CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

HaNya Ingin KaU tAHu...[U]-Cerpen

[Copy link]
Post time 13-6-2012 03:11 PM | Show all posts
ha ha ha ha cik penuli  ni dah kawin ke???????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 03:34 PM | Show all posts
Dato Putra dan Jasmyn masuk ke dalam bilik. Jasmyn menuju ke katil. Sungguh teruja! Kelopak bunga mawar ditabur berbentuk 'Love'. Dia memandang Dato Putra. Kemudian dia  terus melompat dan memeluk suaminya itu.

"Ohhh..so sweett.." jerit Jasmyn menjerit keriangan.

"Eh..eh budak ni..syok lebih pulak.. Awak tidur bawah tau..jangan lupe pulak" kata Dato Putra selamba sambil membaringkan dirinya di katil itu.

Jasmyn mula meletakkan tanggannya di pinggang. Mukanya bertukar merah. Menahan marah. Mulutnya muncung. Dato Putra buat tak endah sahaja. Langsung tidak dipandangnya si Jasmyn itu.

"Argghhh..peduli apa saya..tepi..tepi.." Jasmyn terus terjun di atas katil itu lalu menolak suaminya.

Mereka mula bergurau senda. Dato Putra cuba menggeletek pinggang Jasmyn. Jasmyn geli. Itulah tempat yang paling alergik untuk dipegang. Berdekah-dekah dia ketawa. Sampai tak sedar dirinya sudah berada di atas badan Dato Putra.

Mereka bertentang mata. Masing-masing bermain dengan perasaan sendiri. Nafsu Dato Putra makin lama makin naik. Jasmyn tersengih. Dato Putra mula bertindak liar. Dikucupnya bibir Jasmyn. Kemudian helaian demi helaian pakaian ditanggalkan.

"Assalammualaikum sayang.."

"Waalaikummussalam wahai suami ku.." Dahi Jasmyn dikucup. Kemudian rambutnya dibelai manja. Perlahan-lahan kucupan Dato Putra menginap disetiap pelusuk tubuh kecil molek isterinya itu.

Sekali lagi mereka berkucupan. Tiba-tiba Jasmyn perasan ada bayang-bayang di pintu bilik itu. Seperti ada orang berdiri di hadapan pintu bilik itu. Hatinya mula gelisah kembali. Kucupan dato Putra terhenti. Dia juga cuba memandang apa yang dipandang Jasmyn.

"Sekejap, abang pergi tengok." Dato Putra mengenakan selimut lalu berjalan ke pintu. Dia melihat melalui lubang di pintu tersebut. Tak sempat! Tapi yang dia tau, lelaki!

"Saya takut.." Jasmyn menggeletar.

"Dato Putra mendapatkan isterinya itu. Dipeluk erat. Diredakan ketakutan isterinya dengan mengusap-usap belakang badan.

"Shhh..abang ada ..jangan takut"

Bayangan itu menakutkan dan menjadi misteri buat Jasmyn dan juga Dato Putra.

"Dah..dah..jom tidur. Dah lewat ni. Esok pagi nak bangun awal mandi wajib pulak..hihi"Dato Putra cuba berseloroh untuk menenangkan isterinya.

"Tengok tuuu..sempat lagi.."Jasmyn memuncungkan mulutnya.

"Alaa mucuk..mucuk abang niii..meh abang peluk meh..takut yeee" Jasmyn digeletek sekali lagi.

Mereka kembali ketawa dan..dan..dan..apalagi..sshhhhhhh..hihihihi tutup lampu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2012 03:46 PM | Show all posts
Reply 101# qimi08


    saya sudah berpunya   dalam erti kata lain, sudah bersuami
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 04:13 PM | Show all posts
siapakah lelaki misteri itu?...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 04:22 PM | Show all posts
Reply 103# momey


    Patut la babak kat atas katil agak detail but I loike
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 07:52 AM | Show all posts
Salam semua!!!

Hari ni momey try selesaikan utk bab terakhir ok? Nantikan!! cewaahhh hihii
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2012 08:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by momey at 14-6-2012 08:04

Bab Terakhir..

Pada keesokkan paginya..

Selepas siap mandi, solat dan bersiap berpakaian kasual, Dato Putra dan Jasmyn turun ke lobi. Mereka tidak bersarapan di hotel tetapi mereka lebih kepada makan di luar. Dato Putra menahan teksi.

