CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chaoyunjie

[Penulis] RAMLEE AWANG MURSHID - TOMBIRUO & MANDATORI @ Astro First...

  [Copy link]
Post time 27-9-2014 05:25 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/photo.p ... 3.1536914595&type=1 Last edited by sapp73 on 27-9-2014 05:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 04:43 PM | Show all posts
saya baru habiskan baca novel Mitos ni. Jalan cerita menarik cuma bila ending ada tergantung.  Apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 05:14 PM | Show all posts
buku terbaru RAM akan keluar tak lama lagi - Raudhah tajuknya
pre-order dah tutup - Karangkraf and Kelab RAM
tapi boleh pre-order dengan MPH

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:31 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 12-5-2014 12:46 PM
x salah aku ada kot...
cuba cek website Alaf 21...EMall Karangkraf kot...

iols ade donlod apps eMall tu..
tp buku kt situ bukn sume e-book ek?

tp mmg murah2 la..Sunan NSK pon murah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:07 AM | Show all posts

salam nk tnya review psl novel RAUDHAH..
sapae dh baca?? ok ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 12:43 PM | Show all posts
clara_nur posted on 17-11-2014 02:07 AM
salam nk tnya review psl novel RAUDHAH..
sapae dh baca?? ok ker??

kawe ni beli pun idok lg...hahah
tp khabarnya twist mcm boleh di jangka...dengar khabar2 angin je la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-11-2014 12:45 PM | Show all posts
hafieza posted on 11-11-2014 11:31 AM
iols ade donlod apps eMall tu..
tp buku kt situ bukn sume e-book ek?

rasanya la kot..
x semua buku ada...
kawe ni x gemar baca kat gajet...
bau buku juga kawe suka
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 07:29 PM | Show all posts
magika pn x baca lg..
ada novel br plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 07:38 AM | Show all posts




Pra pesanan Kalender RAMFC 2015 - STOK TERHAD!
-----------------------------------------------

Perancangan 2015 kini boleh dicatit di dalam kalender RAMFC 2015.

Harga Promosi: RM15.00 sebuah (Sah sehingga 10/12/14 sahaja)
Harga Jualan : RM18.00 sebuah (akan ditawarkan selepas 10/12/14)

JUGA POS PERCUMA UNTUK SELURUH MALAYSIA!

Untuk maklumat Kalender ini akan mula dihantar pada pertengahan Disember nanti. Admin mengunakan pos daftar untuk penghantaran kali ini. Jika ingin opsyen poslaju, sila tambah RM3.00(semenanjung) & RM6.00 (Sabah & sarawak).

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat pesanan:

1) Sila pastikan jumlah kuantiti & bayaran

2) Buat bayaran ke akaun bank berikut:

CIMB 7003429258
Noorsyeila Bibi
Email Rujukan: buku.ramfc@gmail.com

Sila ambil gambar/printscreen slip transaksi bayaran untuk bukti pembelian. Tiada pilihan bank lain disediakan. Cara untuk bayaran ke akaun ini melalui bank lain, sila google di internet.

3) Sila mesej kami melalui peti mesej/'message' di laman ini beserta bukti pembayaran (sila rujuk langkah satu)& maklumat berikut:

--------------------------------------------------------------------------------------
~Sila Salin Bahagian ini ke dalam mesej anda~

TAJUK: KALENDER RAMFC 2015

Salam, berikut adalah pesanan saya dan bukti bayaran

a) Nama
b) No telefon
c) Alamat:
d) Jumlah Pesanan

~Sehingga bahagian ini sahaja~
--------------------------------------------------------------------------------------

Pastikan bayaran ke akaun yang betul. Diingatkan bahawa jualan ini diuruskan oleh admin berbeza dengan admin jualan buku Igauan Maut. Sila pastikan anda memulakan mesej dengan tajuk pesanan untuk memudahkan urusan pembelian anda.

Kami akan membalas mesej anda dalam tempoh 48 Jam dan juga bergantung kepada trafik. Harap cara pesanan ini jelas.

