CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 8

Jangan dipersia-siakan orang seperti ini...

[Copy link]
Post time 16-6-2012 08:36 AM | Show all posts |Read mode
Jangan dipersia-siakan orang seperti ini...
           Oleh Zaini Hassan



PAGI semalam semasa minum bersama seorang sahabat karib di sebuah kedai mamak di Seksyen 3, Shah Alam, kami terserempak dengan seorang tokoh strategik negara yang cukup banyak baktinya kepada negara.
Saya tidak berapa mengecami beliau. Sahabat sayalah yang memperkenalkan beliau kepada saya. Terkejut juga kerana sebaliknya dia cukup mengenali saya.
Orangnya sudah lama bersara. Dia kelihatan cukup tenang. Berkaca mata. Wajahnya tidak menampakkan beliau dimamah usia yang tua. Dia sudi duduk dengan kami dan bercerita.
Pemikirannya masih tajam. Cita-cita beliau ingin menghabiskan bukunya, yang tinggal beberapa bab lagi. Buku itu jika diterbitkan akan menjadi buku bacaan pengkaji dan peminat bidang strategik, perisikan dan keselamatan di seluruh dunia.
Pengalamannya cukup luas. Walaupun saya tidak rapat dengan beliau semasa dia berkhidmat dengan sebuah agensi keselamatan kerajaan dulu, tapi saya cukup mengenalinya dari jauh. Namanya cukup terkenal. Namanya saja cukup digeruni dan dihormati oleh rakan dan lawan.
Sekitar 1980-an beliau ada bertemu dengan Chin Peng di sebuah hotel di Bangkok. Sambil duduk, beliau bertanya khabar isteri kedua Chin Peng di Hong Kong. Chin Peng tercengang, tidak sangka beliau tahu dia mempunyai isteri lain di kepulauan itu. Orang hanya tahu isterinya seorang saja dan tinggal di Sitiawan, Perak. Isteri di Hong Kong itu adalah seorang jutawan yang cukup terkenal.
Pendek kata, tokoh yang bersembang dengan kami ini cukup hebat.
Sepanjang kerjayanya, beliau sentiasa berkhidmat di belakang tabir. Tapi amat rapat dengan pucuk pimpinan negara. Boleh dikatakan berganding bahu.
‘‘Tugas saya macam saudara juga iaitu seperti pemberita, tapi berita saya tidak diterbitkan.’’ Ia akan disimpan untuk tujuan keselamatan negara dan lain-lain hal. Sudah tentu dia tahu banyak rahsia. Yang elok dan jelek mengenai orang politik, kerajaan atau apa-apa sahaja.
Dia juga tahu mengenai kisah-kisah salah laku sumbang orang itu dan ini.
Ceritanya cukup menarik. Mendengarkannya menyebabkan teh tarik saya sedar-sedar sudah sejuk, belum terhirup. Mata saya tepat memandang beliau.
Namun, dalam suasana di Malaysia ini orang yang hebat sepertinya selepas pencen, hanya tinggal di rumah sahaja.
‘‘Saya tidak buat apa-apa. Duduk di rumah,’’ katanya pendek, tapi penuh bermakna apabila saya bertanya apa yang beliau lakukan sekarang.
Jika di Amerika Syarikat atau di Barat, peranannya masih lagi berharga walaupun sudah pencen. Khidmatnya akan menjadi cukup bernilai.
Pengalaman luasnya tiada tandingnya. Tidak boleh dibeli dan dipelajari. Beliau tahu selok-belok sepak terajang permainan politik, subversif, pengganas, keganasan serta macam-macam lagi.
Dalam tempoh kira-kira sejam bersembang dengan beliau banyak yang saya dan rakan saya pelajari. Banyak teori dan praktikal gerak saraf - covert dan overt atau perang saraf secara tertutup atau terbuka - diceritanya. Siap dengan contoh-contohnya sekali. Semuanya ada dalam tangannya. Semuanya ada dalam fikirannya.
Beliau mengenali saya, walaupun saya tidak mengenalinya secara individu. Beliau bertanya mengapa wajah saya berbeza dengan yang ada dalam gambar di kolum ini?
Saya tersenyum seorang apabila memikirkan soalan itu. Ternyata pemerhatiannya cukup tajam.
Tapi sayang, orang begini apabila bersara, dibiarkan terpinggir. Jika di Amerika Syarikat atau di Barat, dia akan menjadi pakar rujukan oleh media, pihak keselamatan, parti politik dan macam-macam pihak.
Di Amerika, bekas-bekas pengarah perisikan, pengarah keselamatan negara atau pun bekas penasihat keselamatan kepada presiden akan diminta pandangan dan pendapat. Dan mereka akan lebih bebas bercakap kerana tidak terikat dengan perkhidmatan.
Jika pembangkang dapat mendekatinya dan menguasainya, maka pihak pembangkang itu akan menjadi juara dalam gerakan strategik mereka.
Tapi sayang, orang UMNO mungkin menganggap orang-orang seperti ini sudah tidak diperlukan.
Lokasi kediamannya dengan pejabat UMNO Selangor, yang menjadi pembangkang sekarang, hanyalah dalam lingkungan kurang 3 kilometer.
Adakah mereka tidak nampak beliau dan menyedari kewujudannya.
Amat sayang sekali, orang seperti ini tidak lagi digunakan. Otaknya amat berguna untuk sumbang saran sesiapa sahaja yang berniat demi keuntungan mereka.
Sayu amat sayu sekali, beliau kemudian meninggalkan kami dengan memegang senaskhah akhbar percuma, The Sun. Berjalan beliau seorang diri ke rumahnya dengan seribu perkara bermain dalam fikirannya.
Beliau amat sayangkan negara ini dan kerajaan semasa. Beliau tidak mahu melihat kerajaan yang ada jatuh ke tangan orang lain. Risikonya terlalu besar.
Tapi sayang pandangan dan nasihatnya sudah tidak diperlukan lagi.
‘‘Jika kini saya berada dalam satu majlis keramaian dan ada Perdana Menteri di situ, adakah beliau masih mengenali saya lagi...?’’ tanyanya sambil ketawa kecil.
Sebelum kami berpisah, saya sempat berkata kepadanya: ‘‘Tolong siapkan buku yang ditulis itu. Ia adalah satu kewajipan untuk disiapkan dan disiarkan. Kami semua mahu membacanya. Saya mahu membacanya dan dunia juga mahu mempelajarinya.’’
Kawan saya turut menghulurkan khidmat sukarela untuk membantu beliau menyiapkannya.
Sekurang-kurangnya, kata-kata kami itu cukup memberi semangat kepada bekas orang kuat sebuah cawangan keselamatan negara ini.
Oleh kerana saya tidak mendapatkan kebenaran beliau untuk menulis mengenainya, maka biarlah namanya saya rahsiakan.
Moral cerita saya ialah: Jangan dipersia-siakan orang seperti ini.