"Nak ke mana, encik?" tanya pemandu teksi itu.

"Saya dan isteri saya nak bersarapan di kedai yang paling sedap kat Langkawi ni. Bole pak cik bawakan kami?"

"Oooo..boleh sangat-sangat! Silakan naik.."jemput pemandu teksi itu.

Sebelum masuk ke dalam teksi, Jasmyn masih terperasan dirinya diperhatikan lagi. Mungkin lelaki yang sama yang dia perasan semalam.

"Abang, sayang rasa lelaki tu tengah perhatikan kita lagi la.."

"Dah la tu.. biarkan dia selagi dia tak ganggu kita. Jangan kerana dia, mood honeymoon kita rosak pula kan?"

"Tapi dia dah ganggu mood sayang dah nii"

"Jangan la macam ni, sayang. Buat tak tahu je. Lagipun, abang kan ada. Dia takkan berani buat apa-apa punya kalau abang ada. Dah..dah. Naik cepat"

Jasmyn mengeluh. Dia dan Dato Putra masuk ke dalam teksi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 08:23 AM | Show all posts
Selepas bersarapan, dengan cuaca pagi yang agak redup itu Dato Putra dan Jasmyn mengambil peluang untuk berjalan-jalan dipersisiran pantai. Mereka berpelukan. Masing-masing memandang ke arah laut.

"Love u, sayang.."

Jasmyn hanya terdiam. Kenapa la agak berat dia ingin membalas kata-kata itu. Padahal dalam hati dia sudah jatuh hati dengan suaminya itu.

Dia memeluk erat pinggang suaminya itu. Dia rasa cukup tenang sekali. Rasa macam nak duduk seperti yang sekarang ni sampai bila-bila. Tetapi, fikirannya tiba-tiba teringatkan bayangan lelaki misteri itu. Pelukkan dilepaskan.

"Abang.." panggil Jasmyn manja.

"Ya, sayang..ada ape?"

"Abang rasa lelaki misteri tu ada kaitan dengan kita ke?"

"Ya Allah..pasal lelaki tu lagi. Kenapa ni, sayang?"

"Sayang rasa tak sedap hati laa"

"Tak ada apa-apa laa..mainan perasaan sayang je tu.."

"Tak la, abang.. Sayang rasa ada benda yang akan berlaku. Cuba abang ingat balik time kita terperangkap dalam lif hari tu? Kan sayang pernah cakap akan berlaku perkara buruk lagi kan dalam masa terdekat? Tup-tup kita kena tangkap khalwat kan? Abang ingat tak?"

"Abang ingat..abang ingat..tapi sayang jangan terlalu percaya dengan semua tu..takut jatuh khurafat pula kang.."

"Sayang macam nak jumpa aje lelaki tu! Nak tanya dia apa masalahnya dia dengan kita. Bosan la macam ni, abang.."

"Shhh..dah..dah. Sekarang ni fokus pasal honeymoon kita dulu k. Eh, mana camera?"

"Camera? Alamak!!" Jasmyn cuba mencari camera di dalam handbegnya.

Jasmyn mencebik. Dia terlupa nak bawa. Dato Putra meletakkan tangannya di pinggang.

"Awak sengaja kan tinggalkan camera tu?" kata Dato Putra padahal dia yang keluarkan camera itu dari handbeg Jasmyn.

"Tak la..saya dah letakkan dalam handbeg saya ni dari semalam lagi tau..hhuhu"

"Dah la..jom kita balik hotel ambil kejap. Nasib baik dekat je..jom.." ajak Dato Putra lalu mereka beredar dari persisir laut itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 09:13 AM | Show all posts
err da abis ke ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 09:49 AM | Show all posts
Jasmyn dan Dato Putra masuk ke dalam bilik itu. Camera memang terletak baik di atas katil.

"Pegi ambil camera tu.. abang nak turun kat bawah kejap. Nanti tunggu abang kat bawah k"

"Ha? yelaa.."

Dato Putra berlalu pergi. Pintu ditutup tetapi tidak berkunci. Jasmyn mengambil camera lalu dimasukkan ke dalam handbegnya.

"Apahal yang nak cepat sangat? Bukannya tak boleh tunggu aku ambil camera je pun.."bebel Jasmyn sendirian.

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi.

"Tengok tu! Naik atas pulak. Tadi suh tunggu kat bawah."

Loceng masih berbunyi.

