CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23266|Reply: 46

Gua Kota Gelanggi di Jerantut Pahang

  [Copy link]
Post time 25-6-2012 11:37 PM | Show all posts |Read mode
GUA KOTA GELANGGI


Terletak kira-kira 25 km dari bandar Jerantut, gua lagenda ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Gua-gua di sini dikenali dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Terdapat pelbagai bentuk batu yang menyerupai manusia bersanding, ular, singa dan sebagainya. Kejadian ini dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai iaitu makhluk yang mempunyai kuasa sakti yang menyumpah sesuatu menjadi batu. Mengikut kajian Muzium Negara pada tahun 1981, terdapat bukti bahawa barang-barang yang dijumpai di dalamnya adalah tinggalan manusia zaman purba.

Terdapat juga pengkaji sejarah mengatakan gua ini pada masa dahulu adalah sebuah negeri yang besar. Gua ini dipercayai tempat persembunyian Maharaja Dewa Sura ketika diburu oleh angkatan Melaka pada abad ke-15. Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa di dalam gua ini. Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio. Pada masa itu, tempat ini dipercayai diminati oleh orang-orang Siam. Kisah Lagenda menceritakan kawasan ini telah diperintah oleh Raja Gelanggi yang mempunyai seorang puteri yang cantik. Anak Raja Mambang dari Lipis telah melamar puteri tersebut. Walau bagaimanapun, anak Raja Usul dari Bera telah bertemu dengan puteri tersebut semasa berburu, lalu jatuh cinta dan bersetuju untuk berkahwin. Perkara ini telah diketahui oleh anak Raja Mambang lalu menyerang anak Raja Usul. Anak Raja Mambang mati dibunuh oleh anak Raja Usul lalu anak Raja Usul berkahwin dengan Puteri Gelangi.

(sumber dari portal rasmi Majlis Daerah Jerantut)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2012 11:43 PM | Show all posts
ini antara satu lagi tempat menarik di negeri Pahang..
minta mod delete jika sudah ada thread yang berkaitan dengan tajuk ini...
kepada forumer yang mempunyai pengalaman ke sini boleh berkongsi cerita di sini...
saye juga ingin mengetahui sejarah mengenai gua ini kerana tidak pernah lagi berkesempatan menjelajah ke sini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 09:08 AM | Show all posts
dah kne bayar lau nak masukkan.. dolu2 pree jah!! mencik!! sungai area kuala sentul pun dah kne bayor paking!! puii sgtlah owner 2!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 09:36 AM | Show all posts
rasa aku ni asterukkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 09:52 AM | Show all posts
Reply 2# punkerzoe

dah ada dah tred pasal kota gelanggi nih.. tp tu la, kota gelanggi kat jhor..
dunno which is which.. kat johor ke pahang ke..
xtau la nak merge ke dak tred nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 11:00 AM | Show all posts
eh... kene bayar ye nak masuk kak una ?
mod halimi78.. a'ah yang kat Johor tu pun name gelanggi jugak kan...
tapi sejarahnye tu same ke ? saye ade jumpe satu tesis berkaitan mitos Gua Kota Gelanggi
ni... nanti saye update kan... mengikut tesis tu ade 3 versi penceritaan... saye akan pecahkan satu persatu... dan kita sama2 menilainye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2012 11:01 AM | Show all posts
Asal usul nama Gelanggi ini berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.
punkerzoe Post at 25-6-2012 23:37
Bahalol mana yang kata Gelanggi berasal dari perkataan siam ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 11:07 AM | Show all posts
Reply 7# BotakChinPeng

tak tahu la abam botakchin... saye dapat info ni pun kat portal Majlis Daerah Jerantut...
itu yang saye buka thread ini untuk same2 berkongsi.. mungkin abam botakchin lebih arif
pasal sejarah asal-usul Gua Kota Gelanggi ni boleh berkongsi info yang abam tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2012 11:07 AM | Show all posts
Reply 6# punkerzoe

wokeh.. no hal.. tepek nanti kot ada org lain leh sesama tambah input lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 11:24 AM | Show all posts
tajuk tesis: INTERPRETASI KOTA GELANGGI SEBAGAI MITOS
disediakan oleh : Dzulkarnain Mat
                            Jabatan Pengajian Melayu

