CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Cerpen: MyVi (Lagi Best..Woo oh oh) - (U)

[Copy link]
Post time 8-6-2012 09:58 AM | Show all posts
Salam......

Pagi jumaat ......yg ceria...bertambah ceria baca kisah rebut parking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 10:27 AM | Show all posts
Reply  fatehana

Thanks kaka...

Sesaja mengarang... boring kekdahnya....


Tapi citer ni ta ...
Nicki_Meow Post at 7-6-2012 21:46


baguslah mengexplore bakat yg ada dan akak lak dapat manafaatnya jugak

bab membunuh setan klu xde pun xpe yg penting teruskan dgn bunyi chot tue, semcm pulak akak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 10:30 AM | Show all posts
Reply  sarizu

Sambung malam nanti ek....


Thumbdrive cheq tertinggal kat umah........ {:thie ...
Nicki_Meow Post at 8-6-2012 09:36


sengaja ek tinggal thumbdrive kat umah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:53 PM | Show all posts
Reply 21# qimi08

Salam kak..

Harap2 ceria sentiasa hendaknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:56 PM | Show all posts
yg penting teruskan dgn bunyi chot tue, semcm pulak akak rasa
fatehana Post at 8-6-2012 10:27


Semacam?

Chit CHOT. Chit CHOT. Chit CHOT. Chit CHOT.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 09:58 PM | Show all posts
Aisyah terasa jengkel. Si pemilik MyVi hitam itu memang sengaja mencari pasal. Dia baru saja hendak menghampiri kotak parkir kegemarannya tetapi dengan tiba-tiba MyVi hitam dengan pantas memotong lalu terus masuk ke petak A10. Aisyah menggetap bibir.

Eeeeeeeeee! Sakit hati!

Akhirnya, dia memilih juga kotak parkir A22, berhadapan dengan MyVi hitam. Itu saja parkir yang paling dekat dengan pintu yang masih kosong.

Aisyah merungut-rungut. Seperti biasa, Aisyah memandang sekilas wajahnya dicermin pandang belakang. Setelah pasti semuanya terletak elok, dia keluar dari kereta.

Chit Chot. Bunyi kunci automatic berbunyi…serentak. Aisyah mengangkat muka, memandang si pemilik MyVi hitam yang juga sedang memandangnya, tersenyum kemenangan.

Ceh! Dengan perempuan pun tak nak mengalah.

“Assalamualaikum”

Waalaikummusalam.

“Tak jawab dosa”

Jawab dalam hati je.

“Kenapa muka awak masam pagi-pagi?”

Aisyah memandang muka pemilik MyVi hitam.

“Senyumlah sikit”

“Kalau tak nak?”

“Tak nak sudah”

“Malas nak layan” Aisyah mengatur langkah, meninggalkan pemilik MyVi hitam yang masih tersenyum.
******************************************************
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-6-2012 10:00 PM | Show all posts
Perjalanan pulang dari Bukit Bintang ke rumahnya di Hijauan Ville, Selayang seperti biasa, merangkak-rangkak. Aisyah yang sudah biasa dengan keadaan itu sejak dulu lagi tidak merasakan apa-apa. Cuma petang ini dia terasa jengkel di sebabkan pemilik MyVi hitam – si perampas parkirnya.

Rupa si pemilik MyVi hitam cuba di ingati. Berambut lurus berkaca mata. Tinggi kurus. Tidak cerah, tidak pula gelap kulitnya. Boleh tahanlah juga. Tapi, sikap si pemilik MyVi hitam itu terasa menyakitkan hati.

Apalah kau Aisyah, pasal parking pun nak gaduh…

Huh. Aisyah menggelengkan kepala.

Aisyah mengerling ke cermin pandang sisi sebelah kiri.

Macam kenal…

Kau lagi!

Sekilas ikan di air, Aisyah sudah tahu jantan ke betina. Sekali pandang kereta MyVi di sebelah, Aisyah sudah tahu itulah MyVi hitam yang menyakitkan hatinya.

Menyampah! Kalau boleh, berada satu jalan pun dia tidak mahu. Tapi apakan daya, Jalan Kuching ini bukan abah dia punya…
*************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2012 10:02 PM | Show all posts
Ramdhan baru saja sampai di tempat letak kereta di Hijauan Ville, Selayang. Enjin keretanya di matikan lalu dia keluar. Langkahnya terhenti sebentar. Otaknya masih memikirkan kereta MyVi oren yang baru saja di lihat di kotak parkir selang dua kotak dari tempat parkirnya. Selama sebulan sejak tinggal di sini, dia tak pernah pun mengambil kisah perihal kereta jiran-jirannya. Tapi yang ini…

WUT 2314

Nombor plat MyVi oren bagai sudah terpahat di satu sudut otaknya. Dia memang mudah menghafal nombor. Apatah lagi kalau nombor itu ada kena mengena dengan Tiz Zakyah…

Tiz Zakyah? Apa kena mengena Tiz Zakyah dalam cerita ni?

