CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!

[Copy link]
Post time 17-10-2012 12:00 PM | Show all posts
memintak ZAIN ok je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2012 12:11 PM | Show all posts
Beberapa jam kemudian..

Hana yang baru lepas membasuh mukanya, terus ternampak doktor keluar dari wad kecemasan itu. Terus dia berlari mendapatkan doktor itu. Begitu juga dengan Rizal dan Azrol.

"Doktor, macam mana dengan Zain?" tanya Hana dengan penuh harapan.

Doktor diam. Dia memandang ketiga-tiga manusia di hadapannya itu dengan penuh kepalanya ligat menyusun ayat.

"Cepat la bagi tau kami.. macam mana dengan keadaan abang Zain.." tanya Azrol pula sambil memegang bahu doktor itu.

Doktor itu menggelenggkan kepalanya. Hana, Rizal dan Azrol sentap! Mimpikah semua ini? Kemudian kelihatan mayat Zain dibawa keluar dengan troli dari bilik kecemasan itu dengan ditutupi kain putih.

Hana sebak. Dia menahan troli itu. Dia cuba menguatkan semangat. Perlahan-lahan dia membuka kain putih itu. Kelihatan muka Zain yang cukup tenang. Hana tidak dapat menahan sebaknya lagi dan terus berlari keluar dari hospital itu.

Manakala Rizal pula jatuh terduduk. Dia betol-betol berasa bersalah yang teramat-amat kali ini. Azrol menutup semula kain putih itu. Mayat Zain dibawa pergi.

"Boleh tuntut mayat selepas ini.." Doktor berbicara lemah sambil menepuk bahu Azrol.

Hana berlari ke halaman depan hospital itu. Kemudian dia jatuh rebah. Nangis!

"Kenapa awak tinggalkan saya? Tanpa sebarang tanda pun..kenapa ni awak? kenapa.." Hana menangis dan terus menangis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 12:17 PM | Show all posts
HANA kena kuat...
byk lagi dugaankan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 12:59 PM | Show all posts
...katakan ini hanya mimpi....

Rasanya hero dlm citer ni x ada yg ada heroin saja....HANA....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 02:23 PM | Show all posts
EPISOD 4

Beberapa hari telah pun berlalu pergi. Hana yang masih belum boleh menerima kenyataan Zain 'pergi' dengan tanpa tanda masih setia ziarah kubur arwah setiap pagi. Membaca surah Yasin untuk dihadiahkan kepada arwah.

Namun, pada hari jumaat pertama itu Hana terkejut dengan kelibat lelaki yang berada di kubur arwah Zain. Selalunya hanya dia sahaja yang berada di kubur itu pada waktu tersebut. Hana memberanikan diri mendekati lelaki itu yang duduk memaling ke arah bertentangan.

"Assalammualaikum.." Hana memberi salam.

Lelaki itu memalingkan mukanya mengadap Hana. Hana terkejut.

"Rizal?"

                                                                   ...................................................................

Rizal membawa Hana ke kedai kopi berhampiran. Hana masih diam membisu. Mereka duduk bertentangan. Seorang mamak datang untuk mengambil pesanan.

"Bagi saya secawan kopi panas 'O'.. U, Hana nak mnum apa?" tanya Rizal lembut.

Hana diam. Langsung tidak diendahkan pertanyaan Rizal itu.

"Tak ape la.. bagi saya dua cawan kopi yaa.." kata Rizal pada mamak itu sebelum mamak itu berlalu pergi.

Rizal memandang Hana. Hana pula memandang kosong ke arah jalan raya.

"Dari tadi U diam aje.."

"Habis tu U nak I cakap ape, hah?! I ikut U ni pun dah cukup baik tau tak?" Hana sedikit kasar.

"Ok, fine. I ngaku salah I.. U nak I buat apa sekarang?"

"Cakap memang senang!"

"I nak...erm.. I nak kawen dengan U.."