abstrak: Asal-usul gua Kota Gelanggi merupakan mitos terkenal di
Pahang tengah. Kota Gelanggi juga masih menjadi lokasi
kajian sejarah dan arkeologi yang tiada kesudahannya. Imej
yang diperolehi Malaysian Centre For Remote Sensing
(MACRES) daripada satelit membuktikan kewujudan struktur
bangunan di Kota Gelanggi. R.C Jameson dari University of
Cambridge, Britain mengatakan mungkin ilustrasi Dipamkara
Buddha pada manuskrip Sanskrit di situ mungkin
menunjukkan suatu lokasi di Kota Gelanggi. Arkeologis
Raimy Che Ross percaya Kota Gelanggi ini dimaksudkan
sebagai ‘Perbendaharaan Permata’ yang dicari-cari. Walau
bagaimana pun Kota Gelanggi tetap utuh sebagai mitos bagi
menjawab persoalan-persoalan asal kejadian struktur dan
imej yang menimbulkan pelbagai interpretasi pada
pandangan mata. Kajian ini melihat dari sudut kesusasteraan
dengan membuat perbandingan dengan fakta sejarah
daripada beberapa sumber pilihan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 11:29 AM | Show all posts
Pendahuluan

Tulisan ini adalah satu pembentangan hasil penyelidikan luar tentang satu genre sastera rakyat Melayu iaitu mitos. Lebih khusus, tulisan ini akan mengaitkan unsur dan ciri mitos dalam cerita pilihan, iaitu mitos Gua Kota Gelanggi, yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Jerantut, Pahang.

Menurut catatan Cameron (“Kota Gelanggi or Kelanggi, Pahang” J.S.B.R.A.S.,No.9, 1882) Kota Gelanggi adalah tempat bersemayam raja-raja dahulu kala. Sir Richard Winstedt memetik catatan Cameron tentang Kota Gelanggi dalam bukunya A History of Johore dan antaranya menurut catatan itu:

“About this place there are many legends amongst the natives, but hitherto no
European has never allowed to visit it. Native rumour describes it as an ancient ruin,
the inmates of which, as well as their furniture and utensils have turned to
stone……...”

Walau pun Winstedt mengkelaskan cerita tentang Gua Kota Gelanggi ini sebagai legenda nama tempat, namun tulisan ini akan menyorot dari sudut mitos, berdasarkan definisi-definisi mitos yang lebih relevan dengan cerita ini.

Kota Gelanggi merupakan satu kawasan yang luas kerana ia turut meliputi tiga tanah rancangan FELDA iaitu Felda Kota Gelanggi 1, 2, dan 3. Bagaimana pun cerita mitos ini berkisar kepada sebuah kerajaan purba kala di kawasan gua Kota Gelanggi yang terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Pulau Tawar, yang terkenal dengan sejarah pahlawan Mat Kilau. Gugusan gua ini terdiri gua-gua yang disebut kota, iaitu Kota Tongkat, Kota Balai, Kota Gelanggi, Kota Burung, Kota Angin, Kota Gelap, Kota Rehot, Kota Jin, Kota Papan dan beberapa gua kecil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 01:32 PM | Show all posts
penulis juga mendefinisikan tentang MITOS dan kedudukan mitos dalam sastera rakyat...

1. Definisi Mitos

Sehingga hari ini pengertian dan fungsi myth atau ‘mitos’ masih lagi diperkatakan oleh para sarjana. Secara luasnya, perkataan myth itu digunakan daripada cerita-cerita tentang dewa-dewa orang Yunani tua, hinggalah kepada cerita-cerita tentang asal-usul benda-benda, kejadian alam dan cakerawala, culture-hero atau dewa-dewa, dalam berbagai budaya di muka bumi ini yang dalam tanggapan budaya itu sebagai sacred atau kudus.

Hooykaas menekankan tentang cerita dewa-dewa, berunsur keagamaan, kuasa supernatural dan kepercayaan asal-usul sebagai definisi mitos.

Hugh Holman mendefinisikan mitos sebagai cerita-cerita kepercayaan turun-temurun sesuatu kaum atau bangsa yang terdiri daripada siri kisah-kisah untuk mentafsirkan kejadian alam, bertujuan untuk mengukuhkan dan membina satu persepsi terhadap manusia atau sekitar.

