. Mak memang kena balik kampung. Insyaallah sabtu ni ingat mak nak balik sana dah. Tengok Myn pun makin sihat dah"

"Alaaa mak niii.."

"Dengar cakap mak ni. Sepanjang mak tak ada di sini nanti, jaga diri baik-baik. Jaga makan minum suami..pakai suami..jangan kasar sangat bila bercakap dengan suami. Lepas tu, bila suami balik, sambut dia. Cium tangan dia."

"Eeeeeee.."

"Jangan nak eee..eee sangat ye Myn..itu tanggungjawab kita sebagai isteri."

Kedengaran kereta memasuki perkarangan rumah. Mak Jah cepat-cepat membuka pintu. Dato Putra masuk dengan muka yang cukup tenang walaupun di pejabat tadi penuh dengan masalah. Dato Putra berjalan mendapatkan mak cik Salmah. Dikucupnya tangan orang tua itu. Dia memandang Jasmyn. Jasmyn menoleh ke arah lain. Langsung tidak dihiraunya suaminya itu.

"Mak pergi panaskan sup sekejap ye..nanti kita makan sama-sama" kata mak cik Salmah lalu beredar ke dapur.

Dato Putra dan Jasmyn berdua di ruang tamu. Dato Putra memandang Jasmyn yang duduk terkangkang mengadap tv di hadapannya.

"Boleh sopan sikit tak duduk tu? Awak tu baru lepas pantang.." kata Dato Putra sambil membuka tie yang dipakainya tadi.

"Sebok aje! heh!" kata Jasmyn lalu duduk bersimpuh.

Dato Putra cuba menahan gelak.

"Malam ni teman saya beli barang dapur bole?" tanya Dato Putra sambil menarik sikit belakang rambut Jasmyn.

"Adoi! Kalau cakap tak tarik rambut tak bole ke???"

"Alaaa..alaaa..jangan la marah. Nak gurau-gurau tak kan tak bole?"

"Banyak la ko gurau.." Jasmyn menjeling tajam.

"Bole erk malam ni temankan saya.."

"Pak Mat dengan Mak Jah kan ada..suh la dia orang aje yang g beli"

"Tak nak. Saya nak awak jugak yang temankan saya"

"Degil!"

"Degil? Degil tu ape erk?"

"Menyampah la saya cakap dengan awak! Makkkk!!! Tengok mamat ni..tak de keje nak kacau kita jeeee" jerit Jasmyn sambil pergi ke dapur menemui ibunya.

Dato Putra hanya ketawa kecil sambil memandang Jasmyn berlalu pergi. Dato Putra membaringkan diri di sofa itu. Letih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 08:44 PM | Show all posts
Pada malam itu..

Jasmyn menuruni anak tangga dengan bersiap lengkap memakai tshirt dan jeans paras lutut. Dia lihat Dato Putra masih memakai kain pelekat dan baju melayu sedang menyandar di sofa.

"Kenapa tak siap lagi ni?" tanya Jasmyn lalu menutup tv yang ditonton Dato Putra itu.

"Saya nak tengok tv laaa..yang awak tutup ni kenapa?" Dato Putra berebut remote tv dengan Jasmyn.

"Awak ni betol-betol la sikit..nak keluar ke tak?" Jasmyn mula merengek.

"Nak keluar pegi mana pulak awak ni?? Awak kan masih tak sihat? Yang siap-siap pakai jeans pendek ni kenapa? tak risau ke masuk angin nanti?"

"Awak ni dah jadi pelupa erk? Petang tadi awak cakap nak saya teman awak pegi beli barang dapur malam ni kan?"

"Barang dapur? Oooo barang dapur..tak pe..tak pe..tak jadi. Mak Jah ngan Pak Mat dah keluar belikan dah. Mak pun ikut sekali. Sekarang tinggal kita berdua je..hihihihi.."

"Penipu!"

"Tipu ape plak? Memang saya nak ajak keluar pun tapi dah dia orang nak sangat pegi beli, saya nak cakap ape? Best ape tinggal berdua ngan awak malam-malam macam ni"

"Menyampah! Lain kali saya tak akan pecaya dah cakap awak"

"Jangan nak menyesal.."

"Nak menyesal ape plak?"

"Ahhhhh..ngantoknyeee..awak tak mengantok ke?"

"Tak!"

"Alaaaa..ok..ok. Kalu awak tak mengantuk, tolong tidurkan saya..hihihi"

"Ngada! Tak de makna saya nak temankan awak tidur. Heh!"

Dato Putra mendapatkan Jasmyn. Di peluknya Jasmyn untuk mengangkat Jasmyn masuk ke bilik. Tetapi Jasmyn sempat merentap kain pelekat yang Dato Putra pakai itu. Kain terlondeh. Menampakkan boxer yang dipakainya.

"Opsss!!"Jasmyn menutup matanya.

"Malu-malu plak..Dengan Sam dulu bole aje awak.."

"Awak jangan sesekali mengungkit nama tu lagi! Awak ni dah kenapa? Suka sangat sebut nama dia! Saya benci dia. Benci!"

"Tak payah nak benci sangat la.. Bukan senang nak lupa orang pertama yang 'main' dengan kita..betol tak?"

"Diam!"

"Kalau awak bole main dengan dia, kenapa saya suami awak yang sah langsung awak tak nak sentuh saya? Bukan takat sentuh je, nak tengok saya pun awak siap malu-malu? Abis tu, apa motif awak kahwin dengan saya ni?"

Jasmyn diam. Dato Putra mencabar keegoannya.

"Awak mesti hebat diranjang kan? Sebab tu Sam tak boleh lupakan awak"

"Stop it!!!"jerit Jasmyn lalu berlari naik tangga masuk ke dalam bilik. Di menangis.

Dato Putra hanya memandang. Mungkin dia agak keterlaluan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.784947 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list