CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

uKiRaN jIWa.. tamat sudaaaaa!!

[Copy link]
Post time 2-11-2012 12:18 PM | Show all posts
x suke la rizal wat macam tu.... cbe bersabar skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 12:38 PM | Show all posts
kan dah kantoi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 02:30 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya..

Hana masih termenung di dalam biliknya. Berkali-kali Rizal mengetok pintu bilik namun tidak dijawab. Azrol pula sesudah subuh sudah keluar dari rumah itu tanpa apa-apa pesanan.

"Sayang.. Saya tahu awak ada kat dalam. Maafkan saya.." ucap Rizal lembut.

Hana diam.

"Saya dah fikir masak-masak. Saya akan pertimbangkan permintaan awak yang satu itu.." ucap Rizal lemah.

Hana tersentap! Betul kah apa yang dia baru dengar itu? Dia seperti hendak menangis tetapi bukan menangis gembira malah... Dengan cepat dia bangun dari katil lalu membuka pintu. Rizal tiada! Kiri kanan dipandangnya. Kemudian kedengaran bunyi enjin kereta semakin lama semakin perlahan. Hana jatuh terduduk.

"Betulkah tindakan aku ni? Kenapa aku rasa semakin lama aku semakin dekat dengan Rizal? Makin aku benci, makin kuat perasaa n aku ni padanya.. Atau aku sudah mula jatuh hati dengan suami aku sendiri? Tapi macam mana kalau Rizal betol-betol ceraikan aku?" bisik hati Hana.


                                                      ..........................................................................


Suzy mengekori kereta Katerine dari belakang. Hanya memandang Katerine dari jauh. Katerine mula memasuki parking yang berhampiran dengan pintu utama pejabatnya. Kemudian dia keluar lalu membetulkan rambutnya sambil melihat cermin sisi keretanya. Suzy masih diam sambil menggenggam erat sebotol air putih jernih. Kemudian Katerine dengan lenggang lenggoknya masuk ke dalam pejabat.

"Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain pun boleh dapat.." Suzy semakin erat menggenggam botol itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 02:40 PM | Show all posts
asid ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2012 04:41 PM | Show all posts
Rizal mengemas mejanya. Disusun semua fail yang berterabur di rak kembali. Tersusun! Kemudian pintu biliknya di ketuk. Muncul wajah Katerine.

"Encik Rizal.. saya.."

"Saya nak cuti. Mungkin seminggu..mungkin sebulan..atau..selamanya.." kata Rizal lalu mengambil handphone dan terus hendak berlalu keluar dari bilik itu tetapi ditahan Katerine.

"Kenapa ni, Encik Rizal? Saya tahu saya bersalah. Pasal semalam tu.."

Rizal menepis tangan Katerine yang erat dipegang itu.

"Dengar sini baik-baik.. Saya langsung tak ada hati dengan awak. Dan saya tak nak awak taruh hati pada saya."

Katerine degil. Dia kembali memaut tangan Rizal.

"Encik Rizal cinta pertama saya.."

"Pergi mampus la dengan cinta kau tu!"

Katerine masih memegang erat tangan Rizal. Rizal rimas.

"Awak faham ke tak ni?" Rizal geram. Dengan masalahnya bersama Hana belum selesai, ditambah pula dengan masalah yang ntah apa-apa ini.

"Tolonglah terima cinta saya ini, Encik Rizal.."

Tiba-tiba pintu bilik Rizal terbuka. Muncul Suzy dengan sebelah tangan kanannya memegang botol dan sebelah tangan kirinya pisau kecil yang cukup tajam.

Keadaan menjadi huru hara sebentar. Semua staf disitu mula panik termasuk Rizal dan Katerine.

"Waaaaa romantiknya korang berdua erk.." kata Suzy sambil memandang tangan Katerine yang masih terpaut di lengan Rizal.

Rizal menepis tangan Katerine. Kemudian dia hendak berlalu keluar tetapi ditahan pula oleh Suzy.

"Kau nak ke mana? Urusan kau dengan aku belum selesai" kata Suzy dengan menghulurkan pisau kecil itu ke leher Rizal.

"Suzy! Apa ni?"

"Kau diam Rine! Biar aku musnahkan jantan ni dulu." kata Suzy sambil memulas penutup botol itu.

Keadaan semakin tidak terkawal. Rizal cuba menghalang Suzy dari membuka penutup itu.

"Jangan kacau aku la!"Suzy marah.

Penutup botol terbuka. Air di dalam botol itu terpercik keluar.

"Aarghhhhhhh!!!!!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2012 08:42 AM | Show all posts
RIZAL ke yg kena...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2012 02:21 PM | Show all posts
momey posted on 1-11-2012 05:05 PM
Pada malam tersebut..