Hana terus memandang Rizal. Dengan pada masa yang sama juga kopi dihidangkan. Apa lagi, Hana terus mengambil air kopi itu lalu dijirusnya ke badan Rizal. Kelam kabut Rizal menepis air kopi itu. Panas!

"Apa ni, Hana? Panas tau tak!"

"Sepanas kopi ni, panas lagi hati I!!" Hana terus berlalu keluar dari kedai minum itu.

Rizal meletakkan not RM5 diatas meja lalu mengikut jejak Hana. Dia sempat merentap tangan Hana.

"Tunggu dulu, Hana.."

"U nak apa lagi? U dah dapat apa yang U nak.. Semua U dah dapat.. Sekarang I nak U lepaskan I.. Tinggalkan I.."

"I nak tebus dosa I, Hana.. I dah banyak buat dosa.."

"U ingat I ni patung ke suka-suka buat itu ini? Blahh la!!!"

"Please, Hana.. Bagi la peluang ini untuk I tebus balik kesalahan I pada U.."

Hana menolak Rizal lalu dia berlari meninggalkan tempat itu. Rizal hanya memandang dengan hati yang hampa.

"Maafkan I, Hana.. Berilah peluang pada I penuhi kebahagiaan dalam hidup U untuk menebus kembali apa yang I dah buat pada U.." Rizal bercakap sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 02:42 PM | Show all posts
Syahdulah pulak....
More n3 momey sayang.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2012 02:57 PM | Show all posts
kenapa matikan watak zain..biarlah rizal yg mati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 03:01 PM | Show all posts
Sesudah Maghrib...

Hana merebahkan dirinya di atas tilam. Dia memandang kipas yang ligat berpusing di siling. Kemudian hatinya tiba-tiba berdegup laju. Dia teringat apa yang berlaku pada pagi tadi ketika bersama Rizal.

"Werkkk..werkkk" Hana berlari pantas menuju ke sinki.

Habis apa yang dia makan petang tadi dimuntahnya. Bukan hari ini sahaja dia muntah, namun dah beberapa kali. Hana risau.

"Aku mesti kuat!" Hana menuju masuk ke biliknya semula.

Diambilnya test kit pregnancy lalu masuk ke dalam bilik air. Tawakkal!

                                                             .....................................................................

Rizal masuk ke dalam bilik tidur abangnya. Dipandangnya sekeliling ruang bilik itu. Sunyi! Pintu bilik ditutup semula. Dia dengan perlahan-lahan menuju ke ruang tamu bawah lalu merebahkan diri di sofa.

Dia betul-betul insaf. Menyesal dengan apa yang telah dia buat. Seandainya masa itu boleh diputarkan semula. Tiba-tiba handphone berdering. Tertera nama 'Hana'. Rizal sedikit tersenyum.

"Hello, Hana.." Rizal ceria.

"I nak jumpa U esok"

"Err.. boleh..boleh tapi.. kenapa ya?"

"Kalau U tak nak datang terpulang tapi esok pukul 10 pagi I tunggu kat Kawasan Rehat Jalan Angsana.."

"Ok.. Tapi Hana.."

Talian terus dimatikan. Rizal diam. Dia mengharapkan berita baik dari Hana pada keesokkan harinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2012 03:15 PM | Show all posts
momey posted on 17-10-2012 03:01 PM
Sesudah Maghrib...

Hana merebahkan dirinya di atas tilam. Dia memandang kipas yang ligat berpusin ...

Ni mesti Hana ajak kawin nih....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 03:19 PM | Show all posts
mesti HANA ckp dia pregnantkan...RIZAL dpt kawen ngan HANA kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 03:43 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Hana memandang jam di tangannya. 15 minit sudah berlalu pergi seperti yang dijanjikan. Lewat lagi 5minit confirm Hana akan beredar dari situ. Diteguknya air kotak laici itu sehingga habis.

"Apasal aku rasa berdebar je erk? Dulu dengan Zain tak macam ni pun.." Hana bisik sendirian.