WOW! hebat sangatkah beliau sehingga mampu menggoncang dunia politik Malaysia menerusi maklumat dan idea2nya.



Guys, minta tolongg, sape kah beliau yg dimaksudkan ni? Nak tahu ssangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2012 10:58 AM | Show all posts
siapakah beliau..mohon TT share kn..mungkin ade antara kita yg berminat utk membuat kajian..org2 spt ini xramai..ada pn tersembunyi dn menyembunyikn diri..rugi sekiranya pengetahuan dn pengalaman mereka tidak disebarkan kpd umum..eloklah sementara masih ade, kita hargai mereka..sekurang-kurangnya melaksanakan kajian ilmiah atau membukukan pgalaman mereka utk generasi akn dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 09:46 PM | Show all posts
saper org yg dimaksudkan...aku nk tahu jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 11:12 PM | Show all posts
Abu bakar mustafa kah? . Aku mmg salute dgn pakcik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 12:26 AM | Show all posts
owh dia ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 01:28 AM | Show all posts
member aku la tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2012 09:55 AM | Show all posts
Reply 4# zorrro_03

O ye ke, bleh bg info x pasal beliau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 10:15 AM | Show all posts
Reply 7# bungahitam


    saya tak berani laa nak pastikan.  tapi cara cerita tersebut mcm sac abu bakar.  mmg hati kering.  tapi sgt berdisiplin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2012 10:23 AM | Show all posts
Reply 8# zorrro_03

kat google n kat yahoo x bnyk sgt info psal beliau ni..x pelah, at least ada jga hint sape yg dimaksudkan 2..thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063772 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list