Tiz Zakyah nampak manis bertudung dalam drama Nur Kasih, drama kesukaan ibunya di kampung. Tapi, pemilik MyVi oren itu pula memang manis bertudung macam Tiz Zakyah dalam drama Nur kasih.

Tiz Zakyah ber ‘boyfriend’ kan Remy Ishak yang suka control macho tapi pemilik MyVi oren itu mungkin saja boleh ber ‘boyfriend’ kan dirinya yang memang macho…

Eh, boleh blahlah Ramdhan!

Apakah motif Ramdhan berangan dengan tiba-tiba?

Mungkin kerana dia sudah penat dengan bebelan ibunya yang teringin nak bercucu.

Ramdhan menggelengkan kepala lalu melihat jam di tangan.

6:57 petang.

Game start lepas mahghrib…

Dia mengatur langkah ke arah lif. Butang di tekan dan menunggu sebentar. Tak berapa lama kemudian, pintu lif terbuka lalu dia pun masuk.
*************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 08:58 AM | Show all posts
keciknya dunia...

next!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 09:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by ladyFinger12 at 9-6-2012 09:31

Nicki bebeh.... ni dah boleh buat novel nihhh... bukan cerpen lagi dah...
please sambung jadik novel jek lah....
meh lady sajes plot...
"remy sahak" cuba tekel "tizz aisyah"
wujudkan org ke-3.... mak remy suruh kahwin dgn calon pilihan. Pasal.... udah lame bebenor nunggu si remy bawak balik calon menantu
remy sahak akhirnya kahwin dgn "tizz aisyah"  

tapi cerita mmg cliche n common. Cuma bleh jadikkan proses menekel tu kedengaran comel


ps: lady ada kazen nama aisyah. We all panggil dia nchot!


lupa nak tambah...
lepas remy kahwin dgn tiz aisyah bleh bunuh setan!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 07:36 PM | Show all posts
Nanti TERjumpa lagi kat tempat games
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 11:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 9-6-2012 23:57
Nicki bebeh.... ni dah boleh buat novel nihhh... bukan cerpen lagi dah...
please sambung jadik nove ...
ladyFinger12 Post at 9-6-2012 09:28


Hahaha...Tak mampu nak buat novellah lady. Ini pun cerpen sampingan je sementara work on cerita baru. Idea datang masa nak bayar parking pakai duit syiling
Tapi takpelah, untuk lady... akan cheq buat juga bab bunuh setan tu.

Kirim salam kat Nchot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 11:54 PM | Show all posts
Oh.. by the way...

Cerita ni memang cliche dari awal sampai akhir....

Nama pun cerpen bosan-bosan. Malas nak buat berat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 11:56 PM | Show all posts
Reply 31# qimi08

Ya....betullllll!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 11:57 PM | Show all posts
Dari jauh Aisyah melihat rakan-rakan merangkap jirannya di Hijauan Ville sedang duduk berkumpul di tepi dewan badminton. Memang di Hijauan Ville ini, semangat kejiranan agak kuat walaupun hanyalah kejiranan pangsapuri. Dia berjalan ke arah mereka. Malam ini Aisyah sudah berjanji dengan jiran-jirannya untuk bermain badminton. Selalunya, abang Aisyah yang tinggal serumah dengan Aisyah juga turut serta. Tapi, malam ini abang Aisyah tak dapat hadir, jadi dia datang berseorangan.

“Hello” Aisyah menyapa kepada Sofi, Vimala, Jason dan Farid. Sebelah Farid ada seorang lagi ‘budak baru’.

Apa ‘Khairul Fahmi Che Mat’ buat kat sini?  

“Hi” Jiran-jirannya menyapa sambil tersenyum. Manakala si ‘Khairul Fahmi Che Mat’ hanya memandangnya tanpa kata. Kening Aisyah berkerut.

“Sya, ini sepupu saya. Nama dia, Ahmad Ramdhan bin Ahmad Syawal. Dia baru sebulan tinggal dengan saya” Farid memperkenalkan. Ramdhan mengangkat kening memandang sepupunya.

Kau, kalau tak sebut nama aku dengan bin sekali memang tak sah kan?

“Adan, ini jiran kita, Aisyah. Dia duduk tingkat sama dengan kita, tapi rumah paling hujung”

Aisyah dan Ramdhan saling memandang. Bila dah di tenung lama, akhirnya Aisyah cam, Ahmad Ramdhan itulah pemilik MyVi hitam yang mencari pasal dengannya. Tanpa cermin mata, pemilik MyVi hitam itu kelihatan berlainan sekali.

“Why you tengok dia macam mahu makan saja? You sudah fall in love ke?” Jason bertanya pada Ramdhan menyebabkan rakan-rakan yang lain tergelak.