Sekali lagi Hana memandang jam di tangannya. Dia hampa. Rizal mempermainkannya sekali lagi. Dia bangun. Sejurus dia membuang air kotak yang kosong itu, terus bahunya di pegang. Dia terus menoleh ke belakang. Rizal tersenyum. Hati Hana berasa sungguh tenteram saat melihat senyuman Rizal itu.

"Maafkan I.." ucap Rizal lalu menghulurkan sekuntum bunga mawar.

Hana terdiam.

"Sebab bunga ni I terlewat..hihi" Rizal masih menghulurkan bunga mawar itu.

Hana hanya memandang. Dia cuba mengawal perasaan. Dia masih memandang bunga itu. Rizal masih setia menghulurkan bunga itu. Direntapnya bunga itu lalu dipijaknya.

"Hana..."

"U tengok ni!!!" Hana menghulurkan test kit pregnancy itu kepada Rizal.

Rizal menyambutnya dengan tenang. Double line!! Cerah peluang Rizal untuk memiliki Hana.

"Syukur.."

"What??!! Apa U cakapkan tadi, Rizal?!! Syukur? Ini anak luar nikah tau tak? Anak dari hasil kerakusan U tu! U dah lupa ke?"

"Masih sempat untuk berbin atau binti kan I kan? masih baru tol tak? Kita kahwin.."

"Boleh tak U serius, Rizal? U ingat benda macam ni boleh buat main-main ke?"

"Hana, i'm serious ok.. kita kawen dan selesai masalah ni"

"Senang cakap!"

"Betol what?? Atau U nak anak kita ni tak ada belaian kasih sayang dari seorang ayah?"

Hana diam. Mereka bertentangan mata.

"Sanggup ke U tempuh semua ni sendirian? Jadi apa gunanya U panggil I datang jumpa U hari ni kalau bukan nak I bertanggung jawab kan?" sambung Rizal.

Hana memalingkan mukanya.

"I ikhlas, Hana.. I akan bertanggungjawab atas apa yang I dah buat.." Rizal melutut di hadapan Hana.

Hana memandang Rizal semula. Mata Rizal sedikit berkaca.

"Tak perlu buat macam ni laaa.. baik awak bangun..Konon nak tunjuk macam drama la erk? " Hana mengejek.

Rizal terus memegang tangan Hana. Digenggam erat.

"Terima lah permintaan I yang satu ini.." Rizal merayu.

Mereka berdua bertentangan mata.


Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 03:54 PM | Show all posts
terima jelah HANA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 04:38 PM | Show all posts
Alhamdulillah..

Rizal dan Hana selamat diijabkabulkan. Kenduri dibuat secara sederhana di rumah banglo baru Rizal yang baru sahaja dibeli di kawasan perumahan mewah yang sengaja dibelinya agak jauh dari rumah arwah ayahnya. Tujuannya mahu memulakan kehidupan baru. Kenduri mereka ini hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Hana cuba berlakon di khalayak ramai sebaik mungkin menunjukkan dia dan Rizal tiada masalah.

"Tahniah kak.." ucap Azrol pada Hana sambil berjabat tangan.

"Terima kasih.."

"Sepatutnya saya yang ucap terima kasih tu pada akak.."

"Sebab?"

"Sebab sudi mengahwini abang Rizal.. Semoga lepas ni abang Rizal lebih banyak berubah ke arah kebaikan.. dan sekarang pun saya dah nampak dah abang Rizal ade sedikit perubahan..hihihi"

"Berubah dari segi apa pula? Akak nampak macam sama jee"

"Panas baran dia tu.. Dulu, tak ade masalah pun leh marah-marah..hhmmm"

Hana hanya ketawa kecil melihat geligat adik iparnya itu. Tiba-tiba Rizal datang mencelah.

"Sembang apa ni? Ngumpat abang ke?" kata Rizal lalu memeluk pinggang Hana.