Katerine pulang ke rumah hanya semata-mata mahu mengambil semua pakaiannya. ...

"Awak dah syok dengan dia ke?" Dada Azrol turun naik.
Cik momey anje...patutnya Dada Rizal turun naik.  kan kan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 02:22 PM | Show all posts
Bila nak sambungnya tuan umah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2012 02:30 PM | Show all posts
sellie003 posted on 5-11-2012 02:21 PM
Cik momey anje...patutnya Dada Rizal turun naik.  kan kan....

a'ah laaa typing error la plak tq dear..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 02:32 PM | Show all posts
momey posted on 5-11-2012 02:30 PM
a'ah laaa typing error la plak  tq dear..

U'r welcome....

Jgn tragis sgt ya momey...sian kat rizal & hana....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2012 02:42 PM | Show all posts
Suzy dikejarkan ke hospital. Katerine dan Rizal turut menemani. Hampir separuh wajah dan sebelah tangan Suzy rosak akibat terkena asid buatannya itu. Makan tuan!!

Tiba-tiba Hana muncul. Rizal terkejut. Dia bangun.

"Ni ke wife Encik Rizal? Comel gak..hmm"bisik hati Katerine.

Hana mendapatkan Rizal. Dibeleknya wajah si suami itu.

"Awak ok?" tanya Hana lembut.

"Sape bagi tau awak saya kat sini?"

"Budak ofis awak yang call saya tadi."

"Saya ok je..jangan risau.."

"Isteri Encik Rizal ke? Saya Katerine, pembantu peribadi Encik Rizal.."kata Katerine lalu menghulurkan tangan pada Hana untuk dijabat.

Hana diam. Dia membalas jabat tangan itu. Hana dapat agak, mungkin perempuan yang bernama Katerine ini yang membuatkan suaminya itu tersenyum setiap kali memandang handphone.

"Kalau awak ok, tak pe la. Saya balik dulu.." kata Hana masam mencuka sambil memandang suaminya.

"Ok.."jawab Rizal sepatah.

Hana hairan. Kenapa Rizal tidak menghalangnya? Adoii..ini menambahkan lagi perasaan cemburunya. Cemburu? Haaa..sudah terdetik perasaan cintanya itu pada lelaki yang bernama Rizal.

Katerine tersenyum sendirian. Daripada fizikal, sudah tentu hubungan Hana dan Rizal ada masalah. Inilah masanya dia mengambil peluang!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 03:16 PM | Show all posts
momey posted on 5-11-2012 02:42 PM
Suzy dikejarkan ke hospital. Katerine dan Rizal turut menemani. Hampir separuh wajah dan sebelah tan ...

Nasib baik tak apa2...elok gak tuh...harap2 hubugn rizal & hana baik sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2012 04:20 PM | Show all posts
Hana memandang jam di dinding. Pukul 11.30 malam!

"Mana pulak mamat ni pergi? lambat pulak dia balik..hhmm.."bisik hati Hana yang masih tersandar di sofa.

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Bergegas Hana berlari lalu membuka pintu.

"Azrol?"

Yang ditunggu Rizal tetapi Azrol pula yang muncul.

"Hai kak.."

"Pergi mana?"

"Ada hal emergency cikit.."

"Nape tak bagi tau?"

"Alaa...bukan ade sape yang risau pun kan? Satu call pun tak ada dari akak mahupun abang..hmm"

"Dah makan?"

"Belum"

"Masuk la.."pelawa Hana yang masih risaukan Rizal yang masih belum pulang itu.


                                                                      ..................................................


Rizal dan Katerine saling berpandangan. Mereka masih lagi di dalam kereta. Parkir berhadapan dengan sebuah kelab malam yang cukup terkenal di Kuala Lumpur itu.

Perlahan-lahan Katerine memegang tangan Rizal. Rizal membiarkan sahaja. Diurut perlahan tangan yang sasa itu. Keterine tersenyum manja.

"Jom la kita masuk.. takkan nak duduk dalam kereta je kot.."bisik Katerine manja.

Rizal diam. Hanya mengukir senyuman. Pengalaman sebegini sudah sebati dengan dirinya. Tetapi berubah semenjak bernikah dengan Hana. Tetapi pada malam itu, mengubah segalanya.

                                                                .....................................................

Hana masih duduk termenung di sofa. Setiap lima minit dia akan memandang jam. Azrol perasan dengan sikap Hana itu. Dia masih berselera menjamah nasi berlaukkan sambal ayam itu.

"Akak tunggu abang ke?" tanya Azrol yang agak sedikit cemburu itu.

"A'ah.."jawab Hana yang langsung tidak memandang wajah Azrol.