"Ye..kejappp..nak bukak la nii" Jasmyn membuka pintu bilik tersebut tanpa melihat di lubang pintu itu.

Buka sahaja, terus mulutnya ditutup dan ditolak masuk ke dalam bilik. Jasmyn cuba menjerit tetapi mulutnya ditutup rapat dengan tuala kecil. Tubuh badannya ditolak rapat ke dinding. Jasmyn terkejut. Betol ke apa yang dilihatnya sekarang.

"Sam?" bisik hati Jasmyn.

"Aku buka mulut ko, ko janji jangan jerit..bole?" kata Sam tegas.

Jasmyn masih cuba menjerit. Sam mengeluarkan pisau lalu diletakkan di perut Jasmyn.

"Ko nak menjerit ke nak aku tikam perut ko?" ugut Sam.

Jasmyn mula menangis. Hatinya menjerit memanggil suaminya.

"Nak jerit ke tak!!" jerkah Sam.

Jasmyn menggeleng laju. Sam menyimpan tuala kecil yang menutup mulut Jasmyn itu. Mereka berdiri bertentangan.

"Jadi, lelaki misteri tu ko la kan?" kata Jasmyn sambil mengurut tangannya yang dicengkam kuat Sam tadi.

"Ya. Aku..kenapa?"

"Buat apa lagi ko muncul dalam hidup aku?"

"Suka hati aku la! Aku tahu ko tak boleh lupakan aku kan?"

"Sape cakap? Sori sikit! Ko dah tak ada dalam kamus hidup aku"

"Yeke? Yeke?"

"Aku benci ko! Aku ngandungkan anak ko dan ko boleh hilang macam tu aje! Lelaki jenis apa ko ni?" Jasmyn mula menengking.

"Alaaa..relek r.. budak tu pun dah tak ada kan?"

"Ko ni dah kenapa? Bila ko nak berubah? Bertaubat la beb!"

"Wahh wahh wahhh..dah pandai tarbiah aku dah sekarang ni yeeeee" Sam mencengkam leher Jasmyn pula.

"Sakit la bodoh!" Jasmyn menolak kuat Sam.

"Aku tak peduli! Aku nak ko kembali dengan aku" kata Sam sambil mengasah pisaunya dengan jari.

"Buat ape aku nak kembali pada kau? Aku dah kahwin. Dengan Dato Putra!"

"Waaa...bangga la kan dapat kahwin dengan Dato.. Opsss!!! Lupa pula. Dah kahwin dengan Dato, aku kena la panggil ko Datin yeee.. Datin Jasmyn.." Sam mainkan pisaunya itu di muka Jasmyn.

"Baik ko berambus sebelum suami aku datang!"

"Berambus? hahahaha.. buat ape? Biarla suami ko datang. Aku sikit pun tak takut. Yang aku takut sekarang ni, kau dah benci dengan aku.."

"Aku dah lama bencikan ko la, Sam! Aku dah tak nak dah jumpa dengan ko! Ko dah banyak susahkan hidup aku.."

"Amboi, banyak pulak bunyi amoi ni.. Dulu aku la intan, aku la permata..Sekarang dah dapat jutawan, terus nak lupakan aku erk??"

"Berambus la!!"

"Tak nak!"

"Ko nak apa lagi?"

"Layan aku.."

"What? Baik ko pergi dari sini"

"Aku tak akan pergi selagi ko tak layan aku.. Aku rindukan ko Jasmyn..rindu belaian ko.."

"Pergi mampus la ko! Aku bukannya perempuan simpanan ko. Aku isteri Dato Putra! Aku tak boleh curang dengan dia.."

"Ko jangan nak bebel sangat laaa.. ko nak mati ke ko nak layan aku" tanya Sam lalu diletakkan pisau itu kembali di perut Jasmyn.

Jasmyn menggeletar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 11:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by momey at 14-6-2012 12:02

Kelibat Jasmyn masih belum kelihatan. Dato Putra melihat jam di tangannya.

"Dah nak dekat 20 minit dah ni.. Ok kot.. Baik aku naik sekarang. Kang tak pasal-pasal si Sam tu hentam bini aku plak" bisik hati Dato Putra lalu naik atas menuju ke bilik.



Manakala di dalam bilik pula, Jasmyn dan Sam saling bergaduh. Habis semak di dalam bilik itu.

"Berambus la bodoh!!" jerit Jasmyn lalu membaling telefon hotel itu ke arah Sam.

