CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!

[Copy link]
Post time 14-10-2012 07:29 AM | Show all posts
betullah kat RIZAL nie...
Nanti ZAIN mesti x nak kat HANA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2012 04:23 PM | Show all posts
Jam hampir menunjukkan pukul 4.00 petang. Bertalu-talu Zain cuba menghubungi Hana. Langsung panggilannya tidak dijawab. Zain mengeluh.

" Nape ni, Hana? Jangan bagi aku risau laaa.." bisik hati Zain.

Dalam pada masa yang sama juga, Rizal tidak datang ke pejabat pada hari itu. Namun dia tidak mengesyaki sesuatu berkaitan dengan mereka berdua.


                                                        ............................................................


Hana masih berkurung di dalam bilik. Dia buntu. Masih memikirkan apa yang telah berlaku pada dirinya.

"Kenapa semua ni terjadi dekat aku? Apa salah aku??" Hana bercakap sendirian.

"Argghhhhhhh!!!" Hana menjerit lalu menyepahkan kesemua barang di dalam biliknya itu. Menjerit seperti orang hilang akal. Dia betul-betul berserabut.

"Kenapa???? Kenapaaaaa!!!!!???????"

                                                           ............................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 04:35 PM | Show all posts
Rizal masih terpaku duduk di sofa ruang tamu di rumahnya. Matanya dari tadi asyik memandang televisyen yang tidak bersiaran itu. Dahlya perasan dengan perangai Rizal yang agak pelik pada petang itu. Dia merebahkan punggungnya berdekatan Rizal. Kemudian diurut-urut manja tangan lelaki yang bergelar adik iparnya itu.

"Nape ni, sayang... U macam ada masalah je.. " ucap Dahlya manja.

Rizal menoleh memandang Dahlya.

"Tak keluar ke? Selalunya time macam ni U tak ade kat rumah.."

"Malas la nak keluar.. " Dahlya mengusap rambut Rizal sambil merenung dengan penuh ghairah.

Rizal menepis tangan Dahlya. Kemudian dia bangun. Dengan pantas Dahlya menarik semula tangan Rizal.

"Jangan la macam ni, sayang.. I rindu sangat-sangat kat U.. rindukan belaian U tu.. so hot!!!! hihi.." pujuk Dahlya.

Rizal mengeluh. Mereka masih bertentangan mata.

"Jom la sayang.. Nanti Zain balik, tak sempat pulak kan... I tahu, U pun nak jugak kan??? " Dahlya semakin ghairah.

Ditariknya Rizal naik ke atas lalu masuk ke dalam bilik tidurnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:41 PM | Show all posts
bilalah diorg nie nak kantoi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 04:58 PM | Show all posts
Zain melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ternampak bayang Rizal baru sahaja keluar dari bilik tidurnya. Dia cuba menahan sabar. Cuba mengawal perasaan selagi belum nampak apa yang berlaku di hadapan matanya.

Rizal masuk ke dalam biliknya. Zain dengan perlahan-lahan meniti tangga lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Dilihat Dahlya sedang mengeringkan rambutnya. Menampakkan dirinya seperti baru lepas mandi. Zain istighfar sendirian mengawal keadaan dirinya.

Dahlya agak sedikit cuak. Berligat kepala otaknya memikirkan ayat yang baik untuk mengelakkan sebarang pertanyaan suaminya itu nanti. Dia mendapatkan Zain. Dia cuba membuka tali leher namun Zain menolak dengan baik.

"Awal pula U balik hari ni.. Meeting habis awal ke?" Dahlya cuba mengambil hati suaminya.

Zain diam. Dia membuka tali leher lalu mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air. Pintu ditutup. Dahlya takut! Adakah Zain telah mengesyaki sesuatu tentang dirinya dengan Rizal?

Zain menunduk memandang sinki. Pili air dibuka lalu dibiarkan mengalir. Sesekali air mata jantannya mengalir. Rindu pada arwah ayahnya di saat itu. Dicuci mukanya berkali-kali. Tiba-tiba Zain terperasan segumpal rambut berada di lubang sinki air mengalir keluar itu. Diambilnya lalu dibuka tong sampah kecil di bawah sinki untuk dibuangnya. Namun, dengan tidak disangka, terdapat satu tiub lutsinar kecil yang dia juga pernah guna suatu ketika dulu semasa mula-mula kahwin dengan Dahlya.

"Kondom?" Zain lemah.

Rupanya apa yang dia syak selama ini memang betul terjadi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 08:22 AM | Show all posts
Rizal membuka pintu bilik tidur Dahlya. Dahlya terkejut. Segera dia mendapatkan Rizal.

"Buat apa U datang sini? Zain dah balik laaa.. baik U pegi masuk dalam bilik U.." Dahlya cemas.