Hana terpaksa merelakan buat seketika. Rizal hanya senyum dan semakin kuat pelukan itu.

"Hahaha..sembang-sembang kosong je, abang.. Tahniah.. Lepas ni, boleh la abang mulakan hidup baru dengan Kak Hana..."

"Alhamdulillah..terima kasih. Doakan yang terbaik untuk abang dan kak Hana erk.."

"Insyaalllah.."

"Tak nak tidur rumah abang ke malam ni?"

"Tak nak laa..buat kaco je orang baru kawen ni hahahaha.. Saya tidur rumah abah je.. Lagipun esok ade exam.. Mau study lebih sikit maaaa hahaha"

Dua beradik itu lawan ketawa. Hana hanya memandang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 04:55 PM | Show all posts
kawen gak hana & rizal...mcm mana gayanya rizal si playboy nak pujuk jiwa hana yg dah kacau bilau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 08:28 AM | Show all posts
berubah ke sikap RIZAL tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 08:52 AM | Show all posts
Pukul 9 malam..

Sesudah selesai solat Isyak berjemaah, Hana terus bangun melipat kain telekungnya tanpa langsung mencium tangan suaminya itu seperti adat yang suami isteri selalu lakukan. Rizal hanya memandang sahaja. Kemudian Hana keluar dari bilik itu. Dia menuju ke dapur di tingkat bawah.

Hana menuang air fresh oren yang sudah tersedia di dalam peti ais itu. Diteguknya lalu dibawa bakinya ke ruang tamu. Rizal menuruni tangga perlahan sambil melihat gelagat Hana.

Hana menukar channel ke Astro Ria. Drama kegemarannya bersiaran.Langsung dia tidak peduli dengan kehadiran Rizal. Rizal duduk agak sedikit berjauhan dengan Hana.

"I dahaga la.." ucap Rizal manja.

"Ada kaki ada tangan pegi amik sendiri.."Hana menjawab tanpa langsung memandang wajah Rizal.

Rizal malas hendak bergaduh. Dia bangun lalu berjalan ke arah dapur. Hana membiarkan sahaja dan sesekali dia mencuri memandang Rizal.

Rizal memanaskan air. Air kegemaran Rizal sudah tentu air kopi panas. Wajib minum sebelum tidur. Sudah seperti ketagih! Rizal melabuhkan punggungnya di kerusi yang sudah tersedia di dapur itu. Fikirannya di awangan. Sesekali terlintas wajah Hana membuatkan dia ketawa sendirian.

Hana pelik! Dah hampir 20 minit Rizal di dapur.

"Lamanya kat dapur.. buat ape? Aku gi jenguk kejap laa..entah-entah mati terkejut ke tak ke susah aku.." bisik hati Hana lalu perlahan-lahan dia berjalan ke dapur.

Dia terpandang Rizal masih mengelamun jauh. Tidak sedar akan kehadirannya. Dia ternampak serbuk kopi dan cawan kosong di atas meja. Air pun sudah masak.

"Oooo suka minum kopi.." Hana berjalan menuju ke air panas yang sudah masak itu. Diambilnya cawan dan serbuk kopi itu sekali.

Sebaik sahaja dia hendak menuang air panas itu..

"Eh, sayang..." teguran Rizal yang mengejut itu menyebabkan air panas yang Hana tengah tuang itu tertumpah di tangan Hana.

Apalagi...

"Auchhh!!!" jerit Hana. Air baru tengah masak dah tentu panas kan?

Berlari Rizal mendapatkan Hana. dipegangnya tangan Hana yang sudah kemerahan itu. Hana menolak Rizal.

"U ni kenapa hah?! I tak suka U kejutkan I macam ni.. Sekarang U tengok apa dah jadi dengan tangan I ni?!!!" marah Hana.

Rizal diam. Lepas itu dia beredar dari dapur.

"What? Dia tinggalkan aku macam ni aje? Tak guna betol!!" Hana membebel sendirian.