Sam sempat mengelak.

"Oii..relek r! Yang ko garang sangat ni ape hal? Dulu boleh je manja-manja"

"Ko ni tak paham bahasa ke? Aku suruh ko blah, baik ko blah!"

"Betol ke ko sayang sangat kat suami ko tu?"

"Memang sah ko tu bodoh! Kalau tak sayang, buat ape aku kahwin dengan dia??"

Pintu bilik dibuka. Muncul Dato Putra dengan wajah kehairanan. Jasmyn mendapatkan suaminya itu.

"Sam cuba menceroboh bilik kita.."Jasmyn mengadu pada suaminya.

"Oiii! Baik sikit erk.. ko yang call panggil aku datang kan?" Sam cuba menipu.

"Kurang ajar betol! Ni dah melampau!!" Jasmyn mula naik berang.

"Hei Sam!! Ko buat apa kat sini? Ko dah ganggu isteri aku." Dato Putra cuba bertegas.

"Aku nak ko lepaskan dia.. Aku nak dia kembali semula pada aku!" Sam mengacukan pisau pada Dato Putra.

"Sam..sam..pisau nii..kita bincang baik-baik.."kata Dato Putra perlahan.

"Aku tak peduli. Aku nak ko lepaskan Jasmyn!"

Dato Putra memandang Jasmyn. Jasmyn menggelengkan kepalanya.

"Jangan tinggalkan sayang, abang.."rayu Jasmyn.

Dengan sepantas kilat, Sam menikam terus perut Dato Putra. Jasmyn menjerit. Tanpa Jasmyn sedari pisau itu langsung tidak terkena pada perutnya. Malah, darah yang keluar dari perut Dato Putra itu hanyalah pewarna merah yang diletak dalam belon dan diikat pada perutnya.

Dato Putra jatuh terbaring. Jasmyn memangku suaminya itu. Teresak-esak dia menangis memandang suaminya itu mengerang kesakitan.

"uas la hati ko kan buat suami aku macam ni!!" jerit Jasmyn sambil memandang Sam yang masih memegang pisau itu.

Sam hanya diam memandang wajah Jasmyn yang begitu sayangkan Dato Putra. Dia mula sedar bahawa dirinya sudah tidak diperlukan lagi dalam hidup perempuan yang bernama Jasmyn. Dia tertunduk.

Jasmyn berulang mencium dahi suaminya itu.

"Sayang call ambulans kejap.." Jasmyn hendak bangun mengambil handphonenya tetapi di halang Dato Putra.

"Biarla abang pergi dengan tenang, sayang.."

"Jangan cakap macam tu. Sayang perlukan abang.."

"Abang rasa..abang rasa.." Dato Putra menarik nafas panjang. Pandai betol dia berlakon. Sam yang berpakat dengannya itu hanya mampu ketawa dalam hati buat masa sekarang.

"Jangan tinggalkan sayang, abang.. Sayang betol-betol cinta dan sayangkan abang.. Sayang tak nak kehilangan abang..Pleaseee..don't leave me alone" Jasmyn terus memeluk erat tubuh suaminya itu.

Dato Putra memberi isyarat pada Sam. Sam mengangguk. Dia keluar. Hanya tinggal Dato Putra dan Jasmyn. Jasmyn perasan Sam keluar.

"Oii Sam!!" jerit Jasmyn namun wajahnya Dato Putra palingkan untuk mengadapnya.

"Dengar sini baik-baik, sayang.. Sayang betol-betol sayang dan cintakan abang?"

"Ya..ikhlas dari hati.."

"Abang juga ingin sayang tahu, abang terlalu sayang dan cintakan sayang. Pegang perut abang ni.."

Jasmyn meraba-raba perut suaminya itu. Cepat-cepat dia menanggalkan baju yang suaminya sedang pakai. Tiada luka!

"Apa semua ni, abang?"

"Surprise!!!!! Hepi besday to you..hepi besday to you..hepi besday to Datin Jasmyn..Hepi besday to you !!!" Sam dan rakan-rakan seperjuangan Jasmyn dulu hadir menyanyi sambil membawa sebiji kek coklat berbentuk minie mouse.

Jasmyn terpaku. Manakan dia boleh lupa tarikh lahir sendiri? Dia memandang Dato Putra. Dato Putra tersenyum manis memandangnya.