“Ala Jason, kalau I jatuh cinta sama dia pun okay ma… sama-sama bujang. Ke Cik Aisyah ni dah ada boyfriend?” Sempat lagi Ramdhan bertanya. Aisyah memutarkan matanya ke atas.

“Aiya, I baru mau tackle sama dia. Ini macam I cancel lor…” Aisyah bengang. Kenapa tiba-tiba topik perbualan menjurus ke arah dirinya?

“Lepas nilah baru cari jodoh. Jom kita main dulu” Sofi pula berkata lalu bangun dari duduknya. Yang lain mengikut dan berjalan ke arah gelanggang badminton. Masing-masing mula melakukan sedikit regangan sebelum memulakan permainan.

“Kita main mixedlah” Vimala memberi cadangan.

“Hah, betul…betul...” Suara-suara menyokong kedengaran lalu cadangan di tutup. Setelah undian di jalankan, permainan pun bermula.
***********************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2012 12:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 10-6-2012 10:50

Aisyah menunggu lif di bangunan Amoda untuk pergi ke pejabatnya di tingkat 16. Hari ini tidak berapa indah baginya sebab parkirnya telah di rampas lagi oleh pemilik MyVi hitam. Ini adalah gara-gara dia terlewat bangun 10 minit dari biasa sebab kepenatan bermain badminton malam tadi. Jadinya, dia tersangkut dalam kesesakan lalu lintas lebih lama dari biasa dan akibatnya, kereta MyVi hitam itu di parkir megah di petak A10.

TING! Pintu lif terbuka. Aisyah masuk. Belum sempat pintu tertutup dia terdengar suara seseorang menyuruh menahan pintu lif. Atas rasa sifat kesedaran sivik yang tinggi hasil dari didikan ibunya yang memang garang, Aisyah menekan butang 'Open' untuk menahan pintu lif dari tertutup.

“Thanks” lelaki itu berkata. Aisyah senyum. Tapi…

Kebetulan apakah ini? Mereka saling memandang.

Kebetulan Ahmad Ramdhan dan Aisyah bekerja dalam satu bangunan.

Kebetulan Ahmad Ramdhan dan Aisyah berjiran di Hijauan Ville.

Kebetulan Ahmad Ramdhan adalah pemilik MyVi Hitam dan Aisyah adalah pemilik MyVi oren.

Kebetulan Ahmad Ramdhan dan Aisyah suka memarkir kereta di petak yang sama dan saling berebut.

Kebetulan pula kebetulan-kebetulan di atas selalunya berlaku di dalam drama-drama melayu, filem-filem melayu ataupun novel-novel cinta.

Kebetulan pula penulis memang sengaja berbuat begitu.

Kebetulan penulis dah tak ada idea lain

“Awak lagi?” Tanpa dapat di tahan, ayat itu meluncur laju keluar dari mulut Aisyah.

“Ada jodoh kita ni” Ramdhan mengigit bibir. Menyesal menuturkan ayat itu. Dan sekarang, muka gadis manis itu sudah menjadi tidak berapa manis.

Aisyah diam. Malas hendak melayan. Apatah lagi hatinya masih sakit dengan peristiwa malam tadi.

Ramdhan dan Sofi mendahului dengan 20 mata Game Point manakala Jason dan Aisyah ketinggalan empat mata di belakang. Bulu tangkis yang di hantar oleh Ramdhan berjaya di sambut oleh Aisyah tetapi agak tinggi. Dengan gaya ala-ala Koo Kean Keat, Ramdhan melompat dan melakukan jumping smash.

Jumping smash okay lagi. Bulu tangkis itu di smash ke muka Aisyah terkena tepat di bahagian pipi kiri. Dengan kelajuan lebih kurang 225 km sejam, memang agak sakit jugalah kalau terkena muka.

“Sorrylah pasal semalam. Saya tak sengaja” Ramdhan berkata lagi. Aisyah hanya merengus.

Baru sekarang nak cakap sorry? Semalam, bukan main lagi kau gelakkan aku…

TING! Lif berhenti di tingkat 16. Aisyah keluar, sedikit pun tidak memandang Ramdhan.

Pintu lif tertutup. Ramdhan menarik nafas lalu menepuk kepalanya sendiri.

Macam mana aku boleh lupa nak tekan? Ofis aku kat tingkat sembilan…
*****************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 09:26 AM | Show all posts
Kebetulan penulis dah tak ada idea lain


haha...nyempat lagi tuh!

next!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 02:17 PM | Show all posts
tq  best...sambung lagi............
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 07:36 PM | Show all posts
go go nicki
suka sgt
tp mohtippppp nak buh

Kebetulan pula penulis memang sengaja berbuat begitu.

Kebetulan penulis dah tak ada idea lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 04:39 PM | Show all posts
go go nicki
suka sgt
tp mohtippppp nak buh
fatehana Post at 10-6-2012 19:36


Itu pengakuan jujur kekdahnya....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.087122 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list