"Ha? Awal pulak dia balik.. Eh, I datang sini sebab tadi I terlupa nak ambil kondom tu.. I terbuang dalam tong sampah bilik air U tu.."

"What?!!!! Rizal, nape dengan U ni? Adoi.. confirm la kantoi.."

"Hmmm..releks..releks.."

"Releks U cakap? Adoi!!! Mati la I macam ni.."

Tombol bilik air dipulas. Dahlya dengan pantas menolak Rizal keluar dari bilik itu. Dia cuba menenangkan hatinya yang sedang gelisah apa yang akan berlaku selepas ini.

Zain seperti biasa berlakon seperti dia tidak tahu apa yang berlaku antara isteri dengan adik kandungnya itu. Dia mengenakan t-shirt dan kain pelekat lalu menunaikan solat asar. Dahlya hanya memandang tanpa berkata apa-apa.

Beberapa minit selepas itu, Zain menyiapkan dirinya. Berpakaian kemas. Mengenakan secalit perfume.

"U nak ke mana, sayang?" tanya Dahlya yang sedikit curiga.

"Nak jumpa client"

"Nak ikut.."

"Perlu ke U ikut? Selama ni U ade ikut I ke?" Zain memandang Dahlya atas bawah.

Dahlya diam. Dia hanya memandang kelibat Zain keluar dari bilik itu. Dengan pantasnya dia terus ke bilik air. Dibukanya penutup tong sampah kecil itu. Kondom masih ada!

"Fuhhh!!! Selamat aku! hahahaha.. Bodoh punya suami.. hahaha" Dahlya ketawa sendirian. Padahal dia yang bodoh sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2012 08:30 AM | Show all posts
bilalah ZAIN nak kantoikan wife dia yg ...
cepat ZAIN gi tgk HANA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 09:09 AM | Show all posts
Rizal memandang Zain berlalu pergi dengan lajunya. Kemudian dia mengambil kunci keretanya. Dahlya merentap tangan Rizal.

"U nak pergi mana?" tanya Dahlya.

"I nak ikut abang I.." Sebenarnya Rizal tahu Zain mesti akan pergi jumpa Hana. Hatinya sudah tidak tenteram.

"I nak ikut!"

"Untuk apa?"

"I rasa tak sedap hati laaa"

"Tak payah laaa..U duk rumah je"

"I nak ikut!!!" jerit Dahlya.

Rizal malas hendak bergaduh lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 09:24 AM | Show all posts
Zain mematikan enjin keretanya. Dia memandang pintu rumah Hana. Lampu masih menyala. Bermakna Hana ada di dalam rumah itu. Dia mencapai handphone lalu mendail nombor Hana. Hana tidak jawab. Zain gelisah. Pintu kereta dibuka lalu dia keluar menuju ke pintu pagar rumah Hana.

Jauh beberapa meter dari itu, Rizal dan Dahlya memerhatikan gelagat Zain. Jantung Rizal berdegup pantas.

"Rumah siapa tu, Rizal?" tanya Dahlya yang mula hairan.

Rizal hanya diam. Sekarang dalam fikirannya hanya mahu selesaikan masalah ini segera. Manakala Zain sudah bertalu-talu mengetuk pintu rumah Hana.

"Assalammualaikum.. Hana.. Bukak pintu ni.." rayu Zain berulang kali.

Zain tidak putus asa. Dia memulas-mulas tombol pintu itu.

"Bukak pintu ni Hana.. please.. Awak jangan buat saya risau macam ni.."

Akhirnya pintu itu dibuka. Hana memunculkan dirinya. Mereka bertentangan mata seketika. Hana seperti patung hidup. Pucat!

"Nape ni, Hana? Are U ok? Berkali-kali saya call awak.. Langsung awak tak jawab. Pastu dengan pintu pagar tak berkunci. Awak tak sihat ke? Kalau tak sihat, jom saya bawa awak pergi klinik.." Zain memujuk.

Hana masih diam membisu. Kemudian dia masuk ke dalam rumah lalu duduk di atas sofa sambil memandang televisyen. Zain semakin hairan dengan keadaan Hana itu. Dengan tidak semena-mena Hana menangis. Lagi merunsingkan Zain. Zain terus masuk ke dalam rumah lalu mendapatkan Hana. Dia memegang erat tangan Hana.

"Nape ni? Kalau awak ada masalah, baik awak ceritakan pada saya...Awak jangan bagi saya risau.."

Hana memandang Zain. Matanya sudah merah. Dia begitu lemah. Zain mengesat air mata Hana.

"Saya nak awak lupakan saya.." Hana bersuara.