Bagaimana pun Ali Ahmad menjelaskan mitos bukan sahaja mengandungi unsur luar biasa, malah sering dikaitkan dengan soal agama, kepercayaan dan adat istiadat. Ia dianggap suci walaupun hakikatnya jauh daripada kenyataan hidup sehari-hari. Glosari Istilah Kesusasteraan pula memberi pengertian yang hampir sama dengan Hugh Holman.

“Mitos adalah cerita-cerita yang tidak diketahui pengarangnya, yang dipusakai
turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sejak zaman primitif lagi, yang
mengemukakan peristiwa-peristiwa luar biasa yang berlaku. Pentafsiran ini dilakukan
dengan tujuan untuk mengukuhkan tanggapan khas atas pandangan dunia golongan
masyarakat itu sendiri.”

Dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa mitos adalah cerita prosa tradisional yang berunsur keagamaan, asal-usul kejadian yang mengandungi perkara luar biasa, suci, dianggap benar-benar terjadi dan tidak perlu dipertikaikan kesahihannya lagi.

2. Kedudukan mitos dalam sastera rakyat

Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan :
“Sastera rakyat atau folk-literature adalah sastera yang mempunyai sifat-sifat tertentu.
Istilah ini adalah terhad dalam maknanya. Ia menunjukkan kepada hasil-hasil dan ciriciri
budaya rakyat yang menggunakan bahasa. Pemakaian kata seperti ‘budaya rakyat’
atau ‘tradisi lisan’ adalah lebih luas dan merangkumi hasil-hasil dan ciri-ciri budaya
bercorak perlakuan adat resam, tarian dan upacara-upacara dan yang bercorak
kebendaan seperti artifak-artifak dan bahan-bahan kesenian. Begitu juga dalam
pengertian yang lebih luas, ia merangkumi segala bahan kesenian tradisional, legenda,
cerita, balada, nyanyian, peribahasa, teka-teki, drama dan persembahan yang
merupakan suatu bentuk hiburan yang popular di kalangan masyarakat primitif……”

Jelasnya sastera rakyat meliputi segala hasil pengucapan yang bernilai sastera, disebarluaskan secara lisan dalam bentuk cerita atau puisi, generasi demi generasi, tanpa ada hak cipta terpelihara tetapi mencerminkan falsafah hidup, pemikiran dan kepercayaan komuniti yang mengamalkan budaya hidup itu.

Daripada definisi-definisinya didapati mitos mempunyai tempat yang istimewa dalam sastera rakyat. Ini dapat dilihat dari segi pembahagian dan fugsinya. Mustafa Mohd Isa (1996), membahagikan dengan jelas mitos mengikut fungsinya kepada lima.

Pertama, mitos yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta. Mitos berkaitan dengan kejadian alam ini misalnya, dicipta oleh masyarakat Melayu primitif untuk menerangkan tentang dunia ini yang hanya bersifat sementara.

Kedua, pembukaan dan keruntuhan negeri-negeri Melayu. Mitos ini sangat banyak terdapat dalam teks sastera sejarah. Mitos sebegini digunakan oleh penulis-penulis teks seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Banjar dan lain-lain.

Ketiga, mitos asal-usul raja-raja Melayu. Dalam kebanyakan teks sastera sejarah Melayu klasik, penulis-penulisnya mengaitkan keturunan raja-raja mereka dengan tokoh-tokoh yang termaktub dalam Al-Quran seperti Iskandar Dzulkarnain dan Nabi Khidir atau motif-motif alam yang ajaib seperti buluh betung, buih, muntah lembu dan seumpamanya.

Keempat, mitos pengislaman raja-raja Melayu. Menurut Ali Ahmad, sebahagian besar sastera sejarah mencakupi zaman sebelum Islam dan ianya ditulis setelah zaman Islam, maka peristiwa pengislaman itu adalah satu perihal yang amat penting. Oleh itu, dengan perubahan persepsi terhadap kehidupan, maka masyarakat perlu dijelaskan kehebatan raja-raja mereka dengan unsur-unsur mitos yang telah diterima sebagai benar.