Hana mengusap perlahan tangannya yang terkena air panas itu. Air mata mula menitis membasahi pipi. Beberapa saat kemudian Rizal muncul dengan membawa ubat gigi. Disapunya ke tangan Hana yang melecur itu. Kemudian di balut.

Hana hanya memandang dan membiarkan sahaja Rizal membalut tangannya.

"Jom kita pegi klinik.."ajak Rizal sambil mengusap air mata Hana di pipi yang halus mulus itu.

Hana terkesima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2012 09:17 AM | Show all posts
Di Klinik Johan..

"Nasib baik ko bawak isteri ko ni cepat.. Kalau tak boleh kena potong tangan dia ni.." kata Doktor Johan itu selamba.

Hana terkejut! Gurauan apakah semua ini? Rizal dan Johan berbalas ketawa.

"Thanks Johan..senang-senang nanti datang la rumah aku lepak-lepak.."pelawa Rizal yang masih lagi menggenggam tangan Hana yang sebelah lagi.

"Insyaallah.."

"Ok la.. aku keluar dulu la. Ada ubat kan?"

"Ada..ada.. Jaga isteri kau ni baik-baik.. Dia kan tengah mengandung ni.. Perhatian kena lebih sikit.." kata Johan sambil berjabat tangan dengan Rizal.

"Aik? Mana doktor ni tahu aku ngandung?" bisik hati Hana.

                                                        ...................................................................

Semasa di dalam kereta..

Rizal memegang tangan kiri Hana. Terus direntap Hana dengan kasar.

"I tak suka U buat I macam ni!" Hana bernada kasar.

"I buat ape?"

"U cerita semua ke pasal kita dekat Doktor Johan?"

"Ya.."

"For what? Siapa dia yang sampai semua hal kita dia perlu tahu?"

"Dia kawan baik I.. start dari sekolah rendah lagi. Kalau U nak tahu apa-apa pasal diri I ni, boleh la U jumpa dengan dia"

Hana diam. Diusapnya tangan yang masih berdenyut itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 09:27 AM | Show all posts
EPISOD 5

Rizal masih iron baju, basuh baju dan masak dengan sendiri. Hana langsung tidak mempedulikannya walaupun dah hampir masuk 2 bulan mereka hidup bersama. Sengaja Rizal tidak mengambil pembantu rumah. Pada mulanya dia bercadang hendak mengambil pembantu rumah, tetapi di bantah Hana tanpa apa-apa alasan. Rizal hanya menurut tanpa membalas setiap apa yang dibantah Hana.

"I dah nak pergi keje ni.. U jangan buat keje sangat tau. Kandungan U tu belum kuat lagi. Apa-apa U call I cepat-cepat k.." Rizal bercakap sendirian dan terus mengucup dahi Hana yang sedang tidur itu.

"I love u, sayang.." ucap Rizal lagi lalu membelai rambut Hana dan terus beredar dari bilik tidur itu.

Hana hanya berpura-pura tidur. Dia sedar apa yang diucapkan Rizal sebentar tadi. Namun hatinya langsung tiada ruang untuk Rizal. Selama mereka berkahwin pun, mereka tidur berasingan. Kehendak Hana itu hanya dituruti Rizal.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:06 AM | Show all posts
momey posted on 18-10-2012 09:27 AM
EPISOD 5

Rizal masih iron baju, basuh baju dan masak dengan sendiri. Hana langsung tidak mempedul ...

Sian lak rizal tak dipedulik isteri sendiri...maklumlah isteri tgh marah...kawin pun sbb nak tutup maruah diri tp hati tuh dah bunga2...cuma belum leh terima hakikat perkahwinan diorg tak sama macm yg lain...

Lagi n3 momey sayang....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 11:12 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-10-2012 11:06 AM
Sian lak rizal tak dipedulik isteri sendiri...maklumlah isteri tgh marah...kawin pun sbb nak tutup ...

ekekeke.. jap erk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.119395 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list