Azrol diam. Dia menggenggam kuat nasi yang mahu dijamahnya itu.

"Tak payah la akak tunggu abang tu..ntah-ntah tengah berseronok.." kata Azrol dengan penuh tanda tanya.

Hana sentap! Dia terus berpaling memandang Azrol.

"Kenapa Azrol cakap macam tu plak?"

Azrol hanya tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 06:27 PM | Show all posts
rizal tolonglah jngn wat perangai...
azrol ko x jumpe jln blik rmh sendiri ke ape?


opp teremo pulak... next momey... x sabar ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 08:55 AM | Show all posts
ish! x tabah rupayanya RIZAL nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2012 09:04 AM | Show all posts
misssakura posted on 5-11-2012 06:27 PM
rizal tolonglah jngn wat perangai...
azrol ko x jumpe jln blik rmh sendiri ke ape?:curs ...

jap nk smbung tgh memerah idea ni ekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2012 09:41 AM | Show all posts
Katerine keluar dari kereta. Kemudian dia membuka pintu untuk Rizal lalu menghulurkan tangan untuk dicapai. Rizal tersenyum lalu membalas huluran tangan Katerine itu.

Kemudian mereka berdua masuk ke dalam kelab malam itu seiringan dengan gembira sekali.

                                                             .......................................................

Azrol berjalan menuju ke arah Hana yang masih setia menunggu kepulangan Rizal di sofa ruang tamu. Dia duduk bertentangan dengan Hana. Hana memandang Azrol. Azrol mengukir senyuman. Hana membalas!

"Kenapa akak tak call aje abang tanya dia kat mana sekarang?" Azrol tiba-tiba bersuara.

"Call? Tak payah kot.."

"Kalau akak call, confirm akak akan dapat jawapannya.." Lirikan mata Azrol itu cukup menggoda. Tambahan pula dengan matanya yang berwarna biru itu.

"Tak payah kot.."

"Terpulang.." kata Azrol lalu berjalan ke arah Hana lalu duduk disebelah Hana.

Hana agak kurang selesa.

                                                              ..............................................................


Lagu Pitbull berkumandang rancak dan bingit di dalam kelab malam itu. Katerine mengajak Rizal terus menari di pentas namun Rizal mahu rehat dan minum terlebih dahulu.

"Jom la menari, sayang.." ajak Katerine sambil berbisik di telinga Rizal.

"U go first.." balas Rizal.

"Ok..nanti u datang tau.."

Rizal hanya tersenyum. Katerine berlalu pergi ke pentas lalu menari dengan lenggok sekali. Fikiran Rizal pada waktu sekarang kosong! Hanya wajah Hana bermain di fikirannya.

"Maafkan saya, sayang.." ucap Rizal dan tidak disangka airmatanya menitis lalu diusap pantas.


                                                                 ...................................................


Azrol semakin melampau. Pandangan Azrol itu membuatkan Hana tidak selesa. Hana terus bangun lalu mencapai handphonenya.

"Akak nak call sape?"

"Call abang awak laa.."

"Oooo..tadi cakap nak tunggu je.." Azrol perli.

Hana diam. Dia mula mendail nombor Rizal. Panggilannya dijawab.

"Hello..Hello.." Suasana cukup bising membuatkan Hana fikir yang bukan-bukan.

"Yes, Hana.."jawab Rizal selamba.

"Awak kat mana ni? Bising je kat belakang tu"

"Awak peduli apa saya nak ke mana pun kan? Lagipun hasrat awak akan saya tunaikan sebaik saya pulang ke rumah sekejap lagi." jawab Rizal terjerit-jerit kerana suasana yang cukup bising itu.

"Awak keluar dengan siapa tu"

"Sayang..jom la menari!!"kata Katerine tiba-tiba sambil menarik tangan Rizal.

Hana kenal suara perempuan itu. Jantungnya berdegup pantas. Dia geram!

"Awak dekat disko dengan perempuan gatal tu ke?!" marah Hana.

"Hahahaha.." Rizal ketawa lalu mematikan talian. Rizal terpaksa!

"Hello!! Hello!!" Hana memandang handphonenya yang telah dimatikan talian itu. Dia kemudian memandang Azrol. Airmatanya mula bertakung.

"Eh, nape ni kak?" Azrol mendapatkan Hana. Mereka berdiri bertentangan.

Terus Hana memeluk Azrol. Azrol membalas. Dia tersenyum.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 10:17 AM | Show all posts
ish! adik beradik suka mengambil kesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 10:25 AM | Show all posts
Janganlah Azrol pun macm rizal gak...hancus keluarga nih...Hana gak jd mangsa....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2012 10:45 AM | Show all posts
kenapa hana pelok azrol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063328 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list