Zain tergamam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:33 AM | Show all posts
lagilah...lagilah n3nya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:48 AM | Show all posts
alooo...lamanya nk tunggu momey nk update... xpe2...nnti update lg yer... bestt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 01:02 PM | Show all posts
Momey....lagi n3...makin berdebar nak tahu apa jd...agak2 si Rizal (Waaa.... napa guna nama paksu aku...dia baik sgt...) & dahlya pi call jabtn agama kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 03:39 PM | Show all posts
sori2.. bz giler huhuhu.. thanks sbb tunggu hihihi... ok, momey sambung lg ckit sblum blik dr keje

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 03:41 PM | Show all posts
sambung jgn x sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 04:15 PM | Show all posts
Zain dan Hana bertentangan mata.

"Perlu ke aku berterus terang dengan Zain?" bisik hati Hana.

Zain seolah tidak sabar menunggu apa yang hendak di terangkan oleh Hana. Semakin kuat genggaman tangannya.

"Saya...ermmm" Hana gagap.

"Cakaplah, Hana. Saya sudi mendengar.." Zain masih bersabar.

"Saya bukan lah perempuan yang terbaik untuk awak.."

Zain semakin hairan.

"Maksud awak?"

"Saya tak layak jadi teman hidup awak. Lebih baik awak lupakan saya!" Hana meninggikan sedikit suaranya.

Tangan yang digenggam Zain direntapnya.

"Apa masalah awak ni, Hana? Saya tak faham.. jangan buat saya macam ni.."

"Awak faham tak saya cakap awak kena lupakan saya!!! Saya tak perlukan awak lagi!!!!!" Hana menjerit sambil menangis.

"Please Hana.. let me know.. Apa yang sedang berlaku ni? Saya..saya tak boleh tinggalkan awak tanpa sebarang sebab.."

Tiba-tiba Rizal memunculkan dirinya di muka pintu. Apalagi, Zain dan Hana terkejut.

                                              ...............................................................................

Dahlya tidak senang duduk di dalam kereta itu.

"Ada ke patut si Rizal ni suh aku tunggu dia dalam kereta aje? Abis tu, buat apa aku ikut dia? Hmmm.. yang aku hairan ni, buat apa suami aku datang ke rumah ni? Rumah skandal dia ke? Hmmm.. Tak pe.. aku tunggu lagi beberapa minit. Kalau lambat sangat, aku masuk dalam rumah tu!" cakap Dahlya sendirian.

                                                 .......................................................................

Hana mengesat air matanya.

"Aku jadi macam ni sebab lelaki ni!!! Dia dah ambil maruah aku!" jerit Hana sambil menuding jari ke arah Rizal.

Zain terkejut. Jantungnya bagai dipanah petir. Apa lagi ujian yang akan diterimanya. Dia memandang Rizal. Rizal pucat.

"Errr.. Hana tipu! Dia tipu" jawab Rizal gelabah.

"Apa salah aku sampai kau buat aku macam ni?!! Aku benci kau!!" jerit Hana sambil menumbuk ke arah dada Rizal.

Rizal menolak. Zain mendapatkan Hana. Hana menangis.

"Apa yang kau dah buat ni, Rizal? Kau sedar tak??" Zain masih cuba mengawal perasaan.

Rizal mengambil pasu bunga di atas meja lalu dihempasnya ke lantai. Kasar!

"Ya! Memang aku yang rogol si Hana.. So? Kau nak buat apa kat aku?" Rizal mencabar abang kandungnya itu.

"What? Rizal.. Kau tahu tak apa yang kau dah buat ni?"

"Aku tahu.. memang aku sedar pun!! Aku buat semua ni sebab aku bencikan kau! Apa yang kau nak, semua kau dapat! Sekarang, Hana dah jadi milik aku.. So? Kau boleh la berambus kan?"

Terus penumbuk buku lima hinggap di pipi Rizal. Rizal terjatuh.

"Arwah ayah tak penah bezakan kasih sayang dia pada tiga orang anak dia. Kau yang bodoh tak pandai menilai apa itu kasih sayang! Kerana bencikan aku, kenapa kau rosakkan masa depan si Hana?!! Kenapa tak bunuh sahaja aku??!"

"Hahahaha.. kau nak tarbiah aku apa lagi? Maruah si Hana dah tak boleh patah balik dah.. Best siot!! Anak dara tuuu"

Zain geram. Ditumbuknya Rizal bertalu-talu. Dia seperti hilang akal.

"Zain..sudah.. sudah!!!" jerit Hana sambil menarik badan Zain.