Kelima, mitos etiologi iaitu mitos tentang asal-usul makhluk dan alam; dengan tujuan memberi jawapan kepada persoalan-persoalan kejadian alam dan peristiwa-peristiwa berkaitan dengan fizikal makhluk. Antaranya, mengapa kucing bermusuh dengan anjing dan bagaimana terdapatnya arca-arca menyerupai benda, binatang dan manusia di gua-gua Gunung Keriang, Batu Caves dan Kota Gelanggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 02:01 PM | Show all posts
Gua Kota Gelanggi di Jerantut tu.. masa aku sekolah dulu aku penah buat trekking kat situ.. omputih kata spelunking

Seingat aku ada satu family duduk kat luar pintu gua tu.. ramai anak2 dia.. tak tau la apa cerita family tu sekarang.

Gua tu best jugak la.. sejuk je.. ada la beberapa gua dalam tu.. dalam best tu ada gak yang tak best - bila nak keluar tu, kena ikut satu lubang ni.. dan penuh dengan tahi kelawar.. busuk giler beb!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2012 09:06 AM | Show all posts
sambungan...

3. MITOS KOTA GELANGGI

“Dalam tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad telah berangkat melawat ke
merata tempat dalam negeri Pahang. Dalam lawatan inilah Bendahara telah
melawat sebuah gua yang ajaib lagi masyhur bernama Kota Gelanggi, yang
terletak tidak berapa jauh dari Pulau Tawar”

Seorang pemerintah besar seperti Bendahara Wan Ahmad sendiri amat tertarik dengan mitos gua Kota Gelanggi yang kononnya tempat tinggal seorang puteri, hinggakan beliau pernah menghantar orangorangnya mencari puteri itu pada tahun 1872.

3.1 Mitos kota Gelanggi versi Encik Mohamad Bin Angkut

Pada zaman dahulu terdapat sebuah kerajaan negara kota di Kota Gelanggi. Jajahan kerajaan ini meliputi Pulau Tawar, Padang Embun, Pasir Nilam dan Sungai Batu. Negara kota ini dikelilingi laut dan Pulau Tawar merupakan antara pulau-pulau jajahannya. Kota Gelanggi diperintah oleh Datuk Indera Raja Laut.

Datuk Indera Raja Laut bersaudara dengan Raja Rembau. Baginda berjanji dengan saudaranya akan berbesan. Suatu ketika Datuk Indera Raja Laut memperolehi dua orang puteri. (Informan menyebutnya ‘permaisuri’. Adiknya bernama Puteri Dayang Cempaka; tetapi kakaknya yang lebih cantik tidak dapat diingat namanya oleh informan). Sebagaimana janji, seorang daripada puterinya yang cantik itu ditunangkan dengan Rusul, anak Raja Rembau. Kewujudan puteri ini diketahui oleh Raja Muda di
negeri kayangan.15 Anak raja dari kayangan ini terbang berdekatan dengan istana kota Gelanggi, lalu terpandang kepada puteri Datuk Indera Raja Laut. Dia jatuh cinta kerana kecantikannya, lalu terbang pulang memberitahu Tok Mambang, ayahandanya raja di kayangan.

Tok Mambang menggalakkan anaknya mengahwini puteri yang cantik itu. Anak raja mambang segera membawa angkatannya untuk bernikah dengan puteri itu. Mereka singgah di sebuah kota, yang sekarang dikenali sebagai Kota Jin.

Apabila turun ke balai penghadapan istana Kota Gelanggi, Datuk Indera Raja Laut terpaksa bersetuju dengan permintaan anak raja mambang untuk berkahwin dengan puterinya. Baginda dan rakyatnya takut untuk membantah kerana mengetahui kehebatan golongan mambang ini berbanding negara Kota Gelanggi . Majlis perkahwinan dijalankan dengan penuh adat mengikut istiadat raja-raja.

Sebelum itu Rusul, putera Raja Rembau mengutus ke Kota Gelanggi dua buah lancang yang sarat dengan pelbagai barang sebagai hantaran belanja perkahwinannya dengan puteri Datuk Indera Raja Laut. Malangnya, dalam pelayaran dari Rembau ke Kota Gelanggi kedua-dua lancangnya telah bertemu dengan Sang Kelembai. Sang Kelembai pada masa itu sedang marah kerana anaknya mati keracunan sejenis buah yang dipanggil buah perah. Makhluk ini menegur lancang-lancang berkenaan dan kedua-duanya dengan segala muatan dan anak kapal bertukar menjadi batu.