"Maafkan abang, sayang.. Abang buat semua ni adalah untuk menjawab setiap persoalam yang bermain di minda abang selama ini"

"Tapi kenapa sampai melibatkan Sam?"

"Myn.."

Jasmyn menoleh ke arah Sam pula.

"Myn..maafkan aku. Aku dah banyak berdosa dengan ko.. Aku betol-betol dah berubah. Hari tu aku ade datang Putra Holding cari ko.. Kebetulan masa tu ko tak datang keje. Aku jumpa suami ko. Mula-mula bergaduh juga la aku dengan suami ko tu kat pejabat tapi.. akhirnya kami temui jalan penyelesaian. Aku dah tak cari pasal dengan ko lagi.. dan suami ko nak kepastian sama ada ko betol-betol sayangkan dia atau tak..sebab tu kami berpakat berlakon dengan cara macam ni." terang Sam panjang.

Jasmyn memandang semula suaminya itu. Matanya sedikit berkaca.

"Abang tak pernah dengar pun dari mulut sayang sendiri yang mengatakan sayang cinta dan sayangkan abang.. Tapi, bila saat tadi semasa abang 'hampir mati' tu, sayang ucap kata-kata hikmah tu..tersentuh hati abang.. Bermakna abang tidak bertepuk sebelah tangan. Dan abang nak minta maaf sebab menggunakan cara ini untuk menjawab persoalan abang..Abang minta maaf sekali lagi"

Jasmyn memeluk erat suaminya itu. Setitik demi setitik airmatanya mengalir.

"Sayang maafkan abang.. Tapi, betol ke hari ni hari jadi sayang? Nape sayang boleh lupa erk?" Jasmyn menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

Dato Putra, Sam dan yang lain ketawa kecil melihat geligat Jasmyn itu. Kemudian, seorang gadis muncul. Semua pandangan terpandang ke arah gadis tersebut. Gadis tersebut berjalan dan menuju ke arah Sam.

"Myn, ni bakal isteri aku.. Tasya nama dia..Dia yang banyak membantu aku ubah cara hidup aku semasa di Paris.."

Tasya menghulurkan tangannya pada Jasmyn untuk dijabat. Jasmyn membalas jabat tangan itu. Jasmyn mula mengukir senyuman.

"Tahniah beb! Nanti kahwin, jangan lupa jemput pula.." kata Jasmyn bernada perlahan.

"Insyaallah. Aku tetap akan panggil.." jawab Sam sambil memegang erat tangan Tasya.

Jasmyn dan Dato Putra memandang antara satu sama lain. Senyuman mula terukir. Masing-masing bersoal jawab di dalam hati.

"Sebelum aku lupa, ni hadiah dari aku.." Sam menghulurkan 2 keping tiket penerbangan ke Paris pada Jasmyn.

"Aku tahu suami ko ni mampu beli tapi terima la hadiah kemaafan dari aku ni.. Memang best pergi Paris time-time macam ni..hihihi" jawab Sam lagi.

"Thanks.. Sam, aku doakan ko bahagia.."

Sam hanya tersenyum. Mereka saling berbalas senyuman.

Sekian.

~TAMAT~
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 11:53 AM | Show all posts
erm macam ade yg tak kena dengan ending die,macam ade kurang,....erm ape yek?citer macam ne sam boleh insaf kot.anyway cik momey terbaik.suka sgt storyline die sebab hampir sama storyline ni dengan kisah hidup saya sendiri cuma tak kaya cam sam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 12:00 PM | Show all posts
Reply 112# epullipan


    thanks .. sama ke? mgkin semua tu hanyalah kebetulan..momey buat citer ni pun hanyalah rekaan semata-mata tiada kaitan hidup atau mati.. cukup la sampai di sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 12:18 PM | Show all posts
erm tu lah mungkin kebetulan or suratan atau kebetulan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 03:18 PM | Show all posts
"Bertaubat la beb!"  

wah kelakar blh pulak keluar ayat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 03:31 PM | Show all posts
Reply 114# epullipan


   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2012 03:32 PM | Show all posts
Reply 115# qimi08


    hahaha..aku yg menulis ni pun gelak sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 03:42 PM | Show all posts
tq best mcm2 ada -kelakarpun ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 03:48 PM | Show all posts
Reply 118# mie07


    hihihi..tq mie07..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 07:41 AM | Show all posts
cerita yang best.... mula2 terbayang dato nie mcm tua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.088623 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list