"Aku tahu apa yang kau dah buat dengan isteri aku semasa aku tak ada kat rumah. Kau ingat aku bodoh? Aku sabar. Aku tahu aku suami yang dayus. Tapi memandangkan aku fikir, semua ni akan berlalu tidak lama lagi aku diamkan sahaja. Lagipun, aku memang tak sayangkan Dahlya. Tapi masalahnya sekarang, kenapa kau jadikan Hana sebagai mangsa keadaan?!!! Dia tak bersalah" terus Zain mengenakan lagi sekali tumbukan tepat ke hidung Rizal. Rizal lemah. Mukanya berdarah teruk.

Dahlya memunculkan dirinya.

"U buat apa kat rumah betina ni?! Skandal U rupanya erk?" kata Dahlya tiba-tiba.

"Oooo.. U pun ada jugak yee.. Bagus la! Meh sini bawakkan kekasih gelap U ni pergi hospital. I rasa dia ni kalu dibiarkan lagi 5 minit, boleh mampus ni!" jawab Zain sambil menyepak kaki Rizal yang masih terduduk itu.

"Kenapa U buat I macam ni??? Sampai hati U curang dengan I.. U tahu tak I sayangkan U..." Dahlya mengusap-ngusap pipi Zain.

"Arghhh!! U tak payah nak berlakon la.. I ke U yang curang? Cukup la apa yang U dah buat belakang I.. Dah sampai masanya U berambus dari hidup I!" jerit Zain lalu menolak Dahlya.

"I benci U!!!" Dahlya mengeluarkan pisau dari poket seluarnya lalu berlari menuju ke arah Zain.

"
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 04:24 PM | Show all posts
alamak...sapa je yg kena tikam nieee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 10:52 PM | Show all posts
momey posted on 16-10-2012 04:15 PM
Zain dan Hana bertentangan mata.

"erlu ke aku berterus terang dengan Zain?" bisik hati Hana.

Rasanya hana yg kena tikam......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 09:38 AM | Show all posts
Zain rebah. Pisau masih melekat di pinggangnya. Hana memangku Zain.

"Awak.. jangan tinggalkan saya.. " Hana mengenjutkan badan Zain berkali-kali.

Zain parah. Darah banyak mengalir keluar. Rizal memandang Dahlya yang seperti kerasukan hantu itu.

"Kau pandang apa lagi, Rizal? Tak reti-reti nak call ambulans ke?!! Kau nak abang kau ni mampus?!!" Hana jerit mengejutkan Rizal yang masih tidak percaya apa yang berlaku.

Rizal terus bangun dan berlalu keluar dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 09:59 AM | Show all posts
cikitnya n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 11:57 AM | Show all posts
Zain dimasukkan ke wad kecemasan manakala Dahlya ditangkap kerana mencederakan Zain. Hana duduk. Sambil berdoa agar semuanya selamat. Beberapa jauh sudut kerusi yang dia duduk, kelihatan Rizal masih tidak percaya apa yang sedang berlaku.

Beberapa minit selepas itu, Azrol muncul lalu berjalan ke arah Rizal.

"Abang Rizal, abang Zain macam mana? Dah lama ke dia kat dalam?" Azrol tercungap-cungap.

Rizal hanya diam membisu memandang Azrol kosong! Azrol terpandang Hana. Dia berjalan ke arah Hana.

"Akak Hana kan?" tegur Azrol.

Hana hanya menganggung dan mengukir sedikit senyuman. Sesekali dia curi memandang Rizal. Azrol duduk bersebelahan Hana.

"Tak ada class ke hari ni?" tanya Hana memulakan topik.

"Baru lepas habis class. Saya minta excuse sebab kecemasan kan.. Macam mana abang Zain boleh jadi macam ni, akak? Ni mesti sebab abang Rizal kan?"

Terus Hana memandang Azrol yang matanya sedikit kecoklatan.

"Saya dah agak! Abang Zain dan abang Rizal selalu bergaduh. Arwah abah sampai dah bawa pergi berubat lagi suruh dia orang berdua berbaik tapi tak menjadi jugak..hihi" Azrol sedikit celoteh membuatkan Hana ketawa kecil.

"Ntah la, Azrol. Akak nak cakap pun, Azrol sendiri lebih kenal abang-abang Azrol kan? Cuma sekarang akak doakan abang Zain selamat."

Rizal hanya memandang Hana berbual rancak dengan Azrol.

"Eh, mana akak Dahlya? Tak kan dia tak datang jumpa abang Zain?"

"Dia kena tahan di balai.."

"Ha? Sebab?"

"Sebab dia dah tikam perut abang Zain"

"What? Teruknya kak Dahlya.. adoi.. saya makin tak faham la, kak Hana.."

"Nanti ada masa akak ceritakan pada Azrol.. sekarang ni akak rasa baik kita doakan yang terbaik untuk abang Zain k.."

Azrol hanya mengangguk. Hana memandang Rizal. Rizal membalas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.086117 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list