~Elle Syeila~
Admin RAMFC Bertugas

https://www.facebook.com/RAMFCStore

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 07:47 AM | Show all posts


TERKINI ~ 23 November 2014 (9.30am)

Terdapat masalah teknikal dalam urusan pembayaran. Sila tangguhkan pembayaran sehingga diberitahu. Harap maaf.

-sempoii morrok-

Igauan Maut Cetakan Ke-3 -BAYAR DULU BARU PESAN
-------------------------------------

Kami membuka tempahan untuk IGAUAN MAUT Cetakan Ke-3.
Kami mempunyai 500 Stok Novel ini yang hanya akan mula di pos kepada pembeli mulai 28 November (Jumaat) selepas siap ditandatangan oleh Ramlee Awang Murshid. Tarikh pengeposan seterusnya pada hari Rabu berikutnya sehingga stok habis.

Berikut adalah maklumat mengenai harga buku & caj pos:

Tajuk Novel : Igauan Maut
Harga Jualan : RM12.00
Harga Pos: ~ Semenanjung ~
1 & 2 Buku = RM6.00 untuk alamat yang sama.
3-5 Buku = RM9.00 untuk alamat yang sama.

~ Sabah & Sarawak~
1 & 2 Buku = RM10.00 untuk alamat yang sama.
3 - 5 Buku = RM15.00 untuk alamat yang sama.

Pembelian adalah terhad untuk lima(5) buah sahaja.

Hanya 500 naskah pertama akan mendapat novel dengan chop kelab RAMFC berserta tandatangan daripada penulisnya Ramlee Awang Murshid.

Perkhidmatan kami lebih kepada membantu RAMians mendapatkan karya Ramlee Awang Murshid dengan mudah.

Segala input terkini mengenai tempahan anda akan di maklumkan di laman ini dan di laman Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC).

CARA TEMPAHAN - BAYAR DULU BARU PESAN!!!
-----------------------
Untuk menempah, sila pastikan jumlah pesanan, jumlah harga buku & harga pos. Kemudian ikuti langkah berikut:

1) Buat bayaran ke akaun bank berikut:

MAYBANK 114057979688
Normazlina Osman
Email Rujukan: buku.ramfc@gmail.com

Sila ambil gambar/printscreen slip transaksi bayaran untuk bukti pembelian. Tiada pilihan bank lain disediakan. Cara untuk bayaran ke akaun ini melalui bank lain, sila google di internet.

2) Sila hantar 'PM' melalui peti mesej/'message' di laman ini beserta bukti pembayaran (sila rujuk langkah satu)& maklumat berikut:

-------------------------------------------------------------------------------------------
~Sila Salin Bahagian ini ke dalam mesej anda~

TAJUK: IGAUAN MAUT V3

Salam, berikut adalah pesanan saya dan bukti bayaran

a) Nama
b) No telefon
c) Alamat:
d) Jumlah Pesanan

~Sehingga bahagian ini sahaja~
---------------------------------------------------------------------------------------------

Kami akan membalas mesej anda dalam tempoh 48 Jam dan juga bergantung kepada trafik. Harap cara pesanan ini jelas.

Pesanan tanpa bayaran terlebih dahulu tidak akan dilayan.

~Sempoii Morrok~
Admin Bertugas

https://www.facebook.com/RAMFCStore

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 07:48 AM | Show all posts
Buat rakan forumer yg nak beli...sila KLIK laman facebook RAMFC STORE
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:17 PM | Show all posts
igauan maut tu buku lama ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buku igauan maut dah habis stok.. kalau korang ada info lagi, update sini eh..tak sempat nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 02:39 PM | Show all posts
Karangkraf terbit filem Tombiruo

SHAH ALAM – Jika sebelum ini banyak novel popular terbitan Kumpulan Media Karangkraf dijadikan filem atau drama oleh penerbit luar, kali ini mereka mengorak langkah menjadi penerbit bersama menerbitkan sebuah novel popular Tombiruo: Penunggu Rimba ke layar perak.