Hal ini sampai kepada pengetahuan Rusul di Rembau. Rusul begitu sedih dengan kejadian itu. Lebih menyayat hati bila seekor burung nuri peliharaannya melaporkan bahawa tunangnya di Kota Gelanggi akan bernikah dengan Raja Muda Mambang. Rusul bertambah sedih dan marah, lalu meminta izin ayahandanya untuk ke Kota Gelanggi.

Apabila Rusul sampai di Kota Gelanggi, majlis persandingan sedang diadakan. Sebaik sahaja Rusul dan angkatannya muncul, berlakulah peperangan antaranya dengan angkatan mambang. Masing-masing sama hebat kesaktiannya. Setelah tiga hari tiga malam pertempuran berlaku tidak ada pihak yang kalah. Kemusnahan harta benda dan nyawa begitu teruk di kedua belah pihak. Raja Muda Mambang mencabar Rusul untuk bertarung dengannya seorang sama seorang. Rusul menyahut cabaran itu dan menyuruh Raja Muda Mambang menikamnya, tetapi tidak berjaya mengenai Rusul . Bila tiba
giliran Rusul, dia melepaskan keris terbangnya, lalu keris berkenaan menikam dada Raja Muda Mambang. Raja Muda Mambang terkorban, dan darahnya sentiasa mengalir sehingga ke hari ini.

Kebetulan pula pada masa itu, Sang Kelembai sampai di Kota Gelanggi lalu menegur suasana peperangan itu. Teguran ini menyebabkan semua benda dan makhluk di situ menjadi batu. Hasil daripada teguran Sang Kelembai itulah maka terjadinya gua-gua batu dengan pelbagai bentuk struktur yang menyerupai kota, bilik, manusia, binatang, peralatan perang, peralatan kenduri, peralatan dan perhiasan perkahwinan dan sebagainya di gugusan Kota Gelanggi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 11:19 AM | Show all posts
eh... kene bayar ye nak masuk kak una ?
mod halimi78.. a'ah yang kat Johor tu pun name gelanggi ju ...
punkerzoe Post at 26-6-2012 11:00



    yup2, kena bayar 5 hengget lau x silap 1 kete, btw, kaka una ada membe yang wat kajian.... insyaallah, nanti kaka una try mintak ape yang dia dapat selain dari dapat bawak balik ponti ke umah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2012 11:55 AM | Show all posts
Reply 15# lalunagujiwa

bayar ikut kereta ke.. ok la tu..
janji duit yang diorang dapat tu digunakan untuk menjaga persekitaran gua ni..
okeh kak nanti up cite kawan akak tu yer... hehee

p/s: petang sket sambung versi kedua mitos kota gelanggi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2012 12:31 PM | Show all posts
Reply  lalunagujiwa

bayar ikut kereta ke.. ok la tu..
janji duit yang diorang dapat tu digunaka ...
punkerzoe Post at 27-6-2012 11:55



    yup2, xde lak nampk pape perubahan pun... same jep, banyak gak taik kelawarnya...

btw, setakat yang kaka una tau yang dia cite, masa dia g wat tesis tntggua 2, dia menumpang rehat kat library desa (kat mana x tau tapi areagelanggi lah kot) dia kne kacau, nak buka pintu library 2, kunci dahbuka tapi rasa mcm org dok tahan dari dalam, then masa dia hoggah(gegar) pintu library 2, setiap tingkap n pintu turut sama goyang, diabajet pencuri so dia pnggil org kampung tapi xlepas buka pun, bunyipempuan mngilai je, lastnya ustaz kat situ cakap, cik pon ikut diasebab dia ludah kat sarang cik pon... gitu lah citenya, terlebihterkurang mintak mahap, kes ni d ceritakan dah agak lama...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 12:59 PM | Show all posts
Gua Kota Gelanggi di Jerantut tu.. masa aku sekolah dulu aku penah buat trekking kat situ.. omputih  ...
duquesne Post at 26-6-2012 14:01


skrg macit dah x g ke trekking2 ke sana..? sila la g lg.. nanti leh snap2 gambor..
ai teringin nak tgk gambornya.. tp jauh sgt rasanya nak ke sana tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 01:34 PM | Show all posts
Reply 18# halimi78


    Ehehhe.. dah pencen dah kot... gerabak dah makin panjang ni payah nak buat outdoor activities ni.. last buat spelunking ni pun 5 tahun sudah kat Gua Tempurung (package Grand Tour).. syok jugak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2012 01:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.211797 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list