Novel tersebut ditulis oleh novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid, dijangka menemui penonton pada pertengahan tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, percubaan ini adalah sebagai langkah mula untuk menambah satu lagi cabang dalam bidang seni iaitu penerbitan filem.

“Walaupun Karangkraf tidak terlibat secara menyeluruh, namun kerjasama ini dianggap sebagai permulaan untuk kami mengembangkan lagi empayar Karangkraf. Umum mengetahui, Karangkraf terkenal dengan penerbitan majalah, buku, novel dan akhbar sehinggalah beberapa novel seperti Ombak Rindu, Adam & Hawa, Setia Hujung Nyawa dan yang terbaharu Suamiku En Sotong dan Manisnya Cinta di Cappadocia diadaptasi ke layar perak dan drama televisyen.

“Jadi, kali ini kami cuba memainkan peranan berbeza. Kami berharap jalinan kerjasama ini akan menjadi satu pelaburan lumayan selain hasil filem ini dapat dimanfaatkan masyarakat,” katanya dalam sidang media pra pelancaran filem itu Auditorium Muhammad V, di sini, semalam.

Katanya, pemilihan karya Ramlee Awang Murshid berdasarkan populariti dan keunikan yang ada pada novel berkenaan. “Kami mencari kelainan dalam penerbitan filem. Kita dapati, karya Ramlee lain daripada kisah cinta selain novelnya antara paling laris. Kita yakin, apabila novelnya mendapat tempat di hati pembaca, mudah-mudahan filem juga begitu,” katanya.

Sementara itu, Ramlee ketika ditemui berkata, pemilihan novel Tombiruo: Penunggu Rimba merupakan kejayaan terawalnya.

“Ia begitu dekat dengan jiwa saya. Tombiruo bermaksud hantu dalam bahasa Kadazan Dusun. Sejak dahulu lagi saya mahu karya ini difilemkan dan tidak sangka Karangkraf dan Ideate Media menjadikan ia satu realiti.

“Saya memang suka buat novel triller, lain daripada kebiasaan. Ia berkisarkan seorang lelaki yang membesar di hutan setelah dibuang keluarga pada waktu kecilnya kerana dianggap membawa sial. Jadi, saya harap filem ini akan dapat diterima terutama pengikut novel saya,” katanya.

Filem ini mendapat kerjasama antara syarikat penerbitan milik Ramlee, Layar Sunan dan Kumpulan Media Karangkraf,  diarahkan sutradara, Nasir Jani.

Selaku pengarah, Nasir tidak menjanjikan kehebatan dalam filemnya, namun mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam mengadaptasi karya tersebut.

“InsyaALLAH, filem ini akan menjadi visual terbaik dalam penceritaan yang ada dalam novel itu sendiri. Sebagai pengarah, saya akan cuba yang terbaik,” ujarnya.

Penyanyi Datuk M Nasir, Ito Blues Gang, Mohd Supyan Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyan Habib dan Ketua Pegawai Operasi Indeate Media, Zainir Aminullah turut hadir pada sidang media tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 03:28 PM | Show all posts
Tak sabar nak tengok Tombirou difilemkan. Dengar khbar ngin Bront yg mungkin jadi watk utama. Tak psti lagi. Yang pentingny, cerita Tombirou ni mmng best!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 09:32 PM | Show all posts
next novel pasal laksamana sunan, ade sape2 tau ape tajuknye??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2015 09:20 AM | Show all posts
chaoyunjie replied at 26-11-2014 07:48 AM
Buat rakan forumer yg nak beli...sila KLIK laman facebook RAMFC STORE

awat lama x update kat sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 11:26 PM | Show all posts
MsCinderella replied at 9-2-2015 09:20 AM
awat lama x update kat sini

maaf la Mod Cin...
cheq sibuk skrang nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 11:45 AM | Show all posts
Siapa paling layak? Tiga Aktres Popular Tersenarai.Ikuti perkembangan filem Tombiruo 'The Making of Tombiruo' dalam Akhbar Sinar Harian setiap hari Rabu.#Tombiruo #ThemakingofTombiruo @SinarHarian @SinarTV @ilhamkarangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2015 